Blackend Is The End

Ahad, 2 Januari 2011

VIDEO KARAM SINGH WALIA DI KEPUNG DAN DI UGUT DI KELANG


Aku baru dapat ini berita... Aku pun tak sempat tengok sampai habis lagi video ni aku bagi hanpa semua tengok dulu...

Dalam video ini kita boleh lihat bagaimana karam singh di kepung oleh orang ramai. menurut sumber, dia di paksa minta maaf kerana mengeluarkan kenyataan yang sensetif terhadap orang melayau.. Kejadian ini di percayai berlaku di sebuah restoren di Klang..

DR ASRI KASI ORANG JUAL AGAMA MACAM KAZIM ELIAS MARAH LAGI....

Orang tak suka sama Dr asri sebab orang kata ini ustaz "wahabi". Apa itu wahabi? tanya la sama orang yang suka kata kat ustaz ni wahabi.

Sebenarnya depa pun tak tahu menatang apa itu wahabi, depa cuma main dengaq dengaq lepas tu main tuduh kata wahabi sesat.
Sesat mai kot mana wahabi ni? Sesat sebab ustaz2 yang sebelum Dr Asri timbul dok rasa depa glamer, semua cakap depa orang kata betui tapi bila Dr Asri mai puak2 ustaz ni dah tergugat.

Puak2 ustaz yang dok maki Dr Asri ni berhujah bersandarkan "orang tua dulu dulu dah buat lama dah" tapi Dr asri berhujah dengan Quran dan Hadis...


Tapi orang suka dengaq ustad yang pandai jual temberang macam Kazim Elias... Bacanya sikit tapi merepeknya lebih.

Dr Asri suka baca hadis orang tak suka sebab nanti bila ada orang mati tak boleh buat kenduri arwah. Bila ada orang mati nanti tak boleh buat surung tarik beras. Bila tak ada kenduri arwah nanti tak boleh la makan free lepas isya. Kalau tak ada surung tarik beras tak boleh la nak pediah beras sorang dua tiga kampit...


Tapi cuba hangpa tanya orang yang dok kata "wahabi" tu sesat, menatang apa wahabi tu? comfirm depa jawab "aaa..wahabi...aaaa...wahabi tu wahabi la...sesat" kah kah kah...


Hari ini Dr Asri kata sama ustad yang cari makan dengan jual agama, Comfirm puak2 ustaz yang dok cari makan dengan jual agama ni marah...maunya tak marah sebelum ni pakai motor buruk road tax pun tak boleh ambik tapi la ni dah pakai kereta besaq.... tak pa tak pa..depa ada dalil boleh jual agam untuk pakai kereta UNSER Hitam kah kah kah...
Rakyat kena tibai dengan FRU ustad2 ni dok lepak dalam masjid.... tak pa tak pa depa ada dalil ustad tak boleh lawan polis ..kah kah kah

.........................................................................................

Dr Asri: Ustaz jangan lupa 'kerakusan' atasan

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengingatkan golongan agama supaya tidak "menyempitkan Islam dalam batasan yang terhad", dengan melupakan 'kerakusan' sesetengah golongan atasan, seperti dalam isu kenaikan harga barang. "Jangan hanya ceramah agama di media elektronik dan cetak sekadar menekan orang bawahan semata, tetapi melupai 'kerakusan' sesetengah golongan atasan.

"Ceramah (disampai) dalam isu yang remeh temeh tetapi membiarkan rakyat hidup dalam (suasana) keadilan sosial yang tidak seimbang.

"Para penceramah jangan sekadar 'guna agama untuk cari makan', tetapi hendaklah agama berfungsi dalam menegakkan hak dan keadilan," katanya.

BACA JUGA POSTING HARI INI

1- TUKAR TIUB KATA KALAU NAFI ITU MAKNANNYA BETUL...

2 - TOP 5

3 - MP KOTA BAHARU MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH KEMBALI SETELAH JADI KAFIR SEBAB PERTAHANKAN KARPAL SINGH

4 - CILAKAK PUNYA LIM GUAN ENG KASI ROSAK ANA PUNYA PROGRAM

5 - JOM BERKENALAN DENGAN TOKOH REJIMEN KE 10 PARTI KOMUNIS MALAYA - ABU SAMAH ABU KASSIM

6 - FATWA TERBARU TENTANG HISAP PELIAQ - HUKUMNYA HARUS KALAU DI BUAT DI LUAR MASJID

FATWA TERBARU TENTANG HISAP PELIAQ - HUKUMNYA HARUS KALAU DI BUAT DI LUAR MASJID

Ini cerita ostad umno..ntah muka kalau macam Kazim elias ni rupa2nya ostad cari makan semuanya kah kah kah...

Hari hari ostad ni keluar fatwa LAGI...tapi fatwanya hanyalah untuk orang yang tak sokong umno saja tapi kalau yang sokong umno semuanya ok... nak kongkek bibik pun ok...nak kongkek budak bawah umur pun ok..

Orang Pas Kedah kata Ostad ni berjuang dari dalam umno...kah kah kah...Orang Kuala Ketil la kata..aku dengaq saja kah kah kah....

........................................................................

Jamil Khir mahu ahli politik peka adab penganut agama lain

KUALA LUMPUR, 2 Jan — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata orang bukan Islam termasuk ahli politik tidak dihalang memasuki masjid tetapi adabnya seperti etika berpakaian perlulah dihormati.

Mengulas tindakan ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang didakwa berpakaian ketat ketika bersenamrobik di pekarangan Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong, Selangor baru-baru ini, beliau berkata seorang ahli politik yang memahami pandangan masyarakat berhubung isu keagamaan seharusnya tidak melakukan tindakan yang boleh menyentuh perasaan penganut agama tersebut apatah lagi mengulangi perbuatannya.

“Memang tidak salah masuk ke masjid tapi adab susila harus dijaga. Saya lihat peristiwa berulang ini, seolah-olah tidak mempedulikan perasaan orang lain terutamanya Islam dan masjid.

“Pengalaman yang dilalui sebelum ini tak diambil langsung sebagai peringatan untuk beliau ambil tindakan sewajarnya,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan peserta Larian Hijrah 1 Malaysia 1 Ummah peringkat Wilayah Persekutuan 1432H di sini hari ini.

Teo pernah sebelum ini mengundang rasa kurang senang masyarakat Islam apabila menyampaikan “ceramah” di dalam sebuah surau di Kajang Sentral, Kajang pada Ogos lalu.

Dipetik Bernama, Jamil Khir berkata, Teo perlu mengambil iktibar di atas tindakannya itu memandangkan banyak peringatan serta ulasan diberikan pelbagai pihak dan tidak hanya mengutamakan kepentingan politik semata-mata.

POSTING HARI INI :-

1- TUKAR TIUB KATA KALAU NAFI ITU MAKNANNYA BETUL...

