Blackend Is The End

Isnin, 25 Julai 2011

JOM TANDATANGAN PETITION BANTAHAN TAHANAN PSM6

To: Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Y.B Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein, Inspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar

KAMI RAKYAT,
dengan sekeras-kerasnya membantah penahanan 6 aktivis Parti Sosialis Malaysia(PSM) dibawah Ordinan Darurat(EO). Kami mendesak kesemua mereka dibebaskan dengan serta merta tanpa syarat atau didakwa di mahkamah terbuka. Penahanan mereka seterusnya adalah salahguna kuasa dan satu pencabulan hak asasi manusia..

6 orang yang ditahan adalah aktivis sosial dan ahli PSM yang banyak berjuang
untuk rakyat secara terbuka. Mereka semua terlibat dalam isu-isu seperti
perumahan selesa untuk rakyat, gaji minima untuk pekerja, hak pekerja kilang dan ladang, pendidikan percuma untuk pelajar, sistem kesihatan yang mampu dibiayai oleh rakyat dan banyak lagi aktiviti dan kempen yang dijalankan secara terbuka.

Malah Dr. Jeyakumar adalah Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat secara
demokrasi. Pihak PDRM pastinya mengetahui aktiviti yang dijalankan oleh aktivis PSM ini kerana semua program ini dibuat secara terbuka. Mereka bukannya sekumpulan pengganas atau penjenayah yang merancang untuk
menguling kerajaan.

Sincerely,

Click sini untuk tandatangan Sign the Petition

Bebaskan 6 Tahanan Aktivis! Lapor pada polis penyalahgunaan kuasa!

Setakat ini lebih 450 laporan telah dibuat di seluruh negara! Teruskan membuat laporan polis terhadap penahan rakan- rakan aktivis kita yang tidah sah ini!

ADUAN POLIS TERHADAP:

1. DATUK HISHAMUDDIN, MENTERI DALAM NEGERI;

2. TAN SRI ISMAIL OMAR, KETUA POLIS NEGARA,;

3. DATUK KHALID ABU BAKAR,TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA,

Aduan oleh :


...........................................................

..........................................................

PENAHANAN TIDAK SAH 6 ORANG AHLI PSM : DR.JEYAKUMAR, CHOO CHON KAI, SARATBABU, SARAVATHY, LETCHUMANAN & SUKUMARAN DI BAWAH ORDINAN DARURAT

Saya ___________________________ no kad pengenalan ____________ ingin membuat laporan polis terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin; Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan; Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar kerana:

1. Telah menangkap 6 orang ahli dan aktivis PSM di bawah Ordinan Daururat (EO) yang tiada hak untuk membela diri dan dibicarakan di Mahkamah dan biasa digunakan terhadap penjenayah berat. .


2. Melakukan penyiasatan dan penderaan ala ISA walaupun ke-6 mereka di tahan di bawah EO.


3. Telah membuat tuduhan palsu dan cuba mengaitkan mereka kepada aktiviti-aktiviti yang mereka tidak terlibat seperti melancarkan perang keatas DYMM Agung atau memulihkan PKM antaranya.


4. Risau akan keadaan kesihatan mereka memandangkan mereka berada ada dalam sel berasingan


5. Penahanan tanpa bicara dibawah EO/ISA adalah satu pencabulan hak asasi manusia dan dikutuk oleh semua Institusi hak Asasi Antarabangsa dan oleh semua amalan agama di dunia,.

Saya/Kami sebagai rakyat Malaysia amat kecewa dan dukacita atas penahanan keenam aktivis ini. Saya meminta mereka dibebaskan atau dibicarakan di mahkamah terbuka dengan serta merta. Saya membuat aduan polis ini kerana ke 6 ahli aktivis PSM ini ditahan secara tidak sah. Saya bimbang akan keselamatan mereka dan membuat aduan polis ini kerana mahukan mereka dibebaskan dengan serta merta atau didakwa di mahkahmah.

Sekian laporan saya.

Sugumaran a/l Munisamy

Sugumaran atau lebih dikenali sebagai “Sugu” adalah anak kepada Munisamy a/l Maniam dan Sinnamah a/p Sinniah. Beliau telah dilahirkan pada 28 April 1961. Beliau adalah anak kedua daripada tujuh orang adik-beradik. Ibu bapa beliau adalah pekerja ladang. Tahap pendidikan beliau adalah sehingga Tingkatan 3. Walaupun berbekalkan tahap pendidikan yang boleh dikatakan rendah, namun beliau mempunyai tahap pengalaman yang luas. Beliau bekerja sebagai juruteknik dan juga menolong ibu bapa untuk menorah getah..

