To Live Is to Die

free counters

Isnin, 11 April 2011

Juruterbang helikopter terhempas meninggal dunia


SIBU 11 April – Seorang juruterbang yang cedera parah apabila helikopter jenis Bell 206 milik Sabah Air yang dipandunya terhempas sejurus berlepas dari Dataran Sibu di sini pada pukul 1.50 tengah hari meninggal dunia pada pukul 8.36 malam tadi.

Insiden itu berlaku sebaik sahaja mangsa menurunkan tiga penumpang termasuk pembantu khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Juruterbang, Kapten Sahimi Razali, 38, mengalami kecederaan parah di bahagian rusuk terus digegaskan ke Hospital Sibu oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).

Muhyiddin bersama isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman turut melawat Sahimi yang menjalani pembedahan di Hospital Sibu kira-kira pukul 4 petang.

Muhyiddin yang menghabiskan kira-kira 15 minit di luar dewan pembedahan turut menyaksikan proses pembedahan yang dijalankan

BERITA KEMATIAN PEJUANG KEMERDEKAAN TANAHAIR

DARI BLOG KINI DAN SILAM CLICK SINI

Ah Cheng, anggota Parti Komunis Malaya (PKM) yang terpuji, ahli revolusioner proletariat, pejuang revolusioner yang taat setia, pimpinan yang lama teruji dan anggota politbiro Jawatankuasa Pusat PKM telah meninggal dunia di Hospital Betong, Wilayah Yala, Selatan Thailand pada pukul 1.00 tengah hari, 30 Mac 2011 dalam usia 93 tahun.

Pada 7 April 2011, upacara pembakaran jenazah Mendiang Ah Cheng yang diiringi doa selamat oleh sekumpulan Sami Buddha telah diadakan di sebuah kuil Buddha di Bandar Betong. Upacara itu dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan seperjuangan mendiang. Mej. Gen Chamlong, Timbalan Panglima Ketumbukan Ke-4 dan Datok Bandar Betong telah menghadiri upacara tersebut.

Rakan seperjuangan mendiang dari Kampung Perdamaian Betong, Kampung Perdamaian Banlang, Kampung Perdamaian Yaha dan Kampung Perdamaian Sukhirin telah menghantar wakil untuk menyampaikan penghormatan terakhir kepada jenazah mendiang.

MAYAT LELAKI RENTUNG DI KENAL PASTI


KUALA LUMPUR – Mayat lelaki yang ditemui rentung di dalam sebuah kereta Honda Civic lama di Taman Happy Garden di sini dikenal pasti sebagai seorang pekerja kedai cat kereta yang dilaporkan hilang di Seremban pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, identiti lelaki tersebut telah dikenal pasti setelah bedah siasat dibuat ke atas mayatnya.

"Kita telah selesai membuat bedah siasat dan pihak keluarganya sendiri telah pun membuat pengecaman dan mengesahkan identiti lelaki tersebut.

“Isterinya sendiri juga telah mengesahkan kereta yang dibakar tersebut adalah milik suaminya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Wan Abdul Bari berkata, isteri lelaki tersebut telah pun membuat laporan polis di Seremban mengenai kehilangan suaminya.

Beliau berkata, walaupun mayat lelaki tersebut telah 90 peratus terbakar namun mayatnya telah di kenal pasti menerusi beberapa tanda yang terdapat pada badannya.

PEMAIN BOLASEPAK TERENGGANU KENA CEKUP BERSAMA ISTERI JUAL DADAH

KUALA TERENGGANU – Seorang bekas pemain bola sepak Piala Presiden pasukan Terengganu dan isterinya ditahan kerana disyaki terlibat dengan pengedaran dadah.

Pemain bola sepak berusia 21 tahun dan isterinya berusia 34 tahun itu ditahan dalam serbuan polis ke rumah pasangan itu di Taman Tasik, Wakaf Dua, Bukit Payong pada pukul 9.30 malam, Sabtu lepas.

Polis menemui dadah jenis heroin seberat 120 gram yang dianggar bernilai RM30,000 di rumah itu, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supt Roslan Abd Wahid.

