Blackend Is The End

Khamis, 7 April 2011

PEJABAT KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH DI BOM

ALOR SETAR: Pejabat Bahagian Hal Ehwal Pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di sini mengalami kebakaran kecil akibat perbuatan khianat individu tidak bertanggungjawab yang telah melontar bom molotov dan batu
sungai pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan, berkata tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian yang berlaku antara 3 dan 5 pagi tadi.

"Hanya kebakaran kecil yang berlaku dan kerugian dianggarkan kira-kira RM5,000," katanya. Jurucakap KUIN berkata individu yang melontar bom molotov itu dipercayai
memasuki kawasan kolej melalui pintu belakang dan ketika kejadian, hanya seorang
pengawal yang bertugas.

"Kami menyerahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan terhadap kes ini," katanya.

Jumaat lalu, 200 tenaga pengajar dan pelajar tahfiz KUIN mengadakan
demonstrasi bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pengurusan Kuin dan
membantah tindakan pengurusan kolej itu mengambil alih sebahagian besar bangunan
Maahad Tahfiz di sini untuk dijadikan Sekolah Insan Bestari.

PAK USTAD MARAH PAK USTAD

Apa sudah jadi dengan pak pak ustad ni? tak cukup dengan cari makan dengan menjual agama depa pi tibai budak budak sampai mati terus. Lepas tu pi cari dalil dalam quran yang perbuatan depa ni adalah satu daripada yang di tuntut Islam... Ini semua ustad ustad setan..

Hari ni ada lagi sekoq Pak Ustad marah pada pak ustad. Kat pak ustad yang dah jadi menteri ni, ustad2 di sekolah agama ni sepatutnya kena bentuk sahsiah. Apa benda sahsiah tu? Sms kat bini orang ka? Jadi barua umno ka?

Inilah akibatnya kalau agama di jadikan tempat untuk mencari makan. Cakapnya tak serupa bikin. Itu haram ini haram tapi perangai depa macam anak haram...

Yang syoknya Pak Ustad Jamil ni kata :""Saya terbayangkan keadaan adik Saiful ketika itu, yang sakit dipukul dengan tiada peluang untuk melarikan diri, begitu berat ketakutan yang ditanggungnya."

Kah kah kah..rupa2nya pak ustad jamil ni pun macam Mat Zan kaki lucah dengan cikgu pasti jugak, kaki main bayang bayang kah kah kah.

Guru sepatutnya bentuk sahsiah - Jamil Khir - Utusan Umno

KUALA LUMPUR 6 April - Guru di sekolah-sekolah agama sepatutnya membentuk sahsiah murid menjadi insan berguna bukannya bertindak sendiri menghukumnya dengan kejam sehingga menyebabkan kematian, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata, di zaman kegemilangan tamadun ketika ini, kes mencederakan murid tidak sepatutnya berlaku kerana Malaysia mempunyai undang-undang yang boleh diguna pakai.

Beliau diminta mengulas kejadian Jumaat lalu apabila Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, murid Sekolah Rendah Islam Al-Furqan yang meninggal dunia Ahad lepas setelah koma sejak Jumaat akibat dipukul selepas disyaki mencuri oleh ustaz berusia 26 tahun.

Jamil Khir berkata, kes itu akan disiasat secara lengkap dan mereka yang bersalah akan dibawa ke muka pengadilan.

"Saya terbayangkan keadaan adik Saiful ketika itu, yang sakit dipukul dengan tiada peluang untuk melarikan diri, begitu berat ketakutan yang ditanggungnya.

"Sepatutnya, kanak-kanak dalam usia begitu perlu dipelihara bukan dipukul dengan teruk walaupun melakukan kesalahan. Kerana umurnya terlalu muda untuk diperlakukan sedemikian," katanya selepas menerima cek zakat daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sini hari ini.

Awek Perddana Menteri Bikin Sexs Dengan Permain Bolasepak

ROM 30 Mac – Penari Maghribi, Karima El Mahroug atau Ruby yang dikaitkan dengan skandal seks Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi mendakwa dia pernah mengadakan hubungan seks dengan pemain bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo.

Ruby mendakwa dia menerima sejumlah bayaran untuk melakukan hubungan seks dengan bintang bola sepak daripada Kelab Real Madrid itu.

Karima dilapor memberitahu hakim, dia pernah dibayar sebanyak 4,000 euro (RM17,078) untuk mengadakan hubungan intim dengan Ronaldo selepas bertemu pemain bola sepak itu di sebuah kelab malam di Milan pada Januari tahun lalu.

Semasa kejadian, gadis itu baru berusia 17 tahun, usia sama dia dikatakan melakukan hubungan seks dengan Berlusconi.

