To Live Is to Die

free counters

Selasa, 25 Januari 2011

SENARAI PENJENAYAH SIBER PAKATAN RAKYAT YANG DI KEHENDAKI - SIAP SEDIALAH KAMU MASUK ISA

Senarai di atas adalah senarai blog politik yang pro umno dan PR yang telah di keluarkan oleh Malaysia Top ranking.

Hanya dalam masa 2 bulan blog Bicara abu Nawas berbicara tentang isu semasa, blog ini telah terus menyacak naik di dalam ranking blog politik di malaysia ini. Click Sini

Dalam ranking terkini (24/1/11) yang di keluarkan oleh Top Ranking Online Blog ini telah berada di tangga 140 daripada semua blog politik termasuk blog mesra BN. Sehingga kini BAN masih menunggu ranking terkini blog ini dalam senarai blog yg mesra PR.

Blog ini juga telah berjaya mengatasi blog blog ternama seperti Manjong Mari, Chegubard, Sharpshooter, aku Budak Balun dan beberapa blog otai yang lain lagi.

Dengan ini maka telah teristiharlah bahawasanya Blog Bicara Abu Nawas kini telah dengan rasminya berada di tangga no 2 selepas blog Anak Sg Derhaka di antara semua blogger di Pulau Pinang.

Jadi kepada blogger anjing anjing YDP Pas Batu Kawan tak payah dok pakai kanta cari blog hangpa dalam senarai, memang tak jumpak sebab hangpa hanya layak bikin blog syok sendiri sahaja. Sendiri bikin blog, sendiri tulis, sendiri buka, sendiri baca, sendiri komen, sendiri syok...kah kah kah..ada pahammm wahai anjing anjing YDP Pas Batu Kawan!!! kah kah kah

Oh ya. apa sudah jadi dengan Lebai Zan? (Click Sini untuk berita AJK Pasti P.Pinang Songlap duit budak budak pasti) dengar cerita selepas dia bukan saja songlap duit Pasti Juru malah kini duit pendaftaran Pasti Kg tok Panjang pula menjadi mangsa di gunakan untuk cover kembali duit budak budak Pasti juru yang telah dia songlap tu.

Gambar kanan : Cuba tengok betul2 gambar lebai ni. Jangan dok percaya kat lebai dia tu. Dia guna lebai itu untuk menyembunyikan segala kejahatannya. Lebai ni kaki blue, lebai ni kaki songlap, lebai ni kaki kacau bini orang dan lebai ni juga kaki sms lucah. Kalau Abu Nawas fitnah sila repot polis kah kah kah. Kita tengok lama mana dia boleh dok belakon dengan belagak baik dia tu..keh keh keh..

Kepada kawan baik aku Ketua Pemuda Pas Batu Kawan , Mat Sopi.. hang jadi ketua pemuda apa kalau dah terang terang si Lebai ni dah buat salah kalau tak boleh nak buat apa. Lebih baik hang serah jawatan Ketua Pemuda tu kepada Halim lagi baguih keh keh keh.

Aku boleh gerenti kat hang yang Lebai zan sudah songlap duit Pasti Kg Tok Panjang.. kalau hang tak percaya hang mintak laporan kewangan kat dia..bukan mintak laporan kewangan saja hang suruh dia tunjuk duit sekali kah kah kah..kita tengok dia nak pi gali duit kat mana pulak nak tutup lubang duit Pasti Kg Tok Panjang yg dia dah guna untuk cover duit budak pasti juru yang dia songlap tu..keh keh keh. Kalau yg tu pun hang tak boleh buat, sah lah hang tak layak jadi ketua pemuda...

Apapun aku memang respect habis kat hang kerana kasi lebai zan menangis sorang sorang dalam rumah bila hang halang dia daripada jadi ahli Majlis (MPSP). Walaupun aku kesian kat dia pasai kuciwa tak dapat nak jadi ahli majlis tapi adalah lebih baik daripada ramai rakyat seberang perai akan kecewa bila tahu ahli majlis depa kaki songlap duit.

Ala Ketua pemuda pas Batu kawan oii tak kan hang tak tau dan mengapa hang buat tak tau yang Lebai zan ni dah songlap duit, Pak Nayan berapa ribu, duit Jimmy, Duit Mat Alip, Duit aku, duit MARA, duit Kak Salmah. Hang jugak bukan tak tau yang Lebai ni dok kacau bini orang yang nama Azizah. awat hang buat tak tau... Awat hang bersekongkol dengan kejahatan dia. awat hang simpan rahsia dia ni... keh keh keh.. selama ni dia dok perbodoh hang...


Tu dia aih rupa2nya Abu Nawas dengan ketua Pemuda Pas kawasan Batu Kawan ni kawan sedapoq time dok kena ganja 20 tahun dulu..keh keh keh..




Okeylah Abu Nawas akan bercuti dalam seminggu dua ni..lepas dari bercuti ni Abu Nawas akan bikin cerita lagi kah kah kah..

Opss tambah sikit lagi sebelum naik bas..jangan lupa undi "LEMAN" dalam raja lawak 5. Anda semua kena undi Leman sebab Leman dah tak ada kerja..Leman adalah peguam kerajaan yang kena buang kerja sebab terlibat dalam perjuangan rakyat.. Oleh itu mohon balas jasa Leman dengan mengundi Leman. Rujuk gambar kat atas untuk undi Leman...

ISU PERKAUMAN DARI PANDANGAN PENGERUSI PARTI KOMUNIS MALAYA

Dalam sejarah benua Asia terdapat tiga wilayah besar iaitu Alam Melayu, China dan India, masing-masing dengan sejarah yang lama dan peradaban yang kaya raya. Tiga wilayah ini merupakan tempat tumbuh dan berkembangnya tiga bangsa besar dalam sejarah Asia iaitu Melayu, China dan India, masing-masing dengan tamadunnya yang terkenal dari timur hingga ke barat.

