To Live Is to Die

free counters

Sabtu, 16 Julai 2011

ISTERI IBRAHIM ALI


Seorang pelayar internet hari ini telah di dapati mencari isteri kepada Presiden Perkasa Ibrahim Ali. Carian itu telah di palingkan ke blog Abu Nawas. Cuba lihat keratan trafic blog Abu Nawas di bawah...Kah kah kah..apa mamat ni mau dari isteri Berahim geli ni? Buat apa dia cari bini Berahim Geli? kah kah kah.. Dia mau kidnap sama dia ka? keh keh keh atau dia sudah stim sama bini Berahim?

Ayo yo..jangan la itu macam bro... Patut padan la kalau nak stim pun... kalau nak pi la cari ustazah Pasti yang boleh layan sms bikin stim macam lebai Zan buat tu keh keh keh. Tapi kena la cari guru Pasti yang laki sporting nak sms kul 3 pagi pun tak pa laki dia tak marah keh keh keh

Ooo ya..sebenaqnya abu Nawas bukan nak cerita pasai bini Berahim Geli..nak buat apa cerita pasai bini Berahim..tengok Berahim pun dah tak lalu kalau tengok bini dia peliaq dok elok2 terus mampuih keh keh keh.

Abu Nawas nak cerita pasai keratan kat bawah ni :-
Haaa betui tak apa yang abu Nawas kat 2 hari lepas (Baca Sini). Kenapa kita perlu maki hamun polis yang telah banyak berjasa kepada kita untuk menjatuhkan Umno. Kalau polis tak bertindak macam tu hangpa rasa Abang kepada baharudin ni nak join PR tak?

Itu la pasai abu Nawas cakap lagi kuat polis bantai lagi bagus dan kalau boleh kematian yang lebih banyak di perlukan lagi untuk menambah kebencian kepada Umno.

Bukan saja polis malah pegawai2 kerajaan pun kena bertindak ganas juga kepada mana2 rakyat yang berurusan dengan mereka. Contohnya para pegawai kerajaan tempatan mestilah meruntuhkan seberapa banyak kedai2 peniaga kecil. Siapa yang lawan terus saja bakar kedai tu keh keh keh.

Jururawat yang cantik manis di hospital kerajaan mestilah banyak bermekap daripada melayan pesakit lebih2 lagi di waktu melawat. Para doktor pula mestilah memberi ubat yang salah kepada pesakit dan kalau boleh kasi mati terus keh keh keh.

Pegawai2 Lembaga Hasil dalam Negeri mestilah bekerja lebih masa untuk pastikan semua orang membayar cukai tak kira orang miskin atau orang kaya. Surat2 amaran perlulah di hantar kepada rakyat sebulan 3 atau 4 kali sebagai peringatan untuk mereka membayar cukai.

Guru2 pula jangan lagi mengajar bersungguh2 agar semua anak murid tidak lulus periksa dan ketika mesyuarat PIBG guru2 mestila memaki hamun ibu bapa supaya semua ibu bapa yang masih menyokong umno marahkan kerajaan Umno.

Pendek kata semua pegawai2 kerajaan mestilah menyakitkan hati pelangan supaya rakyat yang masih kuat fahaman agama umnonya marahkan kerajaan dan apabila mereka marahkan kerajaan maka kita boleh cucuk sikit kata ini semua sebab umno yang suruh kah kah kah.

Oleh itu kepada semua mereka yang telah sedia menyokong PR maka jangan marakan polis atau pegawai kerajaan yang bertindak seperti di atas. Ini adalah kerana mereka sedang membantu Umno untuk keluar dari Putrajaya kah kah kah.

Kerja kita hanyalah cucuk menyucuk. cucuk jiran kita yang masih soskong umno, cucuk kawan kita yang masih berpegang kepada agama umno..cucuk sapa saja asalkan jangan kena cucuk dengan betina Indon kah kah kah. kalau kena cucuk dengan betina Indon alamatnya jadi macam orang kuat pas kampung aku yang nama Kamarudin mohammad la..semua duit habis bagi kat betina Indon..la ni dia dok merempat kah kah kah.. Orang Penang kalau nak tau sapa dia kamarudin mohamad yang habis duit kena rembat dengan betina Indon hangpa tanya kat Tok haru kat bawah ni kah kah kah. Tok Haru Biru YDP Pas Kawasan Batu Kawan kah kah kah

PSM, Sosialisme dan Gerakan Kiri di Malaysia


Wacana politik di Malaysia sering melelahkan – tohor, emotif, sapele – dan berlegar pada titik yang sama. Hampir semua ruang wacana di Malaysia ini dikelambu dengan sentimen dan prejudis perkauman yang sempit. Hanya sibuk siapa kuda siapa, soal seks, agen Yahudi/Amerika, ketuanan Melayu dan Rosmah! Jarang sekali wacana berkenaan politik Malaysia ini menjurus kepada persoalan dasar ekonomi, hubungan antarabangsa, dan kebajikan sosial. Maka keadaan ini memberi kesempatan untuk UMNO-BN memanipulasi sentimen masyarakat. Sebagai contoh, dengan mudah mudah, enam orang ditahan tanpa hak mendapat perbicaraan terbuka hanya kerana memiliki t shirt dengan cetakan wajah tokoh PKM, Rashid Maidin. Tuduhannya sangat melampau, memerangi yang Dipertuan Agong.