Sehubungan itu, pihak peguam bela Perdana Menteri itu akan memanggil Ronaldo sebagai saksi semasa perbicaraan Perdana Menteri Itali itu yang dijadual diadakan pada 6 April ini berhubung dakwaan mendapatkan khidmat seks semasa gadis itu di bawah umur dan menyalahgunakan kuasanya.

Menurut peguam bela dari firma Ghedini-Longo itu, Ronaldo merupakan seorang daripada 78 individu termasuk seorang lagi selebriti Hollywood George Clooney dan dua menteri yang sedang berkhidmat dalam kerajaan Berlusconi yang akan dipanggil sebagai saksi.

Peguam bela berkata, Clooney dan teman wanitanya, Elisabetta Canalis dilaporkan telah hadir ke parti makan malam di vila Perdana Menteri tersebut di Arcore.

Menurut pendakwa raya, majlis-majlis makan malam yang diadakan di kediaman Berlusconi itu turut menyaksikan penganjuran parti liar dan persembahan tarian bogel oleh pelacur.

Ronaldo juga sering dikaitkan dengan beberapa skandal seks sebelum ini termasuk melibatkan pelacur serta selebriti terkenal, Paris Hilton.

Dia pernah muncul sebagai pemain bola sepak yang menerima bayaran tertinggi selepas berhijrah dari Manchester United ke Real Madrid dalam satu urus niaga bernilai 80 juta pound (RM396 juta). – Agensi

USUL BINCANG USTAZ BUNUH BUDAK DI PARLIMEN DI TOLAK

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini menolak usul bagi membincangkan kes seorang murid sekolah agama di Perlis yang dipukul teruk oleh gurunya sehingga mati Ahad lalu.

Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee, berkata usul itu ditolak kerana pihak polis sudah mula mengambil tindakan dengan membuat siasatan terperinci terhadap kes itu.
"Perkara ini membabitkan kematian seorang pelajar sekolah agama di Perlis, ia adalah satu kes yang serius. Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah ambil tindakan dan kes ini dalam siasatan yang terperinci.
"Oleh itu perkara ini tidak perlu disegerakan. Oleh yang demikian, saya menolak usul ini di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1)," katanya.

Terdahulu, Datuk Ismail Abdul Muttalib (BN-Maran) membentangkan usul berkenaan yang disifatkan sebagai satu tindakan oleh seorang guru yang kejam dan tidak berperikemanusiaan terhadap seorang anak yatim.

Dalam usulnya, Ismail turut meminta supaya kerajaan memberi tumpuan dan mengadakan satu mekanisme tertentu bagi memantau serta menilai guru di sekolah-sekolah khususnya di sekolah swasta bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang.

"Guru-guru yang ditempatkan di sekolah persendirian termasuk sekolah agama perlu diperhalusi serta mekanisme penyeliaan oleh pihak kerajaan perlu dilakukan bagi memastikan kejadian seumpama ini tidak berulang.
"Selain itu (kerajaan) perlu turut beri tumpuan kepada perkara keselamatan dan perlindungan terhadap anak-anak kita di sekolah-sekolah di seluruh negara terutama yang dijalankan oleh pihak swasta dan persendirian," katanya.

Ahad lalu, seorang murid sekolah Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, yang dipukul oleh seorang guru di asrama sekolah agama rakyat itu sehingga koma, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Ia dikatakan berlaku pada 7 malam Khamis lalu apabila seorang guru lelaki yang berusia 26 tahun dikatakan memukul kanak-kanak itu selama dua jam sehingga pengsan kerana disyaki mencuri wang murid lain di asrama. - BERNAMA

3 WARGA AMERIKA DI HANTAR KE MALAYSIA UNTUK MENYIASAT KENAPA ORANG SUKA TERJUN BANGUNAN SPRM

Pihak kerajaan telah di beritakan telah berhubung dengan Presiden Negara Bikini Bottom Mr Crab berhubung dengan isu beberapa orang yang telah jatuh banggunan SPRM.

Menurut seorang menteri sotong yang bernama Squidward, beliau baru saja meneri sms dari seorang menteri di Malaysia meminta beliau untuk mencari pasukan pemburu hantu bagi menangkap hantu hangtu yang di percaya penyebab kepada kematian di banggunan tersebut.

menurut Squidward, beliau di beritahu bahawasanya beberapa bomoh telah di panggil untuk menyiasat punya kematian jatuh banggunan tersebut dan semua bomoh telah sebulat suara mengatakan bahawa punya kejatuhan bangunan tersebut ada kerana mangsa telah di tolak hantu.

Namun begitu bomoh bomoh tersebut tidak berani untuk menghalau hantu hantu tersebut kerana di katakan mereka takut untuk berada di bangunan SPRM kerana di bimbangi akan mengalami nasib yang sama dengan seorang cina dan seorang melayu yang telah mati di bawah banggunan tersebut.

