Blackend Is The End

Rabu, 12 Januari 2011

KU SANGKA ADUN SRI MUDA, TAPI RUPA2NYA HASSAN ALI YANG MASUK UMNO


KAH KAH KAH, apa sudah jadi sama Pas Selangor, sudah gila atau sudaH ketagih peliaq umno. Kah kah kah. Benda apa yang Pas suruh adun Seri Muda mintak maaf? Apa ini Adun sudah buat salah?

Ini kerja Pas Selangor atau pesuruhjaya Pas Selangor? Kah kah kah..aku rasa ini kerja ketua Pas Selangor sebab ketua Pas selangor ni memang hatinya ketuanan melayau kah kah kah.

Sapa Hassan Ali ni? Mamat ni orang yang pandai bercakap sebab dia cari makan dengan bercakap. Macam biasalah kalau pandai bercakap maka terasa hebatlah pada orang Pas. Bila orang Pas dah rasa hebat maka cepatlah mamat ni naik jadi pemimpin.

Hasan Ali tak perlu bersusah payah dalam perjuangan tapi telah di angkat menjadi naib presiden oleh orang Pas di zaman Ustaz Fadzil Noor. Memang tak salah masuk Pas tapi mengapa perlu menjadi pemimpin kalau tak pernah bersusah payah. Tapi nak buat macam mana, otak orang Pas macam yang dok ada dalam kampung aku la, semuanya jenis "Ya Ustaz". sapa kata "Tidak" maka orang itu akan di hukum kafir. Kalau nak usung betina Indon pun ustaz kata "harus" kalau sokong dia. Kalau. nak sms lucah pun ustaz boleh kata "harus", janji kena sokong dia. Tak percaya hangpa cuba tanya ketua pemuda Pas Penang si Mamat yusni tu..kah kah kah.

Pas Selangor memang bodoh kerana berketuakan seorang Doktor Falsafah yang di beli.. Mamat Hasan Ali ni lebih kurang dengan Dr Fazli mamat umno tu. Dia bodoh tapi nak cover bodoh dia pi beli PHD untuk lindung kebodohannya tu kah kah kah. Bila orang bodoh jadi ketua maka dia pun nak perbodohkan orang bawah dia.Kah kah kah tapi bukan semua orang Pas bodoh macam orang Pas kampung aku kah kah kah.

Bila mamat ni suruh Adun seri Muda mintak maaf pada Sultan lagi nampaklah kebodohannya tu. Apa pasai nak mintak maaf kalau tak buat salah. Ini bukan cerita budak2 sambut raya. Pi rumah orang yang tak buat salah pun mintak maaf sebab nak dapat duit raya.

Kalau hang nak mintak maaf, hang pi la mintak maaf sorang2 hang. Kah kah kah.. Apa pasai hang jual nama Pas kata Pas Selangor yang suruh mintak maaf. Tak pasai pasai Pas Selangor kena maki dengan aku kah kah kah...

.............................................................................................

Pas Selangor mahu Shuhaimi mohon maaf kepada istana - UTUSAN MELAYAU

KUALA LUMPUR 12 Jan. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei dinasihatkan supaya memohon maaf kepada Istana Selangor ekoran kenyataan kontroversi yang disiarkan melalui blognya berhubung isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) baru-baru ini.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali berkata, kenyataan Shuhaimi itu telah melukakan hati institusi diraja Selangor serta pihak-pihak yang terlibat dalam proses pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai SUK yang berkuat kuasa 1 Januari lalu.

“Dia (Shuhaimi) orang muda, bila dalam suasana sedemikian, dibandingkan dengan saya yang banyak uban ini, agaknya temperamental (anginnya) berbeza sedikit.

“Keduanya, kenyataan yang dibuat itu sudah tentu melukakan hati pihak berkenaan,” katanya pada sidang akhbar khas bagi menyatakan pendirian Pas Selangor berhubung isu pelantikan Mohammed Khusrin di Gombak dekat sini hari ini.

Hasan yang juga Exco Selangor ketika ditanya mengakui ‘pihak berkenaan’ yang dimaksudkannya itu merujuk kepada institusi diraja Selangor.