"Polis terpaksa memecahkan pintu rumah itu setelah pasangan terbabit enggan bekerjasama apabila diminta membuka pintu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, serbuk putih dipercayai heroin itu ditemui dalam 30 botol dengan 10 daripadanya dibalut dengan kertas surat khabar dari negara jiran hasil pemeriksaan terhadap sebuah beg tangan wanita.

Polis turut menyita wang tunai, akaun bank, sebuah kereta, sebuah motosikal dan barangan kemas yang kesemuanya dianggar bernilai RM217,412, katanya

KEPUTUSAN PRN SARAWAK TERKINI. : BN PEROLEHI 18,000 UNDI BERBANDING PARTI LAIN HANYA 363 UNDI.


KUCHING 10 April - Seramai 18,363 pengundi pos di Sarawak akan menunaikan tanggungjawab mereka menentukan kerajaan yang akan mentadbir negeri ini pada Rabu dan Khamis ini.

Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri, Datuk Takun Sunggah berkata, proses pengundian pos bagi polis diadakan pada Rabu (13 April) manakala Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Rabu dan Khamis ini.

"Undi pos ini akan dikeluarkan esok manakala bagi pelajar di luar negara yang seramai 34 orang, kertas undi akan dihantar melalui Pos Malaysia," katanya kepada pemberita di hangar Hornbill Skyways di sini hari ini.

Takun dalam pada itu berkata, beliau menjangkakan keputusan pengundian di 1,739 pusat mengundi akan dapat diketahui sebelum pukul 11 malam 16 April.

Selain itu katanya, tidak menjadi satu kesalahan sekiranya poster Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri dipasang di 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurutnya, ini kerana mereka merupakan pemimpin tertinggi parti Barisan Nasional (BN) yang bertanding di setiap kawasan.

"Ia berbeza dengan pihak pembangkang yang tidak merupakan satu gabungan yang berdaftar dengan SPR.

"Sebagai contoh, DAP hanya boleh menggantung poster parti dan pemimpin di 15 kawasan yang mereka tandingi. Kawasan lain tidak boleh," katanya.

LAGI BERITA KEDAH. (BAKAQ RUMAH SENDIRI PASAI TAK DAPAT DUIT)


ALOR SETAR: Akibat terlalu marah kerana tidak mendapat wang yang diminta daripada ibunya, seorang lelaki berusia 28 tahun membakar rumah mereka di Kampung Alor Madi di sini, tengah malam tadi.

Kejadian itu dikatakan berlaku apabila lelaki itu meminta RM200 daripada ibunya petang semalam tetapi ibunya tidak memberi menyebabkan dia berang dan bertindak di luar kawalan.


Abang lelaki itu berkata adiknya, yang merupakan kakitangan kerajaan, menunjukkan sikap pelik sejak sebulan lalu dan pernah mengugut membakar rumah yang didiami ibunya itu.

LELAKI MENYAMAR JADI KASTAM UNTUK BUNUH DIRI


Ini berita pelik... tak ada yang pelik melainkan berita pelik yang ini hari ini. Sorang mamat telah menyamar jadi kastam. Mamat ni memang lapaq mampuih. Pak pak kastam yang dok ada pun dah pakat nak berhenti jadi kasatam, mamat ni pulak nak belakon jadi kastam keh keh keh.

Mamat ni tak takut ka kena siasat sampai mati. Kalau nak menyamar pun, menyamar la jadi pompuan dalam facebook lepas tu boleh la sembang sembang lucah dalam Facebook macam ustaz orang kuat Pemuda Pas Penang ni INI dan INI kah kah kah... Kawan baik anak MP baling ustad ni kah kah kah.

...........................................................

Lelaki menyamar kastam ditahan

KAJANG: Seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai Kastam dan disyaki terlibat dalam 'rampasan' pelbagai jenis rokok Suria bernilai RM2,000 di sebuah kedai runcit, Sabtu lepas, ditahan di sebuah rumah di Taman Seri Mewah di sini awal hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kajang Supt Azman Ayob berkata lelaki tempatan berumur 30-an itu ditahan pada pukul 3 pagi hasil maklumat orang awam.