2 - TOP 5

3 - MP KOTA BAHARU MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH KEMBALI SETELAH JADI KAFIR SEBAB PERTAHANKAN KARPAL SINGH

4 - CILAKAK PUNYA LIM GUAN ENG KASI ROSAK ANA PUNYA PROGRAM

5 - JOM BERKENALAN DENGAN TOKOH REJIMEN KE 10 PARTI KOMUNIS MALAYA - ABU SAMAH ABU KASSIM

JOM BERKENALAN DENGAN TOKOH REJIMEN KE 10 PARTI KOMUNIS MALAYA - ABU SAMAH ABU KASSIM


Abu Samah bin Muhamad Kassim adalah seorang putera Sungai Pahang, cicit kepada pahlawan bangsa anti-British, Datuk Bahaman. Beliau menceburkan diri dalam gerakan kemerdekaan sejak selepas Perang Dunia Kedua. Demi mewarisi cita-cita moyangnya, beliau bersama-sama mengangkat senjata melawan penjajah British setelah meletusnya Peristiwa 20 Jun 1948. Di Rejimen ke-10, beliau banyak kali memimpin pertempuran melawan penjajah, pernah dianugerah gelaran “Pahlawan” dan dilantik menjadi anggota badan pimpinan Rejimen ke-10 sejak paruh kedua tahun 1950-an. Sebagai seorang ahli perjuangan dan pemimpin, sejarah beliau dan sumbangannya bertautan erat dan berpadu dengan sejarah Rejimen ke-10.

Soalan: Kami difahamkan Bapak berasal daripada keluarga Datuk Bahaman. Bolehkah Bapak ceritakan sedikit?
Abu Samah: Moyang saya, Haji Daud dan Datuk Bahaman adalah saudara sepupu. Ayah saya Muhamad Kassim adalah cucu Haji Daud, atau cucu sepupu Datuk Bahaman. Jadi, saya adalah cicit beliau.

Soalan: Keturunan sebelah emak pula, bagaimana?
Abu Samah: Emak saya keturunan Bugis. Nenek moyang emak saya yang anti-penjajah Belanda terpaksa lari dari Sulawesi, lalu menetap di Selangor. Datuk saya, Daeng Busu bersama orang Bugis yang lain menyertai Perang Bahaman. Tempat mereka di Kelang dan perkampungan Bugis lainnya di Selangor bahkan menjadi pangkalan yang mendukung Perang Bahaman. Emak saya anak Daeng Busu.

Soalan: Kami dengar Bapak juga ada pertalian dengan kerabat diraja Pahang. Benarkah?
Abu Samah: Hanya ada sedikit pertalian saja. Saudara mungkin tahu tentang sejarah Bendahara Wan Ahmad, yang menang dalam perang saudara di Pahang dengan bantuan Bahaman dan ditabalkan menjadi Sultan selepas itu. Salah seorang isteri baginda ialah Hajjah Cik Fatimah, emak saudara saya dari sebelah ayah. Mereka mendapat seorang anak bernama Tengku Muhamad yang bergelar Tengku Panglima Perang (ayahanda kepada Almarhumah Tengku Afzan Tengku Ampuan Pahang). Tengku Muhamad adalah salah seorang orang kuat Kesatuan Melayu Muda (KMM) di Pahang, dan menjadi Menteri Besar Pahang selepas Perang Dunia Kedua.

Soalan: Bagaimana tentang ayah Bapak?
Abu Samah: Ayah saya bergerak bersama anak Bahaman, Datuk Muhamad yang menjadi Penghulu Semantan. Dalam tahun 1920-an, mereka menganjurkan gerakan patriotik anti-British, mengerahkan pengikut mereka menampal poster, merampas gudang garam British serta menyerang balai polis penjajah di Mempatih dan merampas senjata. Selepas peristiwa terakhir itu, rahsia gerakan mereka terbocor. Datuk Muhamad dibuang daerah ke Selangor. Ayah saya pula terkena racun oleh tali barut British dan meninggal dunia pada tahun 1932.

Soalan: Bagaimana tentang emak dan adik-beradik Bapak?
Abu Samah: Saya ada enam adik-beradik, tiga lelaki dan tiga perempuan. Saya anak yang keempat. Abang pertama saya bergerak bersama Penghulu Muhyiddin (cucu Bahaman dan anak kepada Mat Lela), seorang penyokong kuat gerakan anti-Jepun. Tetapi, kerana angkara pengkhianat, fasis Jepun menangkap dan membunuh Penghulu Muhyiddin, manakala abang saya dibunuh secara gelap oleh anasir pro-Jepun. Seorang lagi abang juga anti-British dan menyokong Perang Anti-British. Menurut berita, dia dan emak saya mati diracun oleh orang tertentu dalam tahun 1970-an. Syukur alhamdulillah, adik- beradik perempuan saya masih hidup.

Soalan: Adakah adik-beradik Bapak menjenguk Bapak di sini sekarang? Bagaimana pandangan mereka terhadap perjuangan Bapak?
Abu Samah: Kini, dua orang adik perempuan saya masih ada lagi. Dalam masa Perang Pembebasan dan selepas perdamaian iaitu penghujung tahun 80-an dan awal 90-an adik-adik dan anak-anak saudara saya acap kali datang menemui saya di Sukhirin, Selatan Thai. Dan selepas perdamaian ini saya juga beberapa kali balik ke Pahang menziarahi kaum keluarga.
Sejak saya menyertai perjuangan bersenjata bersama Rejimen Ke-10, sanak saudara dan adik beradik saya tak pernah menentang cita-cita saya. Bahkan pada tahun 1951 Tengku Mohamad (anak Sultan Abdullah – saudara sepupu saya) pernah berpesan sekali-kali jangan menyerah diri, kalau tak tahan dalam hutan, kembali berlindung di rumahnya. Dalam masa yang sama Tun Abdul Razak juga pernah menghadiahkan sebuah jam rolex sebagai kenang-kenangan.

Soalan: Melihat latar belakang keluarga Bapak, nampaknya Bapak tentu telah mendapat didikan politik sejak kecil lagi. Bolehkah Bapak ceritakan sedikit perkara ini?
Abu Samah: Saya lahir di Semantan, Temerloh, pada bulan Februari 1926. Semantan adalah kampung halaman Datuk Bahaman dan pernah menjadi medan perangnya. Banyak peninggalan Perang Bahaman, umpamanya keris, lembing, tombak, kubu dan lain-lain terdapat di sana dan di lain-lain tempat di Pahang. Sejak kecil lagi saya sudah biasa dengan peninggalan ini dan diasuh dengan kisah-kisah perang Bahaman melawan British dan Perang Bugis melawan Belanda. Mat Lela, Datuk Muhamad, Cik Yang (ketiga-tiganya anak Bahaman) dan Daeng Busu selalu menceritakan kisah-kisah ini kepada saya. Orang Semantan pula, kalau bukan kerabat Bahaman, adalah pengikutnya yang bersemangat anti-British. Semasa di sekolah lagi, saya membaca hikayat yang meniupkan semangat seperti Tajul Muluk, Sultan Bistamam, kisah-kisah Perang Jawa dan Syair Siti Zubaidah. Demikianlah suasana dalam mana saya dibesarkan.

Soalan: Apakah Bapak menganggotai Kesatuan Melayu Muda (KMM)?
Abu Samah: Saya tidak menjadi anggotanya, tetapi penyokongnya saja, kerana pada masa itu, saya baru berumur antara 13 hingga 15 tahun. Tetapi saya membaca dan melanggan akhbar-akhbar terbitan KMM seperti Warta Jenaka dan Warta Ahad.

