Blackend Is The End

Jumaat, 1 Julai 2011

GAMBAR WARDINA TERKANGKANG KINI DI BLOG ABU NAWAS


Sejak dua tiga hari ni carian yang paling popular di blog Abu Nawas ialah tentang Wardina. Kebanyakan pencari mencari gambar Wardina tidak bertudung..

Tapi hari ini pencari gambar wardina ni pelik sikit. Nak tau dia cari gambaq wardina yang macam mana? Cuba hangpa tengok Traffic kat atas tu..

Kah kah kah..Ni betul2 gila sexs kah kah kah. Ada ka dia pi cari gambaq Wardina terkankang..kah kah kah.

Mana nak ada oii... lain kali cari la gambaq Berahim Geli terkangkang ka..Lebai Zul Kulim terkangkang ka atau gambaq Zahrin terkangkang. Pasai apa Abu Nawas suruh cari gambaq depa ni? pasai tak lama lagi depa comfirm terkangkang kah kah kah...

KENYATAAN AKHBAR DR NASIR HASHIM PENGERUSI PARTI SOSIALIS MALAYSIA


Sdr . Romeo Castillo merupakan seorang aktivis dari Party of the Labouring Masses (PLM) , Philippines yang telah hadir ke Malaysia atas jemputan Parti Sosialis Malaysia . Beliau telah sampai ke Malaysia pada 3hb.Jun,2011 dengan semua dokumen dan visa yang sah dan menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PSM dari 3hb.Jun sehingga 5 hb.Jun, 2011.

Tetapi kini beliau berada ditahanan polis di IPD Sepang atas tuduhan memalsukan paspot. PSM mendesak agar beliau dibebaskan dengan kadar yang segera kerana penahanan ini berniat jahat , dan sehingga kini tiada apajua kesalahan atau bukti yang dikemukakan oleh pihak polis . Kronologi kejadian adalah seperti berikut;

  1. Selepas Mesyuarat Agung Tahunan PSM , Sdr Romeo telah memulakan lawatan sambil belajarnya di Malaysia dengan tujuan memahami situasi , sosio , ekonomi dan politik Malaysia.
  2. Dari 24hb. Jun sehingga 26hb.Jun, 2011 beliau telah mengikuti bas kempen “Udah lah tu Bersaralah … “ anjuran PSM dari Johor sehingga Selangor.
  3. Sepanjang 3 hari kempen beliau tidak langsung melibatkan diri dalam kempen dan bertindak sebagai pemerhati sahaja .
  4. Pada 25hb.Jun, 2011, apabila rombongan bas diberhentikan oleh polis di Tangkak, Johor , kesemua hal peribadi Romeo telahpun direkodkan .
  5. Di IPD Ledang , Johor , polis telah merekodkan percakapan 112 dan juga polis telah mengesahkan kesahihan dokumen passpotnya dan juga visa pada ketika itu.
  6. Selepas percakapan 112 diambil , beliau telah dibebaskan bersama rombongan bas dengan seorang penjamin .
  7. TETAPI , semalam apabila beliau ingin pulang ke tanahairnya beliau sekali lagi ditahan di Lapangan Terbang LCCT , Sepang . Polis tidak membenarkan beliau naik penerbangannya yang telah berlepas pada 30hb.Jun,2011 jam 2.40 petang .
  8. Apabila dihubungi melalui peguam dan juga wakil kedutaan Filipina , polis memaklumkan bahawa beliau akan dihantar pulang ke Manila melalui penerbangan lain, MH804 yang berlepas pada jam 5.30 petang ke Manila.
  9. Kami memastikan bahawa tiket penerbangan sememangnya telah diambil untuk MH804, 5.30 petang tetapi Sdr Romeo tidak dibenarkan naik dan terus dibawa ke IPD Sepang .
  10. I/O Insp Wan Amirul memaklumkan kepada kami bahawa Sdr.Romeo Castillo sekarang sedang ditahan atas kesalahan imigresen Seksyen 56(1)(L) , iaitu kononya pemalsuan passpot dan dokumen.

Parti Sosialis Malaysia berpendapat bahawa penahanan Sdr.Romeo Castillo ini tanpa berasas, berniat jahat dan bermotifkan politik .