Shuhaimi sebelum ini dibidas pelbagai pihak kerana mengkritik pelantikan Mohammed Khusrin melalui blognya dengan mengeluarkan kenyataan yang disifatkan biadab terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. - Utusan

BERITA TERKINI ISU ADUN SELANGOR LOMPAT PARTI

Macam dok kata tadi, (click sini)
tak payah cerita Adun parti mana yang nak angkat kaki...comfirm dari PKR punya kah kah kah.
.................................................

PKR menafikan dakwaan bahawa ADUN Seri Muda Shuhaimi Shafiei akan meletakkan jawatan atau melompat parti. Naib Ketua PKR Kota Raja Kamarudzaman Sanusi berkata, SMS yang disebarkan pagi ini berhubung perkara itu adalah "palsu dan berniat jahat". "Saya hendak sebut dengan jelas, SMS itu palsu, berniat jahat dan dilakukan musuh politik yang tertentu dan berkepentingan," katanya dalam sidang media di pejabat Shuhaimi di Kota Kemuning, Shah Alam.

Sebelum ini, ura-ura bahawa Shuhaimi akan melompat parti atau meninggalkan PKR bertiup kencang. Panggilan telefon serta sms yang dihantar juga tidak berjawap menguatkan lagi khabar angin itu.

Bukan itu saja, perkara itu mustahil dan "apa yang dikejar itu tak betul". Shuhaimi bagaimanapun tidak hadir dalam sidang media itu. NONEMenurut Kamarudzaman, Shuhaimi tidak hadir menafikan sendiri kerana sedang menghadiri sebuah mesyuarat pagi ini. Sehubungan itu, Kamarudzaman berkata, pihaknya menimbang membuat laporan polis berhubung penyebaran itu hari ini. "Kita pertimbangkan buat laporan. Kesian pada wartawanlah, penat bekerja," katanya.

Sementara itu, menurut seorang sumber yang dekat dengan ADUN tersebut ketika dihubungi hari ini, semua program Shuhaimi kini dibekukan buat sementara waktu.

Difahamkan, langkah itu adalah bagi memastikan keselamatan ADUN berkenaan. Shuhaimi bagaimanapun tetap akan hadir untuk diambil keterangan oleh polis di Bangunan SUK petang ini, menurut sumber berkenaan.

NONETerdapat pelbagai versi mengenai siasatan polis itu. Ada yang mengaitkan dengan rumahnya yang disimbah dengan cat merah 7 Januari lalu.

Ada juga yang mengaitkannya dengan tulisan Shuhaimi di blog berhubung isu perlantikan setiausaha kerajaan negeri Selangor yang baru yang didakwa sesetengah pihak, khususnya dari Umno bahawa ADUN Sri Muda itu menghina Raja-raja Melayu.

ADUN PR SELANGOR LARI MASUK UMNO LAGI


Ini berita kurang sensasi. Dah jadi macam perkara biasa cerita wakil rakyat yang lari dari parti ni. Alasannya pun tak payah di tulis di sini sebab rakyat pun dah tahu alasannya akan sama saja dengan MP Lebai Kulim, Lebai Bagan Serai dan Bayan Baru.

Kalau betul ada Adun nak cabut dalam PR ni, rakyat pun dah tahu adun ni dari parti mana. Macam biasalah kalau yang di pilih jadi calon adalah orang yang rapat dengan pemimpin atasan. Aktivis parti jangan harap la nak di senarai nama sebagai calon.

Oleh itu kita ucapkan selamat menjadi glamer kepada bakal pengikut Lebai Zul Kulim.

Siapa Adun tu? Ntah aku pun dapat dari SINI.

MOHON UNDI PEMBACA UNTUK RAJA LAWAK 5























Mengapa anda perlu undi Leman?

Pertamanya Leman ada seorang aktivis yang berjuang menentang kezaliman pemerintah tanpa rasa takut dan gentar sehingakan dia telah di buang kerja (dulu seorang peguam kerajaan).

Leman hidup dalam golongan masyarakat Marhaen, berjuang untuk rakyat marhaen dan membela golongan marhaen.

Oleh kerana itu Leman tidak seperti pelawak raja lawak yang lain yang mempunyai ramai orang kawan yang punya duit untuk mengundinya.