"Hasil serbuan itu, kami merampas sebuah van jenis Kia Pregio bersama kuncinya, rokok Suria bernilai RM2,000 dan wang tunai RM3,000 yang dipercayai hasil peras ugut terhadap peniaga kedai itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Azman berkata lelaki terbabit kini ditahan di Balai Polis Kajang untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam.


Sementara itu dalam kes berasingan, enam lelaki dan seorang wanita yang disyaki terlibat dalam kegiatan curi kenderaan jenis Waja, ditahan secara berasingan sejak 7 Feb lepas hingga semalam.


Azman berkata mereka yang berumur 30 hingga 45 tahun itu ditahan bersama-sama empat kereta Waja yang dipercayai dicuri dan polis merampas pelbagai jenis kunci pendua kereta curi itu.

Beliau berkata ada antara mereka yang ditahan itu mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah dan curi kenderaan

LAGI CERITA KENA ROGOL DI KEDAH.


JITRA: Hasrat seorang gadis berusia 16 tahun untuk mencari kerja bagi membantu menyara keluarganya berkecai apabila dirogol seorang pengawal keselamatan bank yang berjanji mencari pekerjaan sesuai baginya, Ahad lalu.

CLICK SINI UNTUK BACA KISAH BUDAK PENANG SESAT DI SERAWAK



Pengawal keselamatan itu ialah jirannya menyebabkan mangsa yang sudah berhenti sekolah, tidak mengesyaki lelaki berusia 55 tahun terbabit mempunyai niat tidak baik ke atasnya.
Kejadian dilaporkan berlaku jam 8.30 pagi di sebuah bank di Changlun dekat sini dan suspek dipercayai mengambil kesempatan berikutan hari itu cuti.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintendan Ibrahim Mohd Yusof, berkata mangsa mengikut suspek dengan membonceng motosikal lelaki itu menuju ke bank selepas pengawal keselamatan terbabit menawarkan bantuan untuk mencari kerja.

Suspek memberitahu dia boleh mencari kerja sebagai pengawal keselamatan di bank tempat dia bekerja menyebabkan mangsa dan keluarga mempercayainya.

“Suspek dipercayai merogol mangsa beberapa kali di premis itu sebelum menghantarnya pulang. Mangsa kemudian menceritakan kejadian kepada bapanya lalu membuat laporan polis,” katanya semalam.

Sementara itu, pengawal keselamatan terbabit direman selama seminggu bagi membantu siasatan.

WAJAH 8 ORANG PEGAWAI KASTAM KETAKUTAN MENUNGGU GILIRAN .....


Fuh bayangkanlah kalau anda di tempat depa ni. Gua pun tak tahu macam mana agaknya kalau satu hari nanti kena intterview kat bangunan berhantu ni.

Yang dapat gua bayangkan kalau ada di sini ialah macam gambaq kat bawah ni:-..

Tapi Malaysia tak main la tembak tembak macam ni. Apa barang tembak tembak bro...
bikin ini mcam saja...



WAJAH DEKAT PEMBERITA TV8 YANG STIM KAT JAM ANWAR


Semalam aku siarkan gambar ini . Haa yang ni baru real betna ni punya gambaq kah kah kah... Muka hisap peliaq ni kah kah kah

ANAK MENTERI KANKANG TUNJUK BUTUH


Wah baguih punya dok kankang mamat ni. nak tunjuk kepala butuh macho la tu kah kah kah. Biasa la beb anak Pak Menteri... Pejuang Islam lagi tu kah kah kah..

PEMUDA BAWAK LARI DAN ROGOL BUDAK 12 TAHUN DI YAN KEDAH KENA HAYUN


YAN: Tindakan seorang lelaki merogol seorang daripada dua beradik perempuan berusia 12 dan 13 tahun selepas melarikan mereka, mengundang padah apabila dibelasah hingga lembik sekumpulan orang awam di sebuah stesen minyak di Tebengau di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10.45 pagi itu suspek berusia 21 tahun diberkas bapa dua beradik perempuan berkenaan dan penduduk kampung yang mencari mereka sejak jam 8.30 malam kelmarin.
Selepas menahannya, penduduk kampung yang marah dengan perbuatan suspek membelasahnya sehingga cedera di badan dan muka.
Suspek dikatakan melarikan dua beradik terbabit selama lebih 15 jam selepas mengheret mereka ke dalam kereta PERODUA Kancil ketika pergi ke kedai berhampiran rumah mereka di Kampung Perepat, Kota Sarang Semut, jam 5.30 petang kelmarin.