A

Seperti kita ketahui, dalam sejarah orang Melayu adalah pengasas masyarakat bertamadun negara kita. Mereka telah melampaui masyarakat primitif, kemudian masyarakat perhambaan serta masyarakat feudal. Dalam perjalanan sejarah yang panjang ini, bangsa Melayu telah terbentuk secara beransur-ansur iaitu dalam proses peralihan daripada masyarakat primitif ke masyarakat berkelas, daripada kumpulan pertalian darah atau perseikatan suku kepada negara. Menurut pandangan historikal materialisme, peralihan ini memulakan langkah pertama ke arah pembentukan bangsa. Demikianlah muncul bangsa Melayu di panggung sejarah sebagai satu komuniti manusia yang mantap yang terbentuk dalam sejarah dengan bahasa bersama, wilayah bersama, kehidupan ekonomi bersama serta unsur psikologi bersama yang diperlihatkan dalam kebudayaan bersama di rantau Alam Melayu ini.


Dari zaman Kerajaan Funan termasuk Kerajaan Langkasuka, Kerajaan Sriwijaya dan Kerajaan Majapahit, bangsa Melayu menganut agama Hindu dan Budda. Akan tetapi apabila Islam tersebar ke Alam Melayu khasnya setelah berdirinya Kerajaan Melaka pada tahun 1400, orang Melayu telah memeluk agama Islam. Sungguhpun begitu, tradisi sosiobudaya Hindu-Budda masih banyak mempengaruhi masyarakat Melayu khasnya dalam adat resam, kesenian, kesusasteraan Melayu klasik dan lain-lain.


Perkembangan bangsa tak terpisahkan daripada perkembangan masyarakat khasnya perkembangan ekonomi, politik, kebudayaan dan bahasa masyarakat itu. Begitu juga perkembangan bangsa Melayu. Pada zaman Kerajaan Melaka yang masyhur dengan kemakmuran ekonominya serta utuh kekuatan politik dan masyarakatnya, bangsa Melayu terus berkembang sebagai bangsa yang merdeka dengan tamadun yang tinggi. Dalam zaman ini telah berkembang hasil-hasil seni, sastera, muzik, tarian, seni ukir, seni bina dan lain-lain. Hasil-hasil ini selain mewarisi ciri-ciri bangsa Melayu sebelumnya, kini mula mencerminkan ciri-ciri baru tradisi Islam Timur Tengah yang digemblengkan dengan tradisi tempatan. Ciri-ciri Islam ini istimewa menonjol dalam wajah rohaniah bangsa Melayu sampai ke hari ini.

Akan tetapi, di depan pencerobohan dan pendudukan kuasa-kuasa penjajah asing khususnya kuasa-kuasa penjajah barat - Portugis, Belanda, Inggeris, Sepanyol, Amerika Syarikat dan Jepun - Alam Melayu tidak dapat memelihara keutuhannya. Alam Melayu sebahagian demi sebahagian telah dilapah-lapah dan dibelah bahagikan menurut lingkungan pengaruh kuasa-kuasa penceroboh tersebut sehingga terbentuklah negara-negara yang berlainan dan bangsa-bangsa yang berlainan berdasarkan syarat-syarat sejarah yang baru yang dapat kita lihat Malaysia, Indonesia, Filipina dan lain-lain. Satu unsur penting yang sama yang melahirkan baik bangsa Malaya (Malaysia) mahupun bangsa Indonesia atau bangsa Filipina ialah perang yang berjangka panjang serta perjuangan-perjuangan bentuk lainnya melawan pencerobohan asing dalam mewujudkan negara bangsa yang merdeka dan berdaulat. Dalam proses perjuangan itu terbentuklah kesedaran nasional bersama yang menggemblengkan penduduk-penduduk dalam wilayah masing-masing itu.

Di Tanah Melayu, bangsa Melayu telah dijajah oleh kuasa barat sejak 1511 lagi. Pencerobohan kuasa-kuasa asing telah mengubah masyarakat negara kita dari masyarakat feudal menjadi masyarakat tanah jajahan dan setengah feudal. Bangsa Melayu telah mengalami perubahan yang sangat besar iaitu daripada bangsa yang unggul dan merdeka yang telah mencapai taraf tamadun tertentu menjadi bangsa yang terjajah dan tertindas. Sebagai bangsa yang terjajah dan tertindas, orang Melayu terus mengalami pukulan-pukulan yang berat dan kemunduran besar dalam ekonomi, politik, sosial, kebudayaan, bahasa dan lain-lain lagi. Oleh yang demikian demi mengembalikan kemerdekaan tanah air dan maruah bangsa, orang Melayu telah melancarkan perang patriotik dan perang tani yang masyhur dalam sejarah - dengan demikian terbentuklah tradisi patriotisme bangsa Melayu.

Sejak paruh kedua abad ke-19, masyarakat Tanah Melayu telah berubah menjadi masyarakat berbilang kaum. Orang Cina dan India di Malaya berasal daripada dua bangsa terbesar di Asia. Mereka dibawa masuk secara besar-besaran ke Malaya untuk menjadi lembu perahan kaum kapitalis monopoli British dan lain-lain di lombong-lombong, estet-estet, jalan-jalan raya dan jalan kereta api, pelabuhan-pelabuhan dan sebagainya. Setelah berada di Malaya, mereka hidup dan bekerja di satu alam material dan rohaniah yang baru, yang berbeza sama sekali dengan tempat asal mereka. Melalui beberapa dekad tinggal di sini, mereka beransur-ansur menjadi mantap sebagai tenaga produktif yang maju serta komponen penting masyarakat Malaya. Dengan demikian lahirlah kelas proletariat di Malaya.