Yang mempengaruhi saya dengan agak mendalam ialah abang sepupu saya, Tengku Panglima Perang Tengku Muhamad. Beliau adalah seorang ahli KMM yang dihormati oleh Ibrahim Yaacob, lebih-lebih lagi kerana beliau putera Sultan. Pada tahun 1939, saya diterima oleh Abu Bakar College, sebuah sekolah Arab di Pekan, untuk melanjutkan pelajaran di sana. Tetapi, Tengku Muhamad mengusulkan saya masuk Federated Malay States Volunteer Force (FMSVF), sebuah pasukan sukarelawan untuk membela tanah air. Alasannya ialah dalam pasukan itu, saya boleh bekerjasama dengan tokoh-tokoh KMM seperti Cikgu Abdul Rahman Talib (selepas Merdeka, menjadi Menteri Pelajaran), yang juga dari Pahang. Setelah fasis Jepun mendarat di Kelantan, pasukan saya dihantar ke sana. Masa itu, saya berpangkat Lanskoperal.

Soalan: Jadi, berapa tahun Bapak sempat bersekolah?
Abu Samah: Saya lulus Darjah Lima Sekolah Melayu, dan kemudian belajar di sekolah agama dan Arab selama tiga tahun. Masa pendudukan Jepun, saya belajar bahasa Jepun satu dua tahun.

Soalan: Bolehkah Bapak ceritakan sedikit keadaan di tempat Bapak setelah British kalah dan Jepun menduduki Malaya?
Abu Samah: Apabila British kalah, Sultan Abubakar bersama kerabat-kerabat diraja, termasuk Tengku Panglima Perang Tengku Muhamad, berundur dari Pekan dan berlindung di Semantan. Pembesar Pahang, seperti Datuk Hussein dan anaknya Abdul Razak (kemudian bergelar “Tun” dan menjadi Perdana Menteri Malaysia), juga berlindung di situ dan tinggal di rumah saya serta rumah saudara-mara saya di sana. Tengku Muhamad menugaskan saya dan Razak sama-sama membuat penerangan kepada keluarga diraja tentang program KMM untuk mendapat kemerdekaan daripada British dengan bantuan Jepun. Selain itu, beliau juga mengatur saya menjadi utusan untuk hubungan surat-menyurat antara beliau dengan tokoh KMM yang lain seperti Cikgu Abdul Rahman Talib di Temerloh dan Encik Mohd Yassin Salleh di Mentakab.

Soalan: Jadi Bapak adalah sahabat Allahyarham Tun Razak masa itu?
Abu Samah: Ya, semasa beliau berlindung di Semantan. Kami acap kali menjalankan tugas yang diatur Tengku Muhamad pergi ke kampung-kampung di pendalaman Semantan.

Soalan: Kami dengar Bapak pernah ke Singapura masa pendudukan Jepun. Benarkah?
Abu Samah: Benar. Atas usulan abang saya, saya ke Singapura pada tahun 1943 untuk mengelakkan diri daripada ditangkap kerana terlibat dalam gerakan Penghulu Muhyiddin, yang ditangkap oleh Jepun sebelum itu dan kemudian dibunuh. Di Singapura, saya menjadi anggota pasukan Heiho berpangkat sarjan. Pada masa inilah, saya dapat berhubung dan bertemu dengan Ibrahim Yaacob, yang memimpin pasukan Malai Gyugun.

Soalan: Apakah Bapak berhubung dengan Tentera Anti-Jepun?
Abu Samah: Semasa dalam Heiho, saya dihubungi oleh seorang petugas bawah tanah yang meminta saya mendapatkan peluru dan bekalan tentera untuk Tentera Anti-Jepun. Barang-barang ini saya ambil dari gudang Jepun. Kemudian, dengan bantuannya, saya lari dari Heiho pada bulan Mac 1945 dan balik ke Semantan. Di sana, saya dapat berhubung secara langsung dengan Tentera Anti-Jepun. Mereka mengatur saya membuat kerja propaganda, mengadakan rapat perayaan antara tentera dan rakyat dan lain-lain. Tentera Anti-Jepun mendapat sokongan yang luas, bahkan berjaya menjalin hubungan dengan lapisan atas, termasuk Almarhum Sultan Abubakar.

Soalan: Apakah kegiatan Bapak selepas Perang?
Abu Samah: Saya menjadi anggota PKMM pada tahun 1946 dan kemudian ketua PETA (Pembela Tanahair) di Semantan. Saya juga menyertai perarakan yang diadakan selepas tamatnya Kongres PETA di Temerloh pada tahun 1948. Dalam masa yang sama, saya diminta memasuki UMNO oleh tokoh UMNO tempatan. Selain menjadi Ketua Pemuda UMNO Semantan, saya juga dilantik menjadi anggota Jawatankuasa Bahagian Pemuda UMNO Temerloh.

Soalan: Ini agak aneh, Bapak – boleh jadi ahli dua buah parti sekali gus.
Abu Samah: Ya, aneh, tetapi benar. Sebenarnya, Ketua UMNO ketika itu ialah Lebai Kamat, orang kuat PKMM. Jadi, ahli PKMM, PETA dan UMNO di situ hampir-hampir orang yang sama.

Soalan: Mengapa Bapak tidak terus menyertai UMNO sahaja, tetapi memilih menyertai PKM?
Abu Samah: UMNO didirikan dengan slogan hidup Melayu (bukan untuk kemerdekaan). Sedangkan saya sejak kecil lagi sudah tersemai dengan semangat perjuangan Datok Bahaman yang anti-British dan mahukan kemerdekaan. Kerana semangat inilah mulai tahun 1939 – 1940 saya menjadi anak tangan Kesatuan Melayu Muda (KMM). Pada tahun 1946 saya menjadi anggota Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Pembela Tanah Air (PETA) dan seterusnya menyertai PKM untuk memperjuangkan kemerdekaan tanah air.

Soalan: Apakah aktiviti Bapak yang lain?
Abu Samah: Saya bersama tiga orang kawan mendirikan sebuah kedai syarikat yang agak besar dan maju di Semantan. Kami juga menganjurkan gerakan kebajikan, aktiviti gotong-royong, pementasan, sukan, sekolah petang dan malam untuk belajar Inggeris, dan lain-lain. Pengaruh kami luas juga. Kami dapat kerahkan dan susun ratusan pemuda ambil bahagian. Tak lama setelah Peristiwa “20 Jun”, kedai kami ditutup dan barang-barang dirampas oleh British. Dua orang kawan saya ditangkap, manakala saya pula sebelum itu sudah pun berundur ke hutan bergerila.

Soalan: Boleh Bapak ceritakan sedikit tentang Peristiwa 20 Jun.
Abu Samah: Di Semantan, saya telahpun menjadi anggota PKMM, API dan PETA. Kemudian saya juga dimasukkan ke dalam Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO bahagian Temerloh oleh Yahya Mohd Seh (Ketua Pemuda UMNO bahagian Temerloh yang kemudiannya menjadi Menteri Besar Pahang) serta dibawa menghadiri mesyuarat-mesyuarat pemuda UMNO di setiap daerah Temerloh.

Dalam pada itu, pada awal 1948, Kamarulzaman Teh mulai merapati saya. Kerana semangat mahukan kemerdekaan yang marak berkobar di dada, saya mulai merenggangkan hubungan dengan Yahya Mohd. Seh. Pada bulan April 1948, saya menghadiri Kongres PETA dan Perarakan di Temerloh. Pada 1 Mei 1948, saya membawa 100 orang lebih pemuda-pemuda menghadiri perarakan Hari Pekerja 1 Mei di bandar Mentakab.
Selepas itu, Mat Tara, intelijen British di Mentakab selalu mencari-cari saya untuk ditangkap. Kerana itu, lebih kurang sebulan setengah saya tak keluar ke mana-mana, tinggal di kampung pedalaman hingga diisytiharkan Undang-undang Darurat pada Jun 1948.

