Blackend Is The End

Ahad, 26 Jun 2011

SENJATA GUNTING DI JUMPAI BERSAMA2 AHLI PSM YANG MAHU MEMERANGI YANG DI PERTUAN AGUNG



Senjata gunting di atas telah di gunakan untuk memerangi yang di pertuan agung? Bagai mana senjata ini mahu di jadikan senjata dan menentang bala tentera, polis dan semua pasukan keselamatan yang siap sedia mempertahankan yang di pertuan agong..

Atau yang sebenarnya senjata ini di gunakan untuk memerangi dan memotong talian hayat seperti logo di bawah ini?





Apa maksud memerangi Agong? Mengedar risalah segala keburukan dan kejahatan umno terhadap rakyat tidak ada kena mengena dengan Agong. Senjata apa yang mereka bawa sehingga perkataan "memerangi" telah di gunakan.

Jahatnya kamu wahai polis apabila sanggup di pergunakan oleh Umno untuk terus menerus membelasah rakyat. Kerjaya polis adalah satu kerjaya yang mulia tetapi hanya kerana sanggup di pergunakan oleh umno maka kerjaya yang mulia ini di pandang amat hina..

Inilah lagi satu fitnah untuk menghalalkan perbuatan meraka. rombongan PSM ini sebenarnya tidak ada kena mengena dengan himpunan Bersih kerana ianya telah di rancang sejak sekian lama iaitu seblum tarikh himpunan Bersih di umumkan.

Ini hanyalah satu kempen yang bertemakan "Udahlah BN, Bersaralah" di mana kempen ini membawa satu matlamat agar rakyat tahu bahawa sudah sekian lama Umno menipu dan membohongi rakyat.

Mengapa polis marah sangat segala pembohongan umno ini di dedahkan. Apa kena mengena umno dengan polis? Berapa banyak risalah yang telah kumpulan ini edarkan yang memburukan polis? Apakah polis itu juga UMNO?

Janganlah begitu wahai encik polis. Kejahatan umno selama ini bukan saja kesannya di rasai oleh rakyat biasa tetapi ianya turut di rasai oleh anggota polis. Mengapa polis mahu mempertahankan umno sedangkan umno tidak pernah mempertahankan polis melainkan mempergunakan polis semaksimun mungkin.

Mengapakah polis menyamakan PSM sebuah parti yang sa berdaftar dengan kumpulan pelawak al maunah. PSM bergerak sah tanpa ada apa2 yang mereka selindungi malah parti inilah satu2nya parti di dalam Malaysia yang benar2 memperjuangkan hak orang miskin.

Kita tidak perna bersetuju dengan cara al Maunah atau KMM walaupun kita tahu bahawa Al maunah dan KMM itu juga adalah hasil propaganda untuk menakut2kan rakyat terhadap pas dan islam. Kita juga kenal dengan beberapa ahli KMM yang sanggup menjadi pelawak dalam kumpulan lawak jenaka KMM seperti YDP pas batu Kawan yang kaki temberang itu.

PSM adalah sebuah parti yang amat terbuka. Tiada agenda yang tersembunyi melainkan segala agenda mereka di ketahui umum. Mesyuarat mereka terbuka kepada sesiapa saja dan tidak ada istilah yang bernama rahsia parti.

Apa yang di maksudkan dengan membawa semula fahaman komunis? Apa itu komunis? bahan apa yang di aktakan berkaiatan komunis?

Sudahlah wahai polis yang di hormati, jangan momokkan lagi komunis dengan tafsiran penjajah. Komunis hanyalah satu sistem ekonomi dan tidak ada kena mengena dengan keganasan.Sejarah tanah air tentang kominis telah di putar belitkan.

Sampai bila kita mahu terus menerus menipu rakyat tentang komunis? Tidakkkah polis tahu bahawa kerajaan kita pun telah membuah hubungan yang amat baik dengan kerajaan negara China?

Berapa orang pelabur kita yang telah mati ketika berurusan di negara China? Berapa orang yang telah menjadi mangsa kekejaman rakyat China yang tegar fahaman komunisnya sewaktu melancong ke negara itu?

Anda mungkin boleh menyambung penipuan terhadap komunis itu sehingga hari ini tapi adakah anda yakin anda akan berterus boleh berbohong sehingga selama2nya?

Maka kenyataan ini tela menghuraikan semuanya mengapa mereka ini di tangkap dan di tahan di dalam lokap. Sememangnya mereka menghasut tetapi mereka menghasut agar rakyat menolak satu parti yang selama ini telah menindas dan meratah segala hak rakyat miskin.

Oleh itu hasutan itu tidak ada kena mengena dengan Agong atau keselamatan negara tetapi hasutan itu adalah untuk menyelamatkan negara. Menyelamatkan negara dari di baham oleh umno selama2nya.

Maka aku merayu pada pihak polis agar bebaskanlah mereka.

To Live Is to Die

free counters

Eye of the Beholder

Dyers Eve