To Live Is to Die

free counters

Sabtu, 9 April 2011

YB KENA CEKUP LAYAN GAMBAQ BLUE DALAM PARLIMEN

Kah kah kah.. macam tak dak tempat lain nak layan gambaq blue... kot baru dapat yang best punya kot.. tak pa tak pa janji jangan jadi Mat Zan..depan orang warak nak mampuih di belakang orang bini orang semua dia layan sms lucak kah kah kah..

Sapa dia YB tu.. baca sini


SUAMI RAKAM GAMBAR BOGEL BINI MENGANDUNG


Suami kepada penyanyi popular, Mariah Carey, Nick Cannon mengaku menyesal selepas dia dan isterinya yang sedang sarat hamil itu merakamkan gambar bogel mereka.

Foto bogel pasangan itu difahamkan akan dipamerkan di dinding rumah keluarga mereka.

“Anak-anak kami akan melihat gambar bogel ini. Ia sedikit pelik. Gambar seperti ini agak menjijikkan. Maksud saya pernahkah kita melihat ibu bapa masing-masing berbogel?

“Apabila anak-anak kita sudah meningkat dewasa dan membawa kawan-kawan mereka datang ke rumah pasti mereka akan menyaksikan gambar ini sambil berkata tentang saya yang bertelanjang,” ujar Nick, 30, kepada sebuah stesen radio di sini.

Mariah mengikut jejak langkah selebriti Hollywood lain seperti Demi Moore dan Christina Aguilera yang berbogel semasa hamil untuk muka depan majalah.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Always Be My Baby itu kini hamil lapan bulan dan dijangka bakal melahirkan bayi kembar pada 14 Mei ini.

Dia dikejarkan ke hospital pada hari jadinya yang ke-42 minggu lalu selepas mengalami kontraksi sebelum dibenarkan pulang semula oleh doktor yang meyakinkan belum sampai masa Mariah melahirkan bayinya.

Pasangan ini melangsungkan perkahwinan secara senyap-senyap di Barbados sekitar April 2008.

CCTV RAKAM PAK KASTAM JATUH?


KUALA LUMPUR 9 April – Polis sudah mengambil keterangan daripada 16 orang termasuk anggota keluarga Ahmad Sarbani Mohamed sehingga semalam bagi membantu siasatan kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor itu pada Rabu lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah bagaimanapun enggan mendedahkan siapa dan berapa ramai anggota keluarga Ahmad Sarbani yang diambil keterangan.

"Polis akan mengambil lagi keterangan dari individu berkaitan jika siasatan yang dilakukan memerlukan lagi maklumat,” katanya kepada pemberita selepas Sesi Dialog Sempena Kempen Kesedaran Pencegahan Jenayah di Pusat Beli-Belah Wangsa Walk anjuran MSL Properties di sini, hari ini.

Ketika diminta mengulas tentang rakaman litar tertutup (CCTV) yang diperolehi polis dari tempat kejadian itu, Zulkifli berkata polis masih menganalisisnya

PEGAWAI BANK DI PENJARA SEBAB SEKODENG WE KA SIONG


KUALA LUMPUR 8 April - Bekas pegawai sebuah bank tempatan dihukum penjara dua hari dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan mendedahkan maklumat akaun-akaun Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong kepada pihak ketiga.

Hakim S. M. Komathy Suppiah menjatuhkan hukuman tersebut ke atas K. Jeyamary, 34, yang didakwa melakukan kesalahan itu pada 10 Februari tahun lalu di Tingkat 2, Setapak Business Centre, Jalan Genting Klang dekat sini.

Wanita itu yang sebelum ini bekerja di Malayan Banking Berhad (Maybank) di Setapak didakwa telah mendedahkan maklumat akaun-akaun Ketua Pemuda MCA itu kepada kenalannya yang juga seorang penyiasat persendirian, M. Ramesh sewaktu bekerja dengan bank terbabit.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 97(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 yang memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun atau denda tidak melebihi RM3 juta atau kedua-duanya.

Kes tersebut merupakan kes pertama dibawa ke mahkamah mengikut seksyen tersebut.

Ketika mengemukakan rayuan, tertuduh yang diwakili peguam Jag Ramachandran memohon agar mahkamah hanya mengenakan hukuman bon berkelakuan baik bagi memberi peluang kedua kepadanya untuk membaiki kehidupan.

Jeyamary menyatakan, dia telah bekerja selama lapan tahun dengan bank tersebut sebelum diberhentikan pada Mac tahun lalu selepas digantung kerja.

Menurutnya, dia tidak mendapat sebarang faedah daripada kesalahan tersebut dan secara terbuka memohon maaf kepada Ka Siong.

Sementara itu, pendakwaan yang dikendalikan oleh tiga pegawai pendakwa dari Bank Negara Malaysia (BNM), Mohd. Syahkirin Mahtop, Alvin Ong dan Riduan Baba membantah bon dikenakan ke atas tertuduh kerana kesalahan yang dilakukan amat serius..

SPRM JANJI AKAN SOAL KAK LIMAH DI TINGKAT BAWAH SAJA


Kak Limah kelihatan tenang apabila SPRM berjanji akan menyoalnya di tingkat bawah saja.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil langkah keselamatan maksimum mengarahkan semua urusan melibatkan orang yang dituduh, disyaki, saksi atau pengadu dilakukan di aras bawah bangunan SPRM, berkuatkuasa serta-merta.

Bagi urusan melibatkan pejabat SPRM yang tidak mempunyai aras bawah, pengawasan sepanjang masa dilakukan oleh pegawai SPRM.

SPRM juga meneliti untuk memasang jeriji besi di tingkap kaca bagi mengelak kemalangan.
Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM mencadangkan agar SPRM diberi
peruntukan segera bagi menambah baik sistem kawalan keselamatan dan kawal selia, termasuk pemasangan CCTV.

SPRM mengesan beberapa juta ringgit dalam akaun pegawai-pegawai kastam yang ditahan dalam operasi 3b serta lebih RM2 juta dalam akaun milik seorang pengarah yang sudah bersara.

KHAIRY KATA DIA TAK RAKAM SEWAKTU MENGONKEK


POKOK SENA: Dakwaan kononnya turut wujud rakaman video seks membabitkan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sengaja ditimbulkan pihak tertentu bagi mengalih tumpuan rakyat daripada isu sama mengaitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Khairy ketika ditanya media berhubung perkara berkenaan berkata, ia adalah satu usaha yang tidak berasas untuk menjatuhkan dirinya.
"Saya melihat ini satu usaha untuk mengalih pandangan dan tumpuan rakyat daripada skandal yang melibatkan pemimpin pembangkang.

"Ia kisah lama yang sebenarnya keluar pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas untuk menjatuhkan saya tetapi tidak berjaya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Jelajah One Malaysia ''JOM KEDAH'' di sini hari ini. Beliau mengulas kenyataan Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin dalam sebuah harian berbahasa Melayu hari ini, berhubung dakwaan kononnya wujud video seks melibatkan beliau (Khairy)

Blackend Is The End

Dyers Eve