Exco kerajaan negeri bikini bottom telah mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangi masalah yang di hadapi tersebut dan akhirnya mereka telah membuat keputusan untuk mengantar 3 orang pemburu hantu bagi membantu kerajaan malaysia menangani masalah jatuh bangunan tersebut.

Maka setelah di undi dengan angkat tangan bekas pekerja pemburu hantu yang pernah menganggotai pasukan Ghostbuster akan di hantar ke banggunan SPRM untuk menangkap hatu tersebut.

Lelaki ditahan menyalak terhadap anjing polis

MASON: Seorang lelaki didakwa melakukan kesalahan menyalak ke arah anjing polis.

Laporan polis mengatakan, Ryan James Stephens, 25, didakwa mengganggu seekor anjing polis di pinggir Cincinnati di Mason.
Pegawai Bradley Walker berkata, dia mendengar anjing K9 menyalak di dalam kenderaan polis ketika menyiasat kemalangan kereta di sebuah pub awal pagi Ahad lalu.
Walker berkata, dia menemui Stephens yang kelihatan mabuk membuat bunyi menyalak ke arah haiwan itu

BETINA TAK PAKAI SELUAQ DALAM

SELEBRITI Hollywood yang terkenal dengan fesyen pelik, Lady Gaga sekali lagi mencuri tumpuan awam ketika dia hadir untuk menyaksikan pementasan teater dengan teman lelakinya, Luc Carl, tanpa memakai seluar.

Dalam satu kejadian pada malam Jumaat lalu, penyanyi berumur 25 tahun itu hanya memakai jaket kulit dan sarung tangan manakala seluar dalamnya jelas menjadi tontonan umum.

Pasangan tersebut tiba di St. James Theatre, New York dengan ditemani pengawal peribadi dan polis.

Penyanyi lagu Born This Way itu turut memakai cermin mata gelap bersaiz besar dan kasut rekaan pelik.

“Saya tidak kisah terhadap komen orang ramai, saya hanya menjadi diri sendiri,” katanya.

Dalam satu persembahan pentas minggu lalu, Lady Gaga mencetuskan rasa kurang selesa di Amerika Syarikat berikutan tindakannya memakai pakaian biarawati yang dibuat dari getah lutsinar sehingga menampakkan payu dara dan seluar dalam.

LAKI BETINA LUBNAN LAWAN SEPUPU DI DUN BALINGIAN

TAIB akan ditentang saudara sepupunya, Salleh (kanan) di Balingian.
TAIB akan ditentang saudara sepupunya, Salleh (kanan) di Balingian.
SEKURANG-kurangnya 13 daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bakal menjadi tumpuan pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10, 16 April ini atas faktor pertembungan di antara calon berprofil tinggi serta kemungkinan menjanjikan saingan sengit di antara calon Barisan Nasional (BN) dengan lawannya, termasuk calon Bebas yang berpengaruh.

Jangkaan itu berdasarkan senarai calon diumumkan setiap parti bertanding sebelum ini serta individu yang menyatakan hasrat memberi saingan sebagai calon Bebas. Senarai muktamad semua calon akan diketahui apabila proses penamaan calon bagi pilihan raya berkenaan, ditutup menjelang tengah hari ini. Paling menarik perhatian tentunya di DUN Balingian, kubu kuat Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru atau lebih. Menariknya, beliau akan ditentang oleh saudara dua pupunya sendiri, Datuk Salleh Jafaruddin, 67, bekas Timbalan Menteri Pelajaran yang mengumumkan keputusan kembali semula ke arena politik, semalam. Seorang lagi calon ialah muka baru, Suriati Abdullah, 50, peniaga mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ketika ditemui Berita Harian di sebuah hotel di Kampung Dato di Sibu, Salleh berkata, beliau akan bertanding atas tiket Bebas menggunakan lambang kunci dan mendakwa mengetuai pasukan MoCS (Movement for Change Sarawak), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diterajuinya.

“Saya bukan menentang BN kerana saya menyokong Datuk Seri Najib Razak, tetapi saya menentang Abdul Taib. Saya akan bertanding di mana saja Abdul Taib bertanding,” katanya.

Beliau antara bekas pemimpin Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang cuba menjatuhkan Abdul Taib sejak 1980-an lagi. Salleh, pernah menang pilihan raya negeri atas tiket BN di DUN Balingian pada 1974 dan 1977 sebelum dilantik Senator pada 27 Mac 1977.

Beliau menang kerusi Parlimen Mukah atas tiket BN pada Pilihan Raya Umum 1978 dan dua tahun kemudian, menang tanpa bertanding pilihan raya kecil DUN Oya. Pada 1983, beliau mempertahankan kerusi berkenaan tanpa bertanding, tetapi kemudian keluar daripada PBB, sekali gus mengosongkan kerusi Oya pada 1986 yang memberi laluan kepada pilihan raya kecil.
Salleh kembali bertanding atas tiket Bebas pada pilihan raya kecil berkenaan, tetapi tewas kepada calon BN, Wan Madzihi Madhzar.

