To Live Is to Die

free counters

Sabtu, 2 Julai 2011

JUARA IMAM MUDA MUSIM KEDUA ISTIHAR SOKONG BERSIH


Pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Mohd Hassan Adli Yahya@Hassan, 26, yang baru dinobatkan sebagai juara Imam Muda musim kedua hari ini telah berjanji untuk menyertai perhimpunan Bersih.

Ehh ada betul ka ini berita? satgi jadi macam wardina pulak takut terketaq ketaq pasai ada blog kata dia sokong Bersih kah kah kah

Abu Nawas bukan apa, saja nak kasi ingat pada Ustaz muda ni jangan jadi macam Wardiana yang jadikan pakaian untuk dia mencari duit tapi bila bertembung dengan kebenaran dia lari lintang pukang.

Tahniah la kat imam muda ni.. Itu la pasai kalau pandai agama boleh cepat jadi senang. Lepas ni glamer habis la. Pi sana sini boleh dapat duit.

Buat la apa yang patut asalkan poket boleh penuh tapi jangan lupa pulak mai join sekali dengan kami 9 julai ni. Ala tak kan pandai baca Quran, pandai serba serbi dalah hal agama tapi takut dengan polis kot.

Lagi pun duit dah banyak pasai baru menang Imam Muda. Lepas demo pi la belajaq kat ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah sebab dah dapat pi free. Pekej hajin dan umrah pun dapat free jugak. kereta Proton Exora yang baru dapat free tu gunalah untuk mai KL 9 julai ni.

Ok lah ustaz muda..kami yang tak ustaz dan tak tahu menahu bab ugama ni tunggu ustaz 9 julai ni k. Kami nak berjihad dengan ustaz... Kami tak mintak aihh duit RM55ribu yang ustaz menang tu...

NIKJIDAN, POLIS DAN MASYARAKAT (VIDEO)


Cuba hayati lagu Nik ni....
video

GAMBAR2 HARI PERBICARAAN AKTIVIS PSM DI MAKAMAH BUTTERWORTH

.
























Kisah demonstrasi dua kota


Bahagian 1

Pada suatu petang, di sebatang jalan raya di hadapan sebuah bangunan kerajaan di negara mat saleh yang pemerintahannya dianggap mempunyai rekod buruk dalam isu hak asasi manusia petang itu dibanjiri hampir dua ribu manusia.

Sambil memegang sepanduk-sepanduk memprotes dan mengecam dasar pentadbiran negara itu yang dikatakan melaksanakan dasar menindas kehidupan rakyatnya, mereka turut melaungkan slogan-slogan memprotes tindakan pentadbiran presiden mereka.

Tidak berapa jauh dari situ, di kaki-kaki lima deretan kedai-kedai sepanjang jalan kelihatan orang-orang awam yang tidak menyertai demonstrasi itu turut berada di sekitar kawasan itu dan memerhatikan demonstrasi tersebut dengan penuh minat.

Rata-rata orang-orang awam yang berada di situ kelihatan sedang leka membeli-belah di beraneka kedai-kedai yang ada, kompleks membeli-belah mahupun sekadar minum dan bersantai di restoran-restoran yang banyak terdapat di situ.

Tidak kurang juga mereka yang datang ke situ hanya semata-mata ingin menyaksikan dengan lebih dekat lagi situasi demonstrasi yang diadakan oleh kumpulan yang menyuarakan protes mereka terhadap kerajaan terbabit.

Di samping itu ada di antara mereka yang mengambil kesempatan dengan merakamkan ragam pendemo-pendemo itu dengan telefon bimbit berkamera mereka.

Keuntungan berlipat kali ganda

Tidak seperti hari-hari lain, pada hari itu kedai yang berada di sepanjang jalan tersebut memperolehi keuntungan berlipat kali ganda disebabkan kebanjiran manusia yang datang untuk menggunakan kebebasan bersuara mereka itu, lebih-lebih lagi bagi pemilik-pemilik restoran yang tentunya tersenyum lebar.

Di celah bingit dek laungan slogan bersemangat pendemo itu, kelihatan pula wartawan-wartawan dan jurugambar-jurugambar pelbagai media dari dalam dan luar negara kelihatan sedang sibuk membuat liputan peristiwa itu.

