To Live Is to Die

free counters

Selasa, 18 Januari 2011

GAMBAR ANAK SAMY VELU BERBIKINI


Sapa boleh teka siapakah gadis india yang sedang berbikini ni...? betui ka anak Samy Vellu? Aku malas la nak boh banyak gambaq takut satgi silap mampuih aku kena saman dengan si Sammy paria vellu tu kah kah kah... kalau hangpa nak tengok gambaq2 anak samy ni hangpa ambik link dia kat bawah sekali dalam posting ni....

Blog PECACAI SEMALAYSIA hari ni pulak telah merasa insaf untuk membaca cerita prono lagi. Pagi2 lagi bila aku buka blog dia, dia dah cerita pasai tak suka baca cerita prono ni. Keh keh keh, nak buat macam mana bro, kat Malaysia ni orang suka baca cerita prono. Mat rempit suka, mat ganja suka, mat rock suka, pak lebai pun suka keh keh keh..

Oklah hari ni aku tak mau buat cerita prono lagi tapi aku nak siarkan cerita pasai umno la pulak kah kah kah...

Emm 4-5 hari lepas bising betul pasai isu azan bila seorang cina MCA maki hamun suara azan di masjid. Maka ramailah yang sanggup bermandi darah nak pertahankan Islam kononnya kah kah kah..macam gambaq kat bawah ni...

Tapi hari ni cina MCA yang maki hamun azan tu dah mintak maaf..cuba tengok gambaq bawah ni pulak..

Bagus la sebab isu ni dah selesai... apapun marilah kita minta pandangan pemimpin tentang isu yang telah selesai ini.

Ini pendapat menteri yang jaga agama Islam

Ini pulak pendapat seorang Lebai yang jugak seorang
ulamak warisatul pukimak..


Ini pendapat yang di beri dalam bahasa inggeris


Ini pula pandangan bersertakan dalil oleh ustaz kesayang orang Pas.


Dan paling akhir kita minta pula pandangan
penaung rumah anak yatim di Tanah Jawa..



Kita tanya pulak Ketua Dewan Pemuda Pas P.Pinang..
opss ni bukan pasai isu azan tapi isu Mat Zan
kah kah kah


BACA ISU MAT ZAN DI SINI

Lepas tu kita tanya pulak bekas ketua pemuda Pas Penang
apa katanya tentang Mat zan ni?



Haa kat bawah ni baru berita tentang isu azan ...

..............................................................................

Mohon maaf salah faham isu azan- Utusan UMNO

KUALA LUMPUR 17 Jan. – Peguam yang menimbulkan kontroversi kerana mempertikaikan azan, Ng Kian Nam hari ini memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di negara ini di atas kesilapannya itu.

Katanya, perkara itu terjadi kerana beliau sebenarnya tidak tahu membezakan antara laungan azan dengan ceramah ataupun kuliah subuh.

“Saya perlu jelaskan saya tidak pernah meminta ataupun berniat untuk menghentikan atau mempertikaikan azan yang merupakan elemen yang begitu penting dalam sembahyang umat Islam.

“Saya perlu mengaku tiap-tiap orang ada kelemahannya termasuk saya. Sebagai seorang bukan Muslim, semasa saya tulis surat tersebut, saya langsung tidak tahu membezakan antara azan dan ceramah.

“Maka saya ingin memohon maaf secara tulus ikhlas jikalau kekeliruan saya ini menimbulkan salah faham atau menyinggung perasaan mana-mana pihak khasnya umat Islam di negara ini,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis dialog dengan dua persatuan penduduk Pantai Dalam di sini.

Hadir sama, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin merangkap Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai yang bertindak sebagai moderator dialog tersebut dan Pengerusi Majlis Gabungan Ayahanda-Ayahanda Wilayah Persekutuan, Zakaria Awang.

.......................................................................................

INI PULAK PANTUN USTAZ ZULKARNAIN ABIDIN Pasai isu ni.