Perubahan ekonomi dan masyarakat secara besar-besaran ini telah membawa perubahan baru kepada perkembangan bangsa di sini. Malaya tidak lagi menjadi negeri yang didiami orang Melayu atau Orang Asli semata-mata, tetapi didiami bersama oleh kaum Cina dan India yang sudah memutuskan ikatan politik mereka dengan negara asal serta menjadikan negara ini tempat tumpah darah mereka dan tumpuan taat setia mereka.

Di bawah syarat-syarat sejarah dan material baru inilah, bukan saja orang Cina dan India berubah, dan berkembang menjadi komponen bangsa yang baru di Malaya, tetapi juga bangsa Melayu pun turut berubah sama menjadi bangsa Malaya. Akan tetapi, oleh kerana masyarakat Tanah Melayu atau Malaya merupakan masyarakat terjajah, bangsa Malaya yang berbilang kaum tidak dapat berdiri tegak dan berkembang makmur sebagai satu kesatuan yang utuh dengan perpaduan nasional yang erat. Hanya melalui perjuangan bersama dalam masa yang panjang menentang penjajahan asing dengan berlandaskan patriotisme Malaya khasnya melalui Perang Pembebasan Nasional Anti-Jepun dan Perang Pembebasan Nasional Anti-British, barulah bangsa Malaya beransur-ansur terbentuk dan bersatu hingga tercapainya kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957. Perjuangan bersama rakyat semua kaum serta parti-parti patriotik-demokratik telah berjaya menamatkan kekuasaan penjajahan di tanah air kita yang wujud selama lebih 400 tahun serta lahirlah bangsa Malaya.

Proses kelahiran bangsa Malaya yang berbilang kaum ini boleh diringkaskan sebagai berikut:

1. Orang Melayu telah melancarkan perang-perang patriotik dan perjuangan-perjuangan adil lainnya melawan kaum penjajah demi kemerdekaan tanah air sejak tahun 1511 lagi dan telah membentuk tradisi patriotisme Melayu.


2. Setelah terbentuknya masyarakat berbilang kaum sejak paruh kedua abad ke-19, rakyat berbilang kaum telah bersama-sama menciptakan kekayaan masyarakat. Kerana dorongan dari gerakan kemerdekaan seluruh dunia khasnya revolusi China, revolusi Indonesia, gerakan kemerdekaan India dan lain-lain, kaum proletariat Malaya (khasnya anasir maju kelas buruh Cina) telah mendirikan Parti Komunis Malaya pada tahun 1930. Kerana dorongan gerakan kemerdekaan tersebut juga, golongan terpelajar Melayu yang terdorong dengan semangat patriotisme dan demokratik telah menubuhkan KMM pada tahun 1937. KMM adalah parti politik nasionalis Melayu yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu.

3. Setelah meletusnya Perang Dunia Kedua pada Disember 1941, PKM telah melancarkan perjuangan bersenjata melawan Jepun. Dalam pada itu KMM bekerjasama dengan Jepun. Bulan Jun 1942 diharamkan.

4. Pada tahun 1945 PKMM telah didirikan untuk meneruskan perjuangan KMM. PKMM dengan lantang mengemukakan semboyan merdeka sebagai dasar perjuangannya. Ia telah menggembleng kekuatan-kekuatan patriotik-demokratik iaitu nasionalis, agama dan sosialis. Pada tahun 1945, golongan pertengahan telah mendirikan UMNO dengan semboyan Hidup Melayu. Dasar perjuangannya ialah menyatukan bangsa Melayu tetapi menentang kemerdekaan. Ketika itu telah muncul dua aliran besar dalam sejarah bangsa Malaya iaitu PKMM yang mewakili golongan patriotik-demokratik dari aliran nasionalis, agama dan sosialis yang memperjuangkan kemerdekaan tanah air dengan UMNO yang didirikan oleh golongan pertengahan Melayu yang bekerjasama dan memihak penjajah. Pada tahun 1947 berdirilah front persatuan PUTERA - AMCJA yang terdiri daripada berbilang kaum dan berbagai aliran patriotik-demokratik berjuang untuk kemerdekaan dengan berlandaskan patriotisme Malaya secara berperlembagaan dan menggubal 10 PRINSIP PERLEMBAGAAN RAKYAT yang mencerminkan hasrat semua kaum di Malaya. Ketika itu UMNO yang dimenangi oleh penjajah telah mendapat saingan yang amat berat. Perjuangan bangsa Malaya untuk kemerdekaan telah membahana ke seluruh negara.

5. Pada 20 Jun 1948, penjajah British telah mengharamkan semua pertubuhan patriotik-demokratik serta menangkap para pemimpin dan anggotanya. Perlu dijelaskan di sini bahawa pengharaman semua parti tersebut telah memungkinkan UMNO menjajakan dirinya tanpa sebarang saingan. Kerana gerakan patriotik-demokratik menghadapi tekanan hebat, PKM bersama sebahagian anggota PKMM telah melancarkan perang melawan penjajah British manakala sebahagian anggota pertubuhan patriotik demokratik lainnya meneruskan perjuangan dengan mendirikan parti-parti baru atau memasuki UMNO. Dengan demikian arus kemerdekaan mula melanda dalam tubuh UMNO. Mulai dari saat itu UMNO mengubah semboyan Hidup Melayu kepada Merdeka. Pada tahun 1955 berlangsung pula Perundingan Baling untuk menamatkan peperangan dan mewujudkan perdamaian antara PKM dengan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Akan tetapi Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang masih ditunjangi penjajah ketika itu tidak memberikan jalan kepada golongan patriotik-demokratik untuk sama-sama memperjuangkan kemerdekaan secara berperlembagaan.