Pada masa yang sama, di dalam kawasan berpagar bangunan kerajaan itu juga kelihatan hampir beratus-ratus anggota polis anti rusuhan yang serba lengkap bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Anggota polis itu yang di tempatkan di hadapan pintu pagar utama bangunan kerajaan itu kini hanya menunggu arahan untuk bertindak daripada pegawai atasan mereka sekiranya berlaku ancaman keganasan daripada peserta-peserta demonstrasi itu.

Beberapa pegawai-pegawai atasan polis pula kelihatan tenang memantau perlakuan dan pergerakan kumpulan pembayar gaji mereka yang sedang berdemonstrasi itu.

Sementara itu, di tengah-tengah lalu lintas yang semakin sesak disebabkan ribuan manusia yang membanjiri kawasan itu, beberapa anggota polis lain kelihatan sibuk mengawal pergerakan trafik dan melencongkan kenderaan yang mahu memasuki jalan tersebut.

Setelah hampir dua jam berlalu, masih tiada sebarang tanda-tanda kejadian yang tidak diingini berlaku dan kumpulan pegawai-pegawai polis tadi mula menunjukkan sedikit rasa lega.

Tidak berapa lama selepas itu, kelihatan seorang tokoh aktivis hak asasi manusia yang memimpin demonstrasi itu tampil di hadapan ribuan penyokong-penyokongnya itu lantas memberikan ucapan yang penuh bersemangat dan seperti selalu disambut dengan laungan bersemangat dan tepukan yang gemuruh.

Setelah selesai tokoh itu memberikan ucapan, seperti yang diarahkan oleh sekretariat mereka, akhirnya kumpulan besar tersebut mulai bersurai.

Selepas itu setelah penat lama berdiri dan melaung-laungkan slogan protes, pendemo-pendemo itu tidak melepaskan peluang untuk terus mengambil tempat di restoran-restoran yang ada untuk membasahkan tekak.

Tidak kurang juga ada yang mengambil kesempatan untuk mengunjungi beraneka kedai-kedai pakaian dan beraneka kedai lain yang berderet di sepanjang jalan itu.

Di samping itu, ramai juga yang terus angkat kaki pulang ke rumah masing-masing dengan menaiki kenderaan-kenderaan awam samada keretapi laju, bas mahupun menahan teksi-teksi yang sedang menunggu habuan untuk mereka pula.

Aliran trafik di beberapa batang jalan di bandaraya itu yang mengalami kesesakan teruk sebelumnya juga sedikit demi sedikit mulai beransur lancar dan pulih seperti sediakala.

Terperangkap dengan kesesakan lalu lintas

Bagi kebanyakan pengguna-pengguna jalan raya di kota ini, walaupun kesesakan tadi memanglah sesuatu yang merimaskan dan kadang-kala menyiksakan tetapi ia bukanlah sesuatu yang menghairankan.

Terperangkap dalam kesesakan ketika memandu di kota metropolitan serba moden dan canggih seperi kota ini bukanlah sesuatu yang baru bagi kebanyakan pemandu-pemandu di sini.

Malahan dengan pelbagai pesta yang dianjurkan oleh pelbagai pihak termasuk anjuran pihak kerajaan sendiri telah turut menyebabkan kesesakan trafik yang teruk berlaku.

Setiap kali sambutan tahun baru, ulang tahun kemerdekaan, pesta kebudayaan, konsert artis terkenal, acara-acara sukan dan pesta entah apa lagi yang sering diadakan pasti akan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kota ini.

Bagi pengguna-pengguna jalan raya di sini, tiada salahnya sekali lagi terperangkap dalam satu lagi kesesakan lalu lintas agar dapat memberi peluang kepada pendemo-pendemo tadi menggunakan hak mereka untuk bersuara.

Jika sanggup tersiksa akibat terperangkap dalam kesesakan lalulintas gara-gara penganjuran pesta, masakan pula tidak sanggup demi menegakkan keadilan untuk mendapatkan hak kebebasan bersuara yang telah dijamin oleh perlembagaan? Itukan jauh lebih mulia daripada berpesta.

Lebih bagus apabila demonstrasi yang diadakan tadi tidak pula membabitkan pengaliran keluar wang cukai yang dibayar pemandu- pemandu yang terperangkap dalam lalu lintas itu sendiri tadi kepada kerajaan kecualilah gaji anggota keselamatan yang sememangnya perlu dibayar setiap bulan.

Sebaliknya bagi pesta anjuran kerajaan pula, pengguna-pengguna jalan raya yang sudahlah terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, pastinya bertambah sesak apabila mengetahui mereka sendiri yang membayar harga yang tinggi hanya semata-mata untuk berpesta.

