To Live Is to Die

free counters

Khamis, 21 Julai 2011

ANAK PEREMPUAN MENTERI BESAR KEDAH TRAUMA. KINI DI HOSPITAL JORDAN


Anak perempuan Menteri Besar Kedah yang kini sedang belajar di jordan telah di laporkan dalam keadaan trauma apabila mendengar berita bapanya kini telah berpegang kepada ajaran Taghut.

Menurut makcik asrama yang bekerja sebagai tukang sapu di asrama pelajar di situ anak ustaz azizan merasa cukup kesal dengan bapanya yang mengikut tentera ahzab untuk berperang dengan panglima jihad..
Kah kah kah...macam mana Mat Nor Deris ni dah jadi Proffesor..kah kah kah. Dia ni sekolah pun darjah 5 saja tiba2 dah jadi proffesor..kah3

Dulu dia la tukanq kapirkan umno masa dalam pas dulu. Orang umno sembelih lembu tak boleh makan sebab orang umno kapir katanya kah kah kah. Kenduri orang umno tak boleh pi makan sebab haram kah kah kah.

Menantang apa Taghut tu? Tokua sumbat kuah kacang ka? apa sudah jadi dengan dunia ini. Hari hari ada orang bikin lawak. Berahim geli nak jadi pak lawak, polis nak jadi pak lawak, Jakim pun nak jadi pak lawak jugak kah kah kah.

Md Deris ni tentu tak puas hati sebab orang dah lupa nama dia. Sebab tu dia keluaq fatwa Ustaz Azizan sudah taghut kah kah kah.

Yang si Azizan pun satu.,. pasai apa hang dok pi larang orang Islam nak pi dangdut bulan posa. Sementara dok tunggu makan soq boleh la dok berdangdut dulu kah kah kah.

Lain kali kalau bab bab agama ni tanya la profesor Mat not dulu.

MAT SABU DAKWA PUTERI UMNO CUBA PERANGKAPNYA DENGAN SMS CINTA


Timbalan Prsesiden Pas hari ini telah memberitahu yang beliau menerima sms lucah dari seorang wanita yang tidak di kenali. Sms yang bertulis dengan ayat2 cinta itu di hantar jam 2 pagi dan di sedari oleh isterinya.

Namun begitu sms itu di percayai bukan di hantar oleh seorang wanita tetapi kemungkinan besaq di hantaq oleh oleh melaon kat bawah ni yang tersilap hantaq mesej kepada ustazah Pasti Permatang Pauh yang suaminya sporting..2 wajah 2 jantina tapi sebenarnya orang yang sama. Malaon Zan yang gila kat bini orang menyamar sebagai perempuan dalam facebook untuk mencari wanita bersembang hal2 dalaman orang perempuan keh keh keh... Tunggu apa lagi saman la abu nawas...keh keh keh sampai mampuih melaon ni tak berani sman keh keh keh...

Berita lucah itu tadi telah di sunting dari bilik air wartawan Abu Nawas.

Di bawah ini juga berita tentang Mat Sabu
Macam pernah ku dengaq dialoq ni tapi di mana ya? Ohhh yaaa... dialoq ni dah di gunakan masa Anwar pukul dirinya sendiri masa kena tangkap dulu...

Dialoq ni juga dah di gunakan untuk skrip Teoh beng Hock mati jatuh bangunan hari tu. "Tidak di bunuh dan tidak membununh diri"

Dialoq ini sekali lagi di gunakan bila Pak kastam mati jatuh bangunan "Tidak di bunuh dan tidak membunuh diri"

Hari ni dialoq ni sekali lagi di gunakan kepada Mat Sabu "Jatuh sendiri bukan polis langgar"

kah kah kah... petanda kejatuhan Umno semakin hampir. Umno mewarisai pembohongan penjajah British. askar british bakar kampung orang melayu tapi depa tuduh komunis yang bakar. Tentera British bunuh orang melayu tapi depa tuduh komunis yang bunuh.

British tubuhkan umno untuk meneruskan pembohongan mereka di Tanah melayu. Umno jadi talibarut British kasi maklumat pada askar British sapa dia yang berjuang untuk merdeka.

Bohonglah bohong lah... lagi kuat berbohong lagi kuatlah petanda Umno akan kalah. Suruh polis bohong..suruh SPRM bohong..suruh TV bohong..suruh radio bohong... tapi hanya orang bodoh saja yang kena bohong kah kah kah.

Hari ini Nenek pun dah tahu guna Internet, hari ni budak 3 tahun pun dah ada akaun Facebook. Bila sampai pembohongan menjadi bahan jenaka maka itulah petanda terakhir Umno nak jadi bahan sejarah.

Kah kah kah...

WANITA BUAT KEJUTAN SEWAKTU MAJLIS PERKEBUMIAN ALLAHYARHAM DR LO LO GAHAZALI


Seorang perempuan hari ini telah mengejutkan suasana majlis perkebumian bekas Ahli Parlimen Titiwangsa Dr lo Lo Ghazali setelah mengaku boleh menghidupkan kembali Dr lo Lo....

Permintaannya untuk berbuat demikian telah mendapat bantahan daripada keluarga Almarhomah kerana mereka tidak percaya orang yang mati boleh hidup kembali di atas dunia ini.

Namun begitu Perempuan itu telah menunjukkan keratan akhbar di bawah ini sebagai bukti yang Dr lo Lo boleh hidup kembali tapi dengan syarat setelah hidup mesti masuk lokap.Kah kah kah.. Tak habis2 dengan lawak jenaka. Sekejap polis buat lawak, sekejap Panglima Jihad buat lawak, lepas tu Jakim pun buat lawak jugak kah kah kah. Semua orang nak bikin lawak.