6. Pada 31 Ogos 1957, penjajah British terpaksa mengakui kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dengan menyerahkan kuasa pemerintahan kepada UMNO. Dengan demikian lahirlah bangsa Malaya yang merdeka melalui perjuangan bersama yang bertumpah darah dalam masa panjang oleh rakyat berbagai kaum. Ini telah membuka lembaran baru dalam sejarah tanah air kita. Tetapi kemerdekaan ini tidak sempurna, perang tidak dapat ditamatkan. Bangsa Malaya harus terus berjuang untuk kemerdekaan penuh dan pembebasan sejati bangsa, tanah air dan rakyat.

II

Masalah bangsa harus dibentangkan dari sudut sejarah dan ekonomi. Masalah bangsa hanya dapat diselesaikan jika ia dipandang daripada dan dihubungkan dengan syarat-syarat sejarah yang wujud dalam bangsa itu sendiri. PKM dalam pernyataan 18 Jun merumuskan bahawa "orang Melayu adalah pengasas masyarakat tamadun negara kita, adalah kaum yang paling lama sejarahnya dan agak ramai penduduknya di negara kita. Orang Melayu pernah memainkan peranan yang penting dalam sejarah perjuangan anti-penjajah. Kita harus menghormati kedudukan istimewa orang Melayu di negara kita dan melindungi hak dan kepentingan orang Melayu yang semestinya". Seterusnya pernyataan tersebut menegaskan: "orang Cina dan orang India merupakan komponen utama dalam keluarga besar negara kita yang berbilang kaum. Mereka juga mempunyai penduduk yang ramai dan telah membuat sumbangan yang positif dalam menciptakan kekayaan masyarakat dan memperjuangkan kemerdekaan negara. Kita harus menghormati kedudukan penting orang Cina dan orang India di negara kita dan melindungi hak dan kepentingan wajar mereka. Selain itu kita juga harus memperhatikan tuntutan-tuntutan munasabah kaum-kaum minoriti." Formula ini dirumuskan berdasarkan ciri-ciri khusus masyarakat negara kita denganbertolak daripada prinsip mencari kebenaran dari kenyataan.


Bangsa berkembang seiring dengan perkembangan masyarakat, maka ia mempunyai sifat dan isi yang berlainan dalam masa sejarah yang berlainan dan di bawah syarat-syarat yang berlainan. Bangsa juga berubah seiring dengan perkembangan terus-menerus masyarakat umat manusia. Perkembangan bangsa serta hubungan bangsa paling pokoknya ditentukan oleh perkembangan tenaga produktif masyarakat dan pembahagian kerja dalam masyarakat serta oleh dasar material masyarakat.

Setelah merdeka, masyarakat negara kita telah mengalami perubahan-perubahan besar baik di bidang ekonomi mahupun politik, sosial, bahasa, pendidikan dan lain-lain. Ini telah mempengaruhi dengan nyata sekali perkembangan bangsa di negara kita.

1. Ekonomi: Dalam masa penjajah British, kedudukan ekonomi masing-masing kaum ditentukan secara ketara oleh British. Orang Melayu tinggal di desa-desa menjadi petani atau nelayan, mengerjakan sawah padi, menoreh getah ataupun menangkap ikan manakala orang Cina dan India bekerja di lombong-lombong dan estet-estet sebagai buruh. Ketiga-tiga kaum ini hidup secara terpisah-pisah dan kurang sekali interaksi serta pergaulan antara mereka. Di segi pembangunan ekonomi kapitalis tanah jajahan, proletariat Cina dan India merupakan jumlah terbanyak tenaga produktif.

Selepas merdeka, khasnya selepas pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru, keadaan masyarakat berubah dengan agak pesat sekali. Orang Melayu yang dulunya kebanyakan tinggal di desa kini membanjiri kota-kota mencari pekerjaan. Proletariat Melayu lahir dan membesar dengan tiada taranya. Dengan demikian kelas buruh negara kita telah berubah menjadi berbilang kaum, bercampur gaul dan bersatu dalam pekerjaan dan perjuangan bersama. Di segi penguasaan ekonomi, kelas kapitalis birokrat dan komprador Melayu sudah menguasai 30 peratus sektor korporat negara manakala selebihnya dikuasai oleh kapitalis besar asing serta kapitalis-kapitalis besar Cina dan India. Perubahan ekonomi dan sosial ini menjadikan kota-kota besar seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Pulau Pinang dan lain-lain yang dulunya lebih bersifat majoriti penduduk Cina sekarang sudah berubah menjadi berbilang kaum dengan bertambah ramainya penduduk Melayu. Pembandaran yang pesat ini telah mendorong pergaulan yang lebih kerap antara berbagai kaum di negara kita.

2. Tanah: Dulu di zaman penjajah, hanya orang Melayu yang mempunyai geran khas atas tanah di samping wujudnya Tanah Simpanan Melayu. Orang Cina dan India hanya diberikan tanah TOL, iaitu Lesen Tumpangan Sementara. Dalam masa Perang Anti-British, kira-kira 1.5 juta penduduk, kebanyakannya orang Cina dipindahkan secara paksa ke dalam kem-kem kurungan yang kemudian berubah menjadi "kampung baru". Selepas merdeka, berjuta-juta penduduk dipindah memasuki rancangan kemajuan tanah seperti Felda, Felcra, Kesedar, Ketengah, Dara, Kejora, Projek Johor Barat serta Jengka Tiga Segi. Rancangan-rancangan tanah ini kebanyakannya disertai oleh orang Melayu, namun dalam masa kebelakangan ini, lain-lain kaum juga diterima masuk menyertainya. Melalui perjuangan berjangka panjang, orang Cina dan India juga beransur-ansur diberi hak milik atas tanah dengan mendapat geran kekal, bukan lagi semata-mata tanah TOL. Ini membawa perubahan kepada perkembangan bangsa di negara kita.

