Blackend Is The End

Jumaat, 1 April 2011

BLOGGER, DAP, KOMUNIS, POLITIK ORANG MELAYU, POLITIK ORANG CINA DAN SATU TAHUN ABU NAWAS

Kemarin aku menerima panggilan dari wakil exco kerajaan negeri Kelantan, menyatakan yang aku telah di jemput oleh pihak urusetia penerangan negeri kelantan dalam satu perjumpaan yang hanya melibatkan 40 orang blogger.


Sebaik saja aku meletakan talifon, masuk pula panggilan dari seorang blogger bertanyakan kabar berita mengapa sunyi menyepi dari berblog. Sebaik saja aku tamat panggilan dari blogger tersebut masuk lagi satu panggilan dari seorang lagi blogger bertanyakan hal yang sama.


Macam satu pakatan pula bila panggilan masuk bertalu talu dalam masa yang sama dan bertanyakan hal yang sama. Bukan saja kemarin malah sejak sebulan yang lalu pertanyaan pertanyaan yang sama seperti itu sentiasa mengisi ruang sms dan kotak mesej di facebook.


Sudah pasti setiap yang terjadi itu ada sebabnya dan ketidak mengemaskini blog juga pun ada sebabnya tapi tidaklah kerana sebab takut dan gentar lebih lebih lagi dengan manusia yang penakut.


BICARA ABU NAWAS MENJANGKAU USIA SATU TAHUN.

23 haribulan yang lalu cukuplah usia blog ini berada di persada alam maya ini. Sudah pasti bagi mereka yang telah mengikuti blog ini dari awal lebih faham kenapa dan untuk apa blog ini di bina.


Setelah blog lama di godam oleh manusia yang takut tembelang mereka terbongkar, Aku memulakan blog Bicara Abu Nawas ini dengan nama Wasiat Pejuang di mana aku tidak memasukan apa apa isu semasa melainkan hanyalah dari fakta fakta sejarah yang aku kutip dari bahan bahan bacaan golongan kiri.


Banyak bahan bahan sejarah telah aku kutip dari blog Kini Dan Silam iaitu sebuah blog yang dimiliki oleh seorang yang telah terlibat secara lansung dalam pasukan Rejimen ke 10 Parti Komunis Malaya.


Tujuan aku menulis semula sejarah sejarah yang tidak mungkin akan anda baca di mana mana buku sejarah dalam pendidikan sekolah di Malaysia ini adalah kerana aku mahukan generasi kini tidak menjadi bodoh dan tertipu dengan momokan orang2 yang menjadi anak didik penjajah.


Aku juga mahu pembaca tahu bahawa mereka mereka ini bukan saja memperjuangakan kemerdekaan Negara malah mereka juga adalah wira wira yang sebenar dalam revolusi system demokrasi di Negara ini.


Dan yang lebih utama tujuan blog ini menceritakan kisah kisah mereka ini adalah kerana untuk menafikan sekeras kerasnya bahawa pejuang pejuang melayu Islam yang berjuang bersama Parti Komunis Malaya itu tidak pernah melupakan Islam sebagai ugama mereka dan sekali kali mereka ini tidak anti agama.


Namun begitu bukan mudah sebenarnya untuk mendapat bahan bahan yang segar tentang sejarah ini. Jika ada sekalipun aku terpaksa menulis semula catatan catatan yang terdapat di dalam buku buku, Itu pun perlulah pula untuk mendapat izin dari pihak penerbit.


Aku juga pernah menulis kisah Rashid Maidin yang aku ambil dari buku memoirnya namun aku tidak dapat menyiarkannya di dalam blog kerana sukar untuk mendapat kebenaran penerbit buku tersebut.


Akhirnya pada bulan oktober yang lalu blog Wasiat Pejuang ini telah aku tukarkan kepada nama Bicara Abu Nawas kerana aku mahu membawa isu isu semasa di dalam blog ini.


Pada mulanya aku mahu membina sebuah lagi blog tanpa menganggu blog ini tetapi memandangkan pada ketika itu blog ini telah pun di beri pautan sebanyak lebih kurang 70 blog yang lain maka aku meneruskan saja Bicara Abu Nawas ini di dalam blog ini sahaja.


Maka hari ini blog ini telah membawa isu isu semasa dan blog ini juga telah berjaya meletakannya di dalam rangking blog politik popular di Malaysia ini sama ada di dalam rangking blog pro Pakatan Rakyat ataupun keseluruhan blog pro Pakatan dan pro BN.