  1. Sdr. Romeo telah memasuki negara ini dengan semua dokumen yang sah yang telah dikenalpasti di imigresen semasa ketibaannya .
  2. Beliau adalah Timbalan Setiausaha Agung Party of the Labouring Masses(PLM) Filipina, sebuah organisasi pekerja dan rakyat marhaen yang terkenal.
  3. Semua percakapan , pemeriksaan barangan yang dibawa Romeo Castillo sudahpun dibuat pada 25hb.Jun,2011 di IPD Ledang
  4. Penahanan ini dengan tuduhan tambahan ini , iaitu ‘pemalsuan passpot ‘merupakan satu lagi taktik pihak polis untuk memastikan Romeo Castillo tidak meninggalkan negara dan terus dalam tahanan .
  5. Tindakan polis seolah –olah mengikuti fitnah yang disebarkan oleh Utusan Malaysia iaitu kononya Parti Sosialis Malaysia bersekongkol dengan agen asing untuk mengulingkan Kerajaan.
  6. Penahanan polis pada 30hb.Jun,2011 sengaja dibuat agar selari dengan motif politik Kerajaan Barisan Nasional dan jurucakapnya Utusan Malaysia untuk ‘membuktikan’ bahawa kononya ‘agen’ dan musuh bayangan yang berkomplot mengulingkan Kerajaan ini benar-benar wujud .
  7. PSM percaya bahawa penerbangan MH804 telahpun ditempah oleh pihak imigresen dan polis untuk menghantar balik Romeo Castillo kerana mendapati tiada apajua sebab untuk terus menahan beliau . TETAPI nampaknya pada saat-saat terakhir adanya ‘arahan atas’ yang mencetuskan tuduhan baru ‘ pemalsuan passpot ‘ agar beliau dapat terus ditahan .

Justeru itu Parti Sosialis Malaysia menuntut agar:

  1. Sdr.Romeo Castillo dibebaskan segera dan dihantar pulang ke Filipina .
  2. Kerajaan menghentikan sandiwara ini yang cuba mencari-cari musuh bayangan dengan tujuan mengekalkan suasana takut dan gerun rakyat menjelang perhimpunan Bersih 2.0
  3. Menghormati hak seorang pelawat yang telah memasuki negara dengan sah dan tidak melakukan apajua kesalahan.

Sekian
Yang benar

Dr. Nasir Hashim
Pengerusi
Parti Sosialis Malaysia

KENYATAAN AKHBAR PEMUDA SOSIALIS TERHADAP PENAHANAN AKTIVIS PSM


Kami Pemuda Sosialis merasakan penangkapan 30 Aktivis Parti Sosialis Malaysia ( PSM ) di Plaza Tol Sungai Dua merupakan satu tindakan yang tidak professional dimana mereka ditangkap dengan bas semasa ‘ Kempen Udalah Bersaralah… ’ Anjuran Parti Sosialis Malaysia ( PSM ) dijalankan. Sesebuah Parti dan ahlinya perlu diberikan ruang yang bebas dalam menghebahkan maklumat yang berguna kepada rakyat jelata , begitu juga matlamat asal kempen ini dimana untuk memberi pendedahan kepada rakyat memilih kerajaan yang lebih baik dalam PRU -13 nanti..

Alasan polis menahan dan seterusnya mendapat kebenaran reman 30 aktivis PSM selama 7 hari ialah mereka cuba menghidupkan fahaman komunis dan disiasat dibawah Kanun Keseksaan ( 122 ) , iaitu memerangi Yang Di-Pertuan Agong. Komunis di Negara Kita dikaitkan dengan Rejim Senjata , Kekejaman dan Pembunuhan .Tetapi , hanya kerana 30 Aktivis ini telah membawa Baju Pejuang Komunis PKM dan lain – lain ditahan dan disiasat. T-shirt Corak Wajah Komunis dan buku – buku Komunis ada dijual di negra kita secara terbuka antaranya di Central Market , Pasar Seni dan lain – lain. Jadi , bagaimana pihak polis mengatakan ini satu cubaan menghidupkan Fahaman Komunis di Malaysia. PDRM menahan 30 Aktivis termasuk Wanita dan Kanak – kanak sebagai askar Komunis , ini sesuatu yang betul – betul menjelaskan kepada kita PDRM belum berfikiran matang lagi. Kami pemuda sosialis merasakan Pihak Polis menjadi Boneka Kuasa Politik dan melakukan penahanan ini untuk mengaburi mata rakyat lagi.

