To Live Is to Die

free counters

Khamis, 2 Jun 2011

MAT SABU ANTI ULAMA'?


Nampaknya keadaan semakin terdesak kepada golongan yang pro kepada kerajaan perpaduan bersama umno sehinggakan mereka tidak melepaskan peluang untuk berkempen kepada regu mereka di dalam ucapatama perasmian Pemuda dan Dewan Ulama..

Bukan itu saja di pihak Umno turut serta berkempen di akhbar akhbar bagi memenangakan calon yang dikatakan ulama di dalam Pas.

Memang amat pelik bila Utusan Malaysia dengan tajuk muka depan menyokong Ulama sedangkan selama ini Utusanlah paling aktif dalam menhina ulama.

Tidak lain tidak bukan ianya adalah kerana mereka mesti memastikan orang yang menjadi batu penghalang dalam kerjasama Pas dan Umno tidak ada di dalam Pas.

Maka isu ulama dan bukan ulama di jadikan bahan untuk berkempen agar yang di katakan bukan ulama itu tidak berada dalam haraki parti.

Jika benar sekalipun Mat Sabu bukan ulama tetapi apakah Mat sabu seorang yang anti ulama? Jika Mat sabu menjadi timbalan Presiden sekalipun apakah tidak akan berpungsi lagi dewan ulama dan majlis syura dalam Pas?

Sepatutnya mereka yang mahukan ulama terus memimpin Pas itu sedar bahawa Mat Sabulah orang yang bertanggungjawab dalam membina kepimpinan Ulama di dalam Pas.

mari kita lihat kembali soroton sejarah kepimpinan ulama dalam pas di mana Matsabu yang ketika itu adalah anak muda yang berada di barisan hadapan merealisasikan Pas di bawah Ulama.

Bibit-bibit awal kearah kepimpinan ulama’ sudah nampak kelihatan apabila pada tahun 1978 . Era kepimpinan ulama mula dibahaskan didalam PAS ialah pada tahun 1979 dizaman kepimpinan Ustaz Asri Hj Muda. Usul "KEPIMPINAN ULAMA" telah dibawa oleh Pemuda PAS Pulau Pinang yang pada ketika itu dipimpin OLEH: Ketua Pemuda Pulau Pinang Mohamad B. Sabu manakala Timbalan beliau ialah Mahfuz B. Hj Omar. Ketua Pemuda PAS pusat ialah Haji Mustafa B. Ali, manakala setiausaha Pemuda PAS Pusat ialah Haji Ahmad Subki Abdul Latif.

Mereka melihat Dato’ Asri yang memimpin PAS gagal menunjukkan kemampuan untuk bergerak sebagai sebuah parti Islam malah ia tidak banyak beza dengan UMNO dari segi cita-cita Melayunya dan terdapat lagi beberapa orang pemimpinnya tidak memaparkan watak Islam. Dalam pada itu hubungan Dewan Pemuda PAS dengan kepimpinan induk agak dingin terutama dengan Yang Dipertua PAS sehingga timbul dakwaan Dewan Pemuda menjadi parti dalam parti (Penyata Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat 1981-1982: 3).

Akibatnya beberapa rundingan diadakan untuk meredakan keadaan melalui setiausahanya Haji Ahmad Subki Abdul Latif dengan Dato’ Mohd Asri Muda tetapi gagal. Haji Mustafa Ali yang menjadi ketua pada masa itu merasakan bahawa Dato’ Asri sudah tidak berkemampuan lagi untuk memimpin Pas (Abdul Halim Mahmood, 1983: 21). Malahan beberapa lajnah (biro) dalam parti tidak memberi kerjasama yang baik kepada beliau seperti Setiausaha Agung, Ketua Pemuda dan Ketua Dewan Ulama’ .(Mastika Jan 1983: 8-12)

Kemuncak di dalam tindakan untuk mengenepikan kepimpinan Asri secara drastik maka Dewan Pemuda PAS telah mengadakan Muktamar tahunan Ke 23 secara berasingan dengan Muktamar PAS Pusat, Perkara ini adalah satu tindakan yang luar biasa. Menurut Mustafa Ali muktamar ini dibuat secara berasingan kerana sebagai satu isyarat untuk memprotes kepimpinan Dato’ Asri . Dengan ini Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat tidak dirasmikan oleh Dato’ Asri, sebaliknya dirasmikan oleh Ustaz Fadhil Mohd. Noor pada ketika itu menjawat sebagai Naib Presiden PAS. Sehingga hari ini peraturan itu diguna pakai, iaitu Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat diadakan secara berasingan dengan diawalkan sehari daripada Muktamar PAS Pusat. Mengikut yang tercatat kenapa Muktamar ini dibuat dahulu daripada Muktamar PAS Pusat ialah untuk membolehkan diadakan pameran selama dua hari untuk memeriahkan muktamar. (Minit mesyuarat Dewan Pemuda PAS Pusat 12 Jun 1982: 4)