3. Bahasa: Bahasa merupakan salah satu syarat terpenting bagi perhubungan dalam bangsa itu. Sebelum merdeka, berbagai kaum menggunakan bahasa Melayu pasar sebagai alat berhubung dan bergaul. Kalangan yang berpendidikan barat pula menggunakan bahasa Inggeris. Selepas merdeka, seiring dengan perkembangan ekonomi, politik dan sosial dan demi memenangi sokongan orang Melayu, kerajaan telah mengembangkan pendidikan dalam bahasa Melayu yang telah diisytiharkan sebagai bahasa kebangsaan. Kini bahasa Melayu sudah diterima dan digunakan secara merata sebagai bahasa umum oleh rakyat berbilang kaum. Dengan demikian, sudah terdapat bahasa bersama yang digunakan secara luas oleh rakyat berbagai kaum dan lapisan negara kita. Taraf bahasa juga lebih teratur, bukan lagi semata-mata bahasa pasar.

4. Kebudayaan dan Kesenian: Kebudayaan dan kesenian mencerminkan wajah mental sesuatu bangsa itu. Di negara kita berbagai kaum umumnya hidup secara bercampur dan pergaulan antara rakyat berbagai kaum amat kerap dan merupakan perkara harian baik di tempat kediaman, tempat kerja, sekolah, pasar, tempat hiburan dan lain-lain. Melalui kehidupan bersama tersebut rakyat berbagai kaum di samping memelihara kebudayaan dan kesenian baru yang mencerminkan unsur-unsur berbilang kaum serta penghidupan baru bersama. Selain itu dalam berbagai hari raya tradisional kaum masing-masing, berbagai kaum ikut serta. Dalam acara-acara kesenian seperti nyanyian, tarian, pementasan drama, deklamasi sajak, lakonan filem dan lain-lain serta acara-acara sukan terdapat unsur percampurgaulan antara berbagai kaum. Ini adalah satu perkembangan baru melalui proses integrasi semula jadi dan asimilasi semula jadi selepas kemerdekaan. Selain itu di segi agama pula Islam sudah bersebati dengan jiwa orang Melayu sejak 600 tahun dulu. Kini, melalui perkembangan masyarakat selepas kemerdekaan, ramai pula orang daripada kaum-kaum lain memeluk agama Islam, misalnya Orang Asli serta orang-orang keturunan Cina dan India. Ini berlaku sama ada melalui perkahwinan campur atau melalui penukaran agama secara sukarela. Jelaslah ini mencerminkan wajah baru bangsa Melayu. Kita boleh meramalkan 30 tahun mendatang, bangsa Malaya atau bangsa Malaysia yang benar-benar berwajah baru akan berkembang di negara kita.

Satu unsur penting dalam pembentukan bangsa ialah kesedaran nasional iaitu pengakuan diri atau kesedaran diri sebagai tergolong dalam kesatuan bangsa itu. Di negara kita ini merupakan satu syarat perlu yang belum dapat dipenuhi dan diwujudkan sepenuhnya, dalam erti kata rakyat berbagai kaum belum sepenuhnya menganggap diri mereka pertama-tama sebagai bangsa Malaya atau Malaysia melainkan lebih menitikberatkan kesedaran kaum sendiri dahulu. Ini adalah akibat wajar daripada polisi perkauman. Pihak berkuasa bukan saja melaksanakan diskriminasi kaum, tetapi juga mengamalkan sistem politik perkauman di Malaya parti-parti utama dalam pemerintahan UMNO, MCA, MIC adalah parti politik perkauman yang menggunakan sentimen kaum masing-masing. Penindasan kaum, diskriminasi kaum serta pelaksanaan sistem perkauman ini adalah penghalang utama bagi perpaduan erat antara kaum serta perpaduan nasional. Hanya parti-parti politik patriotik-demokratik yang dengan konsisten menegaskan perpaduan antara kaum dan kesedaran nasional yang melampaui tempurung sempit kaum masing-masing di kalangan rakyat berbagai kaum negara kita.


24 Julai 1988

MENGAPA PKM BEKERJASAMA DENGAN BRITIS SEWAKTU KEDATANGAN JEPUN - SATU JAWAPAN

Sebenarnya British adalah musuh kita. Setelah kaum fasis Jepun menduduki Malaya, maka kita telah bekerjasama dengan kaum imperialis British, bersama-sama melawan pencerobohan fasis Jepun. Sebenarnya imperialis British juga di pihak Berikat. Maka bagaimana caranya kita gunakan pertentangan antara British dan Jepun, bagaimana pula kita berhubung dengan pihak British untuk melawan fasis Jepun, cerita konkritnya begini:

Pada masa itu kaum imperialis British hendak menyerang balas dan kembali ke Malaya. Oleh sebab itu mereka ada rancangan hendak menggugurkan pasukan-pasukan dan senjata-senjata di merata tempat di Malaya. Maka di dalam parti kita pada masa itu telah mengadakan satu sidang kader-kader peringkat tinggi iaitu pada bulan September tahun 1944. Pada masa itu salah seorang kader iaitu Kawan Pan Sao Siong telah membuat lagu sambutan (yang sekarang kita nyanyikan) untuk menyambut wakil-wakil daripada seluruh Malaya. Inilah sejarah lagu sambutan.

Pada masa itu, di dalam sidang itu Kawan Chen Ping juga menghadiri persidangan ini kerana beliau adalah Stet Komiti di Perak. Di dalam sidang ini telah banyak membuat keputusan-keputusan termasuklah keputusan tentang menghantar orang-orang kita untuk berhubung dengan British agar dapat memperoleh senjata-senjata daripada pihak British. Sebenarnya kawan-kawan, kita ada hubungan dengan British itu bukan pada masa itu sahaja, tetapi dari mula lagi, mula perang anti-Jepun lagi sudah ada hubungan, umpamanya baru sahaja Jepun menceroboh Malaya, telah kita berunding dengan pihak British. British pun membebaskan hampir 200 orang kawan-kawan kita, maka kita pun hantar ramai kawan pergi menghadiri Sekolah Latihan Khas 101, Sekolah latihan militer yang diadakan oleh kaum imperialis British di Singapura untuk melatih kader-kader militer kita. Pada masa itu kita telah hantar 4 gerup kawan-kawan untuk berlatih di dalam sekolah 101 dan seratus orang lebih telah dilatih.

