Blackend Is The End

Sabtu, 22 Januari 2011

WANITA LUBNAN JADI SASAU DI MAKI WANITA MALAYSIA -


Petang tadi aku bercerita tentang ini (Click). Cerita pasai betina arab yang di beli dengan harga berjuta ringgit hasil keringat orang miskin di Negeri serawak. Malam ini pulak aku terbaca berita yang seorang wanita telah di tahan polis kerana mahu bercakap benar di hadapan pemerintah.

Inilah manusia yang namanya wanita sanggup kedepan untuk menyatakan haknya. Mengapa tidak ada lelaki? Di mana pulak ustad yang hanya berani bercakap di dalam masjid saja? Di mana orang politik yang kononnya nak membela nasib rakyat marhaen?

Semuanya pembohong. Semuanya penakut. Mereka hanya akan kedepan jika ada keuntungan politik jika tidak mendatangkan keuntungan politik maka pergi mampuslah dengan orang miskin. Setiap hari rakyat terus di belenggu dengan kemiskinan dan setiap hari jugalah orang politik makan di restoran mewah.

Ada mereka kisah dengan penderitaan rakyat? ya memang ada..bila mereka mahu undi orang miskin.


Maka ucapan setinggi tahniah kepada wanita yang berani ini.. wanita ini berani kerana dia tidak membiarkan hidupnya di tentukan oleh orang lain.
Inilah wanita yang mewarisan keberanian Suriani Abdullah. Siapa Suriani Abdullah? Lihat gambar di atas dan carilah di Google..

Hidup rakyat Serawak
Hancur Betina Lubnan dan Suaminya..

.......................................................................................................

MIRI, 22 Jan – Seorang wanita berusia dalam lingkungan 40 tahun ditahan polis kerana cuba mendekati Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebelum beliau melancarkan program Sejiwa Senada di Padang Majlis Bandaraya Miri di sini hari ini.

Drama itu tercetus kira-kira pukul 11.30 pagi apabila wanita berkenaan, yang berbaju biru dan membawa sekaki payung serta satu beg plastik, menyusup di celah-celah orang ramai untuk menuju ke tempat VIP.

Beberapa pegawai Cawangan Khas yang melihat gelagat wanita itu serta-merta menghalang dan membawanya keluar dari khemah utama di mana majlis pelancaran itu bakal diadakan.

“Ketua Menteri perlu tahu perkara sebenar!, “ jerit wanita itu ketika diiring keluar dari tempat berkenaan.

Dia kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Miri sebelum dibebaskan tidak lama kemudian.

Wanita itu dipercayai tidak berpuas hati dengan perkhidmatan sebuah jabatan kerajaan dan ingin mengadu hal berkenaan kepada Taib.

Kejadian itu tidak menjejaskan perjalanan majlis tersebut dan Taib menyampaikan ucapan beliau seperti yang dijadualkan.

Program Sejiwa Senada anjuran kerajaan negeri itu menjadi platform bagi jabatan dan agensi kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan untuk mendampingi orang ramai.

Program yang berakhir esok itu menyediakan 181 gerai untuk memudahkan orang ramai mendapat penerangan tentang peranan jabatan dan agensi kerajaan terbabit, di samping mendengar cadangan dan sungutan mereka dalam usaha kerajaan menambah baik sistem penyampaian kepada rakyat. – Bernama

JALAN JALAN CARI MAKAN DI RESTORAN PELAYAN BOGEL


Dok tengah mencari cari bahan untuk upload dalam blog malam ni Abu Nawas terjumpak satu blog yang bisa menyetimkan. Rupa2nya kat Malaysia ni ada macam2 punya kedai makan atau restoran yang tak terlintas dalam fikiran orang miskin macam Abu Nawas ni.

** - Cari link blog stim ini di bawah sekali posting ini...

Maklumlah manalah mampu nak masuk restoran atau tempat2 yang mahal bayaran makannya. Jadi bila terjumpak gambaq macam ni di alam siber ni Abu Nawas pun pura puralah terkejut kerana setahu Abu Nawas sejak Ustad Jamil Baharom jadi menteri jaga agama ni semua tempat maksiat habis dia tutup.

Lagi pun tempat2 macam ni mana ada orang umno nak pi. Depa walaupun duit banyak tapi kaki depa lebih suka melangkah ke masjid atau ke tempat yang baik baik saja. Bayangkanlah nasik lemak yang tak ada logo halal pun depa tak mau makan inikan pulak nak pi tempat2 macam ni.. ish ish ish..