Hanya anda saja harapan untuk mengundinya. Berila undi Untuk Leman. Peguam muda rakyat marhaen.


CINA MATI PERTAHANKAN NEGARA, UMNO SAMPAI MATI PERTAHANKAN PENJAJAH


Nama asal Kawan Chen Nan iaLah Chen Kwang Chang. Pada masa Perang Anti-Jepun beliau bernama Lao Yang; masa perjuangan secara damai selepas tamat Perang Dunia Kedua bernama Ah Mu dan pada masa Perang Anti-British bernama Chen Nan. Kawan-kawan Melayu membahasakan beliau sebagai Kawan Haji Hashim. Nama Haji Hashim diberikan oleh Allahyarham Ahmad Boestamam ketika beliau bermesyuarat bersama kawan-kawan dalam PKMM.

Kawan Chen Nan lahir di Taiping, Perak pada tahun 1921. Masa kecil menerima pelajaran dalam bahasa Cina dan Inggeris. Semasa belajar di Sekolah Menengah Chong Hwa di Kuala Lumpur, beliau sudahpun memperhatikan peristiwa-peristiwa penting dalam negeri, mengambil berat jesejahteraan dan kesengsaraan rakyat, tidak puas hati pada pencerobohan dan pemerintahan imperialis British. Kerana itulah beliau menyertai gerakan pelajar. Dalam gerakan itu, beliau telah bertemu dengan kader Parti Komunis Malaya (PKM), kemudian beliau menjadi anggota PKM, dan menjadi seorang anasir cergas dalam gerakan pelajar.

Semasa fasis Jepun mencerobohi negara kita pada penghujung tahun 1941, kebetulan cuti penggal sekolah, Kawan Chen Nan sedang bercuti di rumahnya di Perak. Beliau berjaya mencari jalan berhubung dengan organisasi parti tempatan dan giat mengambil bahagian dalam perjuangan anti-Jepun di kampung halamannya.

Bahagian barat laut Perak sangat luas kawasannya, tapi parti masih kurang anasir cergas dalam pergerakan massa. Kawan Chen Nan membuat kerja menyusun massa rakyat di samping bertanggungjawab atas kerja perhubungan. Beliau selalu mengayuh basikal membawa sejumlah besar dokuman berulang alik berpuluh-puluh batu jauhnya untuk menyampaikan dokumen-dokumen itu ke berbagai unit. Beliau menjayakan tugas itu dengan cemerlang.

Kerana keperluan perjuangan anti-Jepun, Kawan Chen Nan diangkat sebagai anggota Jawatankuasa Parti Kawasan Barat Laut Perak pada penghujung tahun 1942. Tidak lama kemudian, beliau dilantik sebagai Setiausaha Jawatankuasa Kawasan. Pada tahun 1945 beliau dilantik pula sebagai anggota Jawatankuasa Parti Wilayah (iaitu Jawatankuasa Negeri) Perak.

Semasa Perang Anti-Jepun, beliau dilantik sebagai Wakil Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya untuk berhubung dengan tentera British. Ini merupakan satu tugas yang berat lagi rumit. Di samping membuat perhubungan dengan pegawai penghubung tentera British, beliau juga melancarkan perjuangan yang mustahak dengan mereka. Semua tugas tersebut dilaksanakannya dengan jaya.

Selepas tamat Perang Dunia Kedua, Kawan Chen Nan ditukar ke Kuala Lumpur untuk bekerja di organ Jawatankuasa Pusat PKM. Pada masa mulanya beliau dilantik sebagai anggota Jabatan Penerangan Jawatankuasa Pusat Parti, tidak lama kemudian dilantik pula sebagai wakil Jawatankuasa Pusat untuk menghubungi Jabatan Kerja Melayu PKM. Sekalipun kerja amat berat, namun beliau selalu meluangkan masa menulis artikel-artikel pada akhbar parti, memperkenalkan dan memaparkan dasar-dasar parti,menggalakkan rakyat berbagai kaum bersatu padu dan berjuang.

Pada tahun 1948, menjelang imperialis British melancarkan penindasan berdarah secara besar-besaran ke atas rakyat negeri kita, Kawan Chen Nan selain terus memimpin menghubungi Jabatan Kerja Melayu, beliau juga dilantik sebagai anggota Dewan Malaya Tengah Jawatankuasa Pusat merangkap Setiausaha Jawatankuasa Wilayah Pahang.