Chon Kai ketika berkaraoke bersama Jing Cheng, tidak dapat dipastikan suara siapa yang lebih sedap

Oleh kerana wacana politik kita amat sukar sampai mencecah persoalan ideologi, maka penahanan yang tidak masuk akal ini ada sisinya mengelirukan warga, untuk menentukan sikap mereka. Apakah sosialisme, komunisme, dan ‘kiri’ itu salah, melampau (ekstream), dan subversif?

Perbincangan yang tumbuh di twitter dan facebook juga mengecewakan. Pertamanya kerana kefahaman berkenaan istilah ‘kiri’ umumnya bersimpang siur. ‘Kiri’ dalam konteks Malaysia tidaklah boleh disamakan dengan Marxis klasik sebagaimana yang tercatat dalam Das Capital karya Karl Marx itu. Malah, spektrum ‘kiri’ juga berbeza pada tahun 1940an dan kini..

Pada tahun 1940an, ketika negara ini dijajah, gerakan kiri ketika itu lebih kepada gerakan nasionalisme yang menolak penjajahan. Ideologi kiri pada saat itu membantu memberikan satu perspektif terhadap sebahagian masyarakat bagaimana untuk memahami situasi sosio-politik semasa dan aspirasi untuk masa depan. Antoine Louis Claude Destutt de Trargent Tracy (1754-1836) memberi takrif yang jelas berkenaan ideologi dan fungsinya; sebagai proses mengeluarkan idea yang membawa kepada satu sistem nilai yang diterima sebagai fakta atau benar bagi sebahagian masyarakat dan mengandungi satu set sikap terhadap institusi dan proses dalam masyarakat. Maka, dalam menggerakkan nasionalisme ketika itu, satu set sikap dan cara pandang yang jelas diperlukan bergantung kepada konteks pada masa itu. Sikap melawan penjajah ini betentangan pula dengan sebahagian kelompok elit konservatif yang lebih senang untuk bekerjasama dengan penjajah. Bagi bacaan lanjut, eloklah diteruskan melalui tulisan akademik seperti Rustam sani,Social Roots of the Malay Left (2008).

Maka, apabila PSM mengangkat perjuang-perjuang kiri Malaysia (dahulunya Tanah Melayu), bukanlah kerana ideologi komunisme klasik, tetapi kerana menghormati dan bersimpati dengan perjuangan nasionalisme mereka yang berjuang menentang kapitalis-kolonial. Perjuangan PSM kini lebih tertumpu pada kebajikan pekerja dan dasar-dasar sosial lainnya seperti perumahan, kesihatan dan pendidikan. Bukannya mahu menghidupkan kembali komunisme sebaliknya memberi alternatif kepada sistem ekonomi sedia ada agar lebih pro-rakyat.

Hewison dan Rodan (1996) juga memberikan takrifan yang amat berguna untuk mendefinisikan gerakan haluan kiri ini dalam konteks Asia Tenggara; ‘Kiri adalah istilah yang biasa digunakan secara bebas untuk merujuk pelbagai gerakan dan idea perjuangan reformasi yang berlainan. Gerakan kiri di Vietnam sewaktu perang Vietnam dahulu memanglah bersifat berbeza dengan apa yang ada di Malaysia kerana saat itu dunia masih dalam perang dingin dan Vietnam ketika itu sedang diserang oleh kuasa besar – Amerika. Walau bagaimanapun, kita memahami sebutan umum ‘kiri’ sebagai alternatif pada individualism berkaitan dengan hubungan pasaran dan komitmen kepada memajukan kepentingan masyarakat – secara kolektif. Sikap inilah yang diterima umum sebagai pendekatan kiri di Malaysia. Ia melibatkan reformasi demokrasi sosial yang mungkin mencabar kedudukan modal dan pasaran dalam had yang lebih ketat, dengan wawasan sistem sosial alternatif. Kedua-dua haluan kiri ini dapat dibezakan daripada reformasi liberal yang menjadi memperjuangkan individualisme, kerajaan terhad (limited government ) dan pasaran bebas. Sama ada sosialisme atau liberalisme lebih baik untuk dasar pembangunan negara, itu yang seharusnya menjadi perdebatan awam. Malangnya, ini yang tidak berlaku.

Pandangan yang mengatakan bahawa PSM merupakan parti politik yang anti institusi beraja juga sangat mengelirukan kerana jelas dalam laman rasminya bahawa PSM menghormati institusi raja berpelembagaan. Namaun, adalah jelas bahawa PSM dan gerakan kiri lainnya di Malaysia secara konsisten menolak neo-feudal dalam politik negara. Politik neo-feudal ini ditandai dengan hubungan penaug-dinaung (patron-client) yang menyebabkan wujud kebergantungan yang besar terhadap elit politik. Masyarakat tidak diasuh untuk menjadi lebih mandiri dan yakin diri. Selain itu, pemujaan berlebihan terhadap tokoh dan individu tertentu juga memundurkan politik negara. Adalah penting untuk setiap sokongan terhadap parti atau tokoh tertentu bukan atas dasar keturunannya tetapi idea mereka.