Soalan: Apa jadi kepada pemuda yang lain?
Abu Samah: Pada mulanya ketika saya masih di Semantan, kira-kira 70 orang pemuda pemudi ikut sama bergerila. Kemudian, Musa Ahmad memanggil saya bersama tiga orang kawan ke Temerloh, maka kumpulan itu pun tinggallah tanpa orang memimpin mereka. Untuk menyelamatkan mereka, saya mengusulkan kepada Musa supaya menerima mereka ke dalam pasukan, tetapi Musa menolak.

Soalan: Apa alasannya?
Abu Samah: Musa membuat alasan kita tak cukup senjata dan wang. Sebenarnya, yang penting ialah manusia yang bersemangat anti-British. Soal senjata dapat diperoleh melalui pertempuran, manakala wang dan makanan dapat diikhtiarkan dengan bersandar pada massa.

Soalan: Jadi adakah mereka terus tidak diterima?
Abu Samah: 70 orang lebih pemuda-pemuda yang bergerila itu memang tak diterima oleh Musa Ahmad. Akhirnya ornag-orang ini berpecah 3 bahagian – sebahagian menyambut seruan Sultan Abu Bakar Pahang duduk di Kampung Lamai, Pekan, Pahang; sebahagian keluar ke banda-bandar seperti Kuala Lumpur dan tempat-tempat lain mencari kerja dan sebahagian lagi memasuki Polis Tambahan (SC).

Soalan: Mengapa Bapak dan kawan-kawan lain mengangkat senjata masa itu? Tak bolehkah berjuang secara damai?
Abu Samah: Nak berjuang secara damai atau sebaliknya pada masa itu bukan ditentukan oleh kita semata-mata, tetapi pada pokoknya oleh British. Kalau British sudah mengisytiharkan Undang-undang Darurat, mengharamkan semua parti dan pertubuhan patriotik, melakukan penangkapan besar-besaran di seluruh negara – pendek kata, secara menyeluruh dan dengan kekerasan menindas orang yang berjuang menentangnya serta menyumbat segala saluran demokrasi, apakah yang patut kita buat? Dalam situasi begini, saya rasa, kita tidak dapat tidak mesti mengangkat senjata. Ia dipaksakan ke atas kita. Dalam agama Islam pun diizinkan berperang untuk menegakkan keadilan melawan mereka yang zalim.

Soalan: Ertinya, Bapak dan kawan-kawan lain tidak menolak cara damai?
Abu Samah: Kita tidak menolak cara damai. Bahkan setelah berperang untuk satu masa, pihak PKM menganjurkan perdamaian. Maka, diadakan Rundingan Baling pada tahun 1955. Sayangnya, ia gagal menamatkan perang secara adil dan munasabah.

Soalan: Betul, Bapak, berperang melawan British memerlukan pengorbanan yang amat besar di pihak pejuang seperti Bapak dan kawan-kawan lain.
Abu Samah: Ya. Kalau bukan demi menghalau penjajah untuk kemerdekaan tanah air dan pembebasan rakyat, kami tidak akan buat begitu.

Soalan: Tetapi, Bapak, ada orang mengatakan perjuangan bersenjata ini sia-sia.
Abu Samah: Ini bergantung kepada di mana orang itu berdiri. Kalau dia di pihak British, dia akan berkata lebih daripada itu – dia akan menganggap kami sebagai musuh, pengganas, pengkhianat bangsa dan lain-lain. Tetapi, kalau dia berdiri di pihak rakyat dan tanah air serta melihat perang ini secara objektif dan dalam konteks sejarahnya, dia pasti akan menarik kesimpulan bahawa perang anti-British ini adalah adil. Dia juga tentu akan mengaku bahawa orang yang mengangkat senjata melawan British adalah pejuang dan pahlawan kemerdekaan yang sejati, yang rela mengorbankan segala-galanya untuk tanah air dan rakyat. Bukankah begitu?

Soalan: Pejuang anti-British ini pula patut diberikan kedudukan yang sewajarnya dalam sejarah dan masyarakat. Bapak, satu masalah lagi – ada orang mengatakan perjuangan bersenjata ini tidak mendapat sokongan orang Melayu. Benarkah? Bolehkah Bapak ceritakan sedikit pengalaman Bapak dalam soal ini?
Abu Samah: Kalau orang Melayu tidak menyokong, Rejimen ke-10 tentu tidak dapat didirikan, apa lagi berkembang. Saya berikan beberapa contoh sokongan orang Melayu di bandar Temerloh di peringkat terakhir sebelum Rejimen ke-10 melakukan Perjalanan Jauh pada tahun 1953. Pada masa itu, Markas Besar Rejimen ke-10, yang dipimpin Bapak Abdullah C.D., beralih ke kawasan Semantan (tempat gerakan saya), dan beliau menugaskan saya memimpin sejumlah kawan mengembangkan kerja massa dan bawah tanah di sekitar bandar Temerloh.

Soalan: Bagaimana hasilnya?
Abu Samah: Hasilnya cukup memuaskan. Pertama, kerja massa. Kerana menyokong Rejimen ke-10, ramai massa rakyat dihalau ke kem-kem kurungan di sekitar bandar Temerloh. Kem-kem itu, bahkan bandar Temerloh itu sendiri, dipagari kawat berduri. Tetapi, dalam keadaan demikian pun, massa rakyat terus-menurus menyokong kami, menyampaikan maklumat, memberikan bekalan dan lain-lain.

Kedua, pasukan bersenjata British, seperti anggota AP (Auxilliary Police) dan Home Guard, ditugaskan untuk mengawal kem kurungan itu serta untuk menentang kami. Tetapi mereka inilah yang telah kami susun dan didik hingga menjadi sahabat dan penyokong kami yang teguh. Dengan adanya kawalan merekalah, kawan-kawan kami dapat keluar masuk secara bebas di kem-kem kurungan itu untuk menyusun orang ramai, mengadakan rapat umum, perayaan dan lain-lain serta mendirikan pelbagai organisasi di sana.

Ketiga, ramai anggota Batalion Askar Melayu yang berpangkalan di Temerloh juga dapat kami menangi hingga kami dapat mendirikan Persatuan Askar-Askar Patriotik. Askar-askar itu membantu memberikan maklumat, peluru, bom tangan, alat-alat kelengkapan tentera dan lain-lain kepada kami, bahkan menggunakan trak tentera untuk mengangkut alat kelengkapan kami yang penting. Ada antara mereka datang ke perkhemahan kami untuk bertemu serta berbincang.

Keempat, UMNO Pahang, khasnya UMNO Temerloh yang ketika itu hampir-hampir mati, telah dapat kami hidupkan semula melalui usaha beberapa orang kader bawah tanah yang dihantar ke sana. Dengan demikian, kami dapat membentuk barisan bersatu anti-British dengan UMNO tempatan dan UMNO di tempat lain.

