To Live Is to Die

free counters

Rabu, 18 Mei 2011

MONA FENDY KEMBALI

Kenapa Mona Fendy jadi hantu? Kena dia kena hukum gantung? Siapa yang dia bunuh? Kenapa dia bunuh? Pemimpin parti mana yang dia bunuh?

Hari ini Mona Fendy sudah jadi hantu. kah kah kah... Nak buat macam mana orang melayu mati mesti jadi hantu punya kah kah kah..

Jangan jadi hantu lucah kacau anak bini orang sudah la kah kah kah..
........................................................................................................

RAUB: Suara rintihan pada lewat tengah malam, hembusan nafas di tengkuk yang meremangkan bulu roma dan perasaan seperti diperhatikan seseorang, antara pengalaman seram ditempuhi anggota polis bertugas di lokap yang pernah menempatkan Mona Fandey bersama suaminya, Mohd Affandi Abdul Rahman dan pembantu mereka, Juraimi Hussin, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub.

Suasana menyeramkan itu berlaku selepas ketiga-tiga mereka menjalani hukuman gantung hingga mati pada 2 November 2001 selepas didapati bersalah membunuh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Talam, Datuk Mazlan Idris pada 13 Julai 1993.

Selepas hampir 10 tahun kejadian menyeramkan itu ‘disimpan’ anggota balai berkenaan, baru sekarang ia didedahkan kepada umum dan orang ramai boleh menempuh sendiri pengalaman aneh itu apabila lokap berkenaan bakal dijadikan destinasi pelancongan dalam ‘Pakej Lawatan Berhantu’ yang dipromosikan Tourism Malaysia Pahang.

NGERI...lokap dan kawasan lokap di IPD Raub yang menempatkan Mona dan suaminya.

Pengarah Tourism Malaysia Pahang, Amran Abdul Rahman berkata, cadangan memasukkan lokap berkenaan dalam Pakej Lawatan Berhantu disuarakan sendiri polis pada mesyuarat bersama agensi kerajaan di Raub baru-baru ini, sebagai satu lagi tarikan ke daerah berkenaan, selain keindahan semula jadi dan bangunan zaman kolonial yang masih terpelihara.

Menurutnya, lawatan berhantu terlebih dulu popular di luar negara sebelum fenomena itu menular ke Malaysia lebih lima tahun lalu sehingga banyak pengamal paranormal menawarkan aktiviti sedemikian.

KENYATAAN SERUAN JIHAD IBRAHIM ALI DI FACEBOOK


Keratan ini di ambil dari page Facebook Ibrahim Ali. Aku tak tahu apa yang Berahim Ali faham dengan kenyataannya ini. Siapakah Tok Janggut yang Berahim Ali kenal?.

Siapa yang menjadi baruah british membeuru dan membunuh Tok Janggut?

Bangsa apakah yang menjadi baruah british di sisi gambar Tok Janggut yang di gantung di bawah ini? Parti mana pulak yang menjadi barua kepada british untuk membunuh dan menangkap pejuang2 kemerdekaan?

Berahim Ali bukan saja pengecut malah dia juga seorang bodoh dan buta sejarah...

Kalau dia hidup di zaman Tok Janggut...percayalah orang yang berada di sisi gambar di atas itu ialah Berahim Ali.

UTUSEX MINTA DEDAH SIAPA PEROGOL BUDAK 15 TAHUN - TERBITAN 17MAY

ini berita benar

Ini berita tipu

UTUSAN MALAYSIA TERSUNGKUR DI CELAH KANKANG ABU NAWAS

Hari ini pembaca tidak dapat lagi membaca Utusexs di blog ini kerana Utusan Online telah pun block Abu Nawas dari membuka muka depan surat kabaq online tersebut..

Minggu lepas ketika semua blog tidak dapat berpungsi, blog Abu Nawas pulak bukan saja tidak dapat berpungsi malah pihak blogspot telah mengeledah blog Abu Nawas dan memadam semua berita termasuk Headline yang bersangkutan dengan Utusan.

Bukan saja posting-posting serta headline blog ini di padam, mereka juga telah mengubah beberapa setting di dalam blog ini.

Nampaknya Utusan Malaysia sebuah syarikat media koprat yang besar cukup kepanasan bila segala laporan mereka di jadikan satu jenaka oleh blog ini.

Bagi Abu Nawas sejak mula Abu Nawas menulis di dalam blog ada 2 kejayaan yang amat besar bagi Abu Nawas sehinggakan si pembaca yang terkena batang hidung mereka sudah tidak mampu untuk menahan kemarahan lagi.

Pertama apabila blog Abu Nawas di godam oleh mamat Pas Penang kerana sudah tidak tertahan dengan Abu Nawas mendedahkan kisah seorang AJK pasti P.Pinang yang suka berlucah dengan isteri orang.

Keduanya ialah apabila Utusan Malaysia dengan kerjasama blogspot telah menceroboh blog Abu Nawas untuk memadam segala isu tentang Utusan.

Abu Nawas berkata ini adalah satu kejayaan yang besar adalah kerana apabila blog Abu Nawas di godam oleh mamat Pas Penang kerana mendedahkan salahlaku ajk Pasti Penang, ini menandakan blog Abu Nawas di beri perhatian dan di baca.

Apabila segala hujah tidak mampu di jawab walaupun dengan sepatah perkataan dan segala pendedahan mesti di hentikan dengan segera agar si pelaku tidak terus menanggung malu maka kerja paling berkesan ialah menceroboh blog Abu Nawas dan kemudiannya sendiri tulis sendiri baca sendiri komen dan sendiri mintak maaf pada diri sendiri.

Begitu juga apabila blog abu Nawas di geledah dan di buang semua posting yang berkaitan dengan Utusan, ianya menunjukan satu kejayaan besar bagi Abu Nawas.

Bayangkanlah betapa sebuah syarikat media yang besar cukup takut dan bimbang kepada sebuah blog kecil seperti abu Nawas yang pembacanya puluhan kali ganda dengan pembaca Utusan.

Malah hari ini Utusan yang cukup terasa gelisah dan takut pada bayang2nya sendiri sudah tidak lagi membenarkan muka depan surat kabar online itu di besarkan kerana takut Abu Nawas akan mengubah semua berita utama surat kabar lucah tersebut.

Bukankah ini satu kejayaan buat Abu Nawas? Terima kasih Utusan kerana beri perhatian kepada blog Abu Nawas ini keh keh keh....

Blackend Is The End

Dyers Eve