Oleh kerana tidak banyak parti di Malaysia ini yang mempunyai ideologi politik yang jelas – DAP dalam perlembagaannya jelas menyatakan ia parti politik yang berideologi sosialisme demokrat – maka wacana berkenaan ideologi politik jarang berlaku di tahap yang matang. Sungguhpun Daniel Bell (1960) mengatkan masyarakat konsumer akan menyebabkan berakhirnya ideologi, namun ternyata kini, persoalan ideologi kembali menjadi perdebatan penting setelah berlakunya krisis-krisis besar kemanusian pada abad baru ini. Saat dunia berbicara tentang demokarsi radikal, gerakan sosial baru dan posmoden, kita masih keliru dengan jargon-jargon ‘isme klasik kerana disibukkan dengan wacana perkauman sempit tajaan UMNO-BN.

ISLAM DAN SOSIALISME


Islam dan sosialisma sama-sama berusaha untuk memperkasakan rakyat agar mereka dapat mempertahankan hak dan menghargai nilai-nilai kebebasan.

Tajuk Forum ini menimbulkan beberapa persoalan tentang konsep kelas (dan pertentangan kelas) di dalam dunia Islam. Kalaulah kita berpendirian bahawa konsep Sosialisma memang wujud di dalam dunia Islam maka bagaimanakah kita hendak membuktikannya?

Memandangkan masyarakat Islam merujuk kepada Al-Quran dan Al-Hadis bagi mengatur kehidupan mereka, maka tidak salahlah sekiranya kita merujuk kepada ayat-ayat di dalam Surah-Surah Al-Quran.

Al-Hadis pula merupakan kata-kata Nabi Muhammad SAW yang memperjelaskan lagi isi-isi yang terkandung di dalam Al-Quran.

Malangnya ramai yang tidak tahu atau menghalusi intisari (‘essence’) Al-Quran yang bersabit dengan perjuangan kelas.

Wujudkah konsep Pertentangan Kelas di dalam Islam ?

Mengikut ayat 5 dalam Surah Al-Qasas:

“Dan Kami hendak memberikan kurnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi dan hendak menjadikan mereka pemimpin, serta jadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi)”.

“And We wish to give blessings to those who have been exploited on earth and wish to make them leaders, also make them the inheritors (of this earth).”

Kalaulah kita tidak tahu latar belakang pada ayat di atas ini, kita pasti mengatakan bahawa ayat ini dilafazkan oleh seorang Sosialis kerana intisari pada ayat ini membayangkan bahawa rakyat (golongan pekerja) yang tertindas akan bangkit dan membebaskan diri dari belenggu penindasan.

Maklumat, ilmu dan pengalaman yang diperolehi di dalam hidup ini dapat merangsangkan mereka untuk bersatu, memimpin lantas mewarisi dunia ini. Pandangan seperti ini menjadi idaman pada semua Sosialis.

Justeru itu adakah ini bermakna Al-Quran merestui konsep Sosialisma yang mementingkan rakyat biasa?

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Yang baik di antara kamu adalah yang terbaik kepada keluarga Tuhan, iaitu manusia sejagat”

“The best of you is he who is best to God’s family, i.e., mankind.”

Selain dari “Tugas terhadap Tuhan”, “Tugas terhadap diri sendiri” dan “Tugas terhadap kejadian alam”, maka terdapat juga penekanan yang amat luas tentang “Tugas terhadap orang lain” (individu atau kelompok manusia) di dalam Hukum Moral Islam.

Al-Quran sering menyebut nama Allah secara sinonim/bersama dengan masyarakat/insan (an-nas). Justeru itu masyarakat/insan menjadi wakil Tuhan di dunia ini.

Kuasa politik milik rakyat

Pernyataan bahawa “Pemerintahan adalah milikan Tuhan” bermakna kuasa politik adalah milikan rakyat; “Harta benda adalah milikan Tuhan” bermakna segala jenis modal (‘capital’) adalah milikan rakyat; dan “Agama adalah milikan Tuhan” bermakna agama itu adalah milikan rakyat – dan bukanlah semata-mata milikan atau monopoli ulama-ulama.

Justeru itu Islam adalah agama yang menitikberatkan pada Keadilan, Perimbangan, Pengagihan dan Kesejahteraan pada rakyat biasa.

Seperti tertera di dalam Al-Quran, Surah Ar-Rahman, ayat 7-8:

“Dia mewujudkan perimbangan (keadilan) agar kau tidak mencerubuhi perimbangan ini”

“He has set-up the balance (justice) in order that ye may not transgress (due) balance”

Surah Al-A’laa, ayat 1-3: “Sucikan nama Tuhan mu yang Mahatinggi, yang kejadiannya, dan yang menentukan dan memberi petunjuk.”