Soalan: Bagaimana sambutan di kalangan tokoh-tokoh agama?
Abu Samah: Ya, tokoh-tokoh agama juga begitu. Ramai yang menyokong kami dan mendoakan semoga perjuangan kami berjaya. Saya berikan satu contoh, iaitu Imam Long, yang selain daripada menjadi Imam di Masjid Bandar Temerloh, juga memberi kuliah agama di situ. Beliau bukan sekadar menyokong kami, bahkan menjadi anggota PKM dan kader bawah tanah. Ketika itu, di Temerloh, British menempatkan pasukan African Rifles dari Kenya yang sangat ganas terhadap rakyat. Tetapi melalui usaha Imam Long, yang dapat memenangi pegawai pemerintahnya (seorang yang beragama Islam), pasukan itu berubah menjadi baik terhadap rakyat.

Soalan: Benarkah General Templar pernah datang ke Temerloh masa itu untuk meninjau keadaan tetapi tak berani tidur di bandar?
Abu Samah: Benar. Kerana takut serangan kawan-kawan kami, Templar tidur di dalam motorbot khas di Sungai Pahang dengan dikawal oleh satu batalion askar kulit putih. Ini menunjukkan prestij Rejimen ke-10 memang tinggi, dan kerja bawah tanah di Temerloh cukup berhasil.

Soalan: Kami ada membaca yang Bapak dianugerahkan gelaran “Pahlawan” oleh Markas Besar Rejimen ke-10 pada tahun 1952.
Abu Samah: Ya, gelaran itu dianugerahkan sempena ulang tahun ketiga Rejimen ke-10 kepada 13 orang kawan sebagai menilai jasa-jasa mereka dalam pertempuran.

Soalan: Apakah ada peristiwa yang tak dapat Bapak lupakan, sesuatu yang luar biasa yang Bapak alami sendiri?
Abu Samah: Mengenang balik zaman itu, ada beberapa peristiwa yang memang tak dapat saya lupakan. Peristiwa pertama berlaku pada awal tahun 1951 di Batu 7, Jalan Mentakab–Bentong. Masa itu, saya bersama enam orang kawan grup utusan terperangkap dalam satu serang hendap oleh 100 orang lebih askar penjajah British di tepi bendang di sebuah kampung. Sebaik saja kami masuk ke dalam perangkap hendapan itu, musuh menghujani kami dengan peluru dari sudut depan dan belakang. Empat orang kawan terkorban serta-merta, manakala kawan yang paling belakang sempat berundur. Tinggallah saya bersama seorang kawan lain dalam kepungan itu. Tempat itu, langsung tak ada perlindungan, hanya ada setompok lalang di tepi bendang. Kami merangkak perlahan-lahan memasuki lalang dan meniarap di situ. Ketika musuh cuba menyerbu, saya menembaknya dengan pistol. Seorang mati di situ juga, manakala rakan-rakannya lari. Musuh mengubah taktik pula. Kali ini, mereka membakar lalang itu. Bahangnya sungguh panas, tetapi mujurlah, tempat kami berlindung tidak dimakan api. Entah kenapa, sungguhpun askar itu ramai, tetapi mereka tak berani menyerbu secara mendadak ke tempat kami. Petangnya, beberapa ratus orang lagi askar didatangkan dari Kem Batu 5 yang berhampiran untuk melakukan kepungan yang rapat. Dalam keadaan yang amat pasif itu, saya berbincang dengan kawan itu supaya bertahan sampai malam, kemudian cuba menyerbu keluar. Akhirnya, kira-kira pukul 9 malam, kami secara nekad berlari keluar menembusi kawalan musuh dan terus menyelinap di celah-celah rumah orang ramai tak jauh dari situ. Ketika kami meredah khemah-khemah askar dan menuju ke bendang, askar-askar yang sedang berbual-bual itu terkejut. Apabila kami selesai menyeberangi bendang barulah askar-askar itu melepaskan tembakan yang hebat.

Soalan: Bagaimana tentang peristiwa kedua?
Abu Samah: Peristiwa kedua berlaku beberapa bulan selepas itu di rumah saya sendiri di Semantan. Masa itu, penjajah British sudah menawarkan hadiah sebanyak $30,000 untuk mendapatkan saya. Saya bersama seorang kawan hendak balik ke rumah untuk mengambil barang-barang yang dihantar oleh emak saya. Seorang pengkhianat yang gilakan wang hadiah itu telah melaporkan kepada musuh. Maka, kira-kira 160 orang askar dihantar menunggu saya di rumah. Ketika sampai di rumah, hari hampir sudah gelap dan tiba-tiba turun ribut. Kawan itu saya tinggalkan di bawah untuk berkawal, sedangkan saya sendiri naik ke rumah. Setelah berada di dalam rumah, musuh pun melepaskan berondongan demi berondongan, kemudian memerintahkan kami menyerah diri. Kawan saya luka di kaki, tetapi dia sempat berundur. Saya cuba keluar melalui pintu belakang, tetapi pintu terkunci dan tingkap bertutup. Akhirnya, dengan sebelah tangan menggenggam bom tangan dan sebelah lagi menggenggam pistol, saya turun melalui pintu depan. Di anak tangga terakhir, beberapa orang askar menerkam menangkap saya sambil memukul saya dengan gagang senapang hingga saya terjatuh. Kami bergelut, kemudian saya lempar bom tangan, lalu bergolek keluar. Dua orang askar mati dan seorang luka-luka. Saya cedera di tangan dan di pinggang. Esoknya, British mengerahkan 600 orang askar menggeledah kawasan itu untuk mencari saya.

Soalan: Setahu kami, dua kisah ini sudah menjadi dongeng, khasnya di kalangan massa rakyat di Pahang. Ada orang berkata Bapak dapat melepaskan diri daripada kedua-dua kepungan itu kerana Bapak pakai ilmu. Apakah Bapak ada ilmu halimunan dan tak lut dek peluru?
Abu Samah: (Ketawa) Memang ramai orang, termasuk askar sendiri, bercakap begitu. Tetapi, saya hanya manusia biasa saja. Yang penting dalam keadaan demikian ialah keberanian dan ketabahan, serta taktik dan teknik yang sesuai dengan keadaan.

Soalan: Bagaimana tentang nasib?
Abu Samah: Mungkin unsur nasib pun ada juga. Saya bersyukur kepada Tuhan kerana saya masih hidup sampai hari ini.

Soalan: Rumah Bapak di Semantan itu patut menjadi bahan sejarah. Apakah rumah itu masih ada?
Abu Samah: Ya, masih ada, bahkan dipelihara dengan baik. Kesan-kesan peluru masih boleh kelihatan di dinding, tiang dan tempat-tempat lain. Menurut berita, rumah itu selalu dikunjungi oleh orang yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang peristiwa itu.
Satu kejadian lagi – saya juga pernah dua kali terputus hubungan dengan pasukan akibat pertempuran. Bagi setiap kali, saya terpaksa bergerak dan bertempur seorang diri berbulan-bulan lamanya di hutan dan kampung-kampung, sambil mencari hubungan semula dengan pasukan. Pengalaman ini cukup pahit dan mencabar.

Soalan: Menurut sejarah yang kami baca, Rejimen ke-10 beredar dari Temerloh menuju ke kawasan sempadan Malaya–Thai pada tahun 1953 dan tiba pada tahun 1954. Dalam perjalanan, penjajah British pula melancarkan kempen kepung basmi satu demi satu untuk menghapuskannya. Bolehkah Bapak ceritakan satu pertempuran yang melibatkan Bapak dalam melawan kempen kepung basmi ini?
Abu Samah: Salah satu pertempuran yang penting ialah serang hendap di Sungai Sekam, Cameron Highlands, pada 28 Januari 1954. Ketika itu, saya membawa satu pasukan kawan-kawan melakukan ambushing ke atas 160 orang askar pasukan handalan British yang pernah mendapat pingat keberanian dalam Perang Dunia Kedua. Dalam pertempuran itu, 40 orang askar mati dan luka-luka. Kekalahan mereka ini menyebabkan kempen “kepung basmi” -- yang sudah berjalan selama tiga bulan itu -- segera ditamatkan.