Pasai apa polis senaraikan nama Dr Lo Lo yang tengah sakit di hospital sewaktu himpunan Bersi dalam waran tangkap Bersih? Bila masa Dr lo Lo keluaq hospital dan pi demo sekali dengan Bersih kah kah kah.

Agak2 la nak buat lawak pun. Hari tu polis senaraikan 91 orang tak boleh masuk KL. Antaranya ialah Saras dan Chung kai kah kah kah. Depa dua orang polis dah kurung dalam lokap macam mana depa nak keluaq pi demo kah kah kah.

hari ni buat lawak nak keluaq waran tangkap pada yang dok atas katil hospital time demo bersih pulak kah kah kah.

Lawak lawak.. patut la Shamsul Ghau Ghau boleh jadi Johan Sinaran Passport dulu. Rupa2nya dia banyak belajaq sewaktu dia kerja polis sebelum tu kah kah kah.

Abu Nawas cadangakan malam pakat2 pi jaga kuboq Dr lo Lo, bukan apa takut satgi ada orang hantaq waran tangkap kah kah kah...

LELAKI BUAT PENGAKUAN DI UPAH OLEH ANWAR UNTUK MENGAKU DI PUKUL POLIS DALAM HIMPUNAN BERSIH




Pembangkang ni memang tak ada kerja lain, tak habis2 dok fitnah polis. Ada ka patut depa pi ubahsuai video polis sedang membelai orang ramai pi jadi polis dok tibai orang ramai masa himpunan Bersih hari tu.

Aku sikit tak percaya polis sanggup buat zalim pada orang ramai. Ini semua Anwar Berahim punya kelentong. Tak ada lagi dalam sejarah polis kat malaysia ni dok tibai orang.

Aku nak kasi tau pada orang pembankang yang suka dok bikin fitnah pada polis ni, sekali lagi hangpa tuduh polis buat zalim aku akan repot pada panglima Jihad Berahim geli.

Hangpa ingat orang semua tak tau ka video dan gambaq2 pasai polis yang hangpa doh boh dalam blog dan FB tu semuanya hangpa dah edit.

Kerja2 edit mengedit ni hangpa semua dah buat lama tapi aku malas la nak kata apa. Bukan setakat himpunan Bersih punya gambaq saja hangpa edit malah gambaq kat bawah ni pun hangpa edit...

Ni semua sebab nak burukkan imej polis.
Gambar ini telah di ambil semasa Kugan tidur dak melelh ayaq lioq basi tapi pembangkang pi kata Kugan kena tibai dengan polis dalam lokap. Ini semua fitnah. Kugan sekarang ni masih bekerja di sebuah kilang kat Perai ni. Hari2 dia buat OT macam mana pembangkang kata dia kena tibai dengan polis sampai mati.

Ni pulak gambaq seorang cina yang tengah menyanyi dengan penuh perasaan tapi pembangkang pi cerita kat orang yang cina ni kena pukui dengan polis sampai lebam mata. Dah nama pun cina tentulah mata dia sepet. Tak kan polis nak pukui cina kot. nanti sapa nak sponsor.

Ni pulak gambaq seorang pompuan tengah salin baju kat fitting room di Supermarket. Budak2 mana pulak yang pi boh kamera kat fitting room tu. Bila dapat kat pembangkang gambaq ni depa pi edit jadi macam dalam lokap. Memang tak patut kata polis yang buat benda ni.


haa.. ni pulak gambaq Teoh Beng Hock tengah tidoq tengah jalan. Malam tu dia mabuk banyak sangat sebab tu dia lalok sampai terlena kat atas jalan. Polis dalam gambaq tu dok tengak kejutkan Teoh dari tidoq dan dia suruh balik tidoq kat rumah. Pembangkang pulak kata SPRM tolak dia.. Nak tolak apanya kat situ bukan ada bagunan tinggi pun. Cuma rumah sati tingkat saja.Ni lagi besaq punya fitnah pada polis. Ada ka depa kata yang pukui Anwar ni Ketua Polis negara. Gambaq Anwar sakit mata ni depa pi kata anwar kena pukui dengan polis.

Oleh itu aku nak nasihat pada semua yang dok fitnah polis, bertaubatlah segera dari dok tuduh polis macam2. Jangan la dok buat video dan gambaq tipu.

kalau ya pun nak buat video tipu buat la dalam Hitam putih. Boh gambaq polis pukui orang dalam hotel murah kah kah kah. Lepas tu pakat2 pi sumpah dalam masjid kah kah kah.

“Helo sayang, esok sudah nak bertolak, saya telah tinggal msj (mesej) gambar untuk kamu,

“Helo sayang, esok sudah nak bertolak, saya telah tinggal msj (mesej) gambar untuk kamu,” Ini cerita mamat yang suka tengok gambaq lucah. Dah suka tengok gambaq lucah dia cakap orang kena tipu la pulak.

Yang dia pi balas mesej tu apa pasal kalau bukan sebab dia nak tengok gambaq lucah keh keh keh. Bila tak dapat gambaq nak bising2 pulak.

Lain kali kalau nak tengok gambaq telanjang pi la Cyber cafe bukak internet ada berlambak2 gambaq telanjang.