“Glorify the name of thy Lord Most High, Who hath created (everything) and then proportioned it; Who hath ordained laws and granted guidance”.

Surah An-Nisa, ayat 135: “Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar menegakkan keadilan”.

“O ye who believe! Stand out firmly (to fight) for justice”.

Untuk mencapai hasrat menegakkan keadilan dan menentang penindasan kita memerlukan ilmu pengetahuan (ilm). Seorang mukmin haruslah berusaha mencapai tahap ilmu yang tertinggi sekali dan sentiasa menggunakan kuasa logika dan intelek sepenuhnya. Kerana melalui kuasa-kuasa inilah maka kita memahami hubungan dialektika yang memancarkan realiti kehidupan. Hanya yang lemah sahaja yang takut kepada kuasa logika, ilmu dan pengalaman.

Justeru itu ayat-ayat Al-Quran yang menyebutkan perkara-perkara yang berkaitan dengan ‘pengetahuan’ adalah jumlah yang terbanyak sekali iaitu 856 kali jika dibandingkan dengan ayat-ayat yang berkaitan dengan ‘jihad’ yang timbul sebanyak 41 kali sahaja. Ini juga bermakna Al-Quran tidak memusuhi apa jua jenis ilmu asalkan ianya menafaatkan rakyat. Al-Quran juga menyebutkan bahawa mereka yang mantap dan berilmu tinggi memang rapat kepada Tuhannya.

Apabila disebut tentang mereka yang tertindas adakah ini bermakna sudah ada penjelasan Kelas dalam Al-Quran?

Dua kumpulan manusia

Al-Quran menyebut dua jenis kumpulan manusia iaitu, pertama mereka yang Beriman/Tidak Beriman yang dikelompokkan mengikut kepercayaan agama. Kedua, mereka yang Kaya/Miskin yang dikelompokkan mengikut kedudukan ekonomi.

Yang kaya dianggap sebagai kelompok yang Tidak Beriman kerana mencabuli dasar-dasar keadilan dan kemanusiaan semata-mata untuk meraih kuasa dan keuntungan.

Lagipun apabila Al-Quran membenarkan seseorang itu memiliki harta perseorangan (‘private property’) maka ini sudah membayangkan bahawa masyarakat telah dipisahkan dalam dua kelompok.

Yang satu adalah kelas kapitalis (mustakbirun) yang berharta dan memerintah, menguasai dan menindas rakyat secara angkuh dan kejam. Yang satu lagi adalah kelas pekerja (mustadha’afin) yang tidak berharta dan diperintah, ditindas dan dikongkongi sepanjang hayat.

Adakah keterangan lanjut tentang Kelas yang Tertindas (Mustadha’afin) ini? Ada ahli-ahli ilmuan mengatakan bahawa Al-Quran menyebutkan bahawa kelas yang tertindas itu bersifat tulus, mengampuni, jujur, sanggup khidmat, berwawasan, pengasih, penyayang, kesihani, murah hati, rendah diri, sanggup berkorban, takut kepada Tuhan dll.

Mereka juga mengatakan bahawa kesemua nabi-nabi (anbiya); pesuruh-pesuruh Allah (mursalun); pemimpin-pemimpin (a’immah); pejuang-pejuang kebenaran (siddiqun); yang mati syahid (shuhada); panglima-panglima (mujahidun); yang berhijrah (muhajirun) dan mereka yang beriman (mukminun) berasal dari kelas yang tertindas dan bukan dari keluarga bangsawan.

Bagaimana dengan Kelas yang Menindas (Mustakbirun)? Al-Quran menyebutkan bahawa kelas atau golongan yang menindas itu berkiblat kepada kuasa dan keuntungan dan dibanjiri dengan kepalsuan, pengkhianatan, pelampau, hipokrasi, keghairahan, tidak berperikemanusiaan, ketamakan, kegelojohan, tidak beriman, tidak bermoral serta berasal dari kumpulan yang mewah (mutraf), berbelanja kasar dan membazir (musrif), kumpulan yang memerintah (mala), raja-raja (muluk), arrogant (mustakbir) dll.

Kewujudan kezaliman dan keangkuhan (istihbar) dan dengan kehadiran mereka dalam keadaan tertindas (istid’af) inilah maka lahirlah keinsafan dan kesedaran sosial di kalangan masyarakat umum. Justeru itu penawanan dan penindasan menjuruskan kepada sifat kepercayaan diri (iman), tindakan pemindahan (hijrah), semangat perjuangan (jihad), menegakkan kebaikan (soleh) dan penyusunan semula/reformasi (islah).

Dialektika dalam Islam?