Dewan Pemuda Pas yang mempelopori kepimpinan ulama’ pada tahun 1982 merupakan kumpulan pertama mengadakan baiah dengan kepimpinan ulama’ dalam Muktamar Tahunan Pas Ke 28 pada 23 Oktober 1982 (Penyata Tahunan Dewan Pemuda PAS 1982-1983: 2)

Penampilan golongan Ulama’ meperjuangkan isu sejagat dan merentasi sempadan bangsa, agama dan geografi, “perjuangan umat Islam seluruhnya yang dipimpin oleh harakah Islamiah perlu mengkaji semula pendekatannya supaya perjuangan Islam tidak hanya melingkari batasan kehidupan orang-orang Islam sahaja. Bahkan Gerakan Islam hendaklah berani tampil ke hadapan membicarakan masalah manusia seluruhnya, sesuai dengan sifat dan risalah Islam sebagai rahmat kepada seluruh alam. Pendekatan yang tertutup sebenarnya tidak serasi dengan tabiat risalah Islam yang universal itu”. (Haji Yusf Rawa 1985: 57)

Kepimpinan ulama telah dipelopori oleh anak muda yang ketika itu bukan dari kalangan yang berlatar belakangkan lulusan ugama. Sesungguhnya adalah tidak benar dakwaan yang menyatakan kepimpinan ulama telah dipelopari oleh golongan yang berlatar belakangkan ugama. Tuan guru Hj Yusof Rawa lah yang membawa pemangkin perubahan itu yang sehingga kini dinikmati bersama.

DEWAN ULAMA LEBIH YAKIN KEPADA UMNO DARI PKR DAN DAP


Apakah ini keiklasan dalam persahabatan antara Pas dan parti2 dalam PR? Jika tidak dengan PKR dan DAP apakah di bolehkan dengan Umno?

Mengapa kenyataan ini keluar dari mereka yang bergelar Ulama?

Apa muslihat Dewan Ulama menbuat kenyataan seperti ini?

Apakah MatSabu selama ini menjadi pak yet kepada sahabatdalam PR?

Atau sebenarnya dalam ulama itu ada assobiyah kemelayuan yang masih sayangkan umno?

Tidak ada jalan lain jika mahu menolak kerajaan perpaduan yang di rancang secara senyap oleh mereka, Pastikan Mat Sabu menjadi penghalang kepada hasrat mereka untuk bersekongkol dengan Umno.

TUAN IBRAHIM TUAN MAN MENGALAH


Nama Tuan Ibrahim Tuan Man mula di kenali apabila beliau kerap kali di jemput menjadi panelis rancangan Forum Perdana yang pernah menjadi rancangan TV no 1 negara pada satu ketika dahulu..

Ramai penceramah memulakan karier mencari kekayaan dengan menjual agama apabila di promosikan di dalam rancangan RTM 1 tersbut. Nama2 seperti Hassan Ali, Dr Haron Din, Ustaz Ishak Baharom, Ustaz Ismail Kamus, Ustaz Shamsuri, Tuan Ibrahim dan ramai lagi penceramah mula di kenali di seluruh pelusuk negara.

Kebanyakan penceramah ini adalah pro kepada Anwar Ibrahim yang ketika itu menjadi timbalan presiden Umno dan setelah Anwar di singkirkan maka ramai di antara mereka telah turut sama bersama Anwar mengkritik Umno.

Akhirnya beberapa orang penceramah tersebut telah menyertai Pas seperti Dr Hassan Ali dan mula menjadi ahli Pas yang aktif seperti Dr Harun Din dan Ustaz Ismail Kamus yang sememangnya sudah lama menjadi ahli Pas..

Ramai yang telah di angkat menjadi pimpinan Pas Pusat walaupun sebelum ini mereka2 ini tidak pernah bersusah payah dalam perjuangan Pas. Contohnya Dr Hassan Ali telah di lantik menjadi Naib Prsiden Pas oleh para perwakilan mengalahkan calon yang lebih banyak berkorban kepada parti.

Hari ini antara nama-nama tersebut, Tuan Ibrahim telah di senaraikan untuk menjawat jawatan no 2 dalam parti. Jika di lihat dari segi peribadi beliau ternyata beliau bukanlah seorang yang mendambakan jawatan dalam perjuangan tetapi ada sesuatu yang tidak kena sehingga menyebabkan beliau bersetuju untuk bertanding jawatan tersebut setelah menolaknya pada perinkat awal setelah mendapat berita kelayakkannya untuk bertanding.

