To Live Is to Die

free counters

Ahad, 6 Mac 2011

GADIS INDON UMPAN TERAKHIR DI KERDAU DAN MERLIMAU

Asyik bertanya, asyik bersms..bila Abu Nawas nak update blog. Amboi terasa macam Tukar Tiub la pulak Abu Nawas ni. Betui ka ada yang sampai ketagih nak baca blog Abu Nawas ni..

Kalau dah sampai tahap ketagih tu dan nak suruh selalu Abu Nawas update blog ni, ringan ringan la jari tu click apa apa iklan yang keluaq dalam blog ni.


Bukan susah pun…hanya sekali click saja. Kalau sehari dapat 500 click Abu Nawas pun tak mau pi cari makan dengan kerja lain lagi. Abu Nawas nak dok depan computer saja….

Amboi dah kasi intro sampai macam tu tak kan tak paham paham lagi kot?


Apa2 pun Abu Nawas ucap tima kasih la pada peminat Abu Nawas dan kawan kawan blogger semua.. Abu Nawas ni bukan boleh puji sikit satgi Abu Nawas kuat perasan..tapi tak la sampai perasan macam sorang lebai tu…Lebai mana tu??? Kah kah kah.


Kerdau Dan Merlimau..


Nampaknya kali ni punya PRK Abu Nawas tak dapat nak ambil bahagian. Tak apalah masih ramai lagi wakil rakyat akan mati selepas ini dan kalau Abu Nawas masih hidup Abu Nawas akan tulis dalam PRK akan datang ni.


Harap harap lepas ni wakil rakyak kawasan Abu Nawas la pulah yang mampus..kah kah kah..Bila wakil rakyat mampus boleh la cari duit sikit kah kah kah…tapi kalau wakil rakyat kawasan abu Nawas yang mampus, Din Binjai nak kerja mana pulak? Keh keh keh… Tak pa tak pa Din, ada satu kedai kat dalam kampong aku dah bankrupt, kalau Ong dah mampus nanti hang mai la jual nasik kedai dalam kampong aku yang bankrupt tu ha ha… Lagi pun bini hang pandai buat gulai..Fuhh terangkat bro….


Eh melalut kot mana pulak ni… Hari ni orang Kerdau dan orang Merlimau akan keluaq mengundi. Selepas semingu dok kena temberang dengan orang politik maka hari ini tiblah giliran orang Merlimau dan Kerdau kasi ajar sama orang politik yang suka temberang tu…


Abu Nawas harap orang Kerdai dan Merlimau jangan undi BN. Kalau tak suka dekat pas sekalipun jangan sesekali undi BN. Yang paling penting ialah BN perlu di tumbangkan dahulu untuk mengujudkan kuasa rakyat.


PR atau BN bukan parti yang terbaik untuk rakyat buat masa ini. Bn telah terbukti parti yang anti rakyat tetapi PR masih belum di uji kesetiaannya kepada rakyat. Oleh itu untuk menjadikan kuasa itu milik rakyat maka perkara yang paling utama ialah mesti jatuhkan BN dulu dan selepas daripada itu barulah rakyat memberi pengajaran kepada PR pula setelah PR berkuasa.


Bila kerajaan takut kepada rakyat dan rakyat pula mampu untuk berani menaikkan dan menjatuhkan parti yang mana yang mereka rasa bersama rakyat maka ketika itu akan wujudlah kuasa rakyat.


Oleh itu Abu Nawas berpesan kepada semua pengundi di Merlimau dan Kerdau agar mengundi PAS dalam PRK ini atau setidak tidaknya sila rosakkan kertas undi sebagai tanda protes…

Selamat mengundi…


Lebai Zan Kesepian Di Dalam Rumah

Apa dah jadi dengan cerita lebai Zan? Dah selesai ka? Awat Abu Nawas tak sambung cerita? Lebai Zan masih hidup atau sudah mampus? Kah kah kah..