Pada mulanya suspek membawa dua beradik terbabit ke rumah rakannya, tetapi terpaksa berpatah semula ke arah Alor Setar selepas mendapati rakannya tiada di rumah.

Dalam perjalanan itu mangsa dan adiknya dikatakan merayu supaya lelaki terbabit menghantar mereka pulang ke rumah, tetapi tidak diendahkan suspek yang kemudian membawa mereka ke kawasan pantai di Kuala Sala, jam 10 malam kelmarin.

Mereka bertiga dikatakan tidur dalam kereta dan ketika itu suspek dipercayai merogol kakak mangsa.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Azaman Mohd Jan, berkata usaha bapa mangsa mencari anaknya berhasil apabila ternampak mereka di dalam kereta dipandu lelaki tidak dikenali di kawasan Kuala Sala, pada jam 10 pagi semalam.

Azaman berkata, bapa mangsa kemudian mengekori kereta berkenaan yang mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Tebengau.
.

PAS suatu ancaman di Beting Maro?

Oleh: Dr Awang Azman Awang Pawi

Pentas ceramah dan khalayak sudah hampir penuh. Khalayak pendengar ceramah politik sudah berkumpul. Mereka terdiri daripada beberapa pihak, iaitu segelincir daripada penyokong tegar Pakatan Rakyat, ada sebahagiannya pula mengakui belum pernah dan ingin melihat sendiri sosok pemimpin alternatif secara langsung, kecuali di media alternatif termasuk Youtube dan TV alternatif dalam portal berita di alam maya. Beberapa orang ditemui tersebut merupakan anak Sarawak dari kawasan Beting Maro.

Kelihatan Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim persis gaya Soekarno menggunakan sepenuhnya platform ceramah untuk menangkis skandal terbaru dan mengaitkan dengan politik arus perdana dan politik di Sarawak. Bagi khalayak yang pertama kali menyaksikan Anwar sudah pasti terpukau dengan ucapan pedas dan tajam memberikan kepuasan kepada khalayak pendengar terdiri daripada generasi muda dan tua.

Kemudian dengan kesan dan momentum ceramah politik yang agak panas tersebut, giliran ketua Umum PAS yang dinanti-nantikan pun tiba. Bagi sebahagian besar khalayak, bukannya selalu berpeluang untuk menatap sendiri dan mendengar ceramah Tok Guru Nik Aziz. Mereka ingin mendengar secara langsung amanat pemimpin PAS nombor satu tersebut.

Namun ternyata kebanyakan yang hadir di situ amat kecewa. Ruang awam yang sangat panas yang dihujani oleh ucapan pedas Anwar Ibrahim menjadi sejuk, kaku dan senyap. Nik Aziz yang diharapkan menyampaikan ceramah pada ketika itu gagal menyempurnakan harapan tersebut. Sebaliknya Tok Guru tersebut cuma bertakbir, mengangkat doa sahaja dan selesai!

Tentulah bagi peminat politik semasa yang terlatih gaya PKR atau mana-mana politik lain selain PAS akan menganggap Nik Aziz gagal beraksi dalam ceramah politik itu, lantas mengecewakan mereka. Segelincir sahaja yang dapat membaca makna simbolik bertakbir dan berdoa yang jauh lebih tinggi daripada berhujah pejal dan bermain dengan kata-kata. Beberapa anak Sarawak dari Beting Maro yang ditemui itu menggeleng-geleng kepalanya apabila ditanya mengenai respon mereka terhadap tindakan Nik Aziz itu.

Adakah ini lambang kegagalan sebahagian besar rakyat di Sarawak memahami dasar politik PAS? Adakah PAS terlalu asing di Sarawak walaupun sudah bertapak 15 tahun? Sekurang-kurangnya, demikian persoalan, pengalaman dan kesan yang saya peroleh pada majlis tersebut.