Bersalam erat berpegangan tangan,
Lepas bersalam berpeluk sakan.
Untung jadi suku-sakat BN,
Silap apa pun tetap dimaafkan.

Lepas bersalam berpeluk sakan,
MCA lari Umno rugi.
Isu azan telah dimaafkan,
Saman ekor bila lagi?

MCA lari Umno tersepit,
MIC pecah Umno kalut.
Isu azan tidak dapat duit,
Saman ekor peluang kaut.

Benci Umno buang ke laut,
Benci BN jangan undi,
MCA pening Umno kalut,
MIC pecah India lari.

Ini pulak link blog gambaq kononnya anak samy velu seperti yang di janjikan tadi.. Click sini

GAMBAR ANAK USTAZ TAIB AZAMUDIN MAKAN BESAR DENGAN PENYAMUN

Apa sudah jadi ni? Macam mana anak seorang ulama' malah seorang bekas Imam masjid negara yang kini menjadi seorang ahli parlimen Pas Baling boleh bersahabat baik dengan pencuri? Baca SINI dulu untuk tahu ceritanya.

Cuba tengok gambar di bawah ni. Wahh nampak mesra betul anak Ustaz Taib Azamudin ni dok pelahap dengan pencuri duit budak budak Pasti. Atau mungkin dia tak kenai yang dok melahap dengan dia tu pencuri sebab pencuri tu pakai lebai kah kah kah? Atau mungkin jugak anak bekas Imam masjid negara ini pakai fatwa "sokong ana hukumnya halal..lawan ana hukumnya harammmmm" kah kah kah kah



Sampai hari ini ibu bapa pelajar Pasti yang telah di kencing masih menunggu janji janji manis lebai yang juga AJK Pasti P.Pinang ni yang telah mencuri duit anak mereka. berita terbaru yang Abu Nawas terima lebai ini juga telah mengencing banyak lagi sekolah sekolah Pasti.

Mengapa lebai ini masih boleh lepak dengan pimpinan utama Pemuda Pas P.Pinang? Siapakah yang melindungi lebai ini? Kita tunggui saja Abu Nawas nak dedahkan segala perangai jahat lebai ini nanti...kah kah kah

MUSTAFA HUSSIN ORANG KIRI DALAM UMNO


Mungkin ada diantara kita menyangka Mustapha Hussein adalah sayap kelima tentera Jepun. Benarkan demikian? Mengapa tokoh-tokoh kemerdekaan yang seangkatan dengannya bekerjasama dengan fasis Jepun?

Ketika berceramah kepada para perajurit tentang gerakan kemerdekaan Malaya, Abdullah C.D. dan Rashid Maidin (Allahyarham) sentiasa menyebut peranan penting yang dimainkan KMM di bawah pimpinan Ibrahim Hj. Yaacob, Mustapha Hussein, Dr. Burhanuddin dan lain-lain.

Dalam memoir edisi pertama, Abdullah C.D. memberikan penilaian sebagai tokoh nasional yang besar kepada Mustapha Hussein. Di sini saya petik tulisan beliau yang diberi tajuk:


Mustapha Hussein – Tokoh Nasional yang Besar


Mustapha Hussein adalah tokoh pejuang kemerdekaan yang besar. Seumur hidup beliau dicurahkan untuk cita-cita yang murni - kemerdekaan nusa, bangsa dan agama. Ketika menganggotai KMM dulu, saya tidak berpeluang bertemu dengannya, hanya mendengar namanya sahaja sebagai Naib Ketua KMM. Setelah Jepun menyerah diri beliau dipenjarakan oleh penjajah British. Saya berpeluang bertemu dengannya apabila dia keluar dari penjara.


