To Live Is to Die

free counters

Rabu, 9 Mac 2011

JEMPUTAN MAKAN MALAM DI DEWAN PARLIMEN UNTUK SEMUA RAKYAT

Kemarin sekali lagi parlimen bersidang. Berangkatlah semua pak pak menteri, YB YB dan pecacai pecacai yang mahu menunjukkan muka mereka kepada Perdana Menteri kononnya seorang YB yang sentiasa bekerja untuk rakyat.


Habislah lagi duit rakyat setiap kali dewan bersidang. Claim itu claim ini, elaun itu elaun ini, sehinggakan parking kereta pun boleh claim beratus ratus.


Hebat sungguh menjadi YB ni. Elaun dapat, AP dapat, itu dapat dan ini dapat. Kira pi kira mai untuk elaun sebulan seorang YB mungkin bisa mengaut wang rakyat miskin yang boleh di gunakan untuk beberapa tahun.


Itu belum kira YB yang makan rasuah lagi, YB yang dapat projek lagi, YB yang kaki claim tipu lagi macam sorang YB kat Jeli dulu sekali claim sampai RM100ribu. Pukimak punya YB.


Bila YB masuk dewan ramai yang jadi pelakon pelakon, konon2nya bercakap hak rakyat. YB kerajaan maki YB pembankang dan YB pembangkang maki YB kerajaan.


Lepas pakat lawan maki si Tuan Yang Di Pertua pun kata “ Sidang di tangguhkan kepada hari esok”. Umpama Ahmad Nisfu mengarahkan filem memberi arahan “CUT” maka para YB yang maki hamun tadi pun pakat pakat keluar menuju ke dewan makan sambil bergurau senda.


Masuk dewan makan YB YB pakat pakatlah menjamu selera yangenak enak belaka. Umpama perbandingan makanan YB YB ini dengan orang orang miskin ialah umpama kenikmatan syurga yang tidak dapat di baying dengan mata di dunia ini.


Jika ianya di hidangkan kepada orang miskin apa yang sedang YB YB ini menjamu selera maka sudah pasti orang orang miskin ini akan berkata “ Apakah ini makanan yang di datangkan dari syurga?”


Nilai orang miskin hanyalah kepada undi mereka. Undilah parti mana pun mereka sesekali tidak mungkin akan merasi nikmat makanan yang di rasai oleh YB YB sama ada dari BN atau pun dari PR.


Tak taulah pulah kot YB Bebas macam Zahrin dan Lebai Zul makan sisa sisa di parlimen…


DUNIA LAKONAN VS DUNIA REALITI BOB LOKMAN.


Cerita pasai lakonan YB teringat Abu Nawas kepada brader Bob Lokman yang kini sudah istiharkan diri untuk bersama Pas.


Tahniahlah kepada Bob Lokman. Bukan kerana Bob Lokman dah pakai serban dan jubah tapi kerana Bob Lokman tak menjadikan dirinya seorang yang hiporik. Bob Lokman tak pernah menjanjikan apa apabila melakukan perubahan pada dirinya seperti ramai artis lain macam Ogy Mat daud si Janda gedik tu.


Manusia yang tidak hipokrit macam Bob lokman tak pernah risau dengan gossip dan fitnah kerana tiada apa yang hendah di fitnahkan terhadap orang yang hidup dengan dirinya sendiri.


Orang yang takut ialah manusia2 yang menjadikan pakaiannya sebagai alat untuk melindungi perbuatan jahatnya. Orang begini akan berhati2 bila melakukan kejahatan kerana takut rupa sebenarnya di lihat orang.


Tahniahlah kepada brader Bob. Lu bukan saja manusia yang tidak hipokrit macam beberapa manusia yang mengaku diri mereka pejuang Islam malah lu juga adalah manusia yang berani. Hidup Brader Bob…


ISABELLA KISAH CINTA 2 DUNIA.


Bila cerita pasai Bob Lokman mesti tak boleh pisah dengan lagu Isabella Search. Bok Lokman yang bikin lagu ni dulu. Sampai hari ini album Search yang memuatkan lagu Isabella ini masih belum mampu di saingi jualannya.


Bila sebut Isabella maka ramailah pak pak lebai 20 tahun dulu yang marah sangat dengan Search ni. Pak pak ustad pulak pakat la dok maki hamun Search dalam masjid dok kata Isabella ni sebenarnya paderi kristian.