Dialektika (jadal kalami) wujud dalam ketegangan kelas. Wujudkah Dialektika dalam Islam? Lazimnya dialektika mempunyai sifat-sifat tertentu seperti:-

  • Sifat yang bercanggah tetapi saling memerlu/membantu (‘contradictor and complementary’).
  • Apabila kita melakukan perubahan terhadap sesuatu perhubungan/proses/kegiatan maka diri kita juga turut berubah.
  • Pada hakikatnya, apabila sesuatu (kegiatan/idea/tindakan dll.) itu diwujudkan, maka secara otomatik lahirlah/terjalinlah dalam dirinya sifat yang bercanggah atau bertentangan dengannya.
  • Pergolakan dialektika berkembang menuju kecanggihan iaitu dari umum (‘relative’) menuju ke mutlak (‘absolute’); teori umum menjadi teori/kebenaran hakiki.
  • Dialektika boleh digunakan untuk menghidup atau memusnahkan sesuatu.

Terpulanglah kepada matlamat masing-masing. Lazimnya, kebaikan (cahaya) mengatasi kejahatan (kegelapan); kebenaran mengatasi
kepalsuan; penentangan mengatasi penindasan dll.

  • Tugas kita adalah untuk mengimbangkan sifat-sifat yang bercanggah ini (‘Unity of Opposites’) menuju kesempurnaan.

Dialektika jenis apakah yang digunakan oleh Islam? Sebenarnya sudah wujud tiga jenis hubungan dialektika di dalam masyarakt iaitu:-

  • Dalam hubungan di antara Kebendaan (‘material/secular’) dengan Kerohanian (‘spiritual/moral’);
  • Dalam dunia Kerohanian/Spiritual sendiri (misalnya antara roh dengan jiwa);
  • Dalam dunia Kebendaan/’material’ sendiri (misalnya antara sistem feudal dengan sistem kapitalis).

Maka itu tingkahlaku dan falsafah kehidupan seseorang itu bergantung sepenuhnya kepada bagaimana beliau memiliki dan mengolahkan hubungan ini. Manusia yang sempurna adalah mereka yang mampu menggemblingkan ketiga-tiga jenis hubungan dialektika ini untuk kepentingan umum. Setakat ini tidak jelas lagi dialektika manakah yang digunakan oleh pemikir-pemikir Islam.

Wujudkah pejuang-pejuang Sosialis Islam ?

Ali Shariati Pejuang Marxis Islam

Ali Shariati adalah seorang yang dikenali sebagai Marxis Islam. Pendirian beliau tentang dialektika berkisar kepada ideologi Tauhid iaitu pandangan duniawi di mana alam sejagat (‘whole universe’) merangkumi semua kejadian, ibarat satu organisma yang bernyawa (‘living organism’) yang mengatur, mengimbang dan menyempurnakan alam ini. Ia mempunyai dinamika, kesedaran, ketegasan dan haluan yang tersendiri.

Organisma atau alam sejagat ini mempunyai jaringan dalam hubungan dialektika yang kembang berperingkat-peringkat menuju ke arah alam/kemasyarakatan yang berimbang dan sempurna. Seolah-olah sudah ada hukum alam yang harus kita patuhi. Maka ideologi Tauhid

Shariati melibatkan penyatuan dalam tiga penjuru (‘unity of trinity’) iaitu Tuhan, Alam dan Manusia.

Justeru itu, alam sejagat ini bergolak sebagai satu badan yang berharmoni dan menyeluruh. Tugas manusia adalah untuk memahami model/acuan realiti kehidupan ini dan bergerak mengikut rentak dialektikanya.

Pada beliau, secara simboliknya, kewujudan diri manusia berkisar pada satu realiti dialektika yang berasal dari tanah liat (clay) dan kerohanian (spirit). Suatu percanggahan dan penyatuan yang bukan saja merangsangkan pergolakan dalam diri tetapi juga mencetuskan pergerakan dan kegiatan yang dinamik di dalam masyarakat.

Tanah liat itu melambangkan kebuntuan dan kelembapan walhal kerohanian itu melambangkan pergerakan yang dinamik. Interaksi ini menuju kepada kesempurnaan. Maka itu kedudukan manusia yang hakiki (fitra) telah diapit (barzah/’intermediary’) oleh sifat-sifat yang bercanggah (iaitu di antara sifat lembab dan sifat dinamik). Pergelutan di antara sifat-sifat yang bercanggah inilah yang membentuk dan menyusun evolusi pergerakan manusia ke arah kesempurnaan (revolusi).

Pada Shariati manusia yang mempunyai dua unsur yang bertentangan ini memerlukan perantaraan agama bagi mengimbangi/mengatasi (synthesize) kecenderungan, yang kalau dibiarkan begitu, akan menjurus kepada sifat-sifat yang ekstrim iaitu terlalu mengagungkan nafsu material/kebendaan ataupun terlalu dikongkongi oleh kerohanian hingga mengabaikan duniawi ini.

Pada beliau Islam sentiasa mengambilkira dwi-sifat manusia (kebendaan dan kerohanian) kerana ianya merupakan ideologi dua dimensi yang membolehkan manusia mengimbangkan kedua-dua sifat yang bercanggah ini.

Beliau berpendirian bahawa Islam adalah ideologi yang mampu merevolusikan rakyat kerana semenjak kewujudannya, Islam telah menyebelahi rakyat yang tertindas. Nabi Muhammmad SAW telah berjuang untuk mewujudkan kesaksamaan sosial dan mendampingi masyarakat yang terpinggir. Pada beliau, Islam memihak kepada mereka yang miskin: “Tuhan adalah Tuhan pada mereka yang terpinggir” dan “Tuhan adalah Tuhan pada mereka yang tertindas”.