Sebenaqnya Abu Nawas bukan nak cerita pasai blog yang menyetimkan tu tapi Abu Nawas nak cerita pasai beberapa keping gambaq yang Abu Nawas jumpak dalam tenet hari ni.. Ntah pasai apa rasa macam nak mengulas saja bila jumpak gambaq2 ni emm

Gambar 1 -

Keterangan - Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor ditahan anggota polis kerana tidak memiliki pas Pilihan Raya Kecil DUN Tenang ketika mahu memasuki Pejabat Majlis Daerah Labis
Apa yang sedang pakcik ni dok belakon? Apa yang surat habaq umno ni dok pembohong? Ini cerita yang menyakitkan hati. Apa haram jadahnya seorang yang bergelar SU Agung parti memerintah tak boleh masuk kerana tak ada pass. Ini semua cerita nak kasitau orang melayu yang polis dan SPR ni adil dan mengikut peraturan. Ini semua serupa dengan drama Gerak Khas.. Ini semua cerita pukimak...
.........................................................................................

Gambar 2 -
Keterangan gambar - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil beramah mesra dengan salah seorang ahli Pas semasa penamaan calon di Pejabat Majlis Daerah Labis.


Pertamanya wartawan Utusan Umno ini bodoh murakap. Wartawan ini tak kenal siapa yang sedang berpeluk dengan ketua wanita umno itu sebab itu dia tulis Sharizat sedang beramah mesra dengan seorang ahli pas.

Keduanya gambar ini menunjukan sikap profesional kedua pemimpin ini.

Ketiganya gambar ini amat menyakitkan hati kerana sikap bermuka muka kedua pemimpin wanita parti yang bertentangan ini. Sedarkah mereka ada rakyat yang tidak makan sewaktu mereka sedang bermesra ini. Sedarkah mereka ada rakyat yang masih tinggal di rumah yang berbumbungkan langit. sebenarnya mereka tidak sedar kerana mereka sedang menjadi pelakon pelakon politik di atas kesengsaraan orang miskin..
........................................................................

Gambar - 3
Keterangan Gambar - TUN ABDULLAH Ahmad Badawi, Tun Mohd Khalil Yaakub, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan beberapa ADUN antara orang kenamaan yang hadir di Tanah Perkuburan Islam Chincin Merlimau, Jasin, Melaka semasa pengkebumian Allahyarham Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan.
Bila tengok gambaq ni aku nak tergelak sampai terpancut kah kah kah.. Aku tak mau ulas..kah kah kah...hangpa tengok la muka 3 manusia dalam gambaq ni... kah kah kah kalau bab belakon sedih cukup terer kah kah kah Macam lebai zan pukimak tu kah kah kah
.......................................................................

Gambar 4 -
Keterangan gambar - SESI bual bicara Wacana Ilmiah Industri Lakonan dan Dunia Artis menurut pandangan Islam yang di hadiri oleh panel jemputan antaranya, dari kiri, Dr. Muhaimin Sulam, Ustaz Zahiruddin Zabidi dan Ustaz Fadlan Mohd Othman.
Ntah mengapa dah lama aku tak buka blog mamat rambut panjang yang jadi panel di sebelah kiri tu. Tiba tiba aku terjumpak gambaq dia kat dalam surat habaq ni. Rupa2nya dah balik Malaysia dan dah bergelar Dr. Baguslah dan tahniahlah kepada bekas orang kuat pemuda pas ni. harap harap tak ada la yang kata Muhaimi ni dah jadi kapiaq pasai simpan rambut panjang.

Harap harap juga lepas ni orang seni bolehlah kembali dekat dengan Pas, yang sejak si Muhaimi ni tak ada semakin jauh dengan Pas kerana orang Pas tak suka dengan orang2 yang dok usung gitar ni.

Gambar - 5

Wah tinggi betui songkok pakcik umno ni. ini tentu pure punya umno..Mat sabu kata darah cap umno, menyawa pun bunyi umno... kah kah kah Nyah apa yang ada dalam hati pakcik umno ni aku pun tak tau... Ntah apa yang ada dalam songkok tingginya tu pun aku tak tau tapi kalau zaman budak2 dulu time morek bulan posa dalam songkok selalunya di gunakan untuk simpan makanan untuk di bawa pulang.. tapi kalau dah tinggi sampai macam ni ntah apa la yang nak di sorokkan oleh pakcik ni... ? harta rakyat? penipuan atau pun yang di sorokkannya ialah kebodohan diri sendiri...