Rilex rilex rilex…. Cerita Lebai zan masih ada, Abu Nawas Cuma masih berpegang pada janji janji Pengarah pasti Negeri. Biaq pi la kat depa walau apa saja rancangan depa. Depa tunai janji Abu Nawas tutup cerita tapi kalau depa mungkir janji Abu Nawas akan sambung balik cerita…


Semua sms depa abu Nawas simpan..semua percakapan mereka dalam talipon Abu Nawas rakam.. Depa mungkir abu Nawas pun turut mungkir..tapi kali ni lagi best..ada cerita pompuan nama JUWITA…fuhhh depan laki cukup solehah tapi belakang laki….Allah saja yang tahu…..

Cuba la tengok posting blog Abu Nawas yang paling hits kat sebelah ni… nampaknya cerita Lebai Zan bukan saja paling hit malah tergolong dalam versi cerita lucah kah kah kah….


Lagi pun la ni Lebai zan dan hidup tak tentu arah. Nak pi mana pun rasa macam orang dok perati..kah kah kah.. Nak pi Surau pun dah tak boleh sebab malu bila orang surau dah kenai perangai tak senonoh dia tu.. Bagi la dia tenang fikiran kat dalam rumah dia tu.. sambil2 dia DRIVE motor kah kah kah…


SEMINGGU YANG BERBAGAI CERITA.

Hari ni Abu Nawas tak mau bikin cerita politik pasai dah seminggu Abu Nawas tak update blog. Esok esoklah Abu Nawas bikin cerita politik Lagipun dah berjuta blog dok cerita pasai politik…

Hari ni Abu Nawas nak santai santai cerita pasai tak tentu pasai..


Cerita Birthday

Happy birthday to me….

happy birthday to me….

happy birthday to Abu Nawas…

happy birthday to me…. Kah kah kah…


Abu Nawas nyanyi lagu birthday pada Abu Nawas sendiri sebab nak rasa macam mana rasanya syok sendiri macam ada mamat mamat kat luaq sana tu syok sendiri…


Rupa2nya best jugak syok sendiri ni ye..rasa macam pak cu ceng la pulak..bayang saja betina mana yang nak semua ada kah kah kah. Ala macam ada orang kampong abu Nawas bikin blog la..dia bikin..dia tulis..dia buka..dia baca..dia komen..dia tutup dan dia syok sendiri kah kah kah.. kesian kat dia kah kah kah.


Eh lupa pulak sebenaqnya Abu Nawas baru saja sambut birthday minggu lepas. Ish dah semakin tua rupanya abu Nawas ni..tapi tak pa anak dah ramai…kalau abu Nawas mati tak sempat tibai beberapa ekoq mamat anak anak Abu Nawas ada.. tak kan depa tak reti nak tibai orang kot…

Tima kasih la Abu Nawas nak ucapkan pada kawan2 yang doakan Abu Nawas time birthday hari tu. Mana la nak tau ada antara hangpa semua tu mustajab doa…


Yang bestnya birthday tahun ni abu Nawas sambut dengan awek cina yang dah 22 tahun Abu Nawas tak jumpak.. Lebih kurang macam lagu Mei Hua la…. Eh satgi ada pulak dok pi cerita kat bini Abu Nawas…. Keh keh keh maklumlah ada bini la katakan…kalau macam sekoq lebai tu pakai dok berangan saja la keh keh keh..


Cerita Cewek Indon

Kemarin Abu Nawas lepak dengan sorang member kat satu kedai. Oleh kerana Abu Nawas ni memang kaki makan free maka apabila di belanjanya mamat tersebut akan Abu Nawas maka melayanlah Abu Nawas akan dia sepanjang pagi sehinggalah tengahhari kemarin. Lepas sebatang rokok Surya Abu Nawas sambung lagi sebatang rokok dia Abu Nawas sedut.


Cerita itu cerita ini maka keluarlah bebarapa cerita akan kisah cewek cewek Indonesia yang menjadi rebutan lelaki tua di kampong kesayangan Abu Nawas.


Tersebutlah kisah akan seorang tua yang kononnya pejuang Islam terunggul dan anak buah terpuji YDP Pas Batu Kawan yang kini sedang di lamun cinta dengan cewek Indonesia (Orang Penang cuba tanya Ostad yang orang pas batu kawan kata karomah ni betul tak orang tua yg kaki Indon ni anak buah terpuji dia).