Shariati telah menggunakan kiasan dialektika dengan membezakan anak-anak Nabi Adam as iaitu Habil dan Qabil (Surah Al-Ma’idah 5: 27-30). Qabil melambangkan segelintir kelas yang memperhamba dan menindas jumlah besar rakyat yang miskin (yang dilambangkan oleh Habil) di mana harta persendirian (private property) menjadi punca yang menjahanam dan memisah-misahkan rakyat.

Pemikir Islam

Ahli Sufi, Muhyiddin Al-Arabi (meninggal dunia 1240 AD), adalah pemikir Islam yang terunggul dalam dunia Islam (Shaikh Al-Akbar – ‘the greatest muslim thinker’) menggunakan dialektika untuk membicarakan tentang pergolakan dalam jiwa manusia. Dalam bukunya Futuhat Al-Makkiyah, beliau juga merujuk kata-kata Abu Said Kharraz (meninggal dunia 899 AD):-

“Tuhan dapat dikenali melalui pengolahan/perimbangan sifat-sifat yang bercanggah”

“God is known through the synthesis of antimonic affirmations” (unity of opposites).

Maka terdapatlah nama-mana Tuhan yang mempunyai hubungan dialektika (sifat yang bercanggah dan saling memerlukan) dalam Al- Quran seperti:

  • Al-Jamal (Beauty); Al-Jalal (Majesty)
  • Al-Mu’izz (The Giver of Honour); Al-Mudhill (The Giver of Disgrace)
  • Al-Muhiyy (The Giver of Life); Al-Mumit (The Giver of Death)
  • Ar-Rafi’ (The Exalter); Al-Khafiz (The Abaser)
  • Al-Zahir (Manifest/Immanence); Al- Batin (Hidden/Transcendence)
  • Al-Awwal (The First); Al-Akhir (The Last)
  • Al-Basit, (The Expander); Al-Qabiz, (The Seizer)
  • Al-Mu’ti, (The Giver); Al-Mani’, (The Withholder)

Seperti dalam Surah Al-Hadiid, 57:3, Allah berfirman bermaksud, “Dia yang Awal dan yang Akhir, yang Zahir dan yang Batin”.

“He is the First and the Last, the outwardly Manifest and the inwardly Hidden”.

Namun begitu ada juga sifat-sifat keTuhanan yang tidak mempunyai kebalikannya seperti:- Yang Hidup (Haiyyun), Berilmu (Alimun),

Mendengar (Samiun), Melihat (Basirun), Berkuasa (Kadirun), Memerlu (Muridun) dan Berbicara (Mutakalimun).

Walau bagaimana pun pemimpin-pemimpin Islam yang terulung, yang bekerja keras sebagai aktivis-aktivis (menyatukan hubungan ‘material dan spiritual’) bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang adil adalah Nabi Muhammad SAW, Saidina Ali, Hussein dan Abu

Dzarr Al-Ghifari. Mereka berjaya menyatukan hubungan dialektika di antara “Tindakan dengan Pertimbangan Akal” (‘action with thought’); “Kesolehan dengan Kekuasaan” (‘piety with power’); dan “Pembelajaran dengan Perjuangan” (‘learning with fighting’).

Mana yang harus didahulukan kesedaran intelek (consciousness) atau rangsangan pengalaman pancaindera (material relations)?

Mengikut Surah Adz-Zaariyaat 51: 20–21, Allah berfirman bermaksud: “Di bumi ada beberapa dalil bagi orang-orang yang yakin.

(Begitu pula) pada diri mu sendiri. Apa tiadakah kamu memperhatikannya?”

“On earth are signs of men (mankind) of firm belief. And also in your own selves. Will ye then not notice them ?”

Juga, “Perlihatlah pada seluruh ufuk dunia dan pada diri sendiri maka kau akan mengenali Kebenaran”

“Look upon the horizons and upon yourself and you will know the Truth”

Mengikut Surah-Surah ini, kita haruslah terlebih dahulu, meneliti hubungan dialektika dalam dunia kebendaan/materialis ini dan seterusnya mengkaji hubungan dialektika di dalam dunia kesedaran/jiwa, lantas mengaitkan hubungan dialektika di antara kedua- duanya (Kebendaan-Kerohanian).

Harta persendirian

Adakah Islam bersifat kapitalis kerana membenarkan Harta Persendirian ?

Pada mereka Islam bukanlah Kapitalisma. Walaupun Islam membenarkan milikan harta persendirian (private property) dan memberi kelonggaran terhadap inisiatif peribadi namun Islam menentang pembolotan kekayaan (hoarding of wealth).

Surah Al-Hashr 59: 7, firman Allah bermaksud: “Jangan harta itu beredar antara orang-orang kaya saja di antara kamu”.

“Wealth should not be permitted to circulate among the wealthy only”.