Gambar Norman Hakim dan Aweknya Memey sedang bikin batas




Ini kisah pelakon yang nama Norman dan aweknya memey nak jaga batas. Batas apa yang depa nak jaga tidaklah Abu Nawas tahu..

Munkin depa tidoq ada bantai kat tengah2 kot sebab nak jaga batas. Jom baca dulu cerita depa jagan batas ni.. lepas ni kita buat batas tanam ubi kayu kah kah kah..

PELAKON Norman Hakim berkata dia tetap akan menjaga batasan mengenai hubungannya dengan pelakon Memey Suhaiza.

Ia termasuklah ketika diajak bergambar bersama kerana tidak mahu ada pihak-pihak yang kurang senang dengan aksi yang mereka berikan.

Baru-baru ini, Memey mahupun Norman tidak menolak untuk merakamkan gambar mereka berdua yang penuh mesra bagaikan pasangan suami-isteri

“Saya rasa tak salah bergambar kerana aksi kami itu bukan sengaja dilakukan sebaliknya atas permintaan pihak media.

“Kami tahu yang sepatutnya kami tidak perlu menunjuk-nunjuk kemesraan itu. Bagaimanapun, kami masih menjaga batasan antara satu sama lain kerana banyak hati yang perlu dijaga,” beritahunya sambil tertawa kecil.

Sama ada tingkah laku mereka itu akan meninggalkan kesan buruk atau tidak, Memey mahu menganggap semua itu sebagai suatu yang positif.


TERIMA KASIH POLIS - JASA MU TUMBANGKAN UMNO AKAN DI KENANG

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar meminta kerjasama orang ramai agar menyerahkan rakaman video berkaitan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lepas untuk dijadikan bukti sama ada terdapat dakwaan polis bertindak ganas semasa menyuraikan perhimpunan itu.

Mustahil polis tidak mempunyai bukti-bukti keganasan yang dilakukan sehingga perlu meminta kepada orang ramai.
Sedangkan polis boleh sahaja membuka youtube dan gambar-gambar yang diambil oleh orang ramai untuk digunakan sebagai bukti.

Jika polis menuduh video youtube dan gambar-gambar itu palsu, polis boleh sahaja guna khidmat pakar Amerika sebagaimana yang digunakan ke atas video seks ciptaan Dato 'T'. Apa jaminan polis, orang ramai yang menyerahkan video akan selamat dari ugutan dan ancaman jika menyerahkan video keganasan polis.

Berikut adalah senarai 10 keganasan polis semasa himpunan Bersih 2.0.

http://1.bp.blogspot.com/-xXCedQLHtPw/Thl69hknw2I/AAAAAAAAQTE/UNPIX1yjlzE/s320/bersihmati2.png
1. Allahyarham Baharuddin Ahmad, meninggal dunia

Mengikut laporan awalnya, Baharudin sesak nafas selepas terkena gas pemedih mata yang ditembak polis ke arah orang ramai yang menyertai perhimpunan itu.
Namun, cerita lain mula merebak sebaik sahaja jenazah Allahyarham dikeluarkan dari rumah mayat Hospital Kuala Lumpur selepas menjalani postmortem.
“Empat tulang dadanya didapati patah manakala tiga batang giginya juga patah,” kata Azhar Kassim, anak saudara Allahyarham Baharudin.
http://tvsnews.net/v1/images/news_images_upload/allahyarham.jpg
Laporan postmortem tidak dikeluarkan oleh hospital kepada keluarga mangsa.Ia menjadi tanda tanya keluarga kerana kenapa laporan itu tidak dikeluarkan sedangkan mayat dibenarkan untuk dikebumikan.
Usaha anak Allahyarham yang merupakan seorang doktor di HKL untuk mendapatkan laporan juga dikatakan tidak berjaya.
http://www.fuhsantai.com/wp-content/uploads/2011/07/bodyguard-anwar-2-640x480.png
2. Fayyad Al-Bakri, retak tulang pipi , jalani pembedahan plastik
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata , polis hanya boleh melepaskan tembakan gas pemedih mata pada paras 45 darjah ke arah udara , namun apa yang berlaku di KL Sentral 9 Julai lalu, pihak polis dipercaya sengaja menembak peluru gas pemedih mata ke arah mata Anwar Ibrahim,peluru itu melantun ke pipi pengiring beliau, Fayad Al-Bakri.(Ada Youtube )
http://3.bp.blogspot.com/-eBs_UGyjK_g/Th3j174ow5I/AAAAAAAACWk/VBKJjy5D7zY/s400/fayad%2Bal%2Bbakri%2B2.png
Akibatnya pengiring Anwar ini mengalami pendarahan dan kecederaan yang teruk di bahagian tulang pipinya. Beliau dilaporkan terpaksa menjalani pembedahan plastik.
http://1.bp.blogspot.com/-I2axRDckLeA/Th9zSCGb6pI/AAAAAAAAAeo/o19uKi285ME/s1600/268058_10150242917063046_215868293045_7054253_6642161_n-775839.jpg
3. Seorang pemuda, patah kaki kanan
Pemuda ini patah kaki kanannya akibat diterajang oleh beberapa anggota Polis/FRU.
http://media1-cdn.malaysiakini.com/382/515a218cedcef5d4c1533928ca7beb99.jpg
Selepas ditahan, diikat tangannya dengan cable tight, pemuda ini kemudiannya ditinggalkan begitu sahaja dibahu jalan oleh anggota polis yang menahannya selepas menyedari kaki pemuda ini patah. Maklumat mengenai pemuda ini masih belum diperolehi lebih lanjut.