Soalan: Bagaimana sambutan orang ramai di Perak terhadap Rejimen ke-10?
Abu Samah: Ketika Markas Besar Rejimen ke-10 berada di Ulu Kinta buat sementara waktu, saya ditugaskan membawa satu pasukan ke Sungai Siput. Sambutan massa Melayu, penanam sayur Tionghua dan buruh India kepada kami sungguh hangat. Di sana, kami bergabung dengan pasukan Tionghua dan pasukan India bersama-sama melakukan kerja massa, pertempuran dan lain-lain.

Soalan: Bagaimanakah keadaan di kawasan sempadan Malaya–Thai apabila Rejimen ke-10 tiba di sana?
Abu Samah: Keadaan pada mulanya sungguh sukar bagi kami. Kerana hasutan intelijen British, orang ramai terkeliru. Mereka menyangka kami benar-benar pengganas dan penyamun, hingga apabila kawan-kawan memberi salam, ada yang menjawab dengan mengangkat parang. Sungguhpun begitu, keadaan itu dapat diubah melalui tindakan nyata kami sendiri. Bila keluar ke kampung, kami bawa barang-barang hutan seperti rotan, akar-akar kayu, buah-buahan dan lain-lain yang diperlukan orang ramai. Kami lancarkan gerakan membersihkan rumah dan kampung halaman daripada sampah sarap, najis haiwan, semak samun dan lain-lain. Kawan-kawan wanita pula membersihkan pinggan mangkuk, kain baju dan mengajar orang ramai tentang bagaimana menjaga kebersihan dapur dan makan minum. Di sesetengah kampung, kami mendirikan surau dan masjid, mendorong orang ramai bersatu padu, bekerjasama dan beramal ibadat. Orang kampung pula, khasnya kanak-kanak, banyak yang berpenyakit. Maka, kami berikan rawatan sekadar yang kami mampu. Kesannya sangat baik. Orang ramai bukan saja percaya kepada kami, bahkan memberi sokongan dan dukungan yang kuat kepada kami selepas itu. Berita-berita ini tersebar luas hingga mereka dari jauh juga datang menjemput kami ke tempat mereka.

Menurut kepercayaan orang kampung, kalau anak-anak ada penyakit, serahkan dia kepada bapa atau emak angkat. Pada masa itu, saya sendiri di tiga empat buah kampung saja mendapat 37 orang anak angkat.

Soalan: (Ketawa) Oh, begitu ramai. Satu lagi Bapak – apakah Bapak pernah memimpin pasukan penggempur bergerak di tanah air?
Abu Samah: Ya. Saya pernah memimpin salah sebuah pasukan penggempur Rejimen ke-10 dari tahun 1969 hingga 1976 untuk bergerak di lembah Sungai Pergau dan Sungai Nenggiri Ulu Kelantan. Sambutan orang ramai, baik orang Melayu mahupun Orang Asli, sungguh memuaskan. Ketika bergerak di sanalah, saya bertemu dan mendapat sokongan daripada kumpulan Orang Asli yang datuk neneknya pernah ikut serta dalam Perang Bahaman. Mereka memberi perlindungan kepada Bahaman ketika angkatan beliau berundur ke Ulu Kelantan.

Soalan: Menyentuh semula soal Bahaman – apakah pendapat Bapak tentang hubungan antara Perang Bahaman dengan Perang Anti-British?
Abu Samah: Ringkasnya, boleh dikatakan Perang Anti-British ini adalah kesinambungan daripada perang patriotik dahulu, termasuk Perang Bahaman, yang dilancarkan dalam zaman yang berlainan dan di bawah syarat sejarah yang baru.

Soalan: Bapak, salah seorang pahlawan yang masyhur dalam Perang Bahaman ialah Mat Kilau. Dalam tahun 1970-an, orang heboh membicarakan yang Mat Kilau masih hidup. Apakah pendapat Bapak dalam soal ini?
Abu Samah: Saya bukan ahli sejarah. Tetapi, menurut datuk saya, Mat Lela, anak kepada Bahaman yang turut serta dalam Perang Bahaman, ketika angkatan Bahaman berundur ke Ulu Kelantan, Mat Kilau, Tok Gajah dan Mat Lela ikut bersama. Menurut cerita Mat Lela kepada saya, Mat Kilau terbunuh akibat terkena racun dalam satu jamuan yang diatur khas oleh intelijen British yang menyeludup di kalangan orang ramai yang menyambut angkatan Bahaman. Untuk pengetahuan saudara, sungguhpun Mat Lela dibuang negeri ke Chiangmai, Thailand Utara, bersama ayahnya Datuk Bahaman, tetapi 20 tahun lebih kemudian, beliau diizinkan balik ke Semantan. Beliau meninggal dunia di sana selepas Perang Dunia Kedua.

Soalan: Apakah tanggungjawab Bapak dalam Rejimen ke-10 dan dalam PKM?
Abu Samah: Saya dilantik menjadi anggota Markas Besar Rejimen ke-10 sejak paruh kedua tahun 1950-an dan dipilih menjadi anggota Jawatankuasa Pusat PKM pada tahun 1975 hingga sekarang.

Soalan: Bolehkah Bapak ceritakan sedikit soal rumah tangga Bapak?
Abu Samah: Setelah meletus Peristiwa “20 Jun” 1948, saya masuk hutan dengan meninggalkan seorang isteri dan seorang anak kecil yang belum sampai usia satu tahun. Anak kecil itu bersama ibunya kemudian dihalau oleh British dan dikurung di Balai Polis Lancang hingga anak itu meninggal dunia di situ. Pada tahun 1958, saya mendirikan rumah tangga dengan Siti Norkiah binti Mahmud Baginda, Ketua AWAS Negeri Pahang sebelum darurat.

Soalan: Siti Norkiah berasal dari mana?
Abu Samah: Dari Raub, Pahang. Dia adalah kakak kepada Osman Abadi, bekas pengarang Utusan Melayu dan juga seorang karyawan filem.

Soalan: Apakah Bapak ingin memberikan sedikit pendapat dalam soal kemerdekaan negara kita?
Abu Samah: Kemerdekaan ini tidak dicapai dengan mudah. Ia juga bukan hasil perjuangan satu pihak atau satu golongan saja, melainkan hasil bersama yang dicapai melalui perjuangan semua parti, pertubuhan dan orang perseorangan yang anti-British dan inginkan kemerdekaan. Ada yang berjuang secara damai, seperti beberapa buah parti politik yang ada hari ini, manakala kami berjuang secara bersenjata. Kemerdekaan negara kita telah dibayar dengan darah dan jiwa pahlawan dan serikandi daripada pelbagai kaum serta dengan pengorbanan seluruh rakyat. Kita patut menilai semula sejarah secara objektif dan menyeluruh tanpa sebarang prasangka terhadap ideologi atau fahaman politik satu-satu pihak.

