Blackend Is The End

Rabu, 20 Julai 2011

TERKINI : PENGARAH FILEM HANTU KAK LIMAH(MAMAT KHALID) MENINGGAL DUNIA


Pengarah filem "Hantu Kak Limah Balik Rumah" telah di beritakan meninggal dunia jam 6 petang tadi akibat keras di bahagian perut..

Kekerasan di bahagian perut pengarah filem itu adalah di akibatkan oleh lawak jenaka yang semakin jenaka sejak akhir2 ini. Bukan saja panglima jihad Berahim Geli yang pandai berbuat jenaka malah hari ini muncul pula seorang lagi pelawak dengan mengatakan bahawa Allah itu ada 2.

Kejap kejab ada call masuk.. "helo helo sapa ni? Ooo ok ok ok terima kasih" Oh ya Abu Nawas baru dapat berita terkini tentang kematian Mamat Khalid..sebenarnya dia tak mati tetapi pura2 mati sebab dah tak tahan dengan lawak jenaka politik Malaysia hari ini kah kah kah.
Rupa2nya selama ni ada 2 Tuhan dalam dunia ni kah kah kah. Satu Tuhan miliki sekalian alam dan satu Tuhan lagi hak milik Umno SDN BHD kah kah kah.

Adoi awatnya suka buat lawak sangat ni. Hari hari buat lawak. Sudah2 la buat lawak wahai umno kah kah kah....

Dua lokap, dua neraka - Soh Sook Hwa


Pada jam 6 petang 26 Jun 2011, bersama Jeyakumar Devaraj, Sarasvathy Muthu, A.Letchumanan, Choo Chon Kai dan seorang peserta yang buat pertama kali mengambil bahagian program kami, pemandu bas, kami tujuh orang dibawa ke lokap cawangan khas, sambil diiringi siren kereta polis.

Tapak kaki dijadikan kayu ukur. Dengan selipar yang ada, berulang-alik saya mengukur ruang bilik yang mengurung saya. Lebarnya 8 dan setengah "tapak kaki", dan panjangnya 23 dan setengah "tapak kaki" saya, bersamaan kira-kira luas 6 kaki lebar dan panjang 16 kaki.

Satu orang, satu lampu, satu lantai yang dipenuhi tahi tikus, satu katil kayu, satu mangkuk tandas ala-cangkung, satu paip air tanpa penyembur. Katilnya berdebu disebabkan balai polis yang masih dalam pengubahsuaian; baunya pelik disebabkan kebasahan simen. Senyap-sunyi, melainkan bunyi pintu di luar ketika dibuka, dan bunyi langkah yang bergema.

Tingkap besi tiga lapis, dengan lebar dua kaki dan panjang satu kaki menjadi hiasan tembok yang menghala ke luar. Terdapat satu lubang yang berbentuk panjang, seperti peti surat - pada pintu besi, kebetulan tingginya pada paras mata ketika saya berdiri. Saya akan berdiri di depan pintu, melegakan diri dari kehangatan kebasahan dalam bilik - melalui lubang tersebut.

Ia semacam waktu pejabat, 6 hingga 7 jam saya disoal-siasat pada waktu siang - antaranya pegawai cawangan khas tempatan dari Pulau Pinang, pegawai siasatan jenayah dari Bukit Aman. Mereka mengambil berat apakah aktiviti yang saya terlibat ketika berada di kampus, pernahkah saya melawat Kampung Perdamaian Selatan Thailand? Tempat pelancongan yang pernah saya kunjungi? Siapa yang rapat dengan saya dalam parti? Mengapa memilih PSM dan bukannya PKR atau DAP?


Orang seperti saya ni tak pasti pun nombor motorsikal saya - tak terdaya saya nak ingat bila, mana saya berjumpa dengan Jeyakumar, Sarasvathy, Choo Chon Kai buat kali pertama. Tiga kumpulan penyiasat tak jemu-jemu mengulangi soalan yang agak sama kepada saya. Ada kalanya mereka cuba memujuk saya, malah berkuliah tentang sejarah pembentukan negara versi Barisan Nasional.