4. Roslan Hussain, retak tulang dagu, patah dua batang gigi, terima 20 jahitan
Roslan mengalami keretakan pada tulang dagu, dua batang gigi patah serta terpaksa menerima 20 jahitan di bahagian luar dan dalam mulut akibat terkena kelongsong gas pemedih mata pada himpunan Bersih 2.0.
Doktor terpaksa mengikat giginya buat sementara dengan kos RM480 sebelum pembedahan dengan anggaran RM10,000.
5. Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad , enam jahitan di kepala
Khalid menerima enam jahitan selepas ditembak dengan gas pemedih mata tepat di kepalanya.
http://3.bp.blogspot.com/-EwZmesDoSDo/ThpTSlpJglI/AAAAAAAAHyA/iuM80vlHk4M/s1600/1.jpg
http://www.tvsnews.net/images/news_images_upload/mat%202.jpg
6. Timbalan Presiden PAS, ligamen koyak , terpaksa dibedah memasukkan besi
Motosikal yang dinaiki Timbalan Presiden PAS ini dirempuh Land Rover polis sehingga menyebabkan beliau tergolek di jalanan.
Beliau yang cedera kemudian dibawa oleh pegawai polis ke Balai Polis Jinjang dan dirujuk ke hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut.
http://1.bp.blogspot.com/-OqqIwlGN9Ag/TiRNhGnuveI/AAAAAAAAALY/ewfACWweUs8/s1600/mat%2Bsabu.png

“Saya dibebaskan selepas membuat pemeriksaan di klinik. Tapi disebabkan kaki kanan saya tidak pulih hari ini saya buat pemeriksaan di Selangor Medical Centre. Doktor kata ligamen saya koyak dan pembedahan untuk memasukkan besi" kata Mohamad Sabu
Beliau baru sahaja selesai menjalani pembedahan memasukkan skru di kepala lutut untuk membolehkan beliau berjalan semula.
7. Haji Suhardi Mohd, sesak nafas, pengsan
Haji Suhardi ditahan polis dan diikat dengan tangan ke belakang. Beliau mengalami sesak nafas yang teruk dalam keadaan tangan terikat.
http://3.bp.blogspot.com/-mAUrcoB0Q04/ThxgHiabWRI/AAAAAAAABb0/B6h_9LTQcYg/s320/Lakonan+1.png
Polis yang mengikat beliau gagal membuka ikatan mungkin kerana tidak membawa 'kunci' , hanya membawa pengikat. Akhirnya, orang awam yang membantu untuk membuka ikatan .
Beliau di bawa ke hospital selepas itu. Ramai yang keliru dan menyangka bahawa Haji Suhardi adalah Allahyarham Baharuddin Ahmad (Ada Youtube )
http://2.bp.blogspot.com/-32FJq9ORsho/ThkGYCy-U7I/AAAAAAAAFc4/62CjRU_Xo3o/s400/beza3.jpg
8. Dato' Seri Anwar Ibrahim,cedera di kepala dan lutut
Polis dikatakan menghalakan tepat senapang gas pemedih mata ke arah Anwar dalam jarak dekat.Hanya tindakan pantas daripada pengawal peribadi Anwar, Fayad Al-Bakri menyelamatkan pemimpin itu daripada kecederaan lebih teruk. ( Ada Youtube)
http://3.bp.blogspot.com/-vHZACMbF510/ThmaOxFkDTI/AAAAAAAAEuw/3jBgH9iVolg/s400/Anwar-Filem.jpg
Doktor menasihatkan Anwar memakai pelindung leher kerana khuatir kecederaan itu akan memberi kesan kepada tulang belakang beliau.
http://3.bp.blogspot.com/-BgqiAG9TGak/ThhM6VwDzxI/AAAAAAAAiig/4e8g4FixtSE/s320/280a84e6ad5a1a4dd9304c72cff63c36.jpg
9. Pemuda berdarah di kepala
Pemuda ini dibelasah polis hingga menyebabkan kepalanya berdarah . Beliau ditangkap oleh polis dalam keadaan darah yang meleleh di kepala.
http://2.bp.blogspot.com/-Mz5sYXEUGEs/ThkVZYIVscI/AAAAAAAAASA/h3ynb4Qw7CQ/s400/267686_144864375589282_100001971615614_275587_5100173_n.jpg
Bagi menutup keganasan polis , kepalanya telah dipakai dengan topi.( Ada Youtube )
http://3.bp.blogspot.com/-W_IbU-SnYVk/Th6SfBtPk1I/AAAAAAAAgBQ/EMnl0KW6YfE/s1600/IMG02466-20110709-1546.jpg
10. Pemuda , cedera diterajang
Pemuda ini telah diterajang bertubi-tubi oleh beberapa orang polis semasa ditangkap . Jalur Gemilang yang dipegangnya juga menjadi mangsa sepak terajang polis yang membelasahnya. (ada Youtube )

PSM bukan PKM, bukan KOMUNIS

Kempen Udahlah tu ...... PSM ditahan polis

Disebabkan polis Raja di Malaysia dan Menteri Penerangan dan Menteri Dalam Negeri begitu banggang tentang isu ini, maka risalah penerangan harus dikeluarkan
Penjelasan kepada tohmahan-tohmahan Kerajaan UMNO-Barisan Nasional terhadap Parti Sosialis Malaysia.

