To Live Is to Die

free counters

Selasa, 1 Februari 2011

GAMBAR GAMBAR SOKONGAN PARTI SOSIALIS MALAYSIA DAN PARTI ISLAM SEMALAYSIA KEPADA RAKYAT MESIR DI HADAPAN KEDUTAAN MESIR





























Lagi Gambar2 di sini

USTAZ JAMIL BAHAROM PENGANTI NAJIB SEBAGAI PM


Al fadil Al Ustaz al jamil al Baharom telah di khabarkan bakal mengantikan Najib Razak sebagai Perdana Menteri menurut sebuah akhbar SIN UMNO hari ini.

Menurut seorang pencuci jamban di pejabat Perdana Menteri beliau terdengar perbualan talipon Najib sewaktu najib bercakap dengan bibiknya yang bernama mama di dalam jamban.

Menurutnya lagi dia terdengar nama Al Ustad Jamil di sebut di dalam perbualan Najib di dalam jamban sewaktu memberak. Menurut firasatnya adalah kemungkinan besar nama Al ustaz di sebut kerana Najib mahu Al ustaz mengantinya menjadi PM.

Menurut supervisor pencuci jamban tersebut nama Al Ustaz memang sesuai mengantikan Najib ketika umno semakin nak rebah kerana al ustaz bolehlah mengeluarkan fatwa haram mengejar Najib yang lari keluar negara nanti.

Berita bakal menyusul lagi...

PARIAH - INTERLOK - MIC -DAN UMNO


Oleh Che Nithiya

Sejak sebulan lebih, saya mendengar banyak rungutan daripada kawan-kawan India mengenai isu INTERLOK. Semasa saya menerima email dari salah seorang kenalan saya, saya mendapati tiada masalah dengan perkataan yang digunakan. Buku Interlok tidak diterbitkan pada tahun lalu. Buku ini telah diterbitkan pada 1971. Persoalannya kenapa ia menjadi satu isu perkauman pada masa kini?

Sistem Kasta di Selatan India

Di dalam buku tersebut, penulis telah mengatakan Maniam seorang berkasta Pariah dari Kerala. Di India, sistem kasta diamalkan. Orang berkasta tinggi adalah Brahman dan orang berkasta rendah adalah Sutran. Orang-orang Pariah adalah mereka di dalam golongan Sutran. Mereka dilayani teruk daripada anjing-anjing peliharaan. Orang Pariah tidak boleh disentuh. Seorang Pariah tidak boleh memasuki kuil. Mereka hanya dibenarkan berdiri diluar daripada kawasan berhala. Ada setengah kuil yang dibina hanya untuk satu kasta sahaja. Contohnya orang berkasta Chettiar, dimana orang berkasta lain tidak dibenarkan memasuki kuil tersebut. Jika mereka membeli barang, pekedai tersebut tidak akan memberi barang terus kepadanya dan apabila menerima duit dari orang pariah, duit tersebut akan dimasukkan di dalam sebuah gelas atau balang untuk mencuci duit tersebut. Kononnya, orang Pariah merupakan mereka yang tidak boleh disentuh. Orang-orang berkasta rendah tidak pernah dilayan seperti seorang manusia di India. Ini adalah kisah-kisah lama.

Di dalam tamadun orang Dravidia (orang selatan India), sistem kasta tidak pernah wujud. Sebagai bukti, apabila kita membaca buku-buku seperti Thozhkapiyam dan Silapathigaram. Di dalam buku tersebut penulis tidak menulis mengenai sistem kasta tetapi penulis menggambarkan bagaimana sistem sosial di Selatan India 2000 tahun yang lepas. Sistem sosialnya sangat jelas dan ringkas. Hanya terdapat pemerintah dan rakyat seperti sistem empat lipatan di Melaka. Jadi bagaimana sistem kasta ini wujud? Sistem kasta ini wujud daripada Agama Hindu yang dibawa dari Utara India oleh orang-orang Aryan. Di dalam kitab suci Agama Hindu, memang terdapat endosemen mengenai sistem kasta.

'In the Bhagavad Gita, Ch.4, Verse 13

The Lord says:

"The fourfold caste has been created by Me

according to the differentiation of Guna and Karma;"

In the Bhagavad Gita, Ch.18, verse 40

the Lord says:

"There is no being on earth, or again in heaven among the

gods, that is liberated from the three qualities born of Nature."

Gita Ch. 18, V.41:

"Of Brahmanas, Kshtriyas and Vaishyas, as also the Sudras,

O Arjuna, the duties are distributed according to the qualities

born of their own nature."

Apa yang dikatakan di dalam Bhagavat Gita (Kitab suci Hindu) terdapat empat golongan manusia dan mereka dilahirkan di atas kebaikan dan keburukan yang pernah mereka lakukan pada kehidupan yang lepas.

Mengapa perkataan 'Pariah' menjadi isu hangat?

Apabila penulis menggunakan perkataan Pariah ia telah menjadi satu isu yang hangat sehingga, ramai kawan-kawan India menuduh Interlok adalah rasis. Tengah malam saya menerima sms menyuruh saya menggantikan nama Maniam dengan nama datuk-datuk saya dan membaca buku tersebut. Memang saya terkejut dan marah. Tetapi buku itu tidak menceritakan mengenai datuk saya tetapi satu watak yang bernama Maniam. Perlukah saya menggantikkannya dengan nama datuk saya En. Sundram dan En. Suppaiah? Adakah ini bererti apabila saya membaca buku seterusnya saya perlu menggantikan dengan nama datuk moyang saya? Saya rasa saya perlu mengantikan nama Harry Potter dengan nama datuk moyang saya dan mula membaca.