Walaupun beliau keluar penjara dengan syarat-syarat yang ketat dikenakan oleh kerajaan penjajah, tetapi semangat memperjuangkan kemerdekaan tetap berkobar-kobar. Sebaik sahaja keluar dari penjara, beliau mendapat pekerjaan dengan sebuah syarikat insurans Amerika. Di samping itu beliau selalu pergi ke pejabat PKMM. Beliau tahu gerakan PKMM sebagai lanjutan daripada KMM yang beliau sendiri ikut serta dan menubuhkannya. Beliau juga menemui kawan-kawan seperjuangan lama seperti Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestamam dan Ishak Haji Muhamad.


Disebabkan beliau baru sahaja keluar penjara dan di dalam perhatian intelijen British, maka dia tidak dapat bergerak secara bebas. Akan tetapi beliau menawarkan dirinya sebagai penasihat kepada Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan pekerjaan ini dilakukannya dengan baik. Beliau turut memberikan idea-idea yang amat bernilai bagi perjuangan kemerdekaan. Kehadiran Mustapha Hussein bersama PKMM dirahsiakan, hanya beberapa orang sahaja yang mengetahuinya.


Dalam masa ini juga saya bertemu dengan Mustapha Hussein. Walaupun inilah pertama kali saya bertemu dengannya, tetapi kami telah lama bersatu dalam cita-cita sejak dari zaman KMM dulu, walaupun cara kami terdapat perbezaan.


Kedudukan saya sebagai wakil PKM yang terbuka lebih diperhatikan oleh intelijen British. Untuk mengelakkan pertemuan kami diketahui oleh mereka, saya menyediakan satu bilik khas di belakang pejabat PKM untuk bertemu dan berbincang dengan beliau. Ini saya urus sendiri, tidak siapa pun yang mengetahuinya.


Mengambil peluang ini Mustapha Hussein membaca buku sejarah dan buku teori, lebih-lebih teori tentang revolusi antiimperialisme dan kemerdekaan tanah air. Buku-buku yang saya bawa pulang dari India habis dibacanya ditambah pula dengan buku-buku di perpustakaan kami Balai Pustaka. Hasil pembelajarannya amat memuaskan dan kesedaran mengenai revolusi dan kemerdekaan ternyata begitu cepat subur dalam dirinya.


Dia pernah menyatakan pendapatnya tentang melancarkan revolusi untuk kemerdekaan Malaya. Menurutnya, dia akan pergi ke India untuk mendapatkan bantuan dan mencadangkan pula saya cari hubungan dengan Tiongkok untuk tujuan yang sama. Di India dia boleh berhubung dengan kerajaan India dan dengan INA kerana dia mempunyai hubungan rapat dengan tokoh INA. Mustapha Hussein berpendapat menjalin hubungan internasional adalah penting untuk kemenangan revolusi.


Apabila diisytiharkan Undang-undang Darurat, beliau tidak ditangkap oleh penjajah. Dari Rejimen Ke-10 saya menghantar orang bawah tanah menghubungi beliau. Saya mencadangkan supaya beliau menyertai UMNO kerana UMNO juga satu kekuatan untuk perjuangan menuntut kemerdekaan di mana ramai orang yang cintakan kemerdekaan tanah air bergabung di dalamnya. Setelah itu ramai kawan PKMM masuk UMNO, dan wajah UMNO mulai dilanda perubahan mendadak ke arah perjuangan untuk kemerdekaan. Mustapha Hussein pernah bertanding melawan Tunku Abdul Rahman merebut jawatan pucuk pimpinan UMNO untuk menggantikan tempat Dato’ Onn Jaafar, tapi beliau dikalahkan.


Malangnya, hubungan saya dan Mustapha Hussein terputus apabila Rejimen Ke-10 bergerak ke utara ke kawasan sempadan Malaya-Thai pada tahun 1953. Mustapha meninggal dunia pada 15 Januari 1987 ketika berusia 77 tahun.