"Tahukah kau, kemerdekaan Malaysia sangat bernilai. Ia diperolehi tanpa setitis darah daripada Tunku Abdul Rahman, tanpa diragut satu nyawa manusia." Pegawai dari Bukit Aman berteriak kepada saya dengan bahasa kantonis, "Tahukah kau, korang pergi demonstrasi, orang Kuala Lumpur akan kehilangan RM700 juta!"

Saya masih muda. Meruap-ruap kemarahan saya. Saya ingin balas, namun ditakdirkan tidak diberi peluang. "Dengar dulu kata saya, kau dengar dulu..." Sememangnya dia nak menekan, bukan untuk nak berbicara dengan rasional. "Betul tak kata saya? Betul tidak kata saya?" Saya hanya senyum bisu, dengan sikap "tak ambil pot".

Dua penjara; dua neraka

Kadang-kala saya berpeluang juga. Mereka ingin mengetahui perjuang Parti Sosialis Malaysia (PSM), maka saya bermula dengan isu gaji minima, disusuli pula masalah penswastaan perubatan, dan pendidikan percuma. "Berapa gaji ketua kamu yang paling tinggi rankingnya?" "17 ribu." "Berapa pula gaji anggota polis kelas paling rendah?" "800 lebih." "Bukankah jauh bezanya? 10% pun tak sampai!"

Dia pun bersetuju, memesan agar jangan lupa memperjuangkan kebajikan polis jika saya berkuasa satu hari nanti. "Perjuangan kamu ni tak salah, tapi demonstrasi jalanan tu salah-lah!"

Meskipun tempoh soal jawab agak panjang pada siang hari, malah diulangi soalan yang sama berkali-kali, sehingga membosankan. Namun ia lebih baik daripada kesepian pada waktu malam. Walapun penat juga dengan kerja mendidik polis (dalam isu dasar, hak asasi manusia), dan lapang juga selepas makan malam - namun tidak lena tidur saya pada waktu malam. Saya terjaga tiga jam sebelum waktu pagi, kerana kepanasan - dengan peluh yang membasahi seluruh tubuh saya.

Dulu saya ingat bilik lokap semestinya dingin. Selepas tahanan reman yang dipanjangkan tujuh hari, saya dimasukkan ke dalam lokap besi biasa. Saya gagal tidur kerana terlalu sejuk, berbanding lokap sebelumnya yang tertutup. Dua neraka sebenarnya. Tulang belakang saya amat sakit lantaran katil kayu. Selepas mandi dengan sabun (yang diperjuangkan kami), penantian yang tak terhingga menunggu di depan. Berulang kali, saya duduk, baring, atau bermundar-mandir dalam bilik - merenung, bercakap dengan diri sendiri.

Ini sebahagian daripada rekaan. Penangkapan dengan alasan yang tidak masuk akal, kemudian dikurung dalam bilik yang dahsyat keadaan kebersihannya - disoal-siasat dalam jangka panjang - oleh pegawai yang memainkan peranan berbeza, satunya cuba menekan, satu pula cuba berbaik-baik dengan kamu. Kemudian anda dikurungkan berseorangan dalam bilik - kesunyian dalam tidak tenteram - dan anda merasakan diri kamu tidak terdaya melakukan apa-apa.

Mendakwa rakan seperjuangan menikam dari belakang

Mereka provok dengan kata-kata yang sengaja mencungkil kemarahan anda, mencabar keyakinan dan kepercayaan anda, melunturkan semangat anda, mengadu domba antara kamu dengan rakan seperjuangan.

"Dari wajah Choo Chon Kai , saya rasa dia orang yang licik, bukan seorang yang harus kau percayai. Dia mungkin tikam kau dari belakang, menuduh kesemua T-shirt tu milik kau!"

Sama ada T-shirt itu milik saya atau tidak, wajah orang pun kamu gunakan untuk berteori... "Sungguh hebat kau," ujar saya. Mereka asyik memesan, "Baik kau berfikir balik nanti!"

