To Live Is to Die

free counters

Selasa, 20 Disember 2011

SATU LAGI KONSPIRASI JAHAT : ANAK LELAKI SHAARI SUNGIB DI TAHAN KERANA MEMILIKI DADAH SYABU ;


Anak lelaki Shaari Sungib telah di tahan di rumahnya petang tadi kerana memiliki beberapa bungkusan dadah yang di percayai syabu.

Menurut assistan supervisor supermarket yang berdekatan dia di tahan, anak lelaki Shaari Sungip telah cuba melarikan diri apabila di kepung oleh beberapa orang pak guard supermarket tersebut namun tidak berjaya.

Saari Sunggip yang juga seorang penjaja air tebu di sekitar masjid india ketika di hubungi telah mengesahkan kejadian penangkapan anaknya itu tetapi beliau meminta Pak Guard yang menahan anaknya itu menunjukkan bukti.

Dalam satu kejadian yang lain pulak seorang Pakcik yang bernama Hasan bin Ali pulak telah memintak Saari Sungip pulak menunjukkan bukti yang dia sudah mau masuk umno:-
Kah kah kah...macam haram jadah pakcik ni. Nak bukti apa lagi. Sidang akhbar yang dia buat ni lah buktinya dia dah di jerat umno.

Kalau dah tak ada kautim dengan umno dok bikin bising apa kat surat habaq umno. Kalau dah setia dengan Pas apa bikin pi join sama umno dalam Himpun.

Sudahlah pakcik oii..tak payah la dok bising bising. Kalau ya pun tak sanggup nak ceraikan bini tu sabaq sajalah hingga Dun Selanggor di bubarkan. Time tu berjuanglah Islam dalam umno. Selamatkahlah akidah orang islam dengan perjuangan umno.

Rakyat kini adalah ABU. Kasi umno jatuh dulu lepas tu bikin lain.......

Baca pulak kenyataan Persuruhjaya Pas Selangor di bawah ni :-

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Othman mengingatkan Hasan yang merupakan idola beliau untuk terus muhasabah diri.

PAS Selangor menyifatkan tindakan Exco Hal Ehwal Islam negeri itu, Datuk Dr Hasan Ali hanya menghancurkan diri sendiri apabila terus menyuarakan kekecewaan peribadinya ke atas parti kepada umum.

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Othman mengingatkan Hasan yang merupakan idola beliau untuk terus muhasabah diri.

Katanya, Hasan perlu menunjukkan sikap lebih terbuka ekoran tidak menerima pencalonan yang mencukupi daripada cawangan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Gombak Setia.

Menurut Abdul Rani, beliau ada menghubungi Hasan namun sehingga hari ini tiada sebarang maklum balas daripada pemimpin PAS tersebut.

“Sepatutnya kita tanya diri sendiri apa silap kita. Saya yang baru jadi Adun di Meru, ada orang Umno tegur dan beritahu silap saya. Hasan lebih tahu Gombak Setia, beliau patut tanya apa salah diri sendiri.

“Saya ada mesej untuk tawarkan beliau jawatan sebagai ahli perhubungan PAS Negeri. Tapi bagi SMS, hubungi beliau pun tiada jawapan.

Saya minta untuk jumpa namun dapat tahu beliau akan buat sidang media.

“Saya ingatkan Hasan Ali agar dapat muhasabah diri. Apa yang beliau lakukan hanya merosakan diri sendiri. Sedangkan parti (PAS) ada kekuatan sendiri. Apa yang beliau lakukan hanya memberi kesan minimal pada parti,” katanya dalam sidang media di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Shah Alam hari ini.

Kecewa hilang kerusi dan sokongan parti

Di bawah ini pulak kenyataan Khalid Samad iaitu penghalang besaq Hasan Ali untuk jadi MB Umno Selangor..

Sementara itu Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor III, Khalid Samad pula berkata tindakan Hasan dan juga bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa melahirkan kekecewaan dengan menggunakan media Umno adalah akibat kehilangan kerusi dan sokongan dalam parti.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata PAS mahu menyelamatkan Hasan dan Nasha serta menasihatkan kedua-dua pemimpin terbabit agar tidak mengikut jalan sendiri.

Ujar Khalid, contoh sedia ada dapat dilihat apabila bekas Naib Presiden PAS Datuk Nakhaei Ahmad bertindak keluar PAS sedangkan beliau hanya diperalatkan oleh Umno.

“Jangan kecewa tidak terpilih di kawasan Gombak Setia kerana kawasan lain ada menawarkan beliau (Hasan Ali) juga. Kita ada mesyuarat dengan Perhubungan PAS Negeri dan kawasan lain juga mahu calonkan beliau untuk bertanding.

“Tengok Nakhaei bekas Naib Presiden PAS, keluar parti habis macam itu sahaja. Beliau hanya diperalatkan oleh Umno. Kita nak selamatkan Hasan Ali dan Nasha bukan nak bantai mereka dan saya nasihatkan agar jangan ikut jalan sendiri,” katanya.

Blackend Is The End

Dyers Eve