Di keluarkanlah cerita tentang sejarah Isabella yang langsung tak ada kena mengena dengan lagu ciptaan Bob Lokman itu. Apa perkataan yang tak keluar dari mulut mulut pak ustad terhadap Search dan Isabella. Maki hamun caci cerca semuanya habis keluar.


Hari ini pak pak ustad yang maki hamun Amy tu masih jadi pengecut macam dulu jugak. Hanya berani bercakap di dalam masjid tapi Bob Lokman dan Amy Search sudah berada di atas atas pentas bercakap soal kebenaran.


Filem Fenomena yang di lakonkan Search mengambarkan bagaimana bencinya orang yang berpakaian agama terhadap kumpulan rock pada ketika itu. Namun yang pastinya sejarah telah pun membuktikan revolusi rakyat bukannya di dokong oleh mereka yang berpakaian agama tetapi mereka yang berseluar jeans carik.


AL ULAMAK WARISATUL AMBIA’ VS AL ULAMAK WARISATUL PUKIMAK


Amboi marah betul hang pa no bila aku kata Ulamak waris pukimak. Salah ka apa yang aku kata ni.? Bukankah nabi kata ulama’ itu ada dua jenis? Satu ulama’ dunia dan satu lagi ulamak akhirat.


Di sebut pula ada ulama yang usuk iaitu ulamak jahat dan ada juga ulama yang menjadi setan bisu.


Maka sudah tentulah ada ulamak waris kepada nabi dan ada ulama waris kepada lawan nabi. Masalahnya ulamak yang lawan nabi tidak pulak Abu Nawas tahu siapakah gerangan panggilannya yang di beri.


Oleh itu jika ulama yang waris nabi di sebut warissatul ambiak maka yang lawan nabi tak salah rasanya abu nawas sebut Al Ulama’ warisatul pukima’.


Abu Nawas tak pandai agama nak bincang pasai ulamak yang memjadi pewaris nabi sebab kalau salah bincang pasai orang baik2 ni nanti fitnah dan musibah pula melanda diri. Jadi lebih baiklah Abu Nawas berbicara tentang orang jahat macam ulama’ warisatul pukimak sebab kalau tak betul pun, dah depa ni memang jahat.


Hari ini kalau nak berniaga dan mahu cepat kaya dengan hasil perniagaan maka paling mudah ialah berniaga agama. Macam mana nak berniaga agama? Tak susah..walaupun anda tak pandai tentang agama tapi anda boleh upah orang yang belajar agama menjadi barua anda… macam2 lagilah caranya…


Baru-baru ni Abu Nawas singgah sembahyang kat masjid di pekan Kuala Ketil.Abu Nawas terbaca satu banner tentang orang bisnes agama. Antara bisnesnnya ialah membaca tahlil untuk kenduri arwah. Di nyatakan upahnya mengikut pekej. Kalau mahu seorang membaca tahlil upahnya sekian dan kalau mahu ramai maka upahnya sekian.


Barulah Abu Nawas faham kenapa la puak2 kenduri arwah ni marah sangat kat Dr Asri bila Dr Asri sebut yang kenduri arwah ini bidaah. Rupa2nya depa dok bikin bisnes. Kalau masyarakat semua tak mau buat lagu kenduri arwah, macam mana depa nak bikin bisnes..

Buka pulak iklan2 surat habaq. Cuba cari berapa banyak iklan orang yang menjadikan agama tempat untuk mencari duit.


Bila datang bulan ramadhan maka Yusop Taayop pun mulalah keluar hadis cerita pasai Nabi makan kurma. Apa anda fikir kalau kurma ini tidak bisa di jadikan bisnes Yusop Tayop mahu menghebahkan pasai hadis makan kurma ini. Sori la bro gua cakap lu..


Banyak lagilah kalau nak cerita pasai orang yang bisnes agama ni. Kebanyakannya pak pak ustad. Lagi glamer ustad maka lagi hebatlah perniagaan agamanya.


Tapi yang paling pukimak ialah mereka yang belajar agama kemudian menjadi barua kepada pemerintah. Bila anak bangsa rosak mereka salahkan anak seni.. Pirahhhh….

Blackend Is The End

Dyers Eve