Ya, sudah saya menginsafi sebaik-baiknya. Walaupun penat dengan aktiviti dan organisasi parti sebelumnya, pernah juga timbul rasa malas dalam diri saya, dan tidak mahu berbuat apa-apa lagi. Lapangnya hidup saya dalam lokap, tapi saya gagal melakukan apa-apa, tak terdaya nak lakukan apa-apa. Saya akan mengingati perbezaan sedemikian, untuk menyuntik semangat supaya saya lebih berusaha dan lebih tekun. Saya tidak takut, saya menyertai PSM bukan kerana orang lain. Kami menyaksikan ketidakadilan dan ketidaksaksamaan dalam masyarakat, lantas kami melibatkan diri dalam perubahan.

Saya masih muda. Saya masih marah - tanpa sebab saya dilabelkan, kemudian polis menahan kami untuk 10 hari atas tuduhan memerangi Yang di-Pertuan Agong. Mereka cuba melemahkan kami, cuba menghukum kami untuk BN. Saya lebih marah kerana enam orang sahabat saya masih ditahan tanpa perbicaraan di bawah Ordinan Darurat. Mereka kehilangan kebebasan. Saya sangat marah.

Namun, saya sedar juga bahawa tiada lagi tempat untuk pembohongan di atas tanahair ini. Cahaya mentari bakal mencerahkan segala-galanya selepas subuh.



Sook Hwa bersama anak Abu Nawas selepas menawan parlimen dalam kempen Jerit 2009
*Soh Sook Hwa adalah graduan Universiti Sains Malaysia. Beliau pernah mencabar Akta Universiti dan Universiti Kolej (AUKU) kerana menyanggah perlembagaan, namun gagal. Beliau adalah AJK PSM dan Setiausaha cawangan Bayan Baru. Beliau ditangkap bersama 30 aktivis PSM yang lain pada 26 Jun 2011, dan dibebaskan selepas 10 hari. Kini enam orang aktivis PSM masih ditahan di bawah Ordinan Darurat.

KRONOLOGI 6 ORANG TAHANAN ORDINAN DARURAT


• Kempen ‘Udahlah tu… Bersaralah’ telah dilancarkan oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM) secara serentak ke seluruh negara.

• Terdapat 2 rombongan yang menyebarkan kempen ini dimana satu kumpulan bertumpu di kawasan utara semenanjung dan yang satu lagi bertumpu di bahagian selatan semenajung.

25 Jun 2011

• Sebanyank 28 ahli rombongan selatan telah ditahan di Tangkak, Johor dan mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang atas tuduhan perhimpunan haram,Akta Hasutan 1948, dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Namun demikian, mereka dibebaskan dibawah jaminan polis.

• Seramai 31 ahli rombongan utara turut ditahan di Tol Sungai Dua di Kepala Batas. Mereka dibawa ke IPD Kepala Batas untuk diambil kenyataan serta menjalani proses jamin.

26 Jun 2011

• Walaupun proses jaminan telah diselesaikan, mereka masih ditahan. Pihak polis membawa mereka ke Mahkamah Sesyen Butterworth untuk mendapat perintah reman ke atas mereka berdasarkan alasan bahawa mereka perlu menyiapkan siasatan di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan kerana didakwa berniat untuk memerangi perang ke atas Yang di-Pertuan Agong.

• Mahkamah the memberi perintah reman selama 7 hari sehingga 2 Julai 2011 terhadap 30 orang manakala remaja S Ragu telah dibebaskan pada hari tersebut.

(Sumber: Free Malaysia Today)

28 Jun 2011

• Selepas campurtangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) yang pergi ke balai polis, ahli keluarga dibenarkan untuk berjumpa dengan tahanan dimana mereka dinafikan hak tersebut sebelum SUHAKAM memberi bantuan.

• Para peguam memfailkan satu semakan mahkamah untuk mengurangkan tempoh tahanan reman tersebut.

(Sumber: The Star)

30 Jun 2011

• Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim dari Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menolak permohonan tersebut malah memutuskan bahawa tempoh reman 7 hari adalah berpatutan.

(Sumber: The Star)

2 Julai 2011

• 6 tahanan yang merangkumi Dr Jeyakumar (MP Sungai Siput), Sarasvathy Muthu, Sukumaran Munisamy, Choo Chon Kai, Letchumanan dan Sarat Babu telah dibebaskan daripada tuduhan pelancaran perang ke atas Yang di-Pertuan Agong.

