To Live Is to Die

free counters

Sabtu, 23 Julai 2011

PUKIMAK HANG


Bosan..itulah yang boleh di katakan jika di tanya tentang blog2 pro pembangkang. Maka tidak hairanlah jika rangking terbaru yang di keluarkan blog2 pro Umno telah semakin berada di atas carta...

Jika anda sentiasa mengikuti perkembangan politik semasa apa yang boleh kita simpulkan dari blog politik pro PR ialah mereka tiada isu tersendiri untuk di cetuskan melainkan hanyalah di copy n paste dari portal2 berita online seperti Malaysiakini dan Insider.




Cuba lihat contoh posting blog2 yang di beri pautan oleh Blog Abu Nawas di bawah iniDari 5 blog ini hanya Manjung Mari dan Link bloger Malaysia sahaja tidak mengulas tentas isu2 yang telah di ambil dari Malaysiakini. 3 blog yang lain semuanya mengulas perkara yang sama.
Begitu juga dengan6 blog di atas ini semuanya adalah copy n paste.. Juga berita yang sama dari 5 blog ini kecualai Cenangau.. MAE dan Naim pulak telah bertukar dari blog politik kepada blog sensasi. Kenapa? Juga berita yang sama kecuali abu Nawas tentang tahanan PSM.

Itu adalah sebahagian daripada blog2 politik yang di beri pautan oleh Abu Nawas. Apalah yang dapat di banggakan jika hanya sekadar copy n paste sahaja., Dalam masa satu jam blog2 di atas di update semuanya mebawa berita yang lebih kurang sama sahaja.

Yang menjadi persoalan lagi mengapa pula ada blog2 politik yang kini telah bertukar menjadi blog berita atau berita sensasi? Apakah sudah tidak ada idea lagi untuk menulis atau sekurang2nya untuk mengulas?

Dan satu trend lagi ialah blogger2 pro PR ini seperti terlalu taksub dengan hit tertinggi sehinggakan mereka re-update posting yang sama setiam satu jam untuk meletakkan blog mereka di atas agar di buka pembaca.

Untuk apa berbuat demikian? Blog2 yang berada di rangkin teratas juga berbuat demikian.

Lihat pula kedudukan rangkin semua blog politik yang pro BN dan PR di bawah ini :-

Dari 50 blog hanya 22 di duduki oleh bro PR dan 28 lagi di monopolis oleh pro BN malam ksedudukan teratas antara 50 blog ini juga di kuasai oleg blog pro BN.

Hanya apabila di tangga ke 43 hingga 49 sahaja blog pro PR dapat mempertahankan kedudukan berturut2 dari terus di malukan oleh blog pro BN. (DENGAN BANGGA DAN SOMBONG SERTA ANGKUHNYA BLOG ABU NAWAS BERADA DI TANGGA KE 47..fuhhh sakit hati gila puak2 Yusni Mat Piah kah kah kah)

Mengapa pembaca memalingkan bacaan mereka kepada blog pro BN? Ini adalah kerana blog2 pro BN tidak mencedok sumber mereka dari portal2 untuk di jadikan bahan. Sama ada benda yang mereka tulis itu dalam bentuk fitnah atau apa saja tetapi pembaca mahukan sumber maklumat yang tidak boleh di dapati dari mana2 portal berita online.

Mengapa blogger pro PR jadi begitu? hanya blogger yang ada jawapannya kerana susah senang blogger tiada siapa yang tahu. Berjaga hingga jam 4 pagi hanya untuk mencari berita bukan perkara yang semua orang boleh buat. tak payahlah Abu Nawas nak cerita kat sini biarlah mereka2 yang kini sedang bersenang lenang dengan hasil pengorbanan blogger bila mati nanti menjadi anjing kurap.

Maka pada malam ini (23/7) sekali lagi para blogger berjumpa. Sesuatu metilah di lakukan untuk mengembalikan kegemilangan blog pro PR. Pertemuan kali ini adalah di harapkan tidak lagi di tanam janji2 manis oleh anjing anjing parti politik seperti yang telah belaku sebelum ini.

Sekiranya para blogger terus saja di hambakan diri mereka dengan segala pembohongan anjing anjing politik ini maka para blogger akan terus di hina seperti babi dan anjing kurap.