1. Apa itu PSM ? Apa itu PKM ?

PKM adalah Parti Komunis Malaya yang telah ditubuhkan pada tahun 1930 sebagai sebahagian daripada Comintern (Komunis Antarabangsa). PKM telah berjuang menentang penjajahan Jepun sebagai MPAJA dan kemudian menentang penjajahan British dan menuntut kemerdekaan. PKM adalah parti pertama dalam negara yang menuntut kemerdekaan dari British. Mereka akhirnya meletakkan senjata dan membuat perjanjian damai dengan Kerajaan Malaysia pada tahun 1989 dan hari ini tidak lagi wujud sebagai sebuah parti yang aktif.

PSM pula memohon untuk pendaftaran pada tahun 1998 dan beridelogi Sosialis. Setelah sebelas tahun berjuang, akhirnya PSM mendapat kelulusan pendaftaran parti pada tahun 2008. PSM pula mendaftar untuk melibatkan diri dalam proses pilihanraya dan telah bertanding dalam tiga pilihanraya setakat ini

2. Benarkah PSM hidupkan fahaman komunis? Apa itu sosialis – apa itu komunis

Perjuangan PSM berlandaskan ideologi sosialisme dan bukannya komunisme. Sosialisme adalah sistem ideologi yang mengatakan sumber kekayaan negara mesti dimiliki oleh awam daripada sektor swasta. Program PSM mengutamakan rakyat, memastikan pengagihan kekayaan dan sumber negara secara adil dan saksama. Antara perjuangan PSM ialah pendidikan untuk semua, kesihatan untuk semua dan segala kemudahan asas seperti air, letrik dan perumahan selesa untuk semua.

Maka, kempen-kempen yang sedang dijalankan oleh PSM ialah tuntutan Akta Gaji Minima untuk pekerja-pekerja bergaji rendah, pemansuhan GST agar tidak memiskinkan lagi rakyat, hak perumahan selesa untuk rakyat berpendapatan rendah dan peneroka Bandar, hak pendidikan percuma dan kempen membantah penswastaan hospital. PSM juga bersama kumpulan-kumpulan masyarakat madani yang berjuang untuk hak demokrasi seperti pilihanraya kerajaan tempatan, dan pilihanraya yang bersih dan adil.
Fahaman Komunis secara idealnya adalah satu tahap dimana kaum pekerja memiliki segala harta dan tidak ada sektor swasta.

3. Kalau begitu, kenapa PSM mengagung-agungkan pemimpin-pemimpin komunis?

Apa salahnya PSM mengiktiraf pejuang-pejuang kemerdekaan yang telah menentang penjajahan British dan Jepun sehingga negara mendapat kemerdekaan. Antara pejuang-pejuang ini Abdullah C.D. Ibrahim Yaakob, Ahmad Boestamam, Suriani, Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh dan Chin Peng yang mewakili organisasi-organisasi seperti PKMM, API, AWAS dan PKM.

Malah sejarah juga membuktikan bahawa selepas perjanjian perdamaian ditandatangani antara kerajaan Malaysia (IGP Hanif Omar) dan Parti Komunis Malaya (Chin Peng & Rashid Maidin) pada tahun 1989, peranan yang dimainkan oleh PKM dalam perjuangan kemerdekaan negara telah diiktiraf. Suriani dan Abdulah C.D juga telah diperkenan oleh DYMM Sultan Azlan Shah pada tahun 1998. Mereka bercakap lebih 2 jam, malah Permaisuri sendiri tertarik dengan cerita perjuangan pejuang-pejuang ini!

Sepatutnya kerajaan UMNO-BN (dulu Perikatan) patut dipersoalkan kenapa mereka mengenepikan sumbangan pejuang-pejuang kiri kemerdekaan tanah air dalam Buku-Buku sejarah kurikulum akademik masa kini. Kenapa UMNO-BN menyeleweng dari sejarah sebenar? Adakah disebabkan UMNO mendapat kemerdekaan kerana bersekongkol dengan British?

Pakar-pakar sejarah juga telah mengakui bahawa sejarah Malaysia harus di tulis semula.

4. Sejak bila T’shirt Chin Peng dan Rashid Maidin menjadi senjata untuk melancarkan perang ke atas Yang di Pertuan Agung?

Kenapa perlu PSM berjuang selama 10 tahun untuk pendaftaran selepas lebih 20 tahun bekerja di bawah NGO? Kerana Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir Mohammad mencabar rakyat Malaysia untuk bertanding dalam pilihanraya jika tak puas hati. PSM membuat permohonan pendaftaran pada 30 April 1998. Sejak itu hingga PSM didaftarkan pada August 2008 dan sehingga hari ini, segala aktiviti-aktiviti PSM adalah secara terbuka dan diketahui oleh semua pihak.

Sejak tahun 1999, PSM telah ambil bahagian dalam sistem pilihanraya di mana calon PSM telah bertanding dalam pilihanraya di bawah tiket DAP dan PKR oleh kerana PSM masih belum di daftar.

Semua aktivis-aktivis PSM dan pemimpin-pemimpinnya memang diketahui umum termasuk pihak polis. Pemimpin-pemimpin PSM selalu di ‘fron line’ dalam semua isu rakyat seperti isu kenaikan harga barang, masalah pengusiran paksa, isu akta gaji minima, protes GST dan penswastaan hospital.

Jangan memperkudakan PSM. Terbukti sudah paranoia BN apabila Buku Kartun Zunar, T’shirt Rashid Maidin dan kini sajak sasterawan negara dikatakan anti-kerajaan dan hasutan !