Jika kita melihat sejarah perjuangan Komrad Sugu, pada tahun 1986 iaitu ketika beliau berusia 25 tahun, beliau telah mula menyertai “Kalvikuzhu” dan telah mengorganisasi pusat tuisyen di lima buah ladang di Sungai Siput.

Ketika beliau berusia 30 tahun iaitu pada tahun 1991, beliau telah menamatkan zaman bujangnya dan beliau telah dikurniakan 2 anak perempuan dan 1 anak lelaki. Pada tahun yang sama, beliau telah menjadi ahli “Alaigal”. Tujuan asas beliau menyertai Alaigal adalah untuk menperjuangkan hak pekerja ladang yang ditindas. Beliau juga telah berjuang untuk kesaksamaan para petani, peneroka Bandar dan secara umumnya masyarakat yang ditindas.

Beliau telah beberapa kali ditahan oleh pihak polis kerana penglibatan beliau dalam perjuangan yang suci ini. Walaupun begitu, semangat beliau masih segar dan beliau tidak akan berganjak sehingga hak yang dituntut tidak diperoleh.

Ketika beliau berusia 37 tahun iaitu pada 1998, beliau telah menjadi ahli Parti Sosialis Malaysia cawangan Sungai Siput. Ketika beliau berusia 47 tahun iaitu pada 2008, beliau telah dilantik menjadi Pengerusi Parti Sosialis Malaysia cawangan Sungai Siput. Jawatan ini memang sesuai untuk beliau kerana penglibatannya dalam menyelesaikan isu-isu masyarakat yang tertindas. Pada 4 Jun 2011, Kongres PSM telah diadakan dimana beliau telah dipilih menjadi Ahli Pusat PSM.

Beliau memang terkenal di kalangan ahli PSM dan masyarakat untuk kerana bakat menyanyi yang beliau ada. Boleh dikatakan dalam setiap program PSM, beliau akan menyanyikan lagu-lagu perjuangan yang memang diminati oleh orang ramai.

Walaupun beliau begitu giat dalam perjuangan, namun beliau tetap memainkan peranan yang sangat penting dalam keluarganya. Beliau begitu berdedikasi dan memberi kepentingan dalam memberikan pendidikan, kemudahan, dan juga kewangan kepada anak-anaknya.

Secara totalnya, Komrad Sugu merupakan salah satu tunjang dalam perkembangan Parti Sosialis Malaysia. Beliau mempunyai semangat yang begitu tinggi dan berani berdepan dengan polis untuk memperjuangkan hak pekerja dan masyarakat.

Kini, beliau telah ditahan di bawah Akta zalim EO = ISA. Sudah hampir sebulan beliau ditahan. Sebab yang diberikan adalah sebab yang bodah. Keluarga mereka sedang menanti kepulangannya.

Namua, semangat kita tidak akan luntuh. Kita akan berjuang berhabis-habisan sehingga penindasan mengambil tempat.

Biodata R. Saratbabu, Aktivis Pemuda yang Berani


R Saratbabu @ Babu merupakan anak bongsu dalam keluarganya yang terdiri daripada 5 orang adik – beradik. Ibubapa Babu yang merupakan Pejuang Kg. Chepor telah menjadi asas kepada babu untuk melibatkan diri dalam perjuangan dan kerja – kerja untuk masyarakat. Sejak kecil lagi , Babu mendapat pendedahan secara tidak langsung akan mesyuarat , kumpulan , aktiviti dan tindakan pejuang – pejuang Kg. Chepor.

Setelah mencapai umur 17 tahun , Beliau telah mengorak langkah menubuhkan satu kumpulan pemuda dalam kalangan anak – anak pejuang Kg. Chepor. Isu penubuhan ini telah diutarakan kepada Saudari M. Sarasvathy selepas tamatnya Program Sambutan Kejayaan Perjuangan Kg. Chepor dan pada tahun 2005 Pemuda Fron Alaigal ditubuhkan dengan 10 orang ahli..

Pemuda Alaigal menjadi satu kumpulan yang menganjurkan program – program berfaedah kepada anakmuda – anakmuda sekitar Ipoh. Dari situlah , Saya mengenali M. Sarasvathy penyelaras Pemuda Alaigal dan Pengasas Pemuda Alaigal R Saratbabu melalui satu program kebudayaan pada Disember 2006. Saya telah menyertai program tersebut seterusnya menyertai Kem Aankmuda Sosialis -1 di Port Dickson pada March 2007. Selepas kem tersebut , Saya telah dipelawa oleh M. Sarasvathy menyertai Pemuda Alaigal. Justeru , Babu yang saya kenal hari itu sehinggalah harinya beliau ditahan dalam Ordinan Darurat beliau tetap berani kerana bangga akan perjuangan rakyat yang dilakukannya.