Penulis Interlok telah menggambarkan satu situasi yang sangat jelas mengenai keadaan Maniam seorang berkasta rendah datang ke Malaya. Bagaimanakah perasaannya. Mengapa dia gembira walalupun 'berasak-asak seperti kambing'. Ini adalah satu perumpamaan menunjukkan keadaan kapal tersebut yang penuh dengan orang. Maniam tidak rasa rendah diri bersentuhan dengan orang lain. Dia berasa dia menjadi manusia dan bukannya anjing jalanan. Adakah penulis mengatakan Maniam seekor kambing? Mengapa menjadikan kambing sebagai isu sedangkan Maniam pernah dianggap sebagai anjing di India?

Rakyat India yang datang Malaya 1/3 adalah daripada orang berkasta rendah. Ini adalah fakta sejarah. Tiada sesiapa boleh memanipulasikan isu ini. Rakyat India datang ke Malaya bekerja di ladang. Malah, di ladang-ladang sistem kasta masih memainkan peranan. Orang berkasta rendah diberi kuarters pekerja yang berjauhan daripada orang lain. Tetapi apa yang membuatkan rakyat ladang lupa adalah, Orang Inggeris dan pengurus ladang tinggal di rumah yang berjauhan daripada pekerja biasa. Rumah mereka lebih besar walaupun hanya tinggal 3-4 orang sahaja. Tetapi rumah rakyat ladang adalah kecil. Tetapi pekerja ladang India sendiri membezakan diri pekerja dengan kasta. Mereka telah dan sedang mengasingkan diri dengan sistem kasta di Malaysia.

Rakyat Malaysia masih mengamalkan sistem kasta. Walaupun tidak seteruk di India sesuatu ketika dulu, tetapi sistem kasta menjalani proses REFORMASI. Sistem kasta masih diamalkan semasa merisik jodoh untuk lelaki atau perempuan. Orang Gaunder berkahwin dengan kastanya, orang Thevar berkahwin dengan kastanya. Tetapi sekarang ada percampuran kasta. Orang Kaunder berkahwin dengan Thevar dan sebagainya. Tetapi persoalan saya hanya satu. Jika ada pemimpin mengatakan Interlok adalah rasis dan mengapa masih ada amalan kasta di komuniti orang India? Jika Interlok adalah satu manipulasi dan penghinaan kepada orang India, bukannya amalan-amalan ini masih berlaku? Bukan sahaja perkahwinan, tetapi majoriti kasta mempunyai pertubuhannya di mana orang dari satu kasta sahaja dibenarkan organisasi tersebut. Jika keadaan ini masih berlaku, mengapa kawan-kawan India tidak dapat menerima hakikat? Adakah mereka gagal menerima kesilapan-kesilapan yang masih diamalkan oleh mereka?

MIC dan HINDRAF membantah INTERLOK

Pasti ramai tahu bahawa Interlok menjadi buah mulut rakyat India dan kebanyakkan mereka membantah buku Interlok. Dari MIC yang dikuburkan pada Tsunami 8 March sehingga HINDRAF. Apakah kepentingan kumpulan atau parti India ini membantah Interlok. Adakah ini kerana Interlok menghina orang India atau kerana mereka mempunyai kepentingan sendiri.

Setahu kita, Pilihanraya Umum akan diadakan tahun ini. MIC sudah hilang momentum masyarakat India. Begitu juga HINDRAF yang telah berkecai selepas demo besar-besaran di KLCC. Adakah kedua kumpulan ini telus terhadap isu Interlok? Ada beberapa orang sanggup membakar buku Interlok di Klang. Saya memang terkejut terhadap insiden ini. Orang Hindu selalunya memuja buku semasa 'Saraswathi Pooja' yang dianggap bersamaan dengan Tuhan Saraswathy. Tetapi kenapa mereka sanggup membakar? Tidakkah mereka terfikir perbuatan itu hanya membawa penghinaan kepada diri sendiri.

INTERLOK

Buku ini memang mempunyai kesalahan fakta contohnya mengenai tarian Kathakali. Penulis telah menulis penari Kathakali memakai topeng tetapi penari-penari tersebut memakai make-up. Ini adalah kesalahan fakta. Tetapi tiada sesiapa yang membantah. Saya tidak faham mengapa. Adakah kerana belum ada orang yang membaca buku ini keseluruhannya?

Interlok diterbitkan pada 1971, tetapi tiada sebarang bantahan dilakukan pada ketika itu. Bolehkah saya menganggap tiada sesiapapun pernah membaca buku tersebut pada ketika itu. Ataupun buku itu telah diletak di dalam peti besi sehingga tiada sesiapa yang boleh membacanya?

Buku itu sendiri mempunyai banyak kesedaran sosial untuk bangsa-bangsa berlainan yang tinggal bersama. Kita perlu melihat kepada kesan positif dan bukannya mencari salah pada buku tersebut. Jika buku itu ditarikbalik, adakah ini bererti sistem kasta yang masih diamalkan oleh Rakyat India akan dimansuhkan?

Saya Nithiyavani memberi cabaran kepada pemimpin MIC dan HINDRAF yang mengatakan Interlok satu penghinaan kepada Rakyat India ini untuk menutup semua pertubuhan berasaskan kasta dan meminta Rakyat India berkahwin tanpa melihat kasta. Sanggupkah mereka membuat pengumuman kepada orang awam untuk tidak mengamalkan sistem kasta di Malaysia? Sanggupkah mereka menyuruh orang yang bernama 'Maniam Gaunder' menukar nama hanya Maniam dan tidak menggunakan Gaunder sekali-kali di dalam kehidupan mereka dan tidak berpura-pura?

Jika pemimpin MIC dan HINDRAF sanggup mengatakan ini, saya akan menyokong dan membakar buku INTERLOK.

Nithiyavani

Blackend Is The End

Dyers Eve