Kalau T-shirt Pemimpin Komunis antarabangsa seperti Che Guevara, Mao Tse Tung, Ho Chi Ming dan lain-lain dapat dipakai secara bebas, mengapa pula T-shirt Komunis tanahair tidak boleh dipakai ?

5. PSM menggunakan BERSIH untuk menjatuhkan kerajaan dan mempropagandakan ideology komunis?

BERSIH adalah usaha bersama masyarakat madani (NGO-NGO) di negara ini dan Perhimpunan BERSIH adalah untuk mendesak kerajaan untuk reform proses pilihanraya dan bukannya untuk menjatuhkan kerajaan BN.

Tuntutan-tuntutan ini adalah bertujuan untuk pilihanraya bersih dan adil. Jika berlaku pertukaran kerajaan, ia adalah melalui pilihanraya bersih dan adil. PSM menyokong tuntutan-tuntutan BERSIH seperti mana parti-parti PAS, DAP dan PKR kecuali parti-parti di bawah BN, Perkasa dan ‘katak-katak’ lain.

Usaha NGO-NGO ini turut menerima sokongan majoriti rakyat. Kita semua tahu itulah punca kenapa kerajaan BN-UMNO sekarang bertindak tidak tentu arah dan mahu menangkap semua yang memakai baju kuning dan mengedarkan risalah kuning. Warna Diraja juga kuning, apakah ini bermaksud kita boleh menuduh kerajaan UMNO-BN anti-monarki?

6. Bukankah propaganda anti-kerajaan PSM boleh mengancam keselamatan negara?

PSM adalah satu badan politik yang berideologikan sosialisme dan perjuangan PSM adalah seperti mana yang di katakan di atas (1) iaitu berjuang untuk memastikan rakyat tidak ditindas dan dieksploit oleh segelintir yang kaya dan berkuasa.

Sebagai parti politik, PSM berhak membuat kempen pilihanraya seperti mana yang dilakukan oleh kerajaan BN sendiri yang membuat kerja-kerja kempen dan propagandanya sepanjang tahun dan selama-lamanya. Seperti mana juga PKR, PAS, DAP dan parti-parti lain, PSM juga membuat kempen

BN kata ‘Rakyat di dahulukan dan pencapaian diutamakan’ tapi polisi-polisi dan undang-undang yang dibuat membuktikan sebaliknya dan PSM menentang dan mendedahkan segala polisi-polisi kerajaan yang anti-rakyat, menindas dan mengeksploitasi rakyat – apa salahnya? Maka PSM membuat kempen ”udahlah itu...bersaralah ”. Tapi UMNO-BN yang paronoid menuduh ini adalah sebahagian kempen BERSIH

7. PSM memiliki bahan-bahan berunsur komunis spt T’shirt.

Era perang dingin telah berlalu dan semua bahan-bahan zaman itu seperti memoir sedia didapati dipasaran dan boleh dibeli mana-mana sahaja. Ia sudah menjadi bahan ‘fashionable’. Diseluruh dunia kita boleh dapat T’shirt, selipar, key chain dan bermacam-macam lagi dengan gambar-gambar pemimpin-pemimpin dunia Lenin, Chandra Bose, Martin Lurther King, Ho Chin Minh, Che Guevara, simbol tukul dan sabit komunis serta simbol bintang . Adakah ini bermaksud mereka yang memakai semua ini juga berfahaman komunis?

T-shirt ini dan juga T-shirt Chin Peng, Suriani memang boleh dibeli dari pelbagai tempat seperti Chow Kit, Petaling Street dan sebagainya. Kerajaan UMNO-BN sudah paranoia sehingga citarasa rakyat pun mahu di kongkong!

8. Kalau kerajaan UMNO-BN begitu anti-komunis, kenapa mahu ada hubungan dengan kerajaan-kerajaan komunis?

Bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak telah melawat Pemimpim Parti Komunis China Mao Tse Tung pada tahun 1974 dan tahukah anda gambar (foto) perjumpaan ini pula telah digunakan semasa pelancaran Barisan Nasional! Lawatan ke negara komunis Cuba oleh Mahathir dan lawatan Fidel Castro ke Malaysia. Kenapa Petronas dan lain-lain kumpulan kapitalis membuka pernigaan di negara-negara komunis seperti Vietnam?

PENGHARGAAN KEPADA TUKANG KARUT UMNO-BN DAN POLIS

Akhirkata PSM ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PDRM dan KDN kerana telah mempopularkan PSM di kalangan rakyat Malaysia dan sekali gus memberikan peluang kepada kita mendidik rakyat tentang apakah berbezaan antara PSM dan PKM dan Sosialis dan Komunis.

Kami menasihatkan pembaca menyimpan risalah ini kerana Kerajaan UMNO-BN akan menggunakan label komunis dari masa ke semasa keatas pelbagai kumpulan (kali ini giliran PSM) untuk menakutkan rakyat dan menghalalkan penggunaan ISA.


apa itu komunis



Komunisme adalah ideologi politik dan struktur sosio ekonomi yang menggalakkan penubuhan masyarakat yang egalitarian, tanpa kelas, dan tanpa negara berdasarkan pemilikan dan kawalan sama ke atas faktor pengeluaran dan harta secara umumnya. Karl Marx menganjurkan komunisme sebagai peringkat akhir dalam masyarakat manusia, yang boleh dicapai melalui revolusi golongan proletariat. “Komunisme suci” menurut Marx merujuk kepada masyarakat tanpa kelas, tanpa negara dan bebas penindasan di mana keputusan tentang pengeluaran dan dasar yang dibuat secara demokratik bermakna membenarkan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan dari segi ekonomi, politik dan sosial

