To Live Is to Die

free counters

Sabtu, 21 Mei 2011

Berita Terkini tragedi tanah runtuh di rumah Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia di Batu 14, Hulu Langat, Kajang

Terkini Jam 6.30ptg

Mayat seorang lagi mangsa berjaya dibawa keluar dalam tragedi tanah runtuh di rumah Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia di Batu 14, Hulu Langat, Kajang, dekat sini hari ini.

Mayat ketiga dibawa keluar pukul 6.10 petang manakala 12 lagi mangsa berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Ampang dan Kajang untuk rawatan.

Dipercayai 18 kanak-kanak tertimbus dalam kejadian tersebut.

Rejimen ke 10 Parti Komunis Malaya Adalah Pewaris Sebenar Perjuangan Tok Janggut.


Dari Blog Bekas Perajurit Tentera Pembebasan Nasional Malaya

Pada 21 Mei 1949, Rejimen Ke-10 sebuah pasukan Melayu Tentera Pembebasan Nasional Malaya (TPNM) telah didirikan di hutan Kerdau, Temerloh Pahang di bawah pimpinan Abdullah C.D.. Nama Rejimen Ke-10 dipilih mengikut urutan penubuhan rejimen-rejimen TPNM. Pasukan ini adalah satu-satunya pasukan bersenjata Melayu yang meneruskan perjuangan datok nenek orang Melayu menentang penjajah Inggeris untuk kemerdekaan tanah air.

Keistimewaan Rejimen Ke-10 ialah dari komander hingga ke perajuritnya semua terdiri dari putera puteri bangsa Melayu. Anggotanya terdiri dari ialah anggota PKMM, API, AWAS, Barisan Tani Malaya dan kesatuan buruh yang tegas berjuang untuk kemerdekaan tanah air. Oleh itu Rejimen Ke-10 berakar umbi dari seluruh masa sejarah perjuangan orang Melayu melawan penjajahan, seperti perang Datok Maharajalela dan Datok Sagor di Perak, Datok Bahaman di Pahang, Perang Tok Janggut di Kelantan dan lain sehinggalah penubuhan KMM (Kesatuan Melayu Muda), PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya) dan organisasi-organisasi dibawah pimpinannya.

Abdullah C.D. atau nama sebenarnya Cik Dat Anjang Abdullah adalah pengasas dan pemimpin Rejimen Ke-10. Beliau juga merupakan seorang anggota KMM yang memegang jawatan Setiausaha Cawangan Lambor. Ketika menuntut di Clifford School Kuala Kangsar, beliau telah mengkaji dan menulis thesis tentang Perang Perak. Pada tahun 1940, ketika pejuang-pejuang Perak dimomokkan dengan tuduhan “durhaka” oleh penjajah British dan kerajaan faudal Melayu ketika itu, beliau telah dengan berani membuat kesimpulan bahawa Perang Perak adalah perjuangan patriotisme rakyat Perak menentang penjajah British dan mereka yang telibat adalah pahlawan bangsa. Dalam masa pendudukan fasis Jepun, Abdullah C.D. bergabung dengan PKM untuk menentang fasis Jepun. Di akhir era pendudukan Jepun, beliau ikut serta menubuhkan PKMM dan diterima menjadi anggota Jawatankuasa Pusat.

Semangat Perang Bahaman mempunyai pengaruh yang kukuh ke atas penubuhan Rejimen Ke-10 di Pahang. Semangat perang tersebut telahpun tertanam kukuh dari generasi ke generasi Sungai Pahang. Lebih-lebih lagi pada masa berdirinya Rejimen Ke-10, masih terdapat orang-orang yang mempunyai hubung kait dengan perang tersebut menceritakan kisah sebenar perang Bahaman. Ketika Rejimen Ke-10 bergerak di Pahang, para komender dan perajurit angkatan lama masih dapat melihat kesan-kesan kubu Datok Bahaman di beberapa kawasan.

Abu Samah Mohd Kassim (Allahyarham) yang menjadi anggota Markas Besar Rejimen Ke-10 adalah cicit saudara Datok Bahaman. Melalui cerita lisan yang diturunkan ke atasnya oleh Mat Lela, beliau menceritakan kisah perang tersebut kepada para perajurit. Abu Samah pernah rapat dengan KMM. Dalam masa pendudukan Jepun, beliau pernah membantu pasukan TAJRM dan membangkitkan orang ramai menentang fasis Jepun. Selepas Jepun kalah beliau menjadi anggota PKMM dan sekaligus juga menjadi anggota UMNO.