Oleh itu Abu Nawas berharap perjumpaan malam ini akan terus memacu blogger2 untuk menyuarakan suara rakyat bukan suara anjing anjing politik yang hanya pandai berjanji tapi semuanya pembohong dan temberang.

Kalau ada anjing2 politik yang hadir pada malam ini dan cuba hendak berjanji kepada blogger Abu Nawas mohon kepada semua rakan2 blogger yang hadir pada malam ini katakan padanya yang Abu Nawas kata "Oiii anjing politik hang dok temberang apa..PUKIMAK HANG" Jangan malu dan segan katakan PUKIMAK HANG kepada anjing2 politik yang nak buat janji itu. Katakan yang Abu Nawas kata.

SUARA CHON KAI DARI PENJARA


Sesuatu yang ingin aku tulis kebelakang ini adalah tentang Tahanan 6 orang PSM yang kini telah lebih 20 hari di tahan tanpa boleh membela diri..

Namun masa amat2 tidak mengizinkan untuk aku berbuat demikian. Sehinggalah terbitnya catatan seorang teman di dalam Malaysiakini hari ini tentang Choon Kai aku masih berangan2 untuk menulis tentang mereka.

Benarlah apa yang di tulis tentang nak muda ini pada tulisan di bawah ini. InsyaAllah sekiranya di izinkan masa aku akan menulis tentang beliau dan rakannya yang pernah aku kenali.

Sesungguhnya jika anda mencari seorang kawan yang jujur, tidak sombong, rendah diri dan tiada di hati mereka hasad dan dengki maka kawan2 yang anda cari itu ada di dalam Parti Sosialis Malaysia.

Dan percayalah dalam parti mana pun yang anda berada anda tidak akan dapat lari dari hipokrasi dan kesombongan pemimpinnya melainkan dalam PSM.

Jika anda pernah mendengar lagu Internationale seperti video di bawah ini anda patut tahu yang suara itu adalah suara anak muda yang mengabdikan dirinya untuk rakyat dan kini sedang di fitnah dengan tuduhan yang tidak masuk akal.



Saya mengenali seorang kawan yang bersuara lembut tetapi ikhlas dan progresif sepanjang tiga tahun pengajian saya di universiti bersamanya. Dengan bakat yang ada padanya, sudah tentu jejaka berusia 31 tahun iu tidak akan menghadapi masalah mendapatkan Ijazah Kedoktoran Falsafah (PhD) jika beliau memilih untuk melanjutkan pengajiannya. NONEKawan-kawa sekelilingnya sedar akan minatnya yang mendalam terhadap pengajian kimia, dan dia adalah murid kesayangan profesor Fakulti Kimia. Namun, naluri telah mendorong beliau untuk melupakan cita-cita peribadi tetapi menjebakkan diri dalam kerja-kerja kemasyarakatan yang menuntut bukan sahaja perjuangan tetapi juga pengorbanan bagi menegakkan hak asasi golongan terjejas dan keadilan golongan pekerja. Sepanjang tempoh kerja sepuluh tahunnya yang lalu, bermula dengan kerjaya dengan sebuah pertubuhan hak asasi sehingga beralih ke Parti Sosialis Malaysia, tidak pernah saya terdengar beliau menimbulkan soal ganjaran yang diberikan kepadanya. Apa yang saya perhatikan, beliau masih menunggang motorsikal lama yang digunakannya sewaktu di universiti dulu. Pakaiannya juga tidak banyak berubah - seluar jeans yang sama dan kemeja-T dengan cetakan tema hak asasi manusia atau demokrasi. Beg usang yang digalasnya juga amat sukar boleh dijumpai lagi atau dibeli di pusat membeli-belah besar hari ini, manakala selipar yang mengalas tapak kakinya pula boleh didapati di kebanyakan pasar malam. Pernah semasa bersembang dengannya, Chon Kai memberitahu: “Gaji saya bulan ini sudah hilang.” Setelah ditanya lanjut, dia beritahu bahawa gaji yang diisi di dalam sampul surat dan terletak di pusat perkhidmatan tempat dia bekerja sudah hilang. Pusat perkhidmatan itu selalu dikunjungi orang ramai yang datang meminta bantuan. Jadi saya tanya, “Engkau tak sebut pada siapa-siapa dan cuba tanya sama ada orang terambil?” Dia hanya memberi senyuman tawar dan mengangkat bahu sambil mengelengkan kepala. NONEApa yang telah hilang baginya tidak perlu diperpanjangkan. Bagi orang sepertinya wang bukan segala-galanya. Sesungguhnya Chon Kai cukup 'mencintai' kerjanya. Peluang berkhidmat kepada rakyat, khususnya golongan miskin dan terpinggir cukup bererti baginya. Bagi dirinya, adalah satu kejayaan jika beliau mampu meningkatkan kesedaran orang ramai dan menggerakkan proses demokrasi.