Menifesto

Persekutuan Tanah Melayu telahpun dengan megahnya mengisytiharkan kemerdekaan. Ini adalah lembaran baru dalam sejarah Malaya. Ini bukanlah kurniaan dari sesiapa bahkan adalah buah hasil dari perjuangan yang panjang tempohnya serta susah payah dari berbagai-bagai kaum, berbagai-bagai golongan, berbagai-bagai parti politik dan oleh orang-orang perseorangan. Parti Komunis Malaya telah membayar harga yang mahal dan memberi sebesar-besar sumbangan terhadap perjuangan yang mulia itu untuk kemerdekaan bangsa. Dalam hal ini, Parti Komunis Malaya berserta dengan rakyat seluruh negara pun merayakan dengan meriah juga atas lahirnya kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu itu.

Umum mengetahui bahawa, lahirnya Persekutuan Tanah Melayu itu hanyalah langkah yang pertama dari kemenangan dalam usaha kemerdekaan negara kita, dan masih jauh lagi daripada kemerdekaan yang sepenuhnya. Warisan penjajahan masih mendalam lagi di lapangan politik, iktisad, ketenteraan dan kebudayaan negara kita. Tugas besar dan berat yang bersifat jangka panjang masih terbentang di hadapan kita, iaitu terus berjuang untuk mewujudkan Malaya baru yang merdeka penuh, bebas dan demokratik serta aman dan makmur. Untuk melaksanakan tugas yang besar ini, bukanlah saling berbunuh-bunuhan dan perkelahian dalam negeri, bahkan sebaliknya perlulah adanya perpaduan, persamaan dan saling tolong menolong di kalangan rakyat dari segala kaum di dalam negara kita; bukanlah memberi untung kepada si penjajah, malahan ialah menamatkan peperangan bagi melaksanakan keamanan dalam negeri; bukanlah melanjutkan darurat dan menyekat kebebasan rakyat, malahan mengamalkan demokrasi dan menggerakkan tenaga raksasa rakyat. Dengan terlaksananya perpaduan kebangsaan, kebebasan dan demokrasi serta keamanan dalam negeri itulah syarat yang pokok bagi menciptakan Malaya baru yang merdeka penuh.

Negara kita sedang menghadapi dua persimpangan jalan. Satu di antaranya ialah melalui perpaduan bangsa, menamatkan peperangan dan mengamalkan demokrasi, yang akhirnya kelak akan terdiri sebuah Malaya baru yang merdeka penuh, bebas dan demokratik, aman dan makmur dari usaha bersama oleh rakyat segala kaum di dalam negeri kita; yang satu lagi ialah membiarkan si penjajah melaga-lagakan kaum-kaum Melayu, Tionghua dan India, meneruskan peperangan dan darurat dan menyekat kebebasan rakyat. Akibat dari jalan ini berertilah terus memelihara hak-hak istimewa si penjajah di dalam negeri kita, sementara itu maka Malaya akan tetap diperhamba dan tidak akan dapat memelihara kemerdekaan dan hak kedaulatan dalam hal ehwal luar negeri, dan di dalam negeri pula, Malaya akan berada dalam keadaan berbunuh-bunuhan, kemiskinan dan kemunduran.

Rakyat dari segala kaum di dalam negara kita ini mestilah giat berjuang untuk melaksanakan jalan yang pertama tadi.

Dalam masa yang lampau dan juga dewasa ini, Parti Komunis Malaya telahpun berjuang terus menerus berganding bahu dengan segala kaum di dalam negara kita untuk mencapai kemerdekaan yang penuh, demokrasi, keamanan dan kemakmuran bagi Malaya. Bertalian dengan maksud ini maka kami khususnya mengajukan usul pokok seperti berikut di bawah ini, yang bersendikan atas semangat MANIFESTO PARTI KOMUNIS MALAYA yang telah disiarkan pada tanggal 22, bulan Disember 1955, dan kami dengan ikhlasnya berharap bahawa rakyat segala bangsa di dalam negara kita mahu diterimanya dan mendesak pemerintah supaya dijalankan:

--- Memperkukuhkan dan menyelamatkan kedudukan kemerdekaan negara kita:

Menjalankan dasar luar yang merdeka menentukan haluan sendiri. Aman dan tidak memihak, mengadakan perhubungan diplomatik dengan segala negara. Menentang perang, mempertahankan perdamaian dan jangan mencampuri sebarang ikatan ketenteraan, bersatu dan bekerjasama dengan negara-negara Asia – Afrika; mendorong percantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu.

---Menggalakkan perpaduan dan saling bantu membantu di antara orang-orang Melayu, Tionghua dan India serta lain-lainnya. Dengan bangsa Melayu sebagai terasnya, memelihara hak-hak dan kepentingan yang selayaknya bagi segala bangsa di dalam negeri ini.

---Menjamin hak-hak demokrasi dan kebebasan rakyat, membebaskan orang-orang salah politik yang cinta tanah air di seluruh negara; segala parti-parti politik dan badan-badan pertubuhan rakyat yang menumpukan taat setianya kepada ibu pertiwi – Persekutuan Tanah Melayu, haruslah memperoleh kedudukan yang halal.

---Memelihara dan memperkembang perindustrian kebangsaan, pertanian dan perusahaan, memaju dan memperkembang kebudayaan, menjalankan pelajaran yang meliputi, dan memperbaiki kehidupan rakyat.