Di sini dapat kita lihat satu konspirasi yang bertujuan untuk menjatuhkan calon yang paling banyak mendapat undi dari seluruh kawasan iaitu Mat Sabu. Tuan Ibrahim sebenarnya hanyalah menjadi kambing hitam untuk mengagalkan kemahuan peringkat akar umbi yang mahu perubahan dalam haraki tertinggi Pas yang telah di lihat sebagai semakin jauh daripada mereka.

Walaupun keputusan daripada kawasan2 di rahsiakan namun sebenarnya ianya tidak emnjadi rahsia lagi apabila semua tahu bahawa MatSabu telah mengatasi kesemua calon2 yang telah di cadangkan.

Maka untuk menyelamatkan maruah timbalan presiden yang ada sekarang kemaraan Mat Sabu mesti di sekat maka Tuan Ibrahim telah di pujuk untuk bersetuju bertanding jawatan ini.

Mengapa Tuan Ibrahim yang menjadi mangsa kepada usaha menyelamatkan Nasha? Ini adalah kerana alasan yang paling utuh untuk menghalang MatSabu ialah "Teruskan Kepimpinan Ulama". Oleh itu Tuan Ibrahim yang juga seorang yang ulama malah masih belum terpalit dengan berbagai isu dalaman parti ada nama yang amat bersesuaian.

Sebenarnya semua ini adalah permainan teori domino yang cuba di selesaikan mengikut kehendak tuan ampunya papan domino.

Sebenarnya Nasha sudahpun mempunyai eset undi yang akan setia dengannya namun kesetian pengundinya masih belum mampu untuk mengalahkan undi yang bakal di terima Mat sabu. Maka teori ini memerlukan pecahan undi yang bakal mengurangkan undi Mat sabu.

Maka dengan beralasan menyelamatkan kepimpinan Ulama maka pengundi yang tidak mahu mengundi Nasha tetapi masih mahu title ulama sebagai pimpinan tertinggi akan mengalih undinya daripada Mat Sabu kepada Tuan Ibrahim.

Namun begitu kekuatan MatSabu walaupun di saing oleh 2 calon ulama masih belum dapat mengugatnya tetapi pecahan undi yang sepatutnya Mat sabu terima sebenarnya akan menjadikan keputusan akan berpihak kepada Nasha.

Oleh itu dalam teori ini Tuan Ibrahim sebenarnya adalah kambing hitam yang di gunakan untuk menyelamatkan Nasha. Tuan Ibrahim sukar untuk menang jawatan ini kerana beliau tidak mempunyai eset undi seperti Mat Sabu dan Nasha tetapi Tuan Ibrahim hanyalah sebagai alat untuk menjayakan hajat seseorang.

Umpama kata Tok Guru Nik Aziz " Ulama umno hanyalah terompah kayu yang di gunakan untuk ke tandas selepas itu akan di buang apabila memijak lantai yang bersih semula"

Maka perwakilan tidak sepatutnya memecahkan undi mereka kepada Tuan Ibrahim. Pertandingan ini sebenarnya hanyalah antara Nasha dan Mat sabu, jadi undilah antara mereka berdua sahaja bukan orang ketiga yang hanyalah kambing hitam untuk mengalahkan Mat Sabu.

** Maag banyak tulisan tidak betul ejaan..Ini adalah kerana Abu Nawas amat sibut hari ini tak sempat nak ulang semak.

PAS AKAN HILANG UNDI BUKAN MELAYU JIKA MAT SABU KALAH


Hanya berbaki lagi satu hari untuk menentukan hala tuju Pas yang sebenarnya selepas mengetahui siapakah yang bakal menduduki kerusi no dua dalam parti itu.

Ada yang bertanya kalau MatSabu tak menang Pas akan masuk umno kah? Tentu sekali jawapannya cukup subjektif. Apa yang perlu di lihat bukannya Pas itu akan secara rasmi bersama dengan umno tetapi adalah kepercayaan rakyat yang telah dan akan memberi amanah kepada Pas untuk mengantikan umno.

Cukup jelas apabila kita lihat orang bukan melayu sebenarnya meletakan harapan lebih besar kepada Pas dari segi kepercayaan dan prinsip berbanding dengan DAP dan PKR. Walaupun pada mulannya mereka mengundi Pas hanyalah kerana mahu menjatuhkan BN tetapi setelah berjaya membentuk Pakatan Rakyat Pas di lihat terus kekal berprinsip tanpa boleh di beli oleh umno.

Sehingga kini wakil rakyat Pas masih lagi mempunyai rekod yang baik kerana tidak ada seorang pun wakil rakyatnya melompat atau keluardari parti berbanding PKR yang telah mengurangkan nilai undi di parlimen dan juga DAP yang telah berjaya menjatuhkan kerajaan PR di Perak.