Pada awal Jun, beliau telah memimpin satu sekolah politik militer yang diberi nama Kem Se-Malaya yang diadakan di hutan Lubuk Kawah, Temerloh, Pahang. 32 orang kader Melayu dari seluruh Malaya telah menghadiri sekolah tersebut. Kem Se-Malaya telah memainkan peranan penting bagi penubuhan Rejimen Ke-10 Tentera Pembebasan Nasional Malaya kemudiannya. Di bawah bimbingan Kawan Chen Nan dan usaha bersama kader-kader Melayu dan massa rakyat yang luas, gerakan tani Melayu tempatan terus berkembang.

Apabila penjajah British mengisytiharkan Undang-undang Darurat pada Jun 1948, aktivis-aktivis Melayu di Pahang telah berundur ke belukar dan hutan rimba membentuk pasukan gerila untuk menentang penjajah British secara bersenjata. Pada 21 Mei 1949, Jawatankuasa Pusat PKM dan Markas Agung telah mengesahkan berdirinya Rejimen Ke-10 Tentera Pembebasan Nasional Malaya. Kawan Chen Nan yang mewakili Jawatankuasa Pusat dan Markas Agung dengan khidmat mengumumkan berdirinya Rejimen Ke-10 yang berasaskan pasukan-pasukan bersenjata petani Melayu Pahang.

Pada pertengahan Jun 1949, beberapa pasukan Tentera Pembebasan Nasional di bahagian selatan dan tengah Johor telah dihantar ke Pahang Barat untuk mengadakan pengukuhan dan penyusunan semula bersama dengan satu platun Rejimen Ke-6 di kawasan Kerdau, Pahang Barat, lalu bergabung mendirikan Kompeni Ke-26 Rejimen Ke-6. Kompeni Ke-26 merupakan satu kompeni besar yang terdiri daripada 4 platun yang lengkap dengan komender dan perajurit seramai 150 orang lebih.

Kompeni Ke-26 telah mengadakan perkumpulan dengan suatu platun Rejimen Ke-10 berturut-turut melancarkan pertempuran-pertempuran bertujuan melatih pasukan Melayu yang baru didirikan itu melakukan berbagai bentuk pertempuran.

Pada masa itu, imperialis British mengerahkan beribu-ribu askarnya mengepung pasukan ini. Dalam tempoh kira-kira 3 bulan, pasukan ini telah melancarkan 11 kali pertempuran, membunuh atau mencederakan sejumlah musuh dan menawan 31 laras senjata. Semasa memimpin Kompeni Ke-26 mengadakan pertempuran dari setempat ke setempat, Kawan Chen Nan telah menunjukkan kepandaian dan kecemerlangan dalam memberi arahan dan bertempur dengan gagah berani. Beliau amat dihormati dan dicintai segenap komander dan perajurit dan memberikan kesan yang mendalam kepada kawan-kawan.

Kerana keperluan kerja, Kawan Chen Nan meninggalkan Kompeni Ke-26 pada bulan Januari 1950 dan pulang ke Kerdau untuk berhubung lebih rapat dengan Markas Besar Rejimen Ke-10. Pada masa itu, musuh sedang melancarkan serangan secara bertumpuan di kawasan Kerdau. Pada suatu pagi, Kawan Chen Nan dan pasukan pengawalnya tiba-tiba diserang oleh musuh. Beliau segera mengarahkan pasukan pengawalnya membalas tembakan musuh yang berlipat ganda lebih unnggul itu. Akan tetapi, malangnya Kawan Chen Nan gugur dalam pertempuran tersebut. Masa itu beliau baru berusaha 29 tahun.

Kawan Chen Nan telah telah menyumbangkan seumur hidupnya demi kemerdekaan dan pembebasan nasional tanah air kita. Sumbangan beliau yang besar abadi selamanya dalam catatan sejarah perjuangan bangsa kita melawan penjajahan dan pembebasan rakyat.

---
Dipetik dari bahan-bahan simpanan Muzium Sejarah Kampung Perdamaian Sukhirin

To Live Is to Die

free counters

Eye of the Beholder

Dyers Eve