Oleh itu, walau apapun fitnahan yang dilemparkan penjajah dan pengikut-pengikutnya, perjuangan Rejimen Ke-10 mempunyai kesinambungan yang rapat dengan perjuangan datuk nenek orang Melayu menentang penjajahan demi kemerdekaan tanah air. Sesunggunya Rejimen Ke-10 telah membela maruah bangsa Melayu yang ratusan tahun dihina dibawah penguasaan penjajah British.

Baca juga:

USTAZAH AJAR BUAT LUCAH DI MUKA DEPAN UTUSEXS HARI INI


Akibat daripada kehabisan stock surat khabaq paling panas di zaman ini, ribuan pemuda melayu dan bukan melayu yang mengaku melayu telah mengadakan rusuhan di hadapan pejabat Abu Nawas petang kemarin.

Salah seorang dari perserta penunjuk perasaan yang di temui telah berkata mereka merasa hairan mengapakah semua surat khabaq Utusexs habis di jual. Beliau merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan masalah ini.

Adalah di fahamkan semua surat kabaq itu telah di beli oleh tokey Utusan Malaysia kerana dengki surat kabaq Utusan sudah tidak laku setelah terbitnya Utusexs.

Perhimpunan itu kemudiannya dapat di suraikan setelah Abu Nawas memberi mereka VCD lucah hitam putih bersarikatakan tulisan Siam untuk mereka mengubat rasa kempunan kerana tidak dapat membaca Utusexs.

CLICK UNTUK BERITA LEMAN RAJA LAWAK

BILA PENJUAL MINYAK BELACAK BERADA DI PENTAS PAS


Akhirnya Leman berada di pentas Pas dalam Himpunan 10ribu Pemuda Pas Kelantan. Kalau di uptown Perda orang mungkin pandang leman lekeh sebab dia hanyalah menjual minyak belacak di kaki lima berbekalkan pelita kabat sambil berceloteh. Ramai yang berhimpun mengelilingi Leman kerana terpesona dengan kepetahan Lemah bercakap dan berlawak.

Siapalah akan menyangka bahawa Leman atau lebih di kenali dengan panggilan Man Belacak di kalangan kawan2nya sebenarnya adalah seorang peguam. Bukan peguam yang mengejar kedudukan dan mahu hidup mewah tetapi peguam turut sama dalam gelombang rakyat sehinggakan telah di pecat daripada jawatanya sebagai peguam kontrak kerajaan kerana di tangkap ketika Himpunan Bersih dulu.

Nama Leman mula di kenali apabila beliau menyertai rancangan realiti tajaan TV kapitalis Raja Lawak dengan membawa lawak orang kampung walaupun hanya bertahan sehingga minggu kelapan.

Ramai pak ustaz yang suka maki hamun Raja Lawak kerana kata mereka ini adalah rancangan setan kerana mengajak orang ketawa. Tapi Pak Ustaz yg kaki maki hamun orang tu tak pulak kata yang dia itu adalah kepala bapak setan kerana mencari duit dengan menjual agama.

Hari Ini Leman sudah berada di atas pentas Pas bersama dengan Mursyidul Am Pas. Leman sudah menjadi eset kepada Pas. Leman akan di usung kesana sini selepas ini. Yang haram bagi sesetengah pak ustad sudah menjadi halal.

Leman sudah pergi jauh meninggalkan Lebai Asri Ketua Penerangan Pas Permatang Pauh yang kaki tindas para peniaga uptown Perda.

Pergilah Leman.. berjuanglah dengan caramu.. jangan jadi hipokrit pulak bila naik atas pentas Pas dok pakai lebai. Kami tetap menyokong Leman jika Leman itu adalah Man Belacak seperti dulu.

Maki hamun .. cakap lepas... adalah cara kita wahai sahabat ku Leman.. Kita akan teruskan dengan cara hidup kita bukan dengan cara hidup manusia yang berpura2 zuhud tetapi dalam hati ada kotoran...

Blackend Is The End

Dyers Eve