Namun mengapakah hampir sebahagian besar pengundi khususnya di kawasan Beting Maro hampir memilih parti PAS pada pilihan raya 2006? Adakah isu personaliti memainkan peranan utama atau terdapat janji politik belum sempat ditunaikan? Sejauh manakah isu kemudahan asas- bekalan air bersih, jalan raya berturap, dan elektrik terus menyebabkan undi semacam berubah arah sebagai protes?

Rata-rata penyokong PAS bangga walaupun tewas kerana dapat mengurangkan majoriti kerusi milik BN tersebut dengan memperoleh 1,901 undi manakala manakala BN memperoleh 2,796 undi pada pilihan raya 2006. Dengan kata lain, sekitar 40 peratus undi beralih ke arah PAS. Majoriti 895 undi ini memberikan momentum kepada PAS untuk meneruskan agenda mereka.

Namun adakah ruang untuk parti PAS bertapak di Sarawak? Hakikatnya, pada pilihan raya lepas(2006) PAS cuma meletakkan satu kerusi sahaja, iaitu di Beting Maro manakala pada pilihan raya 2001, Pas pernah meletakkan calon di kawasan Saribas, Samariang dan Sadong Jaya yang kesemua tewas. Berdasarkan prestasi PAS dalam tempoh tersebut, tidaklah terlalu besar peluang parti tersebut untuk memenangi sebarang kerusi di Sarawak.

Dengan jumlah bumiputera Islam di Sarawak cuma sekitar 25 peratus sahaja ideologi PAS sukar dikembangkan di Sarawak. Kepelbagaian etnik menyebabkan rakyat di Sarawak menganggotai pelbagai parti yang terdiri daripada beberapa etnik. PBB misalnya mewakili masyarakat Iban, Melayu, Bidayuh, dan orang ulu. SUPP pula terdiri daripada etnik Cina dan Bidayuh. Apakah PAS terbuka untuk menerima penyertaan kepelbagaian etnik di Sarawak atau hanya layak menjadi ahli kelab penyokong PAS sahaja?

Isu ini adalah rumit untuk PAS bergerak ke akar umbi di Sarawak. Masyarakat bumiputera Islam kebanyakan lebih selesa dengan parti PBB yang dianggap berjaya membawa pembangunan di Sarawak. Lazimnya, golongan yang menyertai pembangkang lebih selesa dengan Parti Keadilan Rakyat.Tidak hairanlah PKR atau Keadilan sebelum itu lebih banyak meletakkan calon berbanding PAS.

Soalnya, mengapakah bumiputera Islam pro pembangkang lebih selesa menganggotai PKR berbanding PAS di Sarawak? Adakah mereka melihat hambatan pada masa akan datang dalam konteks realiti kepelbagaian etnik di Sarawak?

PAS bukan sahaja berhadapan dengan realiti jumlah bumiputera islam yang kecil di Sarawak. Umpama anak tiri ternyata DAP, PKR dan SNAP lebih dominan sedangkan PAS juga mempunyai peluang yang sama untuk memenangi pilihan raya sekurang-kurangnya satu kerusi kali ini kiranya mempelbagaikan strategi kempen mereka. Dalam perebutan kerusi untuk bertanding seolah- olah parti SNAP , DAP dan PKR terlalu dominan manakala suara PAS terus tenggelam dalam arus politik di Sarawak.

Barangkali disebabkan keterpinggiran PAS dalam kalangan parti pembangkang di Sarawak, parti tersebut akan cuba memulihkan imej dan dijangka cuba bertanding di lima kerusi kawasan bumiputera islam Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Tanjung Datu dan Beting Maro. Namun mahukah bumiputera islam di Sarawak mengalih arah kepada PAS sedangkan sebahagian besar daripada mereka kini nampaknya lebih selesa di bawah teraju utama PBB yang mempunyai peranan utama dalam parti dan kerajaan negeri Sarawak.

Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah pasti tahu akan hal ini, sebab itu beliau menggesa agar menolak PAS yang menurutnya akan hanya membawa perpecahan kepada umat Islam di Sarawak. Adakah PAS pembawa perpecahan umat di Sarawak? Apakah pernyataan ini menggambarkan realiti dan suasana masyarakat bumiputera islam di Sarawak? Pastinya, apa-apa keputusan pilihan raya nanti akan mengubah landskap politik setempat.