BACALAH KISAH PAK DOLMAT KOMUNIS SEBELUM ANDA MERASA ANDA PEJUANG ISLAM YANG HEBAT

Mengapa golongan miskin selalu terpinggir? Sebahagian mereka hidup amat menderita bahkan tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa kehidupannya lebih buruk dari haiwan. Satu jawapan kepada soalan ini ialah kerana penindasan kelas. Kelas kapitalis sememangnya adalah kelas pemeras dan penindas - memeras kaum pekerja untuk mengeruk keuntungan yang melimpah ruah. Akibat wajar dari pemerasan dan penindasan tersebut kaum pekerja terutama kaum buruh dan tani menjadi semakin melarat. Akibat dari sistem kapitalis itu, muncullah bermacam-macam penyakit masyarakat sebagaimana kita lihat hari ini. Hidup berpoya-poya, membazir, sombong dan bongkak menjadi budaya kaum kapitalis.

Yang ingin dikongsi bersama di sini ialah kisah Arwah Dolmat di masa kecil.

Dolmat atau nama sebenarnya Dolah dilahirkan pada tahun 1930 di sebuah tani miskin di Wilayah Patani. Ibunya bernama Timah dan ayahnya bernama Yaakub. Ketika berumur 3 bulan, ayahandanya yang tercinta meninggal dunia. Dolmat yang masih tak mengerti apa-apa lagi itu dipelihara oleh neneknya.

Neneknya seorang pelatah, sedikit terkejut, terus melatah. Kebetulan pada suatu hari, ketika menemani nenek memotong getah, neneknya terkejut oleh sesuatu lalu melatah. Nasib malang bagi Dolmat. Ketika melatah itulah, neneknya menikam mata Dolmat dengan pisau penoreh getah tanpa sengaja. Sebelah mata Dolmat menjadi buta.

Ibarat kata pepatah sudah jatuh ditimpa tangga, ketika berusia 5 tahun, neneknyanya pula kembali menemui Illahi. Dolmat yang masih kecil kembali tinggal bersama ibunya yang ketika itu sudahpun berkahwin semula.

Ibu dan bapa tirinya hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, dan berhutang di sekeliling pinggang. Pada suatu hari ketika Dolmat berusia 6 – 7 tahun, seorang yang berharta di kampung itu datang menuntut hutang 20 gantang padi yang dipimjam oleh ayah tirinya beberapa tahun lepas.

Dolmat telah dijadikan “barang dagangan” sebagai bayaran 20 gantang padi tersebut. Sejak hari itu Dolmat menjadi “hamba’” kepada orang kaya tersebut tanpa sebarang ganjaran.

Di rumah orang kaya tersebut, Dolmat diperlakukan seperti hamba. Setiap hari beliau disuruh membuat bermacam-macam kerja yang berat-berat di luar kemampuannya. Sedikit silap, beliau dipukul dan dimaki hamun. Sudahlah begitu, Dolmat tidak pula diperlakukan dengan adil. Beliau tidak dibenarkan makan bersama keluarga tuan rumah. Makanan yang diberikan pula hanyalah sisa-sia tuan rumah dan amat tidak mencukupi dengan keperluan perutnya. Ada masanya, beliau hanya diberikan nasi yang sudah basi.

Sepanjang masa beliau hidup dalam keadaan perut berkeroncongan. Kerana tidak dapat menahan lapar, beliau terpaksa mencuri makanan di dapur ketika tuan rumah nyenyak tidur waktu malam.Begitulah Dolmat menghabiskan masa bertahun-tahun sebagai hamba.

Keadaan Dolmat yang dipekerjakan sebagai hamba itu telah diperhatikan oleh seorang hamba Allah yang budiman. Pada suatu hari ketika Dolmat menjaga lembu tuan rumah, hamba Allah tersebut telah bertanya kepada Dolmat tentang keadaan sebenarnya. Berceritalah Dolmat penderitaannya dengan linangan air mata. Setelah mendengar cerita tersebut, berlaku dialog antara Dolmat dan hamba Allah tersebut:

hamba Allah: “Apakah kamu tidak berniat melarikan diri dari sini?”
Dolmat: “Pakcik, ke mana saya hendak lari, saya sebatang kara”.
Hamba Allah: “Apakah kamu setuju jika tinggal bersama aku?”
Dolmat: “Pakcik, saya amat berbesar hati jika ada orang yang mahu menyelamatkan saya”.