Maka itu walaupun Islam menggunakan pendekatan yang berlainan bagi mencegah pembolotan harta namun Sistem Ekonomi Islam ini amat rapat dengan Sistem Ekonomi Sosialis:

  • Islam menentang pemusatan kekayaan/harta benda dan mempertahankan miliknegaraan semua sumber asal pengeluaran khususnya sumber logam supaya dapat menghapuskan kapitalis-kapitalis keluli dan minyak.
  • Islam melarang riba dan semua jenis faedah (bunga) keuntungan. Tidak membenarkan kadar faedah melebihi sifar (‘zero’) menganggapkan bahawa peranan utama sistem perbankan (banking system) adalah sebagai perantara dalam transaksi/urusniaga perdagangan belaka. Di dalam dunia pertanian, Islam tidak membenarka tuan tanah memungut faedah tanpa dia mengerjakan tanah tersebut (feudal absentee landlordism). Paling afdal sekali, Isla ingin mewujudkan masyarakat di mana rakyat biasa memiliki dan sendiri mengerjakan tanah mereka.
  • Sistem undang-undang Islam terhadap harta pesaka adalah bersifat anti-kapitalis. Islam berusaha mengagihkan kekayaan yang diwarisi itu kepada lebih ramai lagi individu berdasarkan kepad hubungan mereka dengan si mati.
  • Islam mengutuk habis-habisan terhadap mereka yang membolot modal. Islam akan mengenakan cukai yang tinggi pada semua modal yang melebihi piawai yang ditetapkan. Cukai ini akan digemblingka untuk membantu mereka yang malang, miskin dan terpinggir dalam arus pembangunan.
  • Pada perhitungan yang terakhir, Islam menekankan kepentingan masyarakat umum melebihi kepentingan individu.

Islam haramkan riba

  • Menjadi tanggungjawab Negara Islam untuk membekalkan segala kemudahan asas termasuklah perkhidmatan kesihatan dan pendidikan percuma untuk semua warganya. Maka cukai insuran sosial seperti zakat dikenakan kepada mereka yang memiliki harta kekayaan yang melebihi piawai minima. Perintah Islam adalah untu membasmikan riba (ie usury, a positive rate of interest). Ini menonjolkan falsafah sosio-ekonomi yang membencikan segala jeni penindasan termasuklah urusniaga kewangan yang tidak imbang dan kejam.

Menurut Surah Al-Imran 3: 130, firman Allah bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman ! Janganlah kamu memakan riba yang berlipat-lipat ganda..”

“O Believers ! Do not consume riba, doubling and redoubling..”

Justeru itu Al-Quran dengan jelas telah mendedahkan bahawa mengamalkan riba … adalah satu ketidakadilan, satu kekejaman ekonomi, satu tindakan yang menghalangi pertumbuhan spiritual dan satu ancaman besar terhadap kebajikan masyarakat.

  • Islam merestui perdagangan bebas. Tetapi menentang monopoli dan menggalak penyertaan lebih ramai orang dalam dunia perdagangan. Mewujudkan lebih banyak Persatuan Penyatuan Bersama (‘Mutual Alliance Societies’) bagi menggantikan perbankan yang bersifat kapitalisitik.
  • Mewujudkan Kesatuan Sekerja (‘Co-operative Guilds of Workers’) di mana segala jenis penindasan, ketegangan dan dendaman dapat dihapuskan.

Islam tidak menggalakkan perusahaan persendirian yang bersifat monopoli dalam dunia perindustrian (private monopolistic enterprise in industry) tetapi membenarkan perdagangan persendirian (private trade). Akan tetapi Islam mengutamakan penerimaan gaji yang berasaskan pada prinsip Sosialis. Maka dalam hubungan ini:

  • Islam memberi kebebasan pada pekerja untuk menentukan gajinya mengikut kadar yang sesuai baginya. Lantas hak ini dapat melindungi pekerja dari pelbagai jenis penindasan yang boleh dilakukan oleh kapitalis untuk menutup pintu rezeki mereka. Maka itu

Islam mewujudkan tabung untuk dikelolakan oleh kerajaan bagi membantu mereka yang menganggur.

  • Islam mengarahkan piawai gaji itu haruslah dipatuhi oleh semua majikan Islam di mana pekerja mendapat ‘makanan yang sama’ sepertimana yang dimakan oleh majikan dan ‘memakai yang sama’ sepertimana yang dipakai oleh majikan. Ini bermakna kesaksamaan dari segi status ekonomi di antara majikan dan pekerja menjadi keperluan asas kehidupan harian.
  • Islam bukan saja membezakan bagaimana dan cara mana sumber pendapatan yang sah (kebaikan umum) dan tidak sah (memudaratkan umum) diperolehi tetapi juga menyekat perbelanjaan berlebihan terhadap barangan yang sah hingga tidak mungkin wujud ketidaksamarataan yang mendadak dalam melaksanakan kehidupan harian (keadaan ini pernah menjadi realiti pada zaman kegemilangan sejarah Islam).
  • Islam menggalakkan masyarakatnya membelanjakan barangan yang mendatangkan faedah terhadap pembangunan manusia dan diberikan panduan agar wang lebihan digunakan untuk membaiki kesihatan dan kebajikan sosial.