SUKA DUKA BLOGGER TIADA SIAPA YANG TAHU..


Hari ini bukan seperti 10 tahun yang lalu. Jika dulu anda mungkin hanya dapat membaca isu isu politik semasa didalam portal Tranungkite, harakah Daily dan Laman Marhaen serta secubit laman laman web politik yang boleh di hitung megunakan jari sahaja.


Hari ini semua orang mampu bikin blog walaupun blog yang di bikinnya itu cukup sekadar blog syok sendiri. Walau apa saja gelaran yang kita boleh beri kepada blogger blogger itu namun harus di ingat bloger blogger telah sedaya upaya untuk menyampaikan maklumat atau isu isu terkini kepada pembaca walaupun yang membaca itu blogger itu sendiri.


Seorang blogger yang berani juga akan sentiasa menjadi sasaran pihak lawan dalam usaha usaha mereka untuk mengodam dan lebih dasyat lagi setiap seorang blogger yang berani menulis isu isu yang panas dan segar sudah pasti namanya telah menjadi sebahagian dari senarai mereka mereka yang di ke hendaki oleh pihak pemantau pasukan keselamatan di Bukit Aman.


Apa yang harus di ingatkan, boleh di katakan hampir semua blogger blogger pro Pakatan Rakyat menulis tanpa mendapat sebarang imbuhan dari mana mana pihak jika di bandingkan dengan blogger blogger pro umno yang kebanyakan mereka adalah di bayar hanya untuk berada di depan computer.


Blogger blogger pro Pakatan ini juga bukan saja tidak di bayar tetapi mereka juga menghadapi risiko di saman atau di ambil tindakan undang undang jika tersilap tulis. Paling terkini ialah blogger Sharpesshooter telah di ambil tindakan undang2 oleh seorang menteri cabinet di atas sebab beliau menyiarkan sebuah artikal tentang seorang amah di rogol oleh menteri yang bernama Rais Yatim ini.


Sudahlah tidak pernah di bayar untuk setiap peluru yang di halakan kepada Umno/Bn malah bila di ambil tidakkan tidak ada siapapun yang mahu bersamanya dalam menghadapi kes itu.


Lebih menyedihkan lagi blogger blogger seperti Ikut Suka Aku, Anak Sg derhaka dan beberapa blog lagi yang boleh di katakan 95% isi di dalam blog mereka telah membongkar segala pembohongan pihak kerajaan dan hanya 5% sahaja di gunakan untuk menegur ketidakbetulan di dalam Pakatan Rakyat, blog blog ini terus saja di lebelkan sebagai blog upahan umno.


Inilah upah yang mampu di bayar oleh pembaca kepada blogger blogger yang selama ini telah membantu parti parti yang bertentangan dengan BN melancarkan serangan. Bukan bil internet yang mahu di bayar oleh mereka tetapi hanyalah fitnah dan sumpah seranah.


40 BLOGGER ATAU 40 PENYAMUN?


Pada 2 dan 3 haribulan ini sekali lagi pihak urusetia penerangan kerajaan negeri Kelantan menjemput para blogger untuk hadir dalam satu program yang telah mereka aturkan di sebuah hotel di Kuala Lumpur.


Namun pada kali ini hanya 40 orang blogger saja yang bertuah telah di saring untuk bersama dengan program ini. Aku sendiri tidak pasti namun cukup rasa bertuah kerana tergolong dalam senarai 40 blogger tersebut.


Sebenarnya sejak sebulan tidak mengemaskini blog, aku tidak tahu di rangking keberapakah blog Abu Nawas kini. Sudah pastilah blog Abu Nawas kini sudah tidak berada di puncak lagi.


Apabila aku menerima jemputan tersebut dari wakil pihak urusetia saudara Tarmizi Mohd Jam aku tak tahu dari segi apakah aku adalah antara yang telah di senaraikan di dalam semua 40 orang blogger tersebut kerana blog Abu Nawas bukanlah sebuah blog yang menjadi barua kepada mana mana peminpin parti tetapi blog Abu Nawas adalah sebuah blog yang membongkarkan segala pembohongan dan lakonan juak juak mereka yang berserban dan berjubah tetapi perangai macam haram jadah.


Aku sebenarnya aku tak tahu kenapa aku adalah yang tersenarai. Mungkin makin kuat aku maki making lamer la pula aku ni keh keh keh.


…………………………………………………………………………………………….