*Penulis ialah pensyarah kanan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Dalam dunia kesarjanaan beliau pernah mendapat biayai Southeast Asian Studies Regional Exchange Program (SEASREP), Toyota Foundation selain daripada Mardjani Foundation Russia, ahli European Association for South East Asian Studies (EuroSEAS), dan anggota Scientific and Technical Committee & Editorial Review Board on Human and Social Sciences, di Paris.

Golput enggan mengundi

Dr Jeniri Amir

KUCHING – Ketika melakukan kajian tentang perlakuan pengundi muda baru-baru ini saya berkesempatan berkunjung ke hampir seluruh Sarawak. Kesan pertama ketika menjejaki kampung dan rumah panjang di pedalaman ialah tidak terdapat ramai muda mudi tinggal di kampung halaman. Saya dapat merasai kesunyian yang mencengkam kampung dan rumah panjang. Bagai hilang keceriaan dan keriangan tanpa anak muda meskipun terdapat kanak-kanak dan murid sekolah berkeliaran selepas waktu persekolahan.

Di beberapa rumah panjang di Sri Aman, Sibu, Kapit, Mukah dan Lambir, Miri, saya dapat rasai kesayuan dirasai golongan tua. Saya begitu sedih dan terharu melihat wajah sayu nenek dan ibu bapa yang tinggal di rumah panjang, sambil berbual-bual tentang nasib mereka di kampung.

Sekali-sekala mereka mengenang anak-anak dan cucu mereka yang merantau jauh di kota dan bandar, termasuk sejauh Singapura dan Saudi Arabia. Di sesetengah rumah panjang, saya melihat mereka menonton siaran Astro. Saya faham mereka juga mengikuti perkembangan politik dan pelbagai isu dibincangkan menjelang pilihan raya ke-10 pada 16 April nanti.

Golongan penting

Anak muda merupakan golongan penting. Daripada sekitar 980,000 pengundi, satu per tiga ialah pengundi muda. Jumlah keseluruhan mereka adalah sekitar 310,000 orang — Cina 100,000, Melayu 71,000, dan bumiputera Sarawak 139,000. Sebanyak 27 peratus dalam lingkungan 21 hingga 30 tahun, manakala 73 peratus lagi berusia antara 31 hingga 40 tahun.

Berdasarkan kajian, didapati semakin meningkat usia mereka, semakin antiestablishment sikap mereka. Bayangkan impaknya jika jumlah 73 peratus atau sekitar 230,000 pengundi muda dalam lingkungan 31-40 tahun diambil kira? Tidak sukar dibayangkan kesannya terhadap mana-mana parti yang bertanding, Itulah sebabnya, golongan muda perlu didekati.

Masalahnya, sebahagian golongan muda tidak berminat untuk mendaftar sebagai pengundi. Sarawak berada nombor empat dari segi jumlah mereka yang layak tidak mendaftarkan diri, termasuk golongan muda. Jika 450,000 orang ini mendaftarkan diri, sudah pasti mereka juga dapat turut menyertai proses demokrasi. Sikap tidak ambil peduli mereka ini perlu dibetulkan.

Sikap ini sama buruk, dengan sikap pengundi yang tidak mahu turun mengundi pada hari pengundian. Di Indonesia golongan ini dikenali sebagai golput atau golongan putih. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ada sebab untuk berasa risau melihat trend peratusan pengundian yang semakin merosot tahun demi tahun mulai pilihan raya 1970.

Peratusan pengundian semakin merosot

Dalam pilihan raya 1970 sebanyak 80 peratus turun mengundi, tetapi angka itu semakin merosot. Peratusan pengundian dalam pilihan raya negeri 1974 ialah 75.10 peratus, 1979 (72.77 peratus), 1983 (77.56 peratus), 1987 (73.02 peratus), 1991 (72.80 peratus), 1996 (65.95 peratus), 2001 (67.01 peratus), dan pilihan raya kesembilan sebanyak 63.22 peratus.

Mengapa tidak mahu mengundi?