Sebenaqnya dah lama AbuNawas dengaq cerita pasai orang tua yang mengaku pejuang Islam ni dok usung Indon tapi dia punya pasai la. Abu Nawas peduli apa dia nak mampuih ka nak menutuh ka. Abu Nawas pun tergolong dalam gang jahat jugak tapi tak pernah la lagi nak usung Indon macam orang tua tak sedaq diri ni buat. Tapi orang oleh kerana orang tua tak sedaq diri ni hatinya banyak busuk maka eloklah Abu Nawas cerita sikit pasai dia.


Kawan Abu Nawas yang belanja Abu Nawas minum pagi kemarin tu cerita macam mana si tua kutuk ni punya bahalol menjadi barua kepada cewek Indon..


Menurut kawan Abu Nawas yang Abu Nawas sedut rokoknya lagi si tua yang memperbodohkan dirinya kepada cewek Indon ini bukan saja habis duit kerana tergilakan cewek Indon tapi rumahnya sendiri tak cukup duit untuk di siapkan sedangan cewek Indon telah pun siap membina banglo di negaranya.


Baguslah kalau dah jadi pemurah sampai macam tu. Tentu YDP pas Batu Kawan kata banyak pahala orang tua ni dapat sebab pemurah. Lagi pun tua ni pun sanggup jadi barua ostad karomah ni bikin fitnah.


Banyaklah benda lagi yang kawan Abu Nawas cerita pasai orang kuat pejuang Islam kampong Abu Nawas ni. Abu Nawas Cuma kata dalam hati sebelum ni tua kutuk ni sanggup bikin fitnah pada kawan sendiri. Sanggup buang kawan demi mengikut kemahuan Ostad yang kononnya karomah dan ada ilmu kebal kata orang kampong Abu Nawas.


Allah maha besar. Kini semua fitnahnya kembali kepada dirinya sendiri. Tiap2 malam mesti nak berhibur. Jalan ke Surau sudah tak jumpak. Yang terang jalannya ialah ke pusat karaoke....gelek gelek…


Kepada tua ni Abu Nawas nak kasitau.


Sudah sudah la..sedaq la diri dah tua..tak lama lagi dah nak mampus…satgi dalam kubur kalau malaikat tanya di manakah wang kamu di belanjakan, tak kan hang tak malu nak kasitau yang semua duit hang habis kat betina Indon.


Kalau betina Indon tu elok tak pa la jugak, ni macam Mak Lampir je kah kah kah… Tapi nak buat macam mana dah tua baru nak belajaq buat jahat kah kah kah… Kesian kat anak bini hang..jiran jiran dok mengata kat dia…..


Cerita Orang Politik.

Dua tiga malam lepas Abu Nawas lepak dengan seorang orang besaq satu parti politik. Dah nama pun orang besaq maka tempat lepak pun kena keluaq wang besaq la jugak. Kalau Abu Nawas nak masuk sendiri tempat ni mana la mampu Abu Nawas nak bayaq.


Dah jumpak orang politik maka sembang pun politik la jugak. Dari A sampai Z semuanya cerita politik tak ada yang tidak politik melainkan politik belaka.


Tak payah la cerita apa yang Abu Nawas bercerita nanti payah pulak ceritanya tapi Cuma nak habaq betapa wang ringgit bagi orang besq besaq ni umpama daun yang berguguran saja.

Ntah dari mana datangnya tidaklah pulak Abu Nawas ketahui. Yang pentingnya daun daun ringgit Malaysia yang berguguran pada malam itu masuk juga ke poket Abu Nawas.. Lepas la belanja seminggu dua.keh keh keh…


Orang Miskin Di Larang Mati


Bila cerita pasai orang banyak duit mestilah ada cerita pasai orang tak ada duit. Abu Nawas ni kira tergolong di kalangan orang tak ada duit la. Jadi kalau nak cerita pasai orang miskin ni, lagi banyak la Abu Nawas boleh cerita.


Kalau nak jadi rakyat Malaysia mestilah ada RM sebab kalau tak ada RM anda tidak akan di akui sebagai rakyat Malaysia.