Setelah Malaya jatuh ke dalam tangan fasis Jepun, maka pihak British meninggalkan Malaya, mereka pun hantarlah beberapa rombongan orang-orangnya masuk ke Malaya. Salah satu rombongan diketuai oleh Che Man, dia membawa 50-60 orang masuk ke Malaya untuk melakukan perang pengrosakan. Mereka berangan-angan hendak bergerila juga, akan tetapi akhirnya habis mati tinggal Che Man seorang dan seorang lagi manager estet. Che Man dengan manager ini pun pergilah mencari kawan-kawan kita. Mereka bertemu dengan Kawan Si Chien Piao, Komisaris Rejimen Pertama dan juga kawan Chen Tian Ching Ketua Rejimen Pertama kerana kawan-kawan ini adalah murid kepada Che Man, sebabnya di dalam sekolah 101 Che Man menjadi guru besar di sana.

Chek Man pun memberitahu Kawan Si Chien Piao dan kawan Chen Tian Ching, katanya di Pahang mereka ada menyimpan senjata, bom tangan, 2 laras tomy, 4 laras raifel dan sejumlah ubat ledak. Lepas itu Kawan-kawan pergilah bersama-sama dengan mereka untuk mengambil senjata-senjata itu. Sewaktu pergi mereka berjalan kaki, waktu balik mereka tak mahu berjalan, tapi kawan-kawan ada kerja mendesak, balik dahulu; tinggal 2 orang di sana dijaga oleh kawan-kawan. Tetapi yang dikatakan manager tadi itu tak mahu berjalan, dia buat sakit, nak kawan kita kandar. Kemudian kawan kita buat berita mengatakan musuh nak menyerang, terpaksalah dia berjalan.

Berjalan sampai satu tempat dia tak mahu jalan pula. Kebetulan pada masa itu ada salah seorang kaum buruh beritahu katanya boleh pakai kereta, maka dia pun sangat gembiralah, nak kawan kita pergi cari kereta. Kawan kita pun berundinglah dengan seorang driver kereta untuk membawanya. Kawan kita menghantar mereka dengan baik, hantar seorang ketua Platun dan seorang perajurit yang agak perwira bersama-sama dengan dua orang putih ini. Dua orang putih ini naik kereta, berjalan 8-9 batu bertemulah dengan sebuah kereta. Kereta itu lori membawa ikan.

Yang sebenarnya tadi yang diberi tahu kaum buruh boleh membawa kereta itu ialah hantu. Dia telah membuat laporan kepada fasis Jepun, dengan ini mereka menyamar sebagai lori membawa ikan. Apabila bertemu, Fasis Jepun pun terjun turun ke bawah, dan menembak kereta kawan-kawan kita. Ketua Platun tadi dengan segera melompat ke bawah, seorang perajurit tadi juga dengan segera turun. Chek Man boleh tahan juga, dia turun ikut kawan kita. Akan tetapi manager tadi lembek, duduk di atas kereta, akhirnya ditembak mati oleh musuh. Maka 2 orang kawan dan Chek Man ini selamatlah berundur, tetapi sejumlah senjata telah hilang, hanya beberapa laras rifle itu selamat dibawa dengan basikal barulah dapat selamat bawa balik.

Chek Man ini pada masa yang sudah ialah seorang pelajar pernah menjelajah ke gunung-gunung India dan menjelajah ke eskimo, sebab itu dia ada sedikit-sedikit pengetahuan dapat juga dia ikut-ikut kawan kita berundur. Tetapi apa bila balik ke pasukan dia cakap besar. Dia pun berceritalah bagaimana dia pandai berperang, pandai lawan musuh sebab itu dia dapat selamat balik. Sebenarnya dia ikut kawan kita sahaja. Kalau tak dapat ikut kawan kita, dia pun tak selamat.

Chek Man ini juga, di dalam pasukan, kawan-kawan kita pernah minta dia menyampaikan sesetengah pengetahuan militeri. Dengan ini dia ada memberi sedikit sebanyak kursus kepada kawan-kawan kita, tetapi membawa kursus empat belas kali atau lima belas kali semua pengetahuan pun habis disampaikan, tak banyak bahan juga. Tetapi kawan-kawan kita nak dia menyampaikan pengetahuan militeri tadi nak ada cara, harus sentiasa dilayani dengan kopi, kalau ada kopi, maka dia pun rajinlah.

Selainnya dia sentiasa pergi memburu, apabila dapat buruan kawan kita masak beri sedikit sebanyak kepada dia. Dia pun sangat gembira dan rajin memberi kursus. Tetapi apabila dia menembak tepat tak apalah, kalau tak tepat dia sentiasa memberitahu kawan-kawan katanya peluru tak baik. Maka satu kali tak baik, dua kali tak baik, apabila banyak kali tak baik, akhirnya tak ada siapa nak percaya kepadanya.

Sampai satu masa Chek Man ini telah balik ke India, balik ke New Delhi. Pada masa itu Markas Besar British di New Delhi. Maka British menganggap dia ini kader penting, kader besar kerana dia seorang yang selamat sebab itu transfer dia balik.

