To Live Is to Die

free counters

Ahad, 23 Januari 2011

KEMPEN LUCAH DI TENANG - WANITA MENGAMUK KEJAR SUAMI YANG MAIN SEXS DENGAN NYONYA GUNA KONDOM

Seorang wanita hari ini telah begitu marah kepada suaminya kerana mengunakan kondom untuk bersetubuh dengannnya. Wanita yang bernama Tan Lian Hoe itu amat marahkan suaminya kerana katanya dia tidak puas bila bersetubuh kerana suaminya sering mengunakan kondom.

Kemarahan wanita ini semakin memuncak apabila dia telah membawa isu memakai kondom ini hingga ke mesyuarat kabinet dapur yang turut di hadiri oleh seorang wanita melayu gemuk yang Tukar Tiub gelarkan namanya Bik Mama.

Adalah berkemungkinan besar kondom akan menjadi barang larang jika kabinet dapur meluluskannya kelak. Maka akan tercapailah hasrat bekas Perdana Menteri yang mahukan rakyat Malaysia sampai ke tahap 70juta.



...............................................................................
Tambah Imej
Tenang terus tertumpu pada tangan Cikgu Mala - malaysiakini

Mata pemimpin BN nampaknya terus tertumpu seputar isu sama ada calon PAS Normala Sudirman bersalam atau tidak dengan lelaki, khususnya bangsa Cina.

Pagi ini, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Tan Lian Hoe hari ini terus menyelar pendirian muslimat PAS itu.

tenang by election day 1 230111 ismail sabri and tan lian hoe at pasar labis"Ini perkara paling asas... Bukan hanya lelaki, tetapi bila dia (Normala) bersalam dengan wanita, dia juga pakai sarung tangan. Ini tidak mesra. Adakah dia fikir tangan kita kotor,"kata pemimpin GERAKAN itu.

"Saya harap pengundi Cina berhati-hati. Kita amat bimbang berhubung isu negara Islam. Mereka mahu mengamalkan negara Islam yang ekstrim."

Isu itu mulai timbul apabila Presiden MCA Chua Soi Lek sebelum ini dilaporkan berkata, tindakan Normala enggan bersalam dengan lelaki tidak diterima oleh masyarakat Cina.

Dalam perkembangan berkaitan, Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) pula menyatakan kegusarannya terhadap permainan politik yang didakwa tidak mengira sensitiviti agama dan adab tatasusila masyarakat.

"Isu tidak bersalam antara lelaki dan wanita bukan mahram tidak patut dijadikan bahan politik oleh mana-mana pihak," katanya sambil menambah perkara itu adalah tuntutan agama.

subashini mohd shafi court case pc 030407 zainul rijal"Saya sendiri tidak akan menghulurkan tangan bersalam dengan wanita bukan mahram. Malah saya juga akan menggunakan lapik untuk bersalam dengan isteri saya ketika berwuduk."

Dalam kenyataannya hari ini, Zainul Rijal (kiri) menasihat semua pihak agar menghormati pegangan agama seseorang kerana ia bukanlah "kecacatan" malah menggambarkan prinsip utuh yang dipegangnya.

Katanya, dalam Islam sendiri perkara itu sudah maklum dan "hanya orang yang mengambil Islam secara terpilih sahaja yang tidak mengamalkannya."

Zainul Rijal juga menggesa Chua memohon memohon maaf kerana "memperlekehkan ajaran Islam" ini dengan "cuba menggambarkan pengamal ajaran Islam adalah

FAKTA DI SEBALIK PERISTIWA PEMBUNUHAN KAUM DI SUNGAI MANIK DAN TELOK INTAN

Sementara itu, segera setelah fasis Jepun menyerah diri, di Sungai Manik dan daerah Teluk Anson, Perak telah berlaku peristiwa pembunuhan bangsa-bangsa secara besar-besaran yang didalangi fasis Jepun. Kawasan ini merupakan salah satu pangkalan penting gerakan tentera kita dalam masa Perang Anti-Jepun.