Kami juga dimaklumkan bahawa statement rakaman percakapan ( 112 ) telah diambil sebanyak dua kali , tindakan tersebut menyalahi Prosedur Kanun Jenayah ( CPC ) serta mencabuli Hak Asasi Orang Kena Tahan ( OKT ) yang berkeputusan untuk “ Berdiam Diri ” secara diperuntukkan dalam undang – undang pemberian kenyataan kepada polis. Apabila ahli keluarga memohon untuk berjumpa dengan OKT , Polis tidak membenarkannya. Pada hari ini , 30 / 6 /2011 dengan gesaan Pihak SUHAKAM dan Peguam telah mendapat kebenaran untuk berjumpa 24 OKT. Enam orang lagi iaitu Dr Kumar , Sugumaran , M.Saraswathy , R.Saratbabu , Letchumanan dan Choo Choon Kai tidak dibenarkan untuk bertemu dengan ahli keluarga mereka dan ini merupakan sesuatu yang mencabuli hak asasi mereka. Selain itu , 6 orang ini juga dimasukkan kedalam sel secara berasingan dan bersendirian.

Kami mendapat tahu ada Aktivis yang kena pukul , diludah , dimarah dengan kata – kata kesat , disoal siasat 7 jam secara berdiri , tiada air dan ubat diberkan apabila diminta. Kami rasa perlakuan pihak polis terhadap aktivis PSM adalah melampau dan tidak berperikemanusian.

Kami sebulat suara membantah penahanan 30 Aktivis di 4 Balai Polis berasingan dalam Negeri Pulau Pinang . Kami juga menggesa Pihak polis supaya bersikap neutral dengan membebaskan kesemua 30 Aktrivis PSM dengan serta – merta.

Muhammad Hussein Bin Abdullah
Timb. Setiausaha Pemuda Sosialis Nasional
30 JUN 2011

KAZIM ELIAS KALAU MAMPUS MASUK NERAKA




Inilah akibatnya kalau menjadikan ugama sebagai tempat mencari duit.

Ostad2 yang sanggup menjadi barua kepada pemerintah ni akan bikin apa saja jika di sumbat dengan duit.

Di mulut mereka berbuih ayat quran dan hadis tapi di hati mereka bernanah dengan kebusukan dan pembohongan.

Mereka mengajak jemaah bertakwa kepada Allah tetapi diri mereka sebenarnya sedang mentertawakan hukum hakam Allah.

Pergi mampuslah wahai pak pak ostad yang sanggup menjadi barua.

Lebih mulia seorang penyamun yang merompak wang daripada kamu yang mencari wang dengan menjual agama.

Gambaq kat bawah ni adalah contoh ostad yang bakal menjadi ahli neraka. Sapa kata? Abu Nawas kata.. Sapa setuju sila Amin....

Tiada situasi menang buat Umno


Ditengah-tengah kegilaan pihak berkuasa menggunakan undang-undang zalim untuk menyekat perhimpunan Bersih yang dijadualkan pada 9 Julai, ramai rakyat Malaysia terpinga-pinga – adakah Malaysia kini ‘tersesat’ dalam hutan rimba yang sudah tidak mengenal undang-undang...

Sebaik sahaja Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein memberi amaran bahawa memakai baju T Bersih berwarna kuning adalah haram di segi undang-undang, Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar memburukkan lagi keadaan.

Beliau (Ismail) mengisytiharkan bahawa malahan “kasut, kereta, bas dan apa sahaja alat yang digunakan untuk mempromosi perhimpunan Bersih adalah haram, kerana ini boleh dianggap sebagai hasutan dan mereka yang terlibat akan ditahan.

