Blackend Is The End

Jumaat, 3 Jun 2011

MUNGKIN GAMBAR GADIS CINA INI BISA MENCERITAKAN SIAPAKAH MAT SABU

Masa hanya berbaki beberapa jam saja agi untuk perwakilan Pas menentukan sama ada Pas akan terus bersama Pakatan Rakyat atau pun selepas ini Pas akan mengkhianati Pakatan Rakyat untuk bersama Umno dalam satu pakatan yang di namakan Kerajaan Perpaduan...

Kuasa besar penentuan itu kini berada di tangan para pengundi yang bakal mengundi petang nanti. Selepas dari itu biar menenah hujung jari para blogger yang mennentang kerajaan perpaduan menaip cerita segalannya sudah tidak ada guna lagi.

Artikal yang terakhir ini juga sebenarnya sudah tidak dapat banyak lagi membantu untuk menghalang usaha2 golongan yang di katakan ulama tetapi masih kuat dengan fahaman assobiahnya.

Jikalah sekiranya para perwakilan masih sempat untuk membuka dan membelek blog ini atau mana2 blog yang menyokong Mat sabu menjadi Timbalan Presiden Pas mungkin gambar2 di bawah ini bisa menceritakan segala harapan rakyat di kampung dan di kota untuk menjadi pemimpin mereka.



Kemenangan Mat Sabu adalah harapan besar kepada seluruh bekas perjuang kemerdekaan yang telah di lenyapkan nama mereka oleh umno agar dapat membongkar semula segala penyelewengan fakta. Sesungguhnya hari ini seorang sahabat baik kepada bekas prsiden Pas iaitu Dr Burhanudin al helmi masih hidup. Usianya kini telah mencecah hapir 90tahun. Wahai para perwakilan yang mahukan kebenaran di bongkar semula ketahuilah MatSabu adalah harapan kepada bapa abullah CD untuk mneruskan perjuangan sahabatnya Dr Burhanudin Al Helmi.
Keakraban MatSabu dengan pemimpin rakyat marhaen Dr Nasir Hasyim. Mereka akan berada di barisan hadapan rakyat setiap kali tunjuk perasaan di adakan bukan berada di belakang rakyat seperti sesetengah mereka yang mengakukan ulama

Apakah calon anda yang di katakan ulama itu pernah berada di dalam keadaan seperti ini. Mengapa mereka tidak pernah rasa begini? Kerana mereka tidak pernah berda di hadapan rakyat.

Mat Sabu adalah berada di setiap pentas dalammenyampaikan hujahnya tentang Islam. Pernahkan ulama sampaikan mesej islam kepada sosialisme yang mereka katakan sesat itu? Tidak!! Mereka hanya menuduh tapi tidak pernah menerangkan.
Harapan berbagai kaum

Tidak gentar berada di saat getir.
Memimpin rakyat marhaen

Sokongan padu dari sahabat seperjuangan.

Berani, Berprinsip dan Dinamik

Tidak prnah berganjak dalam memperjuangan agar undang2 ISA di mansuhkan. Kemeenangan Matsabu juga adalah harapan kepada ISA terus berlaku dalam Pas dengan alasan jangan lawan pemimpin nanti masuk neraka..

UTUSAN MALAYSIA BERTERUSAN BERKEMPEN UNTUK NASHARUDIN MAT ISA SEHINGGA SAAT AKHIR


Tidak pernah terjadi dalam sejarah Utusan Malaysia melaporkan tentang kehebatan Pas sejak perginya SaidZahari daripada menerajui Utusan. Setiap kali Muktamar Pas Utusan akan memainkan peranan memperlekehkan Pas dari segala sudut.

Nampaknya dalam muktamar kali ini Utusan memainkan peranan yang amat besar dalam turut serta berkempen untuk beberapa kerat parti itu..

Kalau sampai begini perwakilan yang akan mengundi petang esok masih tidak sedar lagi maka akan sampailah masa dan ketikanya hasrat kerajaan perpaduan Umno/Pas akan menjadi kenyataan.

To Live Is to Die

free counters

Eye of the Beholder

Dyers Eve