R Saratbabu juga memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga selepas ayahnya mengalami strok 2 tahun lepas. Beliau mendapat asas – asas kepimpinan dan sifat tanggungjawab daripada keluarganya , ini seterusnya menjadikan Babu seorang yang sangat berkaliber dalam perjuangan. Pekerjaan beliau adalah sebagai guru tuisyen dirumahnya dan mempunyai satu imej yang baik dalm kalangan masyarakat setempat sebagai pendidik dan aktivis masyarakat . 2 tahun lepas juga , beliau mula mengajar di Pusat Tuisyen.

Bemula tahun 2008 sehingga 2009 beliau cuba dan terus cuba untuk mendapatkan tempat untuk Kursus Eksternal BOJ di Universiti Malaya tetapi gagal. Nanun , tekad dan aspirasi untuk mempelajari undang – undang akhirnya membuahkan hasil apabila kali ketiga beliau memohon dan beliau berjaya mendapat tempat untuk Kursus Eksternal BOJ – UM. Babu yang mempunyai tanggungjawab besar dalam keluarganya , pekerjaan dan pelajaran tidak pernah melepaskan perjuangan dan terus berkhidmat untuk rakyat dan anakmuda yang tertindas. Persepsi saya ,Babu seorang yang tidak mudah putus asa dan mampu menangani apa jua masalah dengan baik.

Hampir 5 tahun saya mengenali Saudari M. Sarasvathy dan Saudara R Saratbabu , Mereka mementingkan perjuangan bersama rakyat dan memobilisasi rakyat. Walaupun , Babu sangat aktif dalam kegiatan Pemuda namun beliau juga memikul tanggungjawab – tanggungjawab lain seperti membantu dalam PSM Bercham. Pelbagai aktiviti seperti Kem Anak Muda , Liga Bola Sepak , Seminar Peperiksaan , Lawatan Sambil Belajar , Sukaneka , Karnival dan lain – lain diadakan untuk anakmuda – anakmuda sekitar dengan tujuan dapat menghindarkan mereka daripada gejala social dan menarik mereka kearah membantu masyarakat sekeliling.

Selain itu , komitment beliau pada peringkat cawangan dan PSM Nasional juga saya melihat sebagai sesuatu yang penting kepadanya kerana daripada penglibatan dalam beberapa komponen ini menjadikan Babu lebih berpengalaman. Babu sentiasa mencari sesuatu untuk dibuat. Cara koordinisasi beliau saya amat kagum dimana beliau akan koordinisasi sesuatu perkara secara menyeluruh dengan baik. Beliau juga menjadi Salah seorang Penyelaras Negeri Perak Kempen Basikal JERIT 2008 dan berjaya menamatkan kempen 17 hari tersebut dengan begitu teratur. Babu mementing prinsip pemusatan demokrasi dimana keputusan dibut secara majority dengan amengambil kira pendapat semua orang yang hadir dalam satu – satu mesyuarat. Saya banyak membelajar daripada R Saratbabu dan M. Sarasvathy antaranya adalah tiada diskriminasi umur diantara kami semasa berdebat , pemusatan demokrasi dan lain – lain lagi.

Apabila saya kecewa dan marah dengan satu – satu individu ataupun perkara , Babu akan cakap “ Hussein , Kita kerja untuk Parti dan Rakyat yang lain tidak penting ”. Kata – kata itu akan sentiasa diulang kepada saya atau sesiapapun yang akhirnya memberi kematangan untuk bergerak kehadapan lagi. Babu juga seorang yang bergaul sosial dengan semua orang dan begitulah saya dan beliau menjadi sahabat yang rapat. Hampir Saban hari kami berjumpa membincangkan aktiviti pemuda , Parti dan peribadi seperti keluarga , pelajaran , kewangan dan lain – lain. Saya mendapat kepercayaan Babu dalam berkongsi apa jua perkara dan ada masanya kami akan berdebat berjam – ja untuk mendapatkan satu konklusi yang baik.