Namun begitu adalah perlu di ingatkan bahawa pengundi bukan melayu yang telah memberi kepercayaan juga tidak bebas dari rasa was was terhadap Pas setelah beberapa adengan rundingan secara gelap oleh beberapa orang pimpinan tertinggi Pas dengan umno dengan beralasan agama dan bangsa.

Ini sebenarnya bukan cerita kosong apabila Ustaz Ahmad Awang sendiri telah menyatakan bahawa beliau menerima paggilan dari pimpinan tertentu akan memikirkan kembali persefahaman antara Pas dan Dap sewaktu selepas saja PRU yang lalu di mana kerajaan campuran di perlukan untuk membentuk kerajaan negeri Perak.

Usaha Umno memujuk Pas dengan menawarkan jawatan menteri besar kepada Pas telah di sampaikan kepada beberapa pimpinan Pas dan hasrat ini telah di sampaikan kepada Ustaz ahmad Awang agar Pas bersama Umno membentuk kerajaan dengan mengenepikan DAP dan PKR. Namun kebijaksanaan dan atas dasar tidak mahiu menjadi penkhianat Ustaz ahmad Awang telah menolak sekeras kerasnya usaha pemimpin Pas tersebut untuk bergabung dengan Umno.

Begitu juga yang terjadi di Selangor. Peranan Pas juga di lihat amat penting untuk mengagalkan kerajaan di bawah pimpinan Khalid Ibrahim. Cakap cakap sumbang pesuruhjaya Pas Selangor telah di kritik hebat oleh pimpinan Pas yang menolak secara keras kerjasama dengan Umno sehinggakan MP Shah Alam telah di sabitkan kesalahan kerana kononnya melanggar displin parti tetapi Hasaan Ali yang secara jelas bersekongkol dengan Umno terlepas begitu saja.

Maka atas beberapa isu rundingan dalam senyap itu telah di lihat sebagai satu pengkhianatan terhadap orang bukan melayu yang telah meletakkan Pas pada taraf no 1 dari segi prinsip perjuangan.

Oleh itu keputusan pemilihan jawatan no 2 dalam Pas pada pemilihan kali ini adalah satu perkara yang amat penting dalam survival politik Pas untuk terus mendapat kepercayaan orang bukan melayu.

Jikalah sekiranya orang bukan melayu yang tidak menjadi ahli Pas di bolehkan mengundi di peringkat akar umbi seperti pemiihan PKR maka jawatan No 2 dalam Pas sebenarnya telah di ketahi hari ini bukan lusa..

LAGI KEMPEN UTUSAN MALAYSIA UNTUK JATUHKAN MAT SABU

Ini bukan Utusexs tapi ini memang betul2 Utusan Malaysia yang sedikitb pun masih belum di edit lagi.

Wahh... bukan saja pemuda Pas yang tolong berkempen untuk team yang kononnya ulama tapi Utusan Umno pun tolong kempen jugak...

Ini maknannya Umno memang benar2 nak MatSabu kalah dan hasrat mereka untuk berbisik dengan pemimpin Pas tentang kerajaan perpaduan akan bersambung lagi jika tiasa MatSabu...

Amboi sibuk betui hari ni sampai tak dan nak tulis.. Jumpak lagi sat lagi

PEMUDA PAS BERKOMPROMI DENGAN NASHA UNTUK MENJATUHKAN MAT SABU

Setelah berkempen dalam perasmian Muktamar Pemuda,.
Semalam Timbalan Presiden Pas yang mempertahankan jawatannya di lihat cuba merayu undi dengan mengharapkan simpati kepada perwakilan pula.

Apakah kerana nasarudin terdesak? Mengapa pemuda sanggup berkompromi dengan Nasarudin untuk menjatuhkan Mat Sabu sehingga berkempen sewaktu dalam perasmian muktamar pemuda?

Sat lagi Abu Nawas akan ulas...

AJIB NAFIKAN BERJIMAK BERSAMA BIK MAMA MEMBEBANKAN


Ajib Razak (menurut yang di tulis dalam Berita Harian Online AJIB bukan Najib) berkata kenaikan tarif bil elektrik sebenarnya tidak akan membebankan mereka yang mahu berjimak sambil berjimat...

Ini adalah kerana pengalamannya yang berjimak di dalam gelap bersama isteri keduanya Puan Bik Mama. Walaupun puan Bik Mama itu menurut kata Tukar Tiub bisa menyiksakan kerusi yang di dudukinya kerana keberatan namun jika berjimak di dalam gelap maka ianya tidak akan merasa bebannya.

Berkemungkinan besar tindakan berjimak di dalam gelap tidak membebankannya walaupun isterinya seorang yang big adalah kerana dia sebenarnya bukan berjimak dengan Bik Mama tetapi dengan ermmm ntahlah ikut suka hangpalah nak kata dengan sapa pun kah kah kah..

Blackend Is The End

Dyers Eve