• Namun, 6 orang tersebut ditahan semula oleh polis dari Bukit Aman dibawah tuduhan seksyen 3(1) Ordinan Darurat 5/69 (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 (iaitu Emergency Ordinance, EO) kerana mereka dipercayai telah bertindak mengikut apa-apa cara yang memudaratkan ketenteraman awam.

• Tahanan tiada akses kepada peguam ataupun ahli keluarga.

(Sumber: Free Malaysia Today)

3 Julai 2011

• Peguam Edmund Bon melalui Tetuan Raj Ong & Co telah menghantar surat kepada pihak Bukit Aman untuk meminta agar beliau dapat berjumpa dengan semua tahanan pada 4 Julai 2011.

(Sumber: Memorandum kepada SUHAKAM)

4 Julai 2011

• Ahli keluarga dan peguam pergi ke Bukit Aman tetapi tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan tahanan oleh seorang pegawai polis, Zainin kerana tiada arahan daripada pihak atasan.

• Peguam Edmund Bon turut meminta tahanan Sarasvathy dan Sukumaran dilepaskan untuk meghadiri perbicaraan di mahkamah esok yang melibatkan penyertaan dalam protes kenaikan harga. Tahanan Sarat Babu turut diminta untuk dilepaskan untuk mengambil ujian perundangan. Namun demikian, kesemua permintaan ini telah ditolak oleh pihak polis.

(Sumber: The Malaysian Insider)

5 Julai 2011

• Suara Anak Malaysia (SUARAM) bersama-sama dengan ahli keluarga 6 orang tahanan, para peguam serta badan NGO yang terdiri daripada Angkatan Warga Aman (AMAN) telah menyerahkan memorandum kepada pesuruhjaya SUHAKAM, Encik Detta Samen dengan objektif untuk menggesa kerajaan membenarkan akses kepada peguam dan keluarga masing-masing.

(Sumber: Malaysian Digest)

6 Julai 2011

• Para peguam memfailkan permohonan habeas corpus supaya 6 tahanan dibebaskan dengan segera di Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur melalui firma guaman Tetuan Raj, Ong & Co dengan menamakan Ketua Polis Negara, Menteri Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia sebagai responden.

• Pihak berkuasa Bukit Aman membenarkan para peguam untuk berjumpa dengan 6 tahanan petang esok di 6 balai polis yang berlainan tetapi lokasi tahanan masih tidak diketahui lagi.

• Sarasvathy dan Sukumaran telah dibawa ke mahkamah untuk menghadiri perbicaraan mengenai protes kenaikan harga yang sepatutnya berlangsung pada semalam.

(Sumber: Free Malaysia Today)

7 Julai 2011

• Para peguam berjaya untuk berjumpa 6 tahanan di balai polis yang berlainan.

• Tahanan dibenarkan untuk berjumpa dengan ahli keluarga dan peguam selama 15 minit bagi setiap perjumpaan. Pada masa inilah, peguam turut mengambil tandatangan tahanan ke atas notis perlantikan peguamcara.

• 6 balai polis yang terbabit:

a) Balai Polis Dang Wangi – Tahanan R Saratbabu Raman

b) Balai Polis Selayang – Tahanan Letchumanan Aseer Patham

c) Balai Polis Travers, Brickfields – Tahanan Sukumaran Manisamy

d) Balai Polis Jinjang – Tahanan Michael Jeyakumar Devaraj

e) Balai Polis Kepong – Tahanan Sarasvathy Muthu

f) Balai Polis Petaling – Tahanan Choo Chon Kai

10 Julai 2011

• Dr Jeyakumar dibawa ke IJN. Ahli keluarga tidak dibenarkan untuk melawat beliau kecuali isterinya.

(Malaysia Today)

11 Julai 2011

• Kes enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di bawah Ordinan Darurat 1969 telah ditetapkan untuk perbicaraan pada 12 Ogos 2011.

• Peguam D Yudistra berasa kecewa dengan tarikh tersebut. Oleh sebab itu, beliau akan cuba untuk mendapat tarikh perbiacaraan yang lebih awal.

(Sumber: Free Malaysia Today)

13 Julai 2011

• Mahkamah Tinggi akan mendengar permohonan habeas corpus yang difailkan oleh 6 tahanan PSM pemimpin pada 22 Julai 2011.