---Menamatkan peperangan, membatalkan Undang-undang Darurat, dan mewujudkan perdamaian dalam negeri.

Harus dijelaskan, bahawa dewasa ini menamatkan peperangan, menamatkan darurat dan mewujudkan keamanan dalam negeri adalah tugas yang paling mendesak bagi rakyat segala bangsa di seluruh negeri ini. Jika peperangan ini tidak ditamatkan dan darurat tidak diakhiri, maka rakyat dari segala bangsa di negeri kita ini tidak akan mungkin dapt hidup bersama dalam damai, dan negara kita akan terus menderita bencana penjajahan, dan cita-cita suci untuk pembangunan ibu pertiwi kita pun akan menjadi hampa layang.

Parti Komunis Malaya, sejak dari hari tertubuhnya lagi adalah tenaga yang tegas dalam menentang penjajahan dan bertekun kerana kemerdekaan Malaya. Dalam masa pendudukan Jepun, kita berserta dengan rakyat di negeri kita telah melancarkan perjuangan bersenjata menentang Jepun. Sejak dari tahun 1948, Parti Komunis Malaya sekali lagi telah dipaksa melancarkan perjuangan bersenjata menentang penjajah British selama 9 tahun. Peperangan yang seperti itu ialah dipaksakan oleh penjajah British ke atas rakyat segala bangsa di negeri kita serta ke atas Parti Komunis Malaya. Parti Komunis Malaya sejak dari dulu hingga sekarang, tidak putus-putusnya menentang perbuatan berbunuh-bunuhan di antara rakyat dari segala bangsa di dalam negara kita. Parti Komunis Malaya telah tidak putus-putusnya menganjurkan perpaduan di dalam negara kitaa, bersatu padu di antara orang-orang Melayu, Tionghua dan India serta lain-lainnya mengadakan ikatan dari pelbagai golongan di dalam negara kita agar supaya berjuang bersama-sama untuk mencapai kemerdekaan bangsa. Parti Komunis Malaya tidak mahu menyembunyikan kepercayaan dalam cita-cita komunizem, akan tetapi kami sentiasa berpendapat bahawa tugas Malaya dewasa ini bukanlah melaksanakan komunizem dan sosializem, malahan adalah mewujudkan kemerdekaan bangsa, demokrasi, kebebasan, keamanan dan kemakmuran.

Tanggal 22 bulan Disember tahun 1955, Parti Komunis Malaya telah mengeluarkan sebuah manifesto untuk memperjuangkan kemerdekaan, demokrasi dan keamanan Malaya, dan telah menerangkan keinginan yang ikhlas untuk menamatkan peperangan Malaya. Perundingan di Baling telah berlangsung pada hujung tahun tersebut. Semasa perundingan tersebut, wakil dari parti kami, Chin Peng telah sekali lagi mengemukakan usul-usul yang menasabah bagi menamatkan peperangan itu. Yang mendukacitakan ialah, bahawa perundingan itu tidak pun membuahkan hasil, kerana masa itu Malaya belum merdeka lagi. Dari itu, maka peperangan pun berjalanlah terus-menerus.

Akan tetapi, kini Malaya sudah merdeka. Dari itu, Parti Komunis Malaya sekali lagi merayu sebagai berikut:

Tamatkanlah peperangan dengan segera, wujudkanlah keamanan di dalam negeri!

Untuk menghadapi tujuan ini, Parti Komunis Malaya sekali lagi mengeluarkan pernyatan sebagai berikut:

Kami mahu memberhentikan perjuangan bersenjata ini, menumpukan taat setia kami sebagaimana yang dilakukan oleh rakyat-rakyat yang lain di dalam negeri kita terhadap ibu pertiwi - Persekutuan Tanah Melayu dan mengambil bahagian di dalam segala rupa gerakan untuk kemerdekaan, demokrasi dan kemakmuran Malaya, bukanlah dengan cara perjuangan bersenjata atau kekerasan, malahan dengan cara jalan demokrasi di dalam lingkungan batas-batas Perlembagaan. Adalah kewajipan dan hak tiap-tiap warganegara mengambil bahagian di dalam gerakan seperti itu; tidaklah beralasan barang sedikitpun merampas hak yang tersebut tadi dari seseorang warganegara, apatah lagi merampas hak tersebut tadi dari sebahagian warganegara yang telahpun bersusah payah berjuang dan memberi pengorbanan yang gagah berani untuk kemerdekaan tanah air.

Kami yakin bahawa peperangan ini boleh ditamatkan dan keamanan dalam negeri dapat diwujdukan. Adalah sangat merbahaya kepada tiap-tiap bangsa, golongan, parti-parti politik dan orang-orang perseorangan di dalam negeri ini sekiranya peperangan dan darurat akan diteruskan juga. Ini hanya berfaedah kepada si penjajah yang sangat-sangat suka merintangi kemerdekaan, demokrasi, kebebasan, keamanan dan kemakmuran Malaya. Ini sama sekali tak dapat dibiarkan oleh rakyat dari pelbagai bangsa di negara kita.

Bersatulah rakyat segala bangsa di dalam negara kita supaya berjuang untuk menamatkan peperangan, mewujudkan keamanan dalam negeri dan menciptakan negara kita menjadi negara baru yang merdeka penuh, demokratik, bebas, aman dan makmur.


Pada tanggal 1 September 1957

Jawatankuasa Pusat

Parti Komunis Malaya


Blackend Is The End

Dyers Eve