Sehingga hari ini, lebih 100 orang telah ditangkap di seluruh negara dalam tempoh empat hari lalu, kebanyakannya kerana memakai baju T Bersih.

Bagi saya, ini seolah-olah seperti seseorang yang bercakap dan bertindak seolah-olah dia adalah seorang raja yang mempunyai kuasa mutlak, boleh menahan sesiapa yang tidak mengikut kehendaknya dan apa yang dicakapkannya menjadi undang-undang.

Namu tidak pula terdapat dalam undang-undang Malaysia yang membenarkan seseorang menteri dan seorang anggota polis boleh mengisytiharkan bahawa item-item ini seperti baju T Bersih adalah haram.

Tidak pula kita terdapat mana-mana bahagian dalam perundangan negara yang menyatakan seseorang itu boleh ditahan sebelum dia melakukan sesuatu jenayah atau disyaki melakukannya.

Perhimpunan Bersih belum pun dianjurkan lagi maka bagaimana jenayah boleh dianggap telah berlaku berhubung dengan perhimpunan Bersih ini?

Makanya, apakah yang menyebabkan Menteri Dalam Negeri dan KPN begitu terdesak untuk bertindak di luar batas undang-undang?

Adakah Bersih sebuah pertubuhan pengganas yang merancang untuk menjatuhkan kerajaan dengan cara kekerasan? Adakah Bersih menghasut orang ramai supaya melanggar undang-undang dan mencetuskan kekacauan?

Apakah bencana buruk yang telah dilakukan oleh Bersih hingga menyebabkan pihak berkuasa bertindak sedemikian rupa, berlaku kejam pada setiap langkah, apa sahaja ‘berbau’ Bersih?

Bersih adalah sebuah badan awam disertai oleh 62 badan bukan kerajaan (NGO) yang berkempen untuk reformasi pilihan raya.

Kedegilan pihak berkuasa

Dan Himpunan Bersih pada 9 Julai nanti dirancang untuk menuntut bagi menangani masalah ini ekoran kedegilan pihak berkuasa untuk melakukan perubahan ke arah sistem pilihan raya yang bersih dan adil.

Meskipun desakan ini telah dibuat berulang kali sejak bertahun-tahun lamanya, namun Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mahu berganjak walau satu inci ke arah melakukan formasi terhadap sistem pilihan raya; yang penuh dengan penipuan seperti membeli undi, salah guna kuasa dan pencemaran senarai nama pemilih.

Dengan mempunyai niat yang murni, berjuang untuk memulihkan demokrasi dan mengembalikan kuasa politik kepada rakyat, adalah tidak adil untuk melabel Bersih sebagai sebuah pertubuhan yang mahu mengkhianati negara ini.

Adalah jelas sekarang ini bahawa tanpa pilihan raya yang adil dan saksama, kuasa politik hanya berkisar kepada beberapa pemimpin sahaja, bukannya kepada rakyat.

Dan apabila sesebuah pertubuhan (Bersih) yang disegani ini ingin menyeru untuk berhimpun bagi mengetengahkan isu ini kepada para pemimpin negara, bagaimana mungkin perhimpunan ini dianggap sebagai taboo dan apa-apa yang berkaitan dengannya diwartakan sebagai haram?

Sehingga sekarang, hegemoni Umno dan polis masih tidak dapat memberi alasan yang kukuh kenapa perhimpunan Bersih ini dianggap haram sedangkan perhimpunan Bersih mahu diadakan secara aman sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Adalah sesuatu yang menyedihkan apabila kita dapati pihak polis bertindak hanya mengikut arahan tuannya (Umno) bagi memenuhi kepentingan politik mereka yang sekaligus bertentangan dengan kehendak rakyat.

Alasan yang diberi oleh pihak berkuasa setakat ini untuk menghalalkan tindakan mereka terhadap tangkapan-tangkapan yang dilakukan dan untuk melabel perhimpunan itu haram adalah sesuatu yang melucukan dan tidak mempunyai kredibiliti langsung.

Tuduhan-tuduhan palsu seperti plot komunis untuk melancarkan perang terhadap Yang DiPertuan Agong, sebuah pergerakan yang dibantu oleh badan-badan Kristian asing untuk mengkhianati negara, satu acara yang boleh menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara dan boleh menyebabkan kerosakan ekonomi.