• Dr Jeyakumar pulang dari IJN.

(Sumber: BERNAMA)

14 Julai 2011

• Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar telah memberikan kebenaran kepada 3 Ahli Parlimen untuk melawat Sungai Siput MP Dr M. Jeyakumar di ibu pejabat polis Bukit Aman esok.

• Ahli Parlimen ynag terlibat ialah Ipoh Timor MP Lim Kit Siang, Kubang Kerian MP Salahuddin Ayub and Subang MP R. Sivarasa.

(Sumber: The Malaysian Insider)

15 Julai 2011

• Ahli keluarga tahanan EO turut dibenarkan untuk berjumpa dengan tahanan di 6 lokasi yang berlainan di sekitar Lembah Klang selama 15 minit.

• 3 Ahli Parlimen berjumpa dengan Dr Jeyakumar di Bukit Aman.

• SUARAM, Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) dan PSM cawangan Kajang menghantar satu memorandum dan petisyen yang ditandatangani oleh 500 individu mendesak agar enam tahanan EO dibebaskan segera kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar..

WANITA KEBAB MALAM CERITAKAN KISAH TAN KENG LIANG YANG KETAGIH PEHANYA

Seorang gadis cina hari ini telah membuat laporan bahawa seorang lelaki cina yang bernama Tan Keng Liang telah meraba pahanya sewaktu berada di dalam disco.

Pada mulanya lelaki tersebut mahu meraba betisnya tetapi setelah waniat itu memberi betis lelaki yang bernama Tan Keng Liang ini telah semakin teruja dan mahu meraba peha wanita itu pulak.

perbuatan ini telah menimbulkan kemarahan wanita tersebut kerana sifat melapau lekaki tersebut.
kah kah kah..cina Gerakan ni cuba nak jadi hero di Kedah. Ini cina dia punya otak banyak lembab itu pasai dia sudah ketinggalan isu. Ini isu sudah selesai baru dia mau bising2. Kah kah kah.

SIAPAKAH WANITA INI DENGAN USTAZ LAH KEPALA BATAS?


Seorang guru agama telah di hadapkan ke makamah hari ini kerana telah dituduh mencuri seluar dalam seorang wanita tua.

Menurut saksi guru agama tersebut iaitu Ustaz Lah telah di dapati mencuri seluar dalam tersebut ketika wanita tua itu menyangkut seluar dalamnya di pintu jamban ketika dia mahu memberak.
Kah kah kah..Apa yang ustaz Lah dok tengah merepek ni? Bila masa orang kata semua agama itu sama? Ini ustaz la kata semua agama sama dan sebab itulah dia bikin lagi satu agama. Islam hadhari kah kah kah

Kesian kat ustaz Lah. Elok2 jadi PM pi letak jawatan. tak pernah di buat orang bekas PM dok kerusi ahli parlimen biasa dalam parlimen. kah kah kah.

USTAZ AZIZAN TAK ADA TELOQ KOTE


Menteri Besar kedah dan pimpinan Pas di Kedah memang tak ada teloq, depa semua ni memang tak layak jadi pemimpin kerana mereka semua tak punya semangat jihad seperti panglima jihad.

Kalau nak jadi pemimpin kena la berani macam panglima jihad. Berani apa? Berani lari lintang pukang kah kah kah.

Ini kumpulan jihad tak habis2 bikin lawak2. Hari2 bikin orang ketawa. Kasi la peluang orang nak sirius sama keh keh keh.

Lepas satu lawak timbul lagi satu lawak keh keh keh. Mula2 nak berjihad lawan Bersih tapi bila sampai masa lari lintang pukang kah kah kah.

Kemarin pulak bikin anugerah panglima jihad berahim geli. Sendiri bikin, sendiri punya nama, sendiri kasi, sendiri punya syok sendiri keh keh.

Hari ini cakap orang tak berani la pulak keh keh keh...adoii sudah2 la bikin lawak, bikin la cerita seram pulak kah kah kah...

WASIAT ALMARHUMAH DR LO LO KEPADA USTAZ KAZIM ELIAS DAN RAKAN2NYA


.

To Live Is to Die

free counters

Eye of the Beholder

Dyers Eve