Soalan: Bapak, kami ada membaca anjuran PKM untuk menamatkan perang dalam negeri yang berlangsung selepas merdeka.
Abu Samah: Ya, memang sejak dulu lagi, PKM menganjurkan begitu. Kita semua adalah orang yang sebangsa dan setanah air. Kita mungkin ada fahaman dan cara yang berbeza, tetapi kita adalah patriot yang mahukan tanah air aman damai serta makmur, dan mahukan rakyat bersatu pada dan bahagia. Saya rasa anjuran PKM ini wajar. Perang ini patut diselesaikan secara adil dan munasabah agar semua pihak dapat membuat sumbangan masing-masing untuk mengisi kemerdekaan tanah air kita.

Soalan: Semasa pertempuran sama ada zaman penjajah atau selepas merdeka, Bapak terpaksa berperang dengan rakan sebangsa terutama orang Melayu. Apa perasaan Bapak ketika itu?
Abu Samah: Perjuangan saya di dalam Rejimen Ke-10 adalah untuk kemerdekaan tanah air. Musuh kami hanyalah penjajah British. Pertentangan antara kami dengan askar atau polis Melayu adalah secara politik, bukan musuh secara mutlak. Dalam tempoh awal perang melawan penjajah British, Tentera Pembebasan Nasional (TPNM) sangat kurang bertempur dengan askar-askar Melayu, kerana ramai anggota-anggota Batalion Askar Melayu ketika itu mempunyai semangat patriotik dan dapat kami menangi sehingga kami dapat mendirikan persatuan askar patriotik. Mereka membantu menyampaikan maklumat-maklumat, memberikan peluru, bom tangan, alat-alat kelengkapan tentera dan lain-lain.

Lagipun kerana banyak askar-askar Melayu itu terdiri dari keluarga-keluarga progresif,maka penjajah British kurang bersandar kepada mereka. British gunakan askar-askar yang didatangkan dari England, Australia, Afrika, Penjab dan lain-lain untuk memerangi kami.
Walaupun Perundingan Baling bulan Disember 1955 itu gagal mencapai maksud memberhentikan perang secara adil dan menasabah, tetapi kami menyokong rombongan Tunku Abdul Rahman pergi mesyuarat ke London untuk mencapai kemerdekaan tahun 1957.

Soalan : kenapa bapa memilih tidak kembali ke Malaysia?
Abu Samah: Sejak dari awal lagi saya memilih untuk balik ke Malaysia setelah selesai masalah-masalah pokok kehidupan kawan-kawan yang tinggal di Selatan Thai. Setelah masalah kawan-kawan di sini sudah dapat diselesaikan, saya kemukakan permohonan kepada pihak Malaysia untuk balik. Akan tetapi pihak Malaysia menjawab “Masa tempoh balik ke Malaysia sudah ditutup”.

nota: interview ini dibuat oleh wartawan Suluh Rakyat pada tahun 1989, kemudian pada tahun 2005, dibuat sedikit tambahan setelah dirujuk semula kepada Pak Abu Samah.

BACA JUGA KISAH TOKOH REJIMEN KE 10 DENGAN CLICK DI BAWAH INI

ABDULLAH CD - PENGERUSI PKM

RASHID MAIDIN - AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI PKM

CILAKAK PUNYA LIM GUAN ENG KASI ROSAK ANA PUNYA PROGRAM


Ini cerita tokey sudah rugi pasai Guan Eng bikin satu kempen alam sekitar.Guan Eng ada kasi tau sama supermarket punya orang hari Isnin sampai rabu adalah hari tanpa beg plastic.

Apa pasai itu tokey marah sama guan Eng? Tokey marah sebab untung sudah kurang. Apa pasai itu tokey kasi acum sama Gerakan? Pasai itu pilihanraya punya time itu tokey sudah ada kasi itu duit lawan sama DAP. Itu tokey ingat itu Gerakan punya orang boleh jadi Ketua Menteri lagi..kah kah kah...
....................................................................


Runding sebelum henti

GEORGETOWN - Gerakan Pulau Pinang hari ini meminta Kerajaan Negeri berunding dengan pihak yang terbabit dalam industri plastik bagi mengadakan perancangan lebih baik sebelum menghentikan penggunaan plastik di negeri ini.

Ketua Biro Alam Sekitar parti itu, Tan Chai Liang berkata pengharaman plastik menimbulkan kegelisahan di kalangan pengeluar dan pihak industri yang membantah langkah itu.

“Sebarang perubahan dalam rancangan perniagaan perlu dilaksanakan beransur-ansur dari tiga hingga lima tahun. Pengeluar plastik dan industri ini telah menjadi sebahagian daripada ekonomi negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Chai Liang berkata, Gerakan Pulau Pinang tidak membantah usaha pemuliharaan alam sekitar bagi mengurangkan penggunaan plastik di negeri ini.

“Mekanisme polisi ini juga tidak menentu. Telah diketahui penggunaan plastik di pasar-pasar dan gerai penjaja adalah lebih banyak, mengapakah kerajaan hanya melaksanakan pengharaman plastik di pusat membeli-belah dan kedai-kedai runcit?” soalnya.

Mulai semalam, orang ramai perlu membawa beg mereka sendiri ketika membeli-belah di Pulau Pinang berikutan pelaksanaan kempen “Setiap Hati Tanpa Beg Plastik Percuma” di negeri ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, pelaksanaan itu melibatkan semua pasar raya besar, pasar raya, farmasi, restoran makanan segera, rangkaian nasi kandar dan kedai serbaneka (termasuk kiosk stesen minyak).

Bagaimanapun, kata Lim penjaja dan peniaga di pasar dikecualikan daripada peraturan baru itu.

Berikutan langkah itu, orang ramai yang masih mahu menggunakan beg plastik boleh memperolehnya dengan bayaran 20 sen sekeping. - Bernama

BACA JUGA POSTING HARI INI -


1- TUKAR TIUB KATA KALAU NAFI ITU MAKNANNYA BETUL...

2 - TOP 5

3 - MP KOTA BAHARU MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH KEMBALI SETELAH JADI KAFIR SEBAB PERTAHANKAN KARPAL SINGH

MP KOTA BAHARU MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH KEMBALI SETELAH JADI KAFIR SEBAB PERTAHANKAN KARPAL SINGH


Ini berita luar biasa..umno cakap pasai taubat kah kah kah...umno cakap soal aqidah..kah kah kah....

Yang MP Kota Baru ni pun satu..buat apa nak pi pertahankan si Karpal Singh tu, itu semua boleh menyebabkan hang jadi kafir kah kah kah.. Lain kali kalau nak teguhkan akidah hang pi la kongkek bibik, kalau tak mau jadi kafir kongkek la pompuan Monggolia dan kalau nak comfirm masuk syurga lepas kongkek hang kasi bom terus kah kah kah..

Kalau hang tak percaya hang tanya la Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain ni kah kah... tak pun hang tak percaya juga hang tanya ustad yang orang Pas paling percaya si Kazim Elias pukimak tu kah kah kah

Oleh itu hang ikut la saranan si profesor umno ni agar kembali ke pangkal jalan..cuba hang tengok umno depa mana pernah sesat..bila nak sesat saja depa kembali ke pub kena todi sebotoi dua kah kah..bila nak sesat saja depa singgah kat kedai nombor tikam dulu kah kah...