Muzik alternatif

Jejaka ini selain menghabiskan sebahagian besar masanya dalam penyelidikan sejarah pembangunan masyarakat juga gemar menulis komen tentang isu-isu semasa. Pada waktu terluang dia suka berkongsi dengan kawan-kawan tentang muzik dan wayang gambar yang bukan dari aliran utama. Di blog atau laman internet peribadinya, terdapat banyak puisi, nota pelancongan dan ulasannya tentang wayang gambar berkenaan. Sebenarnya, dia sudahpun menjadi ahli yang aktif dalam menganjurkan anugerah kesusasteraan semasa tahun pertamanya di USM. Ketika kami bergelak tertawa dan bermain-main dalam kumpulan, dia pula menumpukan perhatian membaca buku Ling Shan atau Gunung Jiwa yang telah memenangi Hadiah Nobel dan ditulis oleh Gao Xingjian. “Memang mengagumkan,” kata kami. Tabiat membaca tidak pernah lekang bagi Chon Kai. Pernah kami nampak dia membaca di atas motorsikalnya ketika menunggu rakan untuk dihantarnya dalam aktiviti kampus. Sedikit masa lapang yang ada akan dicurinya untuk menikmati pembacaan. azlanPendedahan pengalaman sebenar dalam kerja-kerja kemasyarakatan banyak membuka matanya dan mengukuhkan pedomannya dalam menentukan hala tuju diri. Dia percaya akan masyarakat sivil dan berpendapat bahawa setiap orang mempunyai hak untuk mengejar kebebasan dan keadilan. Dalam perhimpunan yang disertainya, besar atau kecil, dia kerap kali mengunakan kameranya untuk merakamkan wajah rakyat jelata yang sedang berjuang menuntut hak mereka. Kadang-kadang dia menghadiri persidangan antarabangsa pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atas keperluan dalam kerjanya. Ada masanya dia terpaksa menceluk saku bagi menghadiri forum hak asasi manusia yang diminatinya.

Durian Balik Pulau

Dia pernah meminta bantuan daripada kawan-kawan malalui Facebook, “Siapa boleh pinjamkan duit kepada saya untuk beli tiket kapal terbang? Saya akan pulangkan secara beransur-ansur selepas kembali dan mendapat gaji saya.” Begitulah cara beliau meninggalkan jejaknya di merata tempat di luar negeri. Dalam perjalanannya dia tidak lepaskan peluang untuk mengesan jejak perjuangan berhaluan kiri. Keberahiannya terhadap keadilan tidak pernah kurang hangatnya walaupun pada musim sejuk. Kini, Chon Kai telah ditahan lebih 20 hari di bawah Ordinan Darurat, setiap satu hari adalah tempoh panjang yang menyeksakan! Dia dituduh cuba menghidupkan semula fahaman komunis dan menggulingkan sistem beraja. NONETuduhan yang tidak masuk akal dihamburkan dengan begitu sahaja. Ia bukan sahaja merampas kebebasan dirinya, tetapi juga meragut kasih seorang ibu tua untuk bermanja dengan anaknya itu. Kenapa pada abad ke-21 ini, masih wujud undang-undang zalim sebegitu yang membenarkan penahanan tanpa bicara? Mengapakah masyarakat kita boleh bersabar dengan perkara yang tidak munasabah ini? Musim durian ini mengingatkan saya tentang kawan ini yang gemar akan durian tetapi dia sedang dikurung dalam 'ruangan' yang sempit itu, malah dia dikurung secara bersendirian. Saya berharap dia sempat menikmat beberapa ulas isi buah yang kekuning-kuningan di Balik Pulau sebelum musim durian ini berakhir.

Blackend Is The End

Dyers Eve