Link blog yang menyetimkan di SINI

GAMBAR KETUA MENTERI SERAWAK TAYANG ISTERI PADA ORANG MISKIN SERAWAK

Cuba tengok gambar ini, lihatlah betapa bangganya orang melayu Islam bila Ketua Menteri Serawak datang bawa bininya yang bukan warganegara. Ntah apa yang ada dalam hati mereka bila dapat bersua dengan isteri Taib Mahmud yang di beli dengan harga berjuta ringgit mengunakan hasil kekayaan yang di kaut dari keringat orang miskin di sarawak.

Mengapa melayu tak mengamuk memperjuangkan ketuanan melayu bila negeri mereka di perintah oleh orang bukan melayu ini? Apakah kerana betina ini bukan orang cina atau India atau kerana betina ini adalah orang Islam?

Ini semua adalah kerana mentaliti melayu yang mudah terpegun dengan sesuatu yang mereka rasakan cantik, menarik atau hebat walaupun yang sebenarnya orang yang mereka kata cantik, menarik dan hebat itu adalah satu bangsa yang amat hina dan keji.

Akhirnya jadilah apa yang anda lihat dalam gambar ini. Gembirannya mereka ini menyambut kedatangan permaisuri mereka yang mereka agungkan walaupun sekecil kuman pun tak punya jasa pada negeri.

Usia Ketua Menteri jika mengikut hukum akal sudah tidak lama lagi di atas dunia ini dalam erti kata lain KM Serawak ini kan mampus bila bila masa saja. rakyat Serawak akan terus miskin tetapi betina arab ini akan membawa pulang segala harta milik orang miskin Serawak ke negerinya tanpa ada rasa simpati.

Hidup rakyat Serawak
Hancur Taib Mahmud...

KENAPA UMNO SEMBUNYIKAN CERITA INI DARI PENGETAHUAN RAKYAT?


Sejarah sebenar perjuangan kemerdekaan tidak diketahui oleh rakyat umum kerana samada ianya telah dilenyapkan atau dipadam dari buku-buku sejarah. Sudah sampai masanya rakyat Malaysia mengetahui sejarah sebenar negara sendiri dan janganlah kita menjadi rakyat Malaysia buta sejarah. Sebahagian pejuang-pejuang telah gugur dan sebahagiannya masih hidup dan bernafas di depan mata kita...

Perjuangan awal menentang penjajahan dan menuntut kemerdekaan secara moden bermula pada tahun 1906 oleh golongan pembaharuan atau reformasi Islam yang mendapat pendidikan di Timur Tengah (antaranya termasuklah Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abbas Mohd. Taha). Selepas itu, perjuangan menentang penjajahan British dan Jepun turut digerakkan dan dirancakkan dengan penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM)

KMM ditubuhkan pada Mei 1937 di Kampung Bahru Kuala Lumpur. Antara pemimpinnya adalah; Ibrahim Haji Yaakob, Mustapha Hussein, Ishak Haji Mohamad (Pak Sako), Ahmad Boestamam dan Burhanuddin Al Helmy. Semasa perang dunia ke-2, (1942 – 1945) Jepun telah menakluk Tanah Melayu pada Disember 1941 dan KMM telah bekerjasama dengan Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (TAJRM) atau Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA). Penjajah dan tentera British lari ke England meninggalkan rakyat tempatan menentang Jepun. Pada 1942 Jepun telah mengharamkan KMM kerana perjuangan kemerdekaan Malaya.

Selepas tamat peperangan dunia pertama dan berundurnya Jepun dari tanah Melayu satu gabungan Melayu Islam telah membentuk Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
PKMM Ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh Perak. Dan meluluskan slogan MERDEKA serta benderanya ialah MERAH-PUTIH. Semboyan MERDEKA dilantangkan dan berjaya mengembleng seluruh tenaga dari pelbagai aliran agama, nasionalis dan sosialis namun ditentang oleh elit Melayu dan kakitangan atau penjawat jawatan yang pro pemerintah.

Antara yang memimpin PKMM adalah; Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ishak Haji Mohamad (Pak Sako), Abdullah CD (Cik Dat Abdullah), Ahmad Boestamam, Musa Ahmad, Khatijah Ali, dan Ustaz Abu Bakar Al Baqir. PKMM telah berkembang pesat dan digabungkan dengan pelbagai pertubuhan yang menjadi tulang belakang dan penggerak di seluruh Malaya, antaranya




1.API (Angkatan Pemuda Insaf). Dibawah pimpinan Ahmad Boestamam. Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno Dato Onn Jaafar.






2.AWAS (Angkata Wanita Sedar). Diketuai oleh Samsiah Fakeh. Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar.