Sejak dari masa tersebut, Dolmat ikut bersama manusia budiman itu ke kawasan Resak, Narathiwat. Dolmat diberikan sebuah bilik tidur dan dicarikan kebun getah untuknya mendapatkan nafkah. Di sini juga lah Dolmat disunatkan (masuk jawi). Kebetulan juga ketika itu 2 orang anak hamba Allah itu telah berumah tangga dan tinggal berasingan. Beberapa tahun kemudian, dengan bantuan hamba Allah tersebut, Dolmat telah menemui jodohnya. Dan sejak itu jadi Dolmat sebagai manusia selayaknya.

Pada penghujung tahun 1950-an, Pasukan Rejimen Ke-10 telah tiba di kawasan Yala - Patani untuk menyusun dan menyedarkan kaum tani Melayu di kawasan pendalaman dan membangun pangkalan gerila. Dari pengalamannya yang penuh derita, beliau cepat menerima penerangan kawan-kawan regu penyusun massa. Sedarlah Dolmat mengapa beliau mengalami hidup yang penuh derita.

Kerana kegiatannya yang aktif sebagai anasir cergas regu penyusun massa, beliau menjadi perhatian ejen penjajah British yang ketika itu telahpun membentuk kerjasama dengan Bangkok untuk memerangi PKM dan Rejimen Ke-10.

Untuk mengelakkan dari tangkapan kaum reaksioner, pada awal tahun 1960-an, beliau menyertai perjuangan bersenjata bersama Rejimen Ke-10 TPNM yang bergerak di kawasan Yala. Di dalam pasukan, beliau melihat sebuah dunia baru di mana setiap orang duduk sama rendah, berdiri sama tinggi, susah senang hadapi bersama-sama, tidak ada darjat tinggi dan rendah. Peningkatan kesedaran kelas ini telah mendorongnya menjadi seorang anggota Parti Komunis Malaya.

Beliau pernah membuat bermacam-macam pekerjaan yang ditugaskan seperti menyusun massa, kerja dalam pasukan, kerja utusan, kerja logistic, membuat stor strategic dan lain-lain. Pada tahun 1969 dan 1970, beliau berturut-turut menyertai 2 kali pasukan penggempur bergerak di kawasan Ulu Kelatan di bawah pimpinan Abu Samah Mohd. Kassim.

Pada tahun 1973, beliau ditukarkan pula ke Pasukan Penggempur Ke-15 di bawah pimpinan Rashid Maidin yang bergerak di kawasan sempadan Kelantan – Perak – Thailand. Beliau telah dilantik sebagai salah seorang kader pasukan tersebut.

Dalam perjuangan yang berliku-liku, beliau pernah 2 kali terkena periuk api dan sekali terkena panahan petir. Beliau juga pernah beberapa kali diserang hendap, beberapa kali bertempur secara berhadap-hadapan dengan tentera upahan kerajaan reaksioner dan pernah patah tangan terkena peluru. Berbagai ujian dan dugaan tersebut telah menempa tekad beliau menjadi semakin teguh dan tabah mempertahankan perjuangan sehinggalah termaterinya perjanjian perdamaian antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Diraja Thailand dan Parti Komunis Malaya di Hadyai pada 2 Disember 1989.
---

Catatan: Kisah MASA KECIL YANG PENUH DERITA yang dipaparkan di atas diceritakan sendiri oleh Allahyarham di dalam majlis yang diadakan di Pasukan Penggempur Ke-15. Ketika mendengar kisah ini, ramai kawan menitis air mata, termasuk Allahyarham Rashid Maidin. Siapakah hamba Allah dalam kisah di atas tidak pula diterangkan beliau.

Blackend Is The End

Dyers Eve