Ketika Peristiwa Ming Court 1987, beliau mewakili PERMAS di kerusi DUN Subis dan mengalahkan calon BN, Yusuf Sani Wahab dan tiga tahun kemudian bertanding di Parlimen Bintulu menentang Datuk Amar James Wong Kim Min (BN), tetapi kalah dan kecewa lagi di DUN Belawai kepada wakil BN, Hamden Ahmad pada pilihan raya negeri 1995.

Pemerhati politik meramalkan kerusi lain yang menjadi tumpuan pada 16 April ini kebanyakannya di kawasan majoriti pengundi Cina, di sini, Sibu dan Miri.

Saingan di Padungan misalnya, menarik kerana penyandang kerusi, Dominique Ng Kim Ho semalam mengumumkan keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pucuk pimpinan parti itu menyerahkan kerusi berkenaan kepada DAP. Beliau dijangka mempertahankan kerusi itu atas tiket Bebas menentang dua muka baru mewakili BN dan DAP, masing-masing Sim Kiang Chiok dan Wong King Wei.

Lebih menarik pertembungan dua peguam di Ba’kelalan apabila Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian yang diramal calon pilihan atas popularitinya memperjuangkan isu tanah adat akan cuba merampas kerusi berkenaan daripada BN yang mempertaruhkan muka baru, Willie Liau menggantikan penyandang, Nelson Balang Rining. Kerusi itu mendapat perhatian apabila calon BN di situ hanya diumumkan semalam, sehari lewat selepas senarai 70 calon lain daripada BN diumumkan.

Muka baru daripada PBB juga dipertaruhkan BN, iaitu Martin Ben di DUN Kedup menentang dua pesaing, Lainus Anak Andrew Lunak daripada PKR dan calon Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Belayong Anak Jayang. Martin adalah anak kepada bekas pemimpin politik veteran di negeri ini, manakala Lainus pula bekas Ahli Parlimen Serian ketika menang bertanding atas tiket Bebas.

Turut menarik perhatian ialah kerusi DUN Semop dengan calon muka baru BN, Abdullah Saidon dijangka dicabar hebat oleh calon anak tempatan, Yusuf Abu Samah, 58, – seorang juruukur bahan dan calon PKR, Kiprawi Suhaili.

Pemerhati politik berpendapat BN tidak akan berdepan masalah besar untuk mengekalkan kerusi di kawasan tradisinya serta DUN yang bermajoriti pengundi Melayu, tetapi kawasan dengan pemilih majoriti Cina dikategorikan sebagai ‘kelabu’.

Pertembungan di Simunjan membabitkan dua sahabat, Naroden Majais mewakili BN dan Mashor Hossen daripada PKR, manakala di Bukit Begunan bakal menyaksikan saingan tiga penjuru antara wakil BN, Mong Dagang dengan bekas Ahli Parlimen Sri Aman, Jimmy Lim @ Jimmy Donald yang juga bekas pegawai khas kepada Tan Sri Dr Leo Moggie serta seorang lagi calon, Ivanhoe Anthony Anak Belon daripada SNAP.

Saingan sengit juga dijangka di Batang Ai di antara calon BN, Malcolm Mussen Lamoh dengan bekas Timbalan Pengerusi Majlis Adat Istiadat Sarawak, Nicholas Bawin Anak Anggat mewakili PKR, manakala di Kerian, penyandang kerusi daripada BN, Peter Nyarok Entri menentang peguam terkenal, Anthony Liman Anak Sujang daripada SNAP dan calon PKR, Ali Anak Biju.

Pertandingan tiga penjuru juga berlaku di Telang Usan di antara muka baru mewakili BN, Dennis Ngau dengan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerusi itu, Kebing Wan daripada SNAP dan calon PKR yang juga bekas Ahli Parlimen Baram, Harrison Ngau Laing. Setakat petang semalam, dua kerusi, iaitu Bukit Kota dan Jemoreng hanya mengundang minat BN yang menamakan calonnya, masing-masing Addul Rahman Ismail dan Abu Seman Jahie. TAIB akan ditentang saudara sepupunya, Salleh (kanan) di Balingian.

Pertandingan tiga penjuru juga berlaku di Telang Usan di antara muka baru mewakili BN, Dennis Ngau dengan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerusi itu, Kebing Wan daripada SNAP dan calon PKR yang juga bekas Ahli Parlimen Baram, Harrison Ngau Laing. Setakat petang semalam, dua kerusi, iaitu Bukit Kota dan Jemoreng hanya mengundang minat BN yang menamakan calonnya, masing-masing Addul Rahman Ismail dan Abu Seman Jahie.

To Live Is to Die

free counters

Eye of the Beholder

Dyers Eve