3.BTM -Barisan Tani Malaya (BATAS). Ditubuhkan pada 7 Julai 1947 di Kajang. Ketuanya ialah Musa Ahmad. Setiausaha disandang oleh Abas manakala Mokhtar sebagai bendahari dan Kadir menjadi ketua bahagian propaganda. Pimpinan Negeri ialah Mokhtar - Kedah, Selangor - Musa Ahmad, Pahang - Abas,Johar - Kadir dan Negeri Sembila - Ibrahim Baba.









4. Jabatan Kerja Melayu (JKM). Didirikan pada awal tahun 1946. Diketuai oleh Alimin, Setiausaha oleh Abdullah CD dan merangkap ketua bahagian selatan. Bahagian utara oleh Rashid Maidin dan bahagian timur oleh Kamaruzaman Teh.








5.Hizbul Muslimin.Ditubuhkan pada 17 Mac 1948. Tokoh yang terlibat ialah Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Ustaz Abdul Rab, Dr Burhanuddin Al Helmy dan Kiayai Masyur Azahari. Pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar mengharamkan Hizbul Muslimin yang dianggap 'Parti Islam Merah' dan merupakan 'bahaya dari gunung' kepada mereka.








6.GERAM -Gerakan Angkatan Muda. Pimpinan Abd Aziz Ishak dan A Samad Ismail.















7. Kesatuan Buruh Melayu SeMalaya. Ditubuh pada tahun 1946 di bawah pimpinan Abdullah CD. Dipanjangkan
penubuhan ke negeri-negeri pada 1947.










8.Pan Malayan Federation of Trade Union (PMFTU). Gerakan buruh berbagai kaum. Pada 1947, kongres telah memilih Ganapathy sebagai Pesiden, Abdullah CD sebagai Naib Presiden dan Chen Lu sebagai Setiausaha.

8.Kesatuan Opera Melayu.

9.Persatuan Pemandu Teksi.

10.PETA -Pembela Tanah Air. Ditubuhkan apabila KMM diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar.

11.Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya (MATA). Pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.


Pada tahun 1947, sepuluh tahun sebelum merdeka, PKMM memperkuatkan perjuangan menuntut kemerdekaan dengan bergabung dengan beberapa pertubuhan bukan Islam dan bukan Melayu dalam Malaya Democratic Union, membentuk Barisan Bersatu Putera-AMCJA. Barisan Bersatu Putera-AMCJA ditubuh pada 1947 dan menggubal 10 fasal Perlembagaan Rakyat untuk kemerdekaan.

Antara gerakan yang dilakukan oleh Barisan Bersatu Putera-AMCJA yang sangat berjaya dan menggugat kedudukan British adalah mogok seluruh Malaya yang dikenali sebagai HARTAL. HARTAL telah berlangsung pada 16 September, 1947 yang telah mencatatkan sejarah satu mogok umum, di mana pada hari tersebut, satu aktiviti pun tidak dilakukan oleh seluruh rakyat Malaya.


Pada masa yang sama, British telah berpakat dengan Elit Melayu yang menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Perkembar – yang kini dikenali sebagai Umno), menggubal satu lagi perlembagaan yang dipanggil Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
British tidak menerima desakan Barisan Bersatu Putera AMCJA, telah menolak perlembagaan rakyat dan menggantikan Malayan Union dengan membentuk Persekutuan Tanah Melayu serta melantik Dato’ Onn menerajuinya.

Barisan Bersatu Putera AMCJA dan seluruh anggota gabungannya, diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan Yang Dipertua (YDP) Umno, Dato' Onn Jaafar. British telah mengisytiharkan Darurat pada tahun 1948, dengan alasan menentang gerakan komunis di Malaya dengan menggunakan 'preventive detention' iaitu tahanan tanpa perbicaraan yang kemudian dikuatkuasakan sebagai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mengambil tindakan menangkap sesiapa sahaja yang menentang.

Antara bukti bahawa Darurat 1948 diisytiharkan adalah semata-mata satu tindakan ’pecah perintah’ British adalah lebih 2,800 orang ahli-ahli gabungan Barisan Bersatu Putera ACMJA ditangkap dibawah ISA, termasuk Ustaz Abu Bakar Al-Baqir pemimpin MATA dan Hizbul Muslimin yang kemudiannya didaftarkan secara rasminya sebagai Parti Islam SeMalaysia (PAS). Mereka bukan komunis, namun tindakan British itu melumpuhkan perjuangan rakyat dan telah menghidupkan satu parti yang berkuasa sehingga kini iaitu UMNO.

To Live Is to Die

free counters

Eye of the Beholder

Dyers Eve