Akan tetapi di sana terdapat sejumlah penyamun Kuomintang yang melakukan berbagai kejahatan, seperti merompak, membunuh dan mengganas di kalangan orang ramai. Oleh sebab para penyamun ini orang Tionghua dan menyamar diri sebagai tentera kita, maka orang Melayu menjadi terkeliru menyangka tentera kitalah yang melakukan semua keganasan itu.

Mereka pun berasa tak puas hati terhadap tentera kita, lalu ada yang pergi membuat pengaduan kepada fasis Jepun yang kemudian datang menyerbu ke situ menangkap sejumlah orang Melayu anasir cergas kita dan massa.

Fasis Jepun juga telah menggunakan kesempatan itu untuk di satu pihak, memfitnah parti dan tentera kita serta menghasut orang Melayu supaya memusuhi dan memerangi orang Tionghua; di lain pihak ia telah memaksa semua orang yang ditangkap tadi supaya mengabdi kepada polisi pemcahbelahan perpaduan bangsa-bangsanya.

Seorang anasir cergas kita bersama 6 orang penduduk kampung yang ditangkap musuh itu telah berkhianat dan bersetuju menerima syarat-sayrat fasis Jepun untuk melawan dan membunuh penyokong-penyokong parti komunis dan orang-orang Tionghua serta melawan tentera kita dengan cara membentuk satu pasukan parang panjang dengan orang kampung yang telah tertipu. Fasis Jepun telah membekalkan mereka 7 laras senapang serta 10 butir bom tangan, kemudian menghantar mereka balik ke Sungai Manik setelah mendapat latihan. Akan tetapi kerana mereka tidak cekap menggunakan senjata itu, mereka telah menukarnya dengan parang panjang dan memaksa orang kampung menjadi anggota kumpulan parang panjang untuk menyerang orang Tionghua. Dalam serangan terhadap orang Tionghua yang tiba-tiba itu, mereka membunuh siapa sahaja yang dijumpai, tak kira kanak-kanak, wanita dan orang tua. Di bawah serangan mengejut demikian, massa rakyat Tionghua terpaksa berundur ke kawasan Langkap meminta perlindungan tentera kita yang berkedudukan di Bidur ketika itu. Kemudian tentera kita menghantar 1 kompeni ke pekan Langkap untuk mengawal keadaan. Akan tetapi, anggota-anggota kumpulan parang panjang mengejar massa rakyat itu sampai ke Langkap.

Berdepa dengan keadaan yang genting di mana keselamatan orang ramai terancam, tentera kita tampil ke depan membentuk satu barisan pertempuran di tebing sebatang anak sungai serta melarang anggota-anggota parang panjang dari menyeberanginya. Kawan-kawan member nasihat kepada anggota-anggota parang panjang supaya pulang dan jangan membunuh sesama sendiri, akan tetapi, penyerang-penyerang itu tetap berdegil dan terus mara. Kerana tidak sampai hati hendak menembak, kawan-kawan berundur ke barisan kedua dengan diburu oleh orang-orang parang panjang. Setelah kawan-kawan tiga kali berundur dan setelah nasihat dan amaran kawan-kawan tidak dipedulikan oleh anggota-anggota parang panjang yang menjadi semakin bengis itu, komander kompeni terpaksa mengeluarkan perintah supaya melepaskan tembakan. Setelah para pemimpin dan sejumlah anggota mereka tumbang dan dongeng tentang kekebalan mereka terdedah, anggota parang panjang yang lain pun membuka langkah seribu. Kawan-kawan kita telah mengesan mereka hingga ke Sungai Manik, merampas 2,000 hingga 3,000 bilah parang mereka. Kawan-kawan kemudian menjalankan pendidikan secara berulang-ulang di kalangan orang ramai, barulah permusuhan bangsa-bangsa itu dapat dikendurkan, keadaan dapat ditenteramkan dan hubungan persahabatan Melayu – Tionghua beransur-ansur dipulihkan.

PEMBUNUHAN BANGSA-BANGSA DI TELUK ANSON

Untuk bertapak semula di Malaya, imperialis British melalui pasukan 136 dan tentera rasminya , dengan kejinya telah melaga-lagakan bangsa-bangsa, menimbulkan penyembelihan bangsa-bangsa serta memfitnah parti dan tentera kita untuk membangkitkan kemarahan orang ramai khasnya orang Melayu terhadap parti dan tentera kita.

