Blackend Is The End

Khamis, 8 Disember 2011

WARKAH TERAKHIR ABU NAWAS UNTUK PEMBACA. SELAMAT TINGGAL SEMUA, ABU NAWAS TERPAKSA BUAT PILIHAN UNTUK BERSAMA UMNO


Salam kepada semua pembaca blog Abu Nawas tak kira dari keturunan manusia mahupun dari keturunan binatang. Pertamanya Abu Nawas memohon maaf sekiranya posting kali ini akan membuat pembaca marahkan Abu nawas dengan kenyataan yang akan Abu Nawas akan keluarkan nanti.

Setelah berfikir panjang dan membaca berita di bawah ini, Abu Nawas sebagai seorang yang berbangsa melayu beragama Islam walaupun kulit Abu Nawas sama warnanya dengan warna kulit MB Perak yang berketurunan India itu maka di sini Abu Nawas memaklumkan yang Abu nawas telah mebuat keputusan untuk masuk Umno demi bangsa melayu dan Islam.Dengan penuh kesedaran Abu Nawas amat terkesan dengan kenyataan Mohd Yusof Latef iaitu Pengerusi Persatuan melayu P.Pinang di atas.

Maka Abu Nawas menyeru kepada seluruh umat melayu di P.Pinang agar bersama2 Abu Nawas menyertai umno demi merembat saki baki harta orang melayu yang masih ada.

Sebagai orang melayu Islam di bumi P.Pinang kita patut sedar yang selama ini kita telah mebuang banyak masa berpolitik sehinggakan tanah2 orang melayu masih belum di jual sehingga habis lagi kepada tokey tokey.

Sekiranya kita orang melayu tak kira Pas atau PKR bersatu dengan UMno maka amat mudahlah kita bersama sama menjual atau merembat apa yang masih berbaki harta orang melayu di P.pinang ini.

Kita perlu ingat pertelagahan sesama kita tidak menguntungkan tetapi hanya merugikan kerana bila umno nak rembat tanah, melayu pas dan melayu pkr akan membantah.

Fikirkanlah dengan hati yang terbuka bagaimana mudahnya kita merembat dan menjual saki baki tanah tanah orang melayu sekiranya orang melayu semuanya bersatu dalam umno. Tidak ada lagi penghalang untuk umno merembat dan menjual tanah2 orang melayu kepada tokey.

Kita sudah tidak punya masa yang banyak lagi untuk menjual saki baki tanah orang melayu yang hanya tinggal sedikit ini. Adalah amat di risaukan sekiranya kita tak merembat dan menjual saki baki tanah orang melayu, nanti tokey tokey tidak mahu berkawan dengan kita lagi.

Akhir sekali sebelum Abu Nawas keluaq pi meniaga, Abu Nawas menyeru dengan sepenuh hati yang iklas ini marilah kita bersatu dengan umno demi kekayaan pemimpin2 umno kita.

Selamat tinggal Pakatan Rakyat... Abu Nawas nak pergi merembat dengan Umno dulu..bai bai...

To Live Is to Die

free counters

Eye of the Beholder

Dyers Eve