Mengapakah perkara ini berlaku? Adakah ini membayangkan sikap pengundi yang tidak ambil peduli akan politik dan pilihan raya? Adakah kerana kini anggota masyarakat kita, terutama generasi muda yang berpendidikan semakin banyak menetap di luar kawasan, berbanding ibu bapa dan nenek moyang kita pada dekad 1970-an dan 80-an dahulu?

Mereka enggan balik kerana komitmen kerja dan kos pengangkutan terbabit. Bagi menggalakkan pengundi di luar ini mengundi, ada parti yang menyediakan kenderaan atau tiket untuk mereka balik ke kawasan tempat mengundi. Atau mungkinkah mereka merasai tidak dapat mengubah keadaan? Mungkinkah mereka sudah muak?

Kesannya tentu besar dan mendalam jika dibiarkan trend sedemikian berterusan. Pendidikan dan sosialisasi politik perlu diperhebat agar tahap celik politik dapat ditingkatkan. Hanya apabila tahap celik politik mereka meningkat, barulah mereka faham akan implikasi dan kesan tindakan mereka itu.

Tingkatkan kadar celik politik

Mereka juga akan lebih faham mengapa mereka perlu membabitkan diri secara langsung dalam soal membuat keputusan memilih pemimpin yang bakal mewakili mereka, baik di peringkat kawasan mahupun Kabinet. Kita tidak boleh lagi membiarkan trend ini berlarutan.

Jika tidak, mungkin suatu hari nanti, peratusannya akan berkurangan sehingga hanya mencecah di bawah 50 peratus. Dalam pilihan raya lalu, peratusan pengundian tertinggi dicatatkan di Asajaya, iaitu 74.99 peratus, manakala terendah di Telang Usan, kawasan pedalaman di Baram dengan hanya 57.94 peratus.

Saya percaya kesedaran dan kecelikan politik yang tinggi merupakan jawapan kepada peleraian isu ini. Semua pihak, termasuk media dan parti politik perlu mengambil tindakan efektif untuk memberi kesedaran betapa peratusan pengundian semakin merossot dalam setiap pilihan raya – dan betapa pentingnya pengundi turun mengundi pada 16 April nanti.

*Penulis ialah pensyarah kanan di Universiti Malaysia Sarawak.

GAMBAR WARTAWAN WANITA YANG ASYIK BERTANYA JAM ANWAR


Ini adalah gambar yang di ambil sewaktu sidang akhbar Anwar kemarin. Cuba teka yang mana satu betina yang dok tanya pasai jam omega Anwar tu?

EZAM MAKI TOK GURU NIK AZIZ DI SARAWAK


Senator Ezam Mohd Nor menegaskan isu mengenai peletakan jawatan Taib tidak seharusnya timbul kerana beliau sendiri telah mengumumkan perancangan persaraannya.

Taib, pada 19 Mac lepas, buat pertama kalinya mengumumkan perancangan persaraannya apabila menegaskan pilihan raya negeri ke-10 pada 16 April ini adalah yang terakhir baginya sebelum menyerahkan pucuk pimpinan kepada penggantinya.

Ezam berkata, pembangkang cuba memainkan isu itu kerana mereka sangat terdesak dan sedia maklum bahawa dasar cemerlang yang dipegang Barisan Nasional (BN) negeri tidak mampu mereka tandingi.

Beliau juga berkata, mengenai isu peralihan kuasa, pembangkang sendiri tidak konsisten kerana Nik Abdul Aziz juga telah lama memerintah Kelantan tetapi pembangunan di negeri Cik Siti Wan Kembang itu lebih perlahan daripada negeri Bumi Kenyalang.

“Memang pembangkang seperti biasa tak konsisten sebab di Kelantan, Nik Abdul Aziz juga lama (berkhidmat), dan pembangunan Kelantan jauh lebih buruk, tetapi dia masih boleh bertahan…sampai sekarang tak ada pelan peralihan berbanding dengan Sarawak.

SHOPPING, COOKING, DANCING, EATING,MOVIES AND SEXS


wahh... Artis betina ni punya minat sempoi la... keh keh keh

Blackend Is The End

Dyers Eve