Pada hari Babu ditahan semula dalam diberi notis EO , Saya berasa sungguh sedih kerana beliau ada peperiksaan pada 3 July di Universiti Malaya. Saya bersama ibubapanya pergi berjumpa beliau di IPD Kepala Batas selama 5 minit dan menerima notis , saya tidak dapat menerima keadaan tersebut yang berlaku dalam sehari bahkan semuanya hancur , Kali pertama saya melihat Babu berjanggut dan senyum melihat kearah saya dengan tangan yang digari. Saya mengalirkan air mata , Babu terus cakap Hussein jangan sedih saya akan keluar selepas BERSIH 2.0 , seorang polis sedang merakam video perbualan kami dengan begitu tenang Babu mengatakan “ Kes sosilawati pun mereka tak dapat selesaikan , nak tangkap kita pulak ”. Senyuman babu pada hari itu menunjukkan seribu kesedihan , saya mengerti. Babu terus mengatakan “ Hussein , samapai sinilah pelajaran saya….. ”. Saya psti beliau sedih tidak dapat menduduki peperiksaan , tidak dapat bersama keluarga , tidak dapat bersama Pemuda Alaigal dan semestinya Perjuangan Rakyat dalam PSM.

R Saratbabu , bagi saya adalah warganegara Malaysia yang berguna , berani mengutarakan pendapat di mana jua dalam apa keadaan jua. Keberanian itu membara dihati saya dimana saya telah mengambil beberapa tanggungjawabnya sekarang dan saya berasa sungguh teruja kerana selepas Babu ditahan seluruh rakyat Malaysia berpeluang mengetahui EO = ISA yang kejam yang membunuh hak demokrasi bersuara. Biarkan pengorbanan 6 aktivis PSM ini menghidupkan Demokrasi di Malaysia. Saya tahu dan kenal keenam – enam tahanan EO , Mereka adalah aktivis sosialis yang berjuang untuk rakyat miskin dan terindas serta berusaha mewujudkan satu keadaan ekonomi sosialis yang adil untuk rakyat Malaysia. R Saratbabu perlu dan akan dibebaskan , Saya mahu beliau teruskan perjuangan ini dan semestinya pelajaran dan cita – cita beliau untuk menjadi peguam.

Tahanan PSM6 adalah kes politik

Isteri ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar yang ditahan mengikut Ordinan Darurat (EO) - R Mohana Rani - berkata hanya selepas pemerintahan negara bertukar, barulah akta zalim seperti EO dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) boleh dihapuskan.

"Hanya itu sahajalah satu-satunya jalan untuk mengakhiri EO dan dan ISA. Tendang keluar kerajaan Barisan Nasional," katanya dipetik TV Selangor pada satu ceramah di Ipoh, semalam.

jerit parliament ride for change final leg 181208 d jeyakumarJeyakumar (kanan) bersama lima yang lain ditahan mengikut EO selepas dibebaskan pada 2 Julai lalu.

Keenam-enam mereka adalah sebahagian daripada 30 orang yang ditangkap di plaza tol Sungai Dua pada 25 Jun lalu ketika menaiki bas menuju ke Pulau Pinang bagi menyertai siri kempen "Udah La Tu Bersaralah".

Kempen dilancarkan pada 24 Jun, menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 bagi menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Menurut polis, berdasarkan barangan yang dirampas mereka dikatakan mempunyai kaitan dengan fahaman Parti Komunis Malaya (PKM).

Oleh itu mereka disiasat di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan atas tuduhan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong.

NONENamun selepas dibebaskan, mereka kemudiannya ditahan di bawah Seksyen 3(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 kerana dikatakan terlibat dengan pihak luar dan telah diresapi anasir subversif.

Walau bagaimanapun, peguam mereka, Edmund Bon mencabar dakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa enam anggota PSM itu ditahan di bawah EO berikutan dalam 37 afidavit yang diterima bagi tujuan permohonan habeas corpus menunjukkan, mereka ditahan hanya kerana mendalangi perhimpunan BERSIH 2.0, 9 Julai lalu.

NONEDalam pada itu, bercakap di pentas yang sama, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, EO merupakan satu undang-udang zalim yang begitu senang disalahgunakan oleh pihak yang berkepentingan.

Justeru itu beliau mendesak akta tersebut dimansuhkan dan enam anggota PSM dibebaskan segera.

"Ini adalah kes politik. Dr Jeyakumar dan enam yang lain ditahan kononnya mengisytiharkan perang ke atas Agong. Adakah ia jenayah sebenar? Dr Jeyakumar dan enam yang lain mesti dibebaskan," kata Lim.

To Live Is to Die

free counters

Eye of the Beholder

Dyers Eve