Blackend Is The End

Khamis, 26 Mei 2011

SMS LUCAH DARI LELAKI LUCAH KEPADA ISTERI ORANG


KANGAR: Seorang suri rumah mendakwa kini hidup dalam ketakutan selepas menerima puluhan khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur lucah dipercayai dihantar seorang lelaki tidak dikenali yang turut mengugut mahu merogolnya sejak sebulan lalu.

Ibu kepada empat anak berusia antara tujuh hingga 15 tahun yang menetap di Santan, di sini, turut mendakwa perasaannya menjadi tidak tenteram sejak menerima SMS berkenaan sekali gus sukar untuk melelapkan mata pada waktu malam.

Mangsa, Rozana Ajis @ Abd Aziz, 35, berkata sejak menerima SMS ugutan daripada suspek, dia sering mengalami perasaan tidak sedap hati malah kerap terjaga daripada tidur sekiranya ada bunyi pelik di luar rumahnya.

Katanya, perasaan takut itu juga bukan saja dirasai dirinya, malah turut dikongsi suaminya, Raman Baharom, 48, yang bertugas di sebuah agensi kerajaan, di sini.

“Sudah hampir sebulan saya menerima SMS berbaur lucah daripada lelaki yang tidak dikenali identitinya itu. Malah, dia juga mengugut mahu melakukan perkara lucah kepada saya termasuk mahu membelasah suami.
......................................................

kah kah kah..ini perkara biasa.. biasa bagi orang jantan...kah kah..pa nak hairan dengan sms lucah ni..atas kepala besaq punya serban pun dok buat kerja ni jugak kah kah kah.

Kot pompuan ni cun la kot sebab tu orang suka sms lucah kat dia kah kah kah... Ada pompuan umoq 41 tahun pun ada orang dok sms lucah inikan pulak baru umoq 35 tahun.

Nak buat macam mana laki pompuan ni tak dak teloq... bini orang dok mesek kul 3 pagi pun tak berani nak buat apa lagi kah kah kah. Kot laki dia jenis suka bini main dengan orang lain kot kah kah kah..tu la dia tak berani nak buat apa.

Macam la kat tempat aku ni. Ada lebai serban punya besaq tapi dia punya minat kat bini orang. Bukak akaun FB nama pompuan lepas tu sembang bab bab orang pompuan dengan pompuan kah kah kah...

AWAS CENDOL KEPALA BABI DI NIBONG TEBAL


Ini lagi satu berita lawak yang kejam lagi sadis kah kah kah... Ini tektik lama..tektik ni depa belajaq dari penjajah yang fitnah para pejuang komunis dulu. Penjajah bunuh orang kampung tapi depa kata komunis yang buat. Penjajah bakar kampung orang melayu dan cina tapi depa tuduh komunis yang buat.

Penjajah marah sebab rakyat sokong komunis yang berjuang untuk kemerdekaan jadi untuk bikin orang marah pada komunis depa buat kasi orang marahkan komunis.

Hari ini ada orang warisi perangai bikin fitnah lagi. Depa sendiri buat tapi tuduh orang lain yang buat. Cina sinonim dengan babi oleh itu bila gantung babi maka mesti tak ada kerja orang lain melainkan kerja orang cina.

Ini semua sebab nak kasi melayu marahkan orang cina. Bila melayu marahkan orang cina maka melayu tak mau undi cina. Kah kah kah... OIii ini tektik lama... orang kampung aku boleh la hanpa nak pekena sebab depa buta politik.. kah kah kah.

Lain kali kalau nak kasi melayu marahkan cina pi la kautim dengan Namawee, suruh dia bikin lagu hina orang melayu. kah kah kah
...................................................................................................

NIBONG TEBAL 26 Mei — Polis Pulau Pinang sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes sebuah gerai cendol yang disimbah cat merah dan menggantung kepala babi di hadapan gerai di Masjid Lama Sungai Bakap di sini semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yakcop berkata lelaki terbabit adalah pemanggil yang menghubungi peniaga cendol berkenaan dan memberi amaran agar beliau berhati-hati.

"Kita agak sukar untuk mencari lelaki terbabit kerana dia menghubungi peniaga itu dengan menggunakan telefon awam. Bagaimanapun polis sedang giat mengesannya,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya juga telah mengambil keterangan daripada beberapa pihak termasuk peniaga terbabit dan siasatan awal mendapati peniaga cendol berkenaan tidak pernah berhutang dengan mana-mana pihak termasuk ah long..

GARA-GARA ISTERI KEDUA YANG SEKSI, SEORANG LELAKI HILANG NAFSU KEPADA ISTERI PERTAMA


Seorang isteri muda telah di percayai punca kepada seorang suami mengabaikan tanggungjawabnya kepada isterinya yang pertama.