Sebab tu la umno bikin kilang arak...sebab tu la umno kasi lesen kedai judi...tempat ni semua adalah sebagai petanda kalau umno tersesat jalan depa boleh kembli ke kedai judi dan kilang arak ni..lepas kena segelas dan tikam seringit dua baru depa jalan balik kah kah kah..

Oii MP Kota Baru pi taubat cepat sebelum hang mati..kah kah kah...lepas taubat baru boleh kongkek bibik kah kah kah......

............................................................................

Abd. Rahim diminta bertaubat

KUALA LUMPUR 1 Jan. – Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abd. Rahim Wan Abdullah diminta menarik balik kenyataannya yang sanggup mati mempertahankan Pengerusi DAP, Karpal Singh kerana ia boleh menggugat akidah seorang Islam.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, wakil rakyat Pas itu tidak sepatutnya mempertaruhkan nyawa kepada orang bukan Islam semata-mata atas kepentingan politik.

“Sebagai orang Islam tidak sepatutnya membuat sesuatu pendirian sanggup mati kepada bukan Islam kerana soal politik dunia tidak boleh dicampur aduk dengan hal akhirat.

“Beliau harus berfikir dan kembali ke pangkal jalan serta kewarasan agama kerana Islam mempunyai batasan tertentu dengan bukan Islam khususnya berkaitan akidah dan kenyataan itu jelas sudah terkeluar daripada ajaran Islam,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan ucapan Wan Abd. Rahim di Konvensyen Pakatan Rakyat baru-baru ini yang memberi amaran ‘langkah mayat saya dahulu’ jika ada pihak yang ingin ‘mengusik’ Karpal Singh walaupun Pengerusi DAP itu sebelum ini pernah memberi amaran ‘langkah mayatnya dahul’ jika Pas mahu menubuhkan negara Islam di Malaysia.

Pengorbanan itu dibuat atas dasar kesetiaan dan semangat setiakawan Pas terhadap pakatan pembangkang yang turut dianggotai oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ia dipercayai bertujuan mempertahankan Karpal yang ‘diserang’ pelbagai pihak, berhubung pendiriannya membela Datuk Seri Anwar Ibrahim sedangkan, beliau yang mendedahkan kegiatan salah laku seks ketua pembangkang tersebut pada tahun 1997 di Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, Bekas Felo Pusat Syariah Undang-Undang dan Sains Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Mohd. Roslan Mohd. Saludin berkata, Pas dan Ahli Parlimen Kota Bharu itu diminta bertaubat apabila sanggup mempertahankan seseorang yang tegar menentang hukum Allah dan pembentukan negara Islam semata-mata terlampau kemaruk kuasa.

Katanya, kenyataan itu adalah sesuatu yang tidak relevan dan disifatkan sudah hilang pedoman dan jati diri muslim.

“Cikgu Rahim (Wan Abd. Rahim) sepatutnya banyak beristighfar dan bertaubat serta sedar implikasi kepada akidah seorang Muslim sekiranya mati dalam keadaan mempertahankan seseorang yang umum sedia maklum amat tegar dan lantang menentang hukum Allah dan pembentukan sebuah negara Islam.

“Pendirian melampau beliau seolah-olah lagak Pak Kadok yang bersorak sedangkan kampung (maruah Islam) bakal tergadai.

“Apakah dia (Wan Abd. Rahim) tidak sedar kenyataannya itu seolah- olah mengisytihar ‘jihad’ mempertahankan kemungkaran dan penghinaan yang selama ini dilakukan oleh Karpal Singh dan DAP dalam kancah politik tanah air,” katanya..

BACA JUGA POSTING HARI INI -


1- TUKAR TIUB KATA KALAU NAFI ITU MAKNANNYA BETUL...

2 - TOP 5

TOP 5

Di bawah ini ialah senarai top 5 jualan tiket konsert paling tinggi di dunia..Hang pa jang dok tebiang cari nama CT Norhagila kat sini..nama dia dok rangking tak cukup kertas nak masuk sini...

Aku senaraikan sampai no 5 saja pasai aku punya sedara Metallica tu dok tempat no 5....kalau metallica dok no 132 maka sampai 132 la aku senaraikan..tapi Metallica mana boleh... Metallica tetap top 5....

Apapun Otai ACDC tetap dok no 2....

NO 1 - BON JOVI
- mencatat jualan tiket konsert bernilai AS$201.1 juta (RM622 juta)

NO 2- AC/DC
Kumpulan rock AC/DC menduduki tangga kedua dengan jualan tiket konsert di luar negara berjumlah AS$177 juta (RM547 juta)


NO 3 - U2
2 di tangga ketiga dengan jualan tiket berjumlah AS$160.9 juta (RM498 juta).


NO 4 - LADY GAGA (Aku tak kenai betina ni)
Di tangga keempat ialah Lady Gaga yang memperolehi jualan tiket berjumlah AS$133.6 juta (RM413 juta)



NO 5 - METALLICA
Metallica pula menduduki tangga kelima dengan hasil jualan tiket berjumlah AS$110.1 juta (RM341 juta)


POSTING HARI INI -

- 1

TUKAR TIUB KATA KALAU NAFI ITU MAKNANNYA BETUL...

TUKAR TIUB KATA KALAU NAFI ITU MAKNANNYA BETUL...


Presiden PAS nafi berlaku pertemuan UMNO-PAS 24 Disember lepas.

Sumber : 'Harakah'

KUALA LUMPUR, 1 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjelaskan tidak berlaku pertemuan UMNO-PAS yang berlaku di Terengganu seperti mana yang dibongkar pimpinan PAS lainnya baru-baru ini.

"Ini adalah hal kesatuan jemaah. Tiada yang lebih penting dari egoaan saya, mahupun kedudukan jawatan saya berbanding dengan kesatuan jemaah. Dengan ini saya menafikan laporan akhbar Siasah itu. Saya pasti akan nafi."

Ketika ditanya sama ada Presiden PAS mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap media yang memfitnah berlaku pertemuan itu, Presiden PAS itu menyerahkan kepada AJK Pusat:

"Saya akan minta AJK Pusat meneliti apakah tindakan yang boleh diambil mengikut peruntukan undang-undang. Insyaallah."

Seminggu yang lalu, media internet bergolak apabila terdedahnya laporan wujud pertemuan cubaan menggabungkan UMNO dan PAS yang membabitkan YDP Agong. Dikatakan TGNA hadir atas arahan YDP Agong.

"Apabila Mursyidul Am itu sampai di sana, rupa-rupanya Presiden PAS, Timbalan Presiden PAS, Najib dan Paklah sudah sedia menanti. Situasi meyebelahi Mursyidul Am apabila mendedahkan senarai pengkhianatan UMNO kepada Melayu dan mengapa UMNO dan PAS perlu berasingan." Jelas satu sumber.

Sudah menjangkakan situasi pertemuan pasti memihak kepada Mursyidul Am, Presiden dilarikan ke luar negara pada hari yang sama, tetapi sebelah malam. Satu program untuk Presiden sudah disediakan, dan disebarkan melalui youtube. Ini bagi mengelirukan penyokong dan mengekalkan kedudukan Presiden itu dalam hiraki PAS.

“Ya, tidak berlaku. Laporan itu tidak betul,” tegas Presiden PAS itu ketika diasak wartawan.

Dan apabila ditanya, adakah mana-mana pemimpin PAS yang mendakwa berl

To Live Is to Die

free counters

Eye of the Beholder

Dyers Eve