Akibat komplotan British ini, beberapa peristiwa berdarah yang serius telah berlaku di beberapa negeri khususnya di Perak. Negeri Sembilan, Kedah dan Pahang.

Di Perak, iaitu di kawasan antara Teluk Anson dan Parit, satu peristiwa pembunuhan bangsa-bangsa telah berlaku akibat hasutan British. Apabila Jepun menyerah diri, tentera kita telah beredar dari pangkalan-pangkalan desa di sana lalu ke bandar untuk menguasainya, meninggakan kawan-kawan penyusun massa yang tidak begitu ramai dan tidak cukup persenjataan di situ. Mengambil kesempatan itu, imperialis British telah menghantar satu platun askar India yang beragama Islam daripada pasukan British untuk memasuki kampung-kampung di Teluk Anson bagi menjalankan hasutan dan membangkitkan pergaduhan bangsa-bangsa. Kerana terpengaruh oleh hasutan mereka, berates-ratus anggota parang panjang di situ telah bangkit mengamuk , membunuh ramai massa rakyat bangsa Tionghua. Kerana tentera kita tidak ada di sana, kawan-kawan penyusun massa tidak berupaya menghalang kemaraan anggota-anggota parang panjang, bahkan ada di antara mereka yang terkorban atau tertangkap. Di bawah serangan mengejut itu, orang ramai telah melarikan ke Teluk Anson dan Parit, tetapi terus dikejar oleh anggota-anggota parang panjang. Massa rakyat yang berkumpul di Teluk Anson, bertubi-tubi mendesak tentera kita untuk melakukan serang balas. Kawan-kawan kita secara susah payah telah berkali-kali menjalankan pendidikan, menasihati mereka supaya menahan diri, akhirnya barulah kawan-kawan kita dapat menghalang mereka daripada menyerang balas dan mencegah berlakunya peristiwa bunuh membunuh yang lebih besar.

Sungguhpun di Parit dan Teluk Anson parti dan tentera kita dapat mencegah peristiwa saling membunuh yang lebih besar, akan tetapi di Bekor, berhampiran dengan Manong, Kuala Kangsar, parti kita gagal berbuat demikian. Pada mulanya, kerana hasutan penjajah British, sejumlah anggota parang panjang dari kampung – kampung Melayu telah pergi menyerang kampung-kampung orang Tionghua dan membunuh sejumlah orang Tionghua. Massa rakyat Tionghua telah berundur ke kawasan tentera kita dan menuntut menyerang balas. Ketika itu, tentera kita telah meninggalkan kawasan tersebut. Kawan-kawan penyusun massa kita berusaha keras untuk mengendurkan keadaan dan menenteramkan mereka, serta menjelaskan polisi parti bahawa kerana ini adalah pertentangan di kalangan rakyat, kita tidak boleh menyerang balas, tapi hanya boleh membela diri bila diserang. Akan tetapi, perasaan mereka sudah begitu membakar kerana mereka rasa sudah dianiayai, jadi mereka pun tidak puas hati terhadap tentera kita, lalu mereka pergi menyerang balas tanpa pengetahuan kawan-kawan penyusun massa kita.

Di kampung-kampung Melayu yang diserang itu, terdapat organisasi parti kita dan ada kawan-kawan Melayu bergerak di sana. Kawan-kawan kita berusaha keras untuk mencegah pembunuhan yang sia-sia itu daripada berlaku. Seorang kawan Melayu anggota parti yang pandai berbahasa Tionghua telah pergi ke jambatan yang merentangi sungai di situ dan menyeru orang Tionghua di seberang sana supaya jangan menyerang kampung-kampung Melayu. Akan tetapi, malangnya nasihat dan rayuan tidak dipedulikan. Orang Tionghua terus merempuh dan membunuhnya, kemudian pergi menyerang dan membakar 80 buah rumah serta membunuh ramai orang Melayu. Dengan demikian lagi satu tragedi ngeri yang berpunca dari hasutan British telah terjadi di mana massa rakyat Melayu dan Tionghua telah saling membunuh antara satu sama lain.

UMNO WARISI KILANG ARAK DARIPADA PENJAJAH




Blackend Is The End

Dyers Eve