Menurut sumber yang rapat dengan tukang kebun kepada lelaki tersebut, isteri tuanya kepada tuan tukang kebun tersebut kononya telah di jampi oleh isteri keduanya sehinggakan beliau telah mengabaikan tanggungjawab zahir dan batin kepada isteri pertamanya setelah berkahwin dengan isteri ke duanya.

Dari sumber yang lain pula adalah di percayai suami tersebut juga mempunyai seorang isteri warga asing yang di nikahinya di luar negara.

Namun sumber ini telah di pertikaikan kerana menurut kata seorang pemandu teksi yang membawa wanita yang di katakan isteri kepada lelaki tersebut bahawa wanita itu ada memberitahu kepadanya tujuan dia datang ke Malaysia ialah untuk mencari Razak.

Maka dengan itu sumber yang mengatakan wanita itu adalah isteri kepada lelaki tersebut telah di ragui. Ini adalah kerana tidak di ketahui sama ada Razak yang di maksudkan oleh wanita itu ialah bapa atau datok kepada anak wanita tersebut.

Walaubagaimanapun sehingga kini wanita yang di katakan isteri muda kepada lelaki tersebut sudah tidak dapat di hubungi lagi. Berkemunkinan besar wanita itu mengalami nasib yang sama seperti isteri pertama yang telah di matikan sebelum dia mati ataupun sememangnya wanita warga asing telah pun mati.

UNDILAH MOHAMAD SABU BAHAGIAN PERTAMA.

UNDILAH MAT SABU BAHAGIAN KE 2

UNDILAH MAT SABU BAHAGIAN KE 3

CALON TIMBALAN PRESIDEN PAS YANG MENDAPAT SOKONGAN UMNO - UNDILAH MAT SABU BAHAGIAN 3


Kemarin Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), yang dianggotai pemimpin pro-BN, telah membuat kenyataan bahawa mereka percaya keputusan pemilihan PAS bulan depan akan mempengaruhi dan menentukan masa depan idea kerjasama antara Umno dan PAS.

Hari ini pula Utusan Malaysia mula menjalankan propaganda terhadap pemilihan pimpinan tertinggi parti yang menjadi musuh ketat umno sejak sekian lama itu. Sila lihat keratan Utusan di bawah.

Apa yang dapat kita simpulkan ialah Umno mulai resah dengan kemaraan calon paling popular di di kalangan rakyat Malaysia berbanding 2 calon lain. Calon yang cukup di kenali oleh semua peringkat masyarakat itu tidak lain dan tidak bukan ialah Hj MohdSabu atau lebih di kenali dengan panggilan Mat Sabu.

Kemenangan Mat sabu sebenarnya akan menjadi batu penghalang yang amat besar kepada Umno meneruskan agenda kerajaan perpaduan yang telah sama-sama mereka palukan dengan calon kepada lawan Mat Sabu dam pertandingan 3 penjuru itu.

Maka Umno melalui Utusan Malaysia telah memainkan peranan untuk mengagalkan Mat sabu dari terus mara dengan memainkan isu kepimpinan Ulama dalam pas akan tergugat sekiranya Mat Sabu berjaya menjawat jawatan no 2 dalam parti itu.

Secara tiba2 Umno berpaling dan mengitiraf title ulama di dalam Pas. Bukankah selama ini Umno seolah2 anti kepada ulama politik? Sudah pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan kenyataan umno ini.

Tidak lain dan tidak bukan, umno sebenarnya tahu sekiranya yang di katakan calon ulama yang bertanding jawatan timbalan presiden Pas itu menang maka yang berbaki di dalam pimpinan Pas untuk menghalang usaha perpaduan antara Pas dan Umno hanyalah Tok Guru Nik Aziz dan beberapa pemimpin lain seperti Khalid Samad, Dr Hatta serta yang di anggap kiri dalam parti itu.

Maka dengan itu Umno cuba mengambarkan kepada masyarakat dan ahli Pas betapa mereka amat bimbang dengan kekelahan calon yang di katakan ulama itu. Mereka tahu calon yang di katakan bukan ulama itu tidak mudah di pelemahkan seperti calon ulama yang telah terbukti telah di perlemahkan umno dengan kepentingan ketuanan melayu apabila Umno hilang banyak kerusi dalam PRU yang lalu.

Oleh itu kepada perwakilan parti Pas yang merasakan perlunya Pas bergabung dengan Umno maka tiada lain pilihan mereka kecuali calon Ulama. Sejarah telah pun membuktikan orang kiri seperti Mat sabu tidak dapat di jual beli oleh pemerintah.

UNDILAH MOHAMAD SABU BAHAGIAN PERTAMA.

UNDILAH MATSABU BAHAGIAN KE 2

CINTA BUATAN MALAYSIA.


Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz diburu pihak media selepas dia hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu lengkap berbaju kurung dan bertudung bagi memohon kebenaran menukar namanya kepada nama wanita di Kuala Terengganu.

To Live Is to Die

free counters

Eye of the Beholder

Dyers Eve