Hari ini kita boleh terus bernafas sebab kita masih ada RM walaupun kita miskin. Setiap saat RM adalah di perlukan untuk meneruskan hidup. Sama ada kita mampu atau tidak RM mesti ada.

Bukan saja nak hidup malah nak mati pun mesti ada RM. Oleh itu orang miskin bukan saja susah nak hidup malah nak mati pun tak boleh sebab tak ada duit.


Yalah kalau tak ada duit macam mana nak bayaq upah orang yang cari makan dengan sembahyang mayat. Itu belum kira kain kapan, keranda dan lain lain peralatan nak masuk kubur lagi.


Bila orang miskin dah mati, dosa dosa atas dunia tak boleh nak langsai sebab tak ada duit macam orang kaya. Orang kaya boleh bikin fidiyah sebab boleh beli beras berkampit kampit lepas tu boleh la 4-5 orang pak haji surung tarik beras untuk kasi hilang dosa. Lepas surung tarik pakat la tanggung bawak balik rumah besar tu. Opss jangan pertikai susrung tarik ni sebab depa ada “nas”. Nasnya ialah “Boleh kat aku halal..boleh kat kat orang Harammmmmmmmm”.


Sebab tu la puak puak ni marah sangat kat Dr Asri… bukan marah pasai apa..depa marah pasai Dr Asri pandai pandai kata apa yang depa dok buat ni bidaah…. Kalau orang kampong semua dah tak mau buat surung tarik lagi macam mana pak pak aji ni nak dapat beras free lagi????....kah kah kah






Leman Oh Leman.. Selamat Pulang Ke Uptown..


Minggu lepas berakhirlah sudah wajah Leman berkarisma di skrin TV. Walau Leman tak berjaya sampai ke peringkat akhir tapi pusing ke 8 sudah cukup buat Leman di kenali di seluruh pelusuk tanahair.

Paling tidak pun Abu Nawas boleh la nak belagak ranggi bila kawan Abu Nawas Leman dah jadi glamer…


Tak menang pun tak pa sebab kalau menang mungkin Leman tak larat pulak nak berkepit dengan betina. Bila Leman dah tak larat nak berkepit dengan betina tentu Leman pass kat abu Nawas.. Bila Abu Nawas berkepit dengan betina nanti tentulah Mat Sopi dengan kawan baik dia Lebai Zan jaki..keh jeh keh…


Dengaq cerita Leman nak balik kampong jadi orang politik. Memang layak la kalau dia nak jadi orang politik jika nak di bandingkan dengan Lebai Asri yang tak dak teloq kat Up Town Perda ni.


Selama ni puak puak Lebai Asri kat uptown Bandar Perda ni pandang rendah kat peniaga peniaga. Depa rasa depa la di pilih Tuhan kononnya untuk jadi pejuang Islam. Bila ajak berdebat kecut..bila jak bertumbuk teloq terus hilang kah kah kah….


Kalau betul Leman jadi orang politik nanti, parti apa yang Leman nak pilih. Yang pastinya Leman tak akan pilih Umno. Kalau Leman nak pilih Pas, macam mana pulak puak puak Lebai uptown Perda nak cari makan.. Leman peguam tapi Lebai Asri cuma sekolah tingkatan 5 saja. Kah kah kah….


Apa pun Abu Nawas nak ucapkan terima kasih banyak banyak pada semua penyokong yang telah mengundi Leman.


Kedai Kopi Raba Raba Bankrup…


Tersebutlah kisah sebuah kedai kopi tapi telah di pendekkanlah ceritanya pulak bahawasanya kedai kopi maksiat ini telah pun bankrupt.


Inilah balasan Tuhan bila kedai kopi di jadikan kedai maksiat. Pantang budak budak pompuan masuk, semuanya kena raba juboq…


Syukurlah kedai kopi ni bankrupt, kalau tidak ntah berapa banyak lagi yang akan menjadi mangsa melaun ni… Syukurlah………


Eh kedai kopi kat mana ni haaa??? Emmm nantilah kita sembang sembang..masa mamat ni belum sampai lagi kah kah kah….cuba tanya blogger Sharpshooters.. rasa rasa dia kenai kot!!!!!

Blackend Is The End

Dyers Eve