Kisah demonstrasi aman seperti ini kalau pun tidak di semua negara Barat, senario yang hampir sama kerap berlaku di negara-negara maju yang menghormati kebebasan rakyatnya untuk bersuara.

Sementara itu, dalam sebuah kota di negara yang teramat jauh pula ada cerita yang sangat berbeza…..

bersambung…

KISAH BLOGGER ABU NAWAS YANG SOMBONG DAN ANGKUH LAGI RIAK


Bulan ini Abu Nawas meneruskan kesombongan dan keangkuhan dengan naik lagi 2 anak tangga menjadikan kedudukan Abu Nawas pada akhir bulan jun di tangga ke 18 berbanding 20 pada pertengahan bulan lalu.

Ini sudah pasti ada yang sudah tidak tahan dan merengkam tahap gila di saat dan ketika ini..Kah kah kah.. Sapa tu? Tentulah anjing anjing YDP Pas Batu kawan Tok Haru Dajailudin kah kah kah.

Nak buat macam mana kalau yang dok ada dalam Pas Batu kawan semuanya bodo bodo belaka macam mana nak lawan Abu nawas yang sombong angkuh dan riak ni kah kah kah

Oh ya... bulan ni Abu Nawas malas la nak update kerap2 sebab nanti abu Nawas potong Ikut Suka Aku dia tak mau jumpak abu Nawas pulak 9 julai ni keh keh keh.

TopBlog PR
Pilihan Cenangau
Malaysia
1/07/11
Topblog
1/07/11
Malaysia
16/06/11
Topblog
16/06/11
Turun
Naik
Tukar Tiub 319 1 306 1 0
Milosuam 395 2 361 2 0
AmenoWorld 436 3 570 4 1
Kelab Greenboc 563 4 540 3 -1
Dunia Cacamerba 728 5 868 5 0
Anak Sungai Derhaka 1049 6 1016 6 0
Baginda Reformasi 1120 7 1311 8 1
Ikut Suka Aku 1180 8 1543 11 3
Biaqpila 1279 9 1240 7 -2
Cenangau 1550 10 1406 9 -1
Bloglist Malaysia 1586 11 1687 13 2
Pulakdah 1786 12 1715 15 3
Malaysia Times 1814 13 2691 29 16
Mohd Sayuti Omar 1857 14 1474 10 -4
Warta Maya 1867 15 1657 12 -3
Kedahlanie.info 1900 16 1995 17 1
Bujang Susah 2036 17 1694 14 -3
Bicara Abu Nawas 2076 18 2164 20 2
Al-Banjari Online 2088 19 2353 22 3
Batu vs kayu 2391 20 2112 19 -1
Siyasahsyariah 2402 21 2747 31 10
Kerengga 2418 22 2530 24 2
PASPB 2436 23 2862 32 9
Pencacai Semalaysia 2533 24 1858 16 -8
Malaysiawaves 2559 25 2710 30 5
Addin 2584 26 2650 28 2
Penarikbeca 2591 27 2269 21 -6
Naimnikmat 2635 28 3102 35 7
Warta Subhi 2839 29 2453 23 -6
Ibnu Hasyim 3026 30 2618 26 -4
Hanief 3099 31 2548 25 -6
Aduka Taruna 3106 32 3004 34 2
Pahang Daily 3199 33 2953 33 0
Kerabu Bersuara 3240 34 2015 18 -16
Kembara Jr @ Blogspot 3242 35 3172 37 2
Wfauzdin 3817 36 5220 46 10
M3M 3834 37 6503 55 18
Jalan Pulang 3845 38 2643 27 -11
Sokong PR 4072 39 4463 42 3
Mimpi Senja 4081 40 3383 39 -1
Salehudin 4183 41 6136 52 11
Manjongmari 4284 42 4766 45 3
Mutaligat 4322 43 6702 56 13
Perisi Rakyat 4357 44 5926 51 7
Kopitiam Bang Nan 4481 45 4575 43 -2
Zakri Ali 4514 46 5362 47 1
ek-ele 4548 47 3139 36 -11
Buletinonline 5035 48 5425 48 0
Tok Kiyai 5332 49 3253 38 -11
Edyesdotcom 5392 50 3945 41 -9

Rumah dalam gambar di atas bukan rumah Abu Nawas tapi rumah kawan baik Abu Nawas yang nama Zan Lebai Lucah keh keh keh

Blackend Is The End

Dyers Eve