Selainnya ada satu rombongan lagi askar orang putih di Negeri Sembilan, lebih kurang 150 orang lebih. Orang-orang ini adalah tentera British, mereka juga melakukan perang pengrosakan. Tetapi orang-orang ini kita tak dapat membuat apa-apa kerja. Di antara mereka banyak sangat pertentangan. Yang dikatakan tentera British, sebenarnya mereka sentiasa berebut-rebut makanan, berbalah, bertumbuk dan lain-lain. Apabila mereka nak makan telor ayam atau nak makan ayam, mereka pun tukar dengan pistol atau jam tangan dengan orang ramai. Apabila mereka sakit, tak ada semangat tolong bantu. Oleh sebab itu, apabila sakit, tak berapa hari telah mati. Seorang mati, seorang lagi, seorang demi seorang, akhirnya 150 orang pun habis mati. Maka itu bukannya mudah, kawan-kawan kita berpuluh-puluh tahun berjuang pun tak mati, bahkan sihat pula. Tetapi mereka kerana tak ada semangat dan tak ada semangat tolong bantu pula, sebab itu tak tahan,tak sampai berapa lama sahaja semuanya sudah habis.

KESINAMBUNGAN NASIONALIS SELATAN THAI DAN MALAYA

Disember 1941, fasis Jepun menceroboh Malaya. Selain dari mendarat di pantai Sabak, Kota Baharu, mereka juga mendarat di Pattani dan Songkla. Perdana Menteri Thai ketika itu Phibun Songkhram menjalankan polisi bekerjasama dengan Jepun. Melalui persekongkolannya dengan fasis Jepun, Phibun telah melaksanakan polisi Thai Raya dan memperluaskan penguasaannya hingga ke Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.

Phibun Songkhram naik takhta pada tahun 1938 melalui rampasan kuasa dan melaksanakan polisi cauvinisme "Thai Raya". Di bawah polisi ini bangsa-bangsa lain harus berbahasa dan berkebudayaan Thai, bahkan di segi agama juga dikehendaki beragama Budda. Polisi ini telah mencetuskan pertentangan hebat berbagai bangsa di Thailand.

Orang Melayu yang tinggal secara memusat di Selatan Thai berbahasa Melayu dan beragama Islam, mempunyai sejarah, kebudayaan, kesenian dan tradisinya sendiri. Akan tetapi mereka dipaksa mengikut cara Barat, misalnya makan dengan sudu dan garpu, lelaki diharuskan memakai topi, wanita diharuskan memakai gaun, dan lain-lain. Mereka juga dilarang menggunakan bahasa Melayu, menggunakan nama Melayu, pakaian Melayu, dilarang memakan sirih pinang dan menghisap rokok pucuk nipah. Sejarah orang Melayu Pattani diharamkan daripada diajar di sekolah-sekolah. Polisi ini mendatangkan ketidak puasan orang Melayu di Selatan Thailand.

Akan tetapi, kekuatan patriotisme dan demokrasi Thailand tetap tak tertundukkan. Pridi memimpin gerakan patriotik-demokratik bawah tanah Thailand melawan fasis Jepun dan bekerjasama dengan pihak Berikat. Gerakan ini mencapai perkembangan besar dan akhirnya dapat menumbangkan kerajaan Phibun. Pada tahun 1944, Pridi mendirikan kerajaan yang baru dan memulihkan kedudukan kekuatan patriotik-demokratik.

Kerajaan Pridi dapat bekerjasama dengan seluruh masyarakat. Seorang pemimpin terkemuka Selatan Thai, Hj. Sulung pernah mengemukakan tuntutan ke atas Kerajaan Thai dan pengaruhnya berkembang di kalangan masyarakat Islam Selatan Thai. Anjuran Hj. Sulung ialah:

1. Menggesa Kerajaan Thai melantik seorang anak tempatan yang dipilih oleh rakyat setempat dan mempunyai kuasa penuh dalam pentadbiran wilayah-wilayah selatan.

2. Cukai dan hasil pendapatan dari keempat-empat wilayah berkenaan mestilah dilaburkan untuk projek pembangunan ekonomi setempat.

3. Mengadakan pelajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah hingga darjah 6 sebelum mempelajari bahasa Siam.

4. Pegawai-pegawai kerajaan yang mentadbir wilayah-wilayah ini mestilah terdiri daripada 80 peratus orang Melayu - Islam peranakan tempatan.

5. Bahasa Melayu dan bahasa Siam dijadikan bahasa rasmi.

6. Penubuhan Majlis Agama Islam Wilayah yang berkuasa penuh bagi menyelaraskan perundangan Islam bersabit dengan syarak dan kebudayaan Melayu di keempat-empat wilayah dengan persetujuan ketua dalam syarat no. 1.

7. Kerajaan Thai mestilah mengasingkan antara Mahkamah Syariah dengan mahkamah kerajaan wilayah serta memberikan kuasa kepada kadi membicarakan sesuatu kesalahan di Mahkamah Syariah.

Setelah penjajah British berkuasa semula di Malaya, Kedah, Perlis Kelantan dan Terengganu yang tadinya dicantumkan oleh Jepun ke dalam wilayah Thailand telah diambil balik oleh British berdasarkan perjanjian Inggeris - Siam 1909.

Tapi, kerajaan Pridi tak dapat bertahan lama. Pada tahun 1947 ia digulingkan oleh Phibun. Pridi terpaksa meninggalkan tanah airnya merantau keluar negeri.

16 - 17 Oktober 1945, PKMM mengadakan kongres penubuhannya di Ipoh, Perak. Kongres telah memilih Ketua PKMM Mokhtaruddin Lasso, Naib Ketua Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan Ahmad Boestamam. Saya hadir dalam kongres sebagai wakil PKM untuk menyampaikan tahniah kepada kongres. Wakil dari berbagai pihak hadir menyertai kongres itu, kira-kira 300 orang lebih.

Tengku Mahmood Mahyiddeen wakil dari Pattani (Selatan Thai) juga hadir. Dia berpakaian seragam tentera (force 136). Mahyiddeen membentangkan masalah kemerdekaan kawasan Selatan Thai dengan menggabungkannya dengan Malaya.