Kisah-kisah ugutan dan bala bencana yang bakal menimpa yang direka-reka ini, sukar dipercayai oleh rakyat Malaysia tetapi inilah pembikinan rasional mereka yang bertujuan untuk menyekat perhimpunan ini.

Alasan-alasan yang diberi untuk bertindak terhadap perhimpunan Bersih adalah tidak munasabah. Sesebuah negara demokrasi itu lebih mementingkan kepada pencapaian kesejahteraan ekonomi dan politik di mana perhimpunan seumpama ini merupakan sebahagian dari cara hidup dalam sistem demokrasi.

Lihat kepada jiran kita Hong Kong. Perhimpunan-perhimpunan yang melibatkan ratusan ribu rakyatnya terhadap kerajaan China sentiasa diadakan dari semasa ke semasa.

Namun tidak nampak sekilas pun tanda-tanda bahawa ketenteraman awam tergugat atau perniagaan mereka terjejas. Sebaliknya Hong Kong terus stabil, maju dan makmur.

Maka apa yang sebenarnya dibimbangi Umno?

Pada hakikatnya, Umno tidak yakin dapat terus bernyawa sekiranya pilihan raya di adakan dengan adil dan saksama.

Sebab itu, Umno tidak berganjak walau satu inci pun ke arah pilihan raya yang lebih adil dan ia tidak mempunyai niat untuk melaksanakan keadilan dalam masa yang terdekat.

Umno juga menyedari bahawa ia telah banyak melakukan kesalahan dengan mengkhianati kepentingan rakyat dan semakin ramai yang sedar tentang perkara ini melalui media alternatif yang cepat berkembang.

Ini ditambah lagi dengan peningkatan keyakinan terhadap Pakatan Rakyat dan perhimpunan ini akan menjelma sebagai satu bentuk demokrasi yang bertenaga untuk menuntut kembali kekuasaan melalui reformasi pilihan raya.

Oleh itu, kita boleh meramalkan bahawa Umno akan terus menggunakan tekanan terhadap Bersih dengan menyalahgunakan institusi- institusi kerajaan seperti polis dan kehakiman, tanpa memperduli kepada undang-undang dan Perlembagaan, untuk menyekat pergerakan Bersih.

Bagaimanapun Umno tidak berada dalam situasi menang. Untuk taat kepada Perlembagaan, Umno mesti membenarkan perhimpunan ini diteruskan di mana tidak mungkin Umno akan berbuat demikian apabila melihat perhimpunan ribuan manusia itu boleh melemah semangat mereka yang semakin pudar dan melihat sokongan terhadap mereka semakin mengecut.

Sebaliknya, penindasan yang dilakukan Umno dengan melanggar semua undang-undang boleh menyemarakkan lagi semangat rakyat untuk bangkit hingga membuat kita sukar untuk meramalkan apa yang bakal terjadi nanti.

Walaupun pihak pemerintah berjaya menyekat perhimpunan ini, perasaan lega Umno hanya bersifat sementara. Kejadian buruk, kezaliman yang menjangkaui batas-batas undang-undang, pencabulan hak asasi manusia semuanya dengan mudah dapat ditonton oleh rakyat.

Melalui teknologi maklumat moden, rakyat dapat melihat dengan jelas apa yang berlaku di Dataran Tahrir, Mesir dan api yang menyemarakan semangat revolusi yang merebak di seluruh dunia Arab.

Apabila sokongan terhadap Umno dan BN semakin terhakis, pada ketika itu nanti, malahan institusi-institusi yang menjadi alat mereka tidak mampu lagi menyelamatkan mereka apabila mereka tewas dalam pilihan raya yang akan datang.

Saya yakin majoriti rakyat Malaysia sudah mencapai tahap kesedaran politik yang tinggi dan kesungguhan rakyat akan terserlah nanti pada 9 Julai. Detik ini menjadi satu titik tolak yang penting dalam perjuangan kita untuk menuntut kembali kuasa rakyat dan demokrasi.

To Live Is to Die

free counters

Eye of the Beholder

Dyers Eve