TIDAK UPDATE BLOG TAPI TERUS UPDATE MEMBACA

Dalam sebulan aku tidak mengemaskini blog, aku menghabiskan masa aku dengan membaca buku buku yang melibatkan cara pemikiran politik orang cina. Walaupun kebanyakan buku yang aku baca itu hanyalah satu ulangan daripada beberapa koleksi buku yang aku ada.


Paling terkini aku cuba menghabiskan bacaan buku bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew yang agak kurang menarik dari kecenderungan aku membaca buku buku kanan yang pro penjajah.


Namun semua buku buku yang aku baca dalam sebulan ini kebanyakannya melibatkan politik dan perjuangan orang cina, Maka dalam masa sebulan ini aku berjaya menghabiskan sebanyak 3 buah buku tidak termasuk buku “Kisah Singapura” yang setebal hamper 1000 muka surat itu.


DAP ITU KOMUNIS?


Membaca pandangan blog blog umno terhadap DAP sebenarnya mengambarkan cara pemikiran mereka yang masih di jajah dengan propaganda penjajah hampir 80 tahun lalu.


Tidak kurang juga cara pemikiran orang orang Pas terhadapap isu perkauman yang masih sempit,bodoh dan bahalol walaupun tidak semuanya begitu.


Mereka mereka yang mengatakan DAP itu komunis sebenarnya adalah dari kalangan manusia yang malas membaca apatah lagi mahu membuat kajian terhadap sejarah politik tanahair.


Orang orang yang bodoh seperti Driver Mujahid Yusof Rawa yang juga ketua pemuda Pas kawasan Batu Kawan ini sentiasa menunjukkan kebodohannya dengan kenyataan kenyataan benggong lagi benggap. Maka memang patutlah dia menjadi driver dan sebelum ini sebagai tukang cuci longkang.


Yang lebih pelik lagi bila mereka mengatakan DAP itu komunis namun dalam masa yang sama mereka juga mengatakan DAP itu asalnya dari parti Lee Kuan Yew Singapura.


Yang mana satu yang betul? DAP itu komunis atau DAP itu PAP? Sedangkan PAP adalah sebuah parti yang amat jelas pandangannya terhadap komunis malah Singapura adalah antara Negara asia tenggara yang paling kuat menentang komunisme.


Jadi mengapa mereka mengatakan DAP itu komunis dan dalam masa yang sama mereka juga mengatakan DAP itu PAP? Jawapannya ialah mereka ini sebenarnya amat keliru malah amat jahil dalam peradaban sejarah politik Negara.


Minda mereka ini di belenggu dengan propaganda penjajah dengan menjadikan orang cina itu sebagai satu kaum yang di lebelkan dengan gelaran komunis. Maka oleh kerana kebanyakkan ahli DAP itu dari kalangan kaum cina maka dengan penuh prejudis terhadap komunis dan orang cina mereka mensinonimkan DAP itu dengan komunis.


SYUKURLAH SEANDAINYA DAP ITU KOMUNIS.


Rakyat Pulau Pinang sepatutnya bersyukur jika benar DAP yang menjadi pemerintah di negeri Pulau Pinang itu adalah berpegang dengan idiologi komunis. Maka bertambahlah kebajikan rakyat di negeri itu jika DAP itu menjalankan system komunisme.


Menisfesto Pas dalam PRU yang lalu ialah “Negara Kebajikan”, tetapi tidak pula orang orang Pas yang pemikirannya seperti driver Mujahid Yusof Rawa mengatakan yang parti mereka itu adalah komunis. Tidakkah prinsip Negara komunis atau sosialis itu adalah “Kebajikan”?


Maka di manakah tidak kena dengan system komunisme atau sosialisme kalau ianya dijalankan di dalam Negara ini? Tidakkah Islam juga menentang kapitalisme yang juga di tentang oleh komunis? Jika komunisme itu tidak betul maka tidak betul jugalah Negara kebajikan yang di pejuangkan Pas dalam PRU yang lalu.


Sebenarnya perkataan komunis itu hanyalah igauan ngeri kepada pemerintah yang selalunya sentiasa pro kepada golongan pemodal. Hidupnya orang politik sebenarnya di taja oleh golongan kapitalisme ini. Sebab itulah tidak menjadi satu yang pelik bila mereka sanggup berbelanja berjuta juta ringgit hanya sekadar untuk memenangi jawatan ketua pemuda bahagian sahaja.


Sistem komunis hanya akan menjadikan golongan yang pro kapitalisme ini tidak dapat mengisi poket mereka dengan wang ringgit rakyat yang mereka tindas. Maka untuk terus berkuasa mereka haruslah terus menabur fitnah terhadap komunisme.