Kerana rancangan Tengku Mahmood Mahyiddeen itu adalah sebuah projek kolonial, maka kami menentangnya. Kami berpendapat, soal Selatan Thai haruslah ditentukan oleh rakyat Selatan Thai sendiri. Mokhtaruddin, Dr. Burhanuddin, Boestamam, saya, dan lain-lain dari PKMM menentang cara Tengku Mahyiddeen itu. Ucapan Mokhtaruddin yang berapi-api membantah rancangan itu mendapat tepukan yang bergemuruh oleh para wakil.

Mac 1946, diadakan kongres Islam di Gunung Semanggol dipimpin Ustaz Abu Bakar Al-Baqir. Wakil berbagai pihak hadir. Dr. Burhanuddin wakil PKMM, Boestamam wakil API, saya wakil PKM. Yang pentingnya kami bertemu dengan Mohd. Amin, wakil rakyat Selatan Thai. Kami menyokong perjuangan kemerdekaan rakyat Selatan Thai jika ia benar-benar pilihan rakyat Selatan Thai sendiri. Dalam ucapan di dalam kongres itu saya menegaskan pendirian PKM yang menyokong perjuangan rakyat Selatan Thai untuk membela nasib bangsanya sendiri. Saya juga menegaskan PKM dengan tegas menentang sebarang bentuk kolonialisme.

Selepas majlis itu, saya dan Boestamam secara khusus bertemu dengan wakil dari Pattani itu. Kami menegaskan pendirian kami yang telah saya nyatakan di atas. Saya memberikan alamat pejabat PKM untuk mereka hubungi kemudiannya.

Dalam masalah ini, Boestamam mempunyai rancangannya sendiri. Atas dasar membantu rakyat Selatan Thai, Boestamam menghimpunkan 60 orang anggota API di Padang Rengas mengadakan long march ke kawasan sempadan Betong. Strategi Boestamam ialah terlebih dahulu membantu revolusi rakyat Selatan Thai kemudian dengan bantuan rakyat Selatan Thai melancarkan peperangan terhadap penjajah British di Malaya pula.

Akan tetapi rancangannya gagal. Rombongan Boestamam bertembung dengan pasukan askar Gurkha di tengah jalan. Mereka berpecah beberapa kumpulan balik semula ke kampung masing-masing. Boestamam sendiri pergi ke Balik Pulau, Pulau Pinang menulis buku dengan tajuk "14 hari".

Sebelum itu, ketika kongres API di Melaka, Boestamam juga pernah membuat rancangan long march ke Pahang. Pahang menjadi ilham kerana pernah melahirkan pahlawan bangsa menentang Inggeris yang dikenali sebagai Perang Bahaman. Kira-kira 60 orang pemuda API menyertai long march tersebut. Akan tetapi bila tiba di Negeri Sembilan, mereka disekat oleh polis. Para peserta long march lari bercempera. Antaranya ada yang mencari pejabat PKMM Negeri Sembilan untuk berlindung. Pejabat PKMM membantu menghantar mereka balik ke rumah.

Tahun 1947 - 1948, 2 orang wartawan British Miss. Bowo James dan Miss. Barbara pernah mengapi-apikan semangat nasionalisme orang Selatan Thai untuk bergabung dengan Malaya (kesatuan Malaya) tajaan penjajah British. Banyak akhbar membesar-besarkan perkara itu untuk mempengaruhi pendapat awam.

Pada masa itu, saya yang menjadi wakil PKM juga mengeluarkan kenyataan akhbar yang disiarkan oleh akhbar PKMM untuk menjawab propaganda tersebut. Dalam kenyataan itu saya menyerukan orang ramai supaya tidak termakan dakyah penjajah British yang mahu memperluas tanah jajahannya ke Selatan Thai dengan cara menggabungkan Selatan Thai dan Malaya. Saya juga membentangkan lagi pandangan kami iaitu menyokong perjuangan rakyat Selatan Thai untuk menentukan nasib bangsanya sendiri tetapi menentang sebarang bentuk penjajahan, atau kolonialisme. Kenyataan akhbar itu telah dikutip oleh wartawan-wartawan dan disiarkan di akhbar masing-masing. Tengku Mahyiddeen tidak senang hati dengan kenyataan saya itu. Dia menganggap saya telah mengganggu rancangannya untuk menguasai wilayah-wilayah Selatan Thai.

Selepas itu beberapa orang wakil dari Pattani datang untuk berhubung dengan pejabat PKM di Kuala Lumpur. Akan tetapi apabila wakil tersebut tiba di Kota Baharu, mereka disekat oleh Tengku Mahyiddeen. Tengku Mahyiddeen melarang mereka pergi ke pejabat PKM. Beliau membawa wakil dari Pattani itu ke Selangor untuk mempelajari ilmu kebal bagi membentuk pasukan parang panjang.

Dengan itu, wakil dari Pattani itu mengubah rancangan asal dengan belajar ilmu parang panjang. Setelah mendapat latihan singkat, mereka balik ke Selatan Thai untuk mengembangkan ajaran tersebut.

April 1948, meletus pemberontakan Dusun Nyor. Kumpulan pemberontak menawan balai polis dan lain-lain. Orang-orang Tionghua yang menetap di situ juga memberikan beras dan lain-lain tanda sokongan kepada pemberontakan tersebut.

Walau bagaimanapun, pemberontakan itu tidak dapat bertahan lama. Setelah beberapa hari, pemerintah pusat dari Bangkok telah menghantar askar untuk menumpas pemberontakan itu. Mengikut pengumuman akhbar ketika itu terdapat 400 hingga 600 orang terlibat dalam pemberontakan itu. 30 orang anggota polis terkorban. Selepas itu mereka terpaksa berundur, ada sebahagiannya berundur ke Malaya.

Selepas peristiwa itu Tengku Mahyiddeen dengan kerjasama penjajah British menghantar 400 orang gerilanya bergerak di kawasan Selatan Thai.

Blackend Is The End

Dyers Eve