Konflik sosial

  • Islam menetapkan ‘demokrasi spiritual’, ‘demokrasi sosial’ dan ‘demokrasi politik’ pada tahap yang sempurna. Sekiranya ketiga-tiga ini dikombinasikan dengan pendidikan ekonomi dan dilaksanakan sepenuhnya maka sudah pasti keadaan ini menjamin penubuhan masyarakat tanpa kelas dan konflik sosial diselesaikan dengan penuh tanggungjawab.

Kedua-duanya mempunyai kesamaan khususnya dalam mengimbangkan sifat-sifat yang bercanggah (thesis and anti-thesis) menuju penyatuan (Synthesis, Tao, Tauhid, Samsara) seperti:

  • Dari sistem ekonomi yang kuno menuju kepada sistem ekonomi yang canggih dan produktiviti yang tinggi (iaitu dari sistem pengabdian, feudalisma, kapitalisma dan sosialisma).
  • Dari menguasaan/hegemoni golongan feudalis and kapitalis menuju kepada hegemoni yang dipimpin oleh golongan pekerja.
  • Dari perancangan yang terasing (isolated) menuju kepada perancangan yang dipusatkan dan menyeluruh (centralized planning).
  • Dari sifat materialis (profit oriented) menuju kepada sifat yang mengutamakan kemanusiaan (human oriented) yang mempunyai nilai moral/spiritual yang tinggi.
  • Dari Syariat (duniawi) kepada Makrifat (kerohanian) menuju Tauhid (penyatuan).
  • Dari menajamkan lagi teori umum (belum sempurna) menuju ke teori khusus/muktamat (sempurna).
  • Dari ketidaksamarataan (saingan berat sebelah dan monopoli) menuju kesaksamaan.
  • Dari kehancuran kemanusiaan (neraka di dunia) menuju kemanusiaan yang mulia (syurga di dunia).

Dari saingan yang bertentangan (antagonistic relations) menuju saingan yang tidak bertentangan (non-antagonistic relations) kerana kerja yang dilakukan adalah untuk kepentingan bersama.

Kalaulah begitu mengapakah pejuang Sosialis tidak terus berganding bahu dengan pejuang Islam?

Golongan cerdik pandai mungkin tidak berapa tahu bahawa konsep dialektika wujud di dalam Al-Quran; tidak selesa dengan hubungan yang sungguh dinamik dan sentiasa berubah-ubah; ataupun memusuhinya kerana dikira konsep ini mementingkan hubungan duniawi belaka. Mudah lupa bahawa manusia adalah khalifah Tuhan dan berkemampuan mengendalikan ilmu dan perubahan.

Perbezaan Islam dengan Sosialisma

Apa pula perbezaan di antara Islam dan Sosialisma? Perbezaan umum di antara kedua-duanya adalah:-

Sumber ideologi, kekuatan dan titik permulaan Islam berkisar kepada hubungan spiritual dengan Tuhan, Allah. Walhal sumber kekuatan

Sosialisma bertitik tolak pada hubungan manusia di dalam dunia kebendaan menuju kepada pembentukan Negara dan moral yang sempurna.

Islam menegaskan bahawa berbuat baik dan berkebajikan di dunia ini menjadi bekalan untuk kemudian (akhirat) hari nanti. Sosialis pula menitikberatkan pada hubungan kebendaan/materialis, logika pancaindera dan menceduk kefahaman moral dari hubungan materialis tersebut.

Sosialis menghormati semua Agama. Tetapi menumpukan segala kegiatannya menyelamatkan mereka yang tertindas di dalam dunia ini.

Meraih pahala atau ganjaran bukanlah matlamat kegiatannya.

Pada masyarakat Islam, manusia dilahirkan bersih dan dilengkapi (sebagai khalifah/wakil Tuhan) dengan segala-galanya. Apabila beliau menjelang dewasa, pengalaman dan kehendak nafsu telah mencemari kesempurnaan diri hingga menggelapkan potensi. Tugasnya adalah untuk mensucikan diri dengan perjuangan dan berkebajikan hingga dirinya menjadi sempurna kembali (sempurna ‘tidak sempurna’).

Seperti dalam Surah Al-Quran yang menyebutkan, “Tuhan membantu mereka yang membantu diri sendiri” (‘God helps those who help themselves’). Sosialis pula berpendirian bahawa alam ini sentiasa berubah-ubah/evolusi dari sesuatu yang mudah kepada keadaan yang

lebih kompleks lagi. Pengalaman dapat menentu dan membersihkan tabiat seseorang itu.

Namun titik tolak pada kedua-duanya adalah untuk berusaha memperkasakan rakyat agar mereka dapat mempertahankan hak, memimpin dan menghargai nilai-nilai keadilan, demokrasi dan kebebasan.

*Penulis ialah Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan kertas ini dibentangkan semasa Sekolah Idelogi PSM pada 3 dan 4 April 2010 di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Blackend Is The End

Dyers Eve