Oleh itu bersyukurlah jika DAP itu komunis…


ORANG MELAYU DAN POLITIK KEPARTIAN


Sebenarnya orang melayu sudah pun sekian lama berpolitik. Sejak Melaka mempunyai seorang sultan maka sejak itulah orang melayu mula berpolitik. Namun system politik melayu dahulu adalah berpegang kepada system hamba dan raja.


Setiap kata raja adalah benar dan tidak boleh di tentang. Jika ada yang berani bersuara maka akan di keluarlah fatwa fatwa dari kalangan golongan agama yang menjadi pengampu raja bahawasanya akan masuk nerakalah bagi mereka yang menentang raja.


Kisah Hang Jebat dan Laksamana Bentan membuktikan betapa orang melayu akan terus menyokong raja raja walaupun raja raja telah melakukan kezaliman yang amat sangat.


Setelah penjajah mula bertapak di Tanah Melayu bermula daripada Portugis, Belanda, British, Jepun dan kemudian kembali kepada british kesedaran orang melayu dalam berpolitik adalah berada di tahap paling minima jika berbanding dengan kaum yang lain.


Orang cina adalah di lihat sebgai satu kaum yang cepat berkembang minda politiknya dan ini telah di buktikan dengan lahirnya Parti Komunis Malaya (PKM) pada 30 april 1930.


PKM yang membawa idologi komunis sebenarnya bukalah parti perkauman cina tetapi ia di anggap sebagai parti cina kerana ramai di kalangan ahlinya adalah dari kalangan kaum cina.


Penubuhan PKM oleh orang cina sebagai parti politik yang pertama membawa maksud kepada betapa orang cina lebih dahulu mendahului orang melayu dalam politik kepartian.


Selepas daripada PKM barulah muncul Kesatuan Melayu Muda atau KMM yang di peloporo oleh orang orang melayu seperti Ibrahim Haji Yaakop, Mustaffa Hussin, Pak sako dan lain lain.


Seperti juga PKM, KMM juga membawa idiologi demokratik sosialisme dalam perjuangan mereka. Dasar perjuangan KMM pula ialah anti penjajah, penyatuan nasional serta anti kepada birokrat melayu


Parti ini kemudiannya telah di haramkan oleh pasis jepun kerana parti ini telah cuba untuk mendapat kemerdekaan dari Jepun.


Selepas perang dunia kedua berakhir maka muncullah Parti Kebangsaan Melayu Malaya. Inilah parti politik yang pertama menyeru perkataan MERDEKA dalam sejarah perjuangan kemerdekaan Negara.


Secara ringkasnya parti parti di awal rakyat di Negara ini mula mengenal politik kepartian semuanya adalah parti yang berhaluan kiri dan menjadikan sosialisme sebagai prinsip perjuangan mereka.


Kesedaran orang melayu terhadap politik semakin menyerlah apabila munculnya PKMM. Ini telah meninggalkan kesan yang amat buruk kepada penjajah British yang akhirnya pada tahun 1946 pihak British telah menjadikan beberapa orang anak didik mereka seperti Dato’ Onn sebagai kuda tunggangan mereka dengan menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Kebangsaan Melayu atau PEKEMBAR atau lebih di kenali dengan UMNO.


UMNO mengunakan semboyan “Hidup Melayu” sebagai selogan perjuangan mereka adalah sebuah parti perkauman sempit yang di cipta khas oleh pihak propaganda British.


Presidennya ketika itu amat memandang rendah kepada perjuangan parti parti yang memperjuangkan kemerdekaan dan beliau pernah berkata “ Nak buat jarum sebatang pun tidak tahu, nak merdeka konon”.


Kewujudan umno sebenarnya tidak mendapat tempat di hati orang melayu pada ketika itu seperti apa yang di harapkan oleh British dan akhirnya pihak British telah mengambil jalan singkat dengan mengharamkan semua parti parti politik kecuali UMNO.


British telah mengistiharkan perintah darurat pada tahun 1948 dan ramai di kalangan pemimpin parti politik berhaluan kiri telah di tangkap. Di penjara dan di bunuh


Akibatnya para pejuang kemerdekaan ini telah mengambil keputusan untuk meneruskan perjuangan dengan masuk ke dalam hutan bagi melancarkan perang gerila terhadap penjajah.


Belum habis lagi tapi aku dah tak larat nak menulis… Jumpa lagi lepas balik dari KL nanti….


To Live Is to Die

free counters

Eye of the Beholder

Dyers Eve