To Live Is to Die

free counters

Selasa, 26 Julai 2011

LAGI KISAH SUGU PSM

Apabila Sugu ditangkap pada 2 Julai, beliau bercakap kepada saya melalui telefon. Beliau berkata, "Saya OK, sila pastikan siapa-siapa yang boleh bawa ibu saya ke hospital." Mindanya masih sarat dengan kesihatan ibunya yang semakin kritikal sejak bulan lalu..

Kemudian saya berjumpa dengan Sugu apabila beliau datang untuk kes Protes kenaikan minyak di mahkamah, di mana kami ditangkap bersama ketika itu. Beliau dibawa masuk dengan tangannya digari. Beliau dan Saras menerima tepukan yang gemuruh apabila melangkah ke dalam mahkamah. Sugu masih memakai baju T-shirtnya "Udahlah", memanjat ke atas kerusi dan menjerit "Hidup Rakyat!", "Udahlah Bersaralah BN". Saya rasa tindakan itu adalah berani untuk seseorang yang ditahan tanpa perbicaraan.

Saya mengenali Sugu untuk beberapa tahun, dan beliau sememangnya rakan seperjuangan yang rajin. Sentiasa taat kepada perjuangan dan matlamat. Sentiasa yakin dengan kuasa rakyat. Beberapa tahun kebelakangan ini, beliau lebih berusaha untuk membaca dan menulis. Semangat ini harus dipuji memandangkan beliau hanya mengkaji sehingga tingkatan tiga, tetapi ini tidak menghalang tekadnya. Di mahkamah beliau memberitahu saya, bahawa polis menyoalnya, apa itu sosialisme? Beliau menjawab membuat kerja umbi dan membantu mereka yang miskin.

Satu lagi, anak beliau juga sangat aktif dalam aktiviti parti dan kerja akar umbi. Sugu memandang ianya sesuatu yang penting, dan sering menggalakkan anaknya untuk terlibat sepenuhnya. Hari ini, ketika beliau ditahan, keluarganya bekerja sepenuhnya untuk memperjuangkan pembebasannya.

Sugu memainkan peranan memimpin dalam banyak aspek, sebagai anggota PSM negeri Perak, penyelaras program hari Buruh, dan sentiasa menjadi perunding dengan polis apabila demonstrasi dijalankan di Perak. Penahanan terhadap beliau dan lain-lain adalah salah, dan kesemua orang mengetahuinya. Saya pasti Sugu akan lebih kuat dan tabah apabila dibebaskan. Tabah, rakan seperjuangan, sementara kita memperjuangkan pembebasan kamu!
*Arutchelvan ialah Setiausaha Agung PSM. Tulisan ini diterjemah dari teks asalnya dalam bahasa Inggeris.

TERKINI: ISU WAHABI, DR ASRI DI TAHAN DI BUKIT AMAN TENGAHARI TADI


Bekas Mufti Perli iaitu Dr Asri Zainal Abidin telah di beritakan di tahan oleh sepasukan anggota polis di Bukit Aman sebentar tadi. Menurut sumber kereta Dr Asri telah di tahan untuk memberi laluan kepada sebuah ambulan yang membawa seorang wanita yang mahu bersalin ke hospital berdekatan..

Kah kah kah..macam biasa berita tajuk semuanya tak benar..sebenarnya Abu nawas dah malas nak ulas bab ba isu semasa yang semakin merepek dan macam haram jadah sejak akhir2 ni. lagi pun setiap kali Abu Nawas tibai umno yang dapat untung anjing anjing politik dalam Pakatan Rakyat.

Blog Abu Nawas ni bukan di buat untuk membela pemimpin2 Pakatan rakyat sebab Abu Nawas tak ada kena mengena dengan Pakatan Rakyat. Bukan apa, Abu Nawas dah meluat tengok anjing2 politik dalam Pakatan rakyat yang hidup dengan hipokrasi, walaupun tak semuanya macam tu.

Lebih baik Abu Nawas tulis cerita pasai pemimpin yang betul2 bersama dengan kesusahan rakyat macam macam orang2 PSM..

Tapi hari ni abu Nawas kena tulis jugak sebab tak tahan dengan jenaka yang tahap melampau oleh kerajaan malaysia ni : -
Kah kah kah..benda apa wahabi ni?? KedaiWahab jual baju sekolah kat Bandar Perda ka? kah kah kah. macam mana "wahabi" boleh jadi penganas pulak?

Adoi lawak lawak, dulu orang kampung Abu Nawas saja bikin lawak pasai wahabi ni. Bila tanya depa benda apa wahabi ni nanti depa jawab wahabi ni ajaran sesat yang tak bagi buat kenduri arwah dan tak boleh baca yassin malam jumaat. Kah kah kah kah.

Masa dr Asri balik dari Jordan dulu ramai ostad ostad yang marah kat dia sebab Dr Asri cakap kenduri arwah tu "bidaah". Maunya ostad ostad tak marah kat Dr Asri, selama ni depa baguih punya dok makan free bila ada orang mati tiba2 Dr Asri kata kenduri arwah haram kah kah kah...

Dr Asri sudah bikin susah pada pak pak lebai dan ostad ostad yang selama ni main sorong tarik beras kononnya fidyah nak kasi hapus dosa.kah kah kah. Macam mana pak2 lebai dan ostad nak bawak balik 2-3 kampit beras kalau Dr Asri sudah cakap itu macam punya bayaq fidyah tak betul kah kah kah.

Sejak Dr Asri balik ke Malaysia ramai pak2 ostad susah hati sebab Dr Asri bercakap pasai hadis sahih dan daif. Pak pak ostad kata orang tua2 dulu dah lama buat tiba2 hari Dr Asri nak kata tak boleh.Kah kah kah.

Itu cerita orang kampung dan pak2 ostad yang selama ni tak sukakan Dr Asri. Bagi depa Dr asri ni wahabi walaupun depa sendiri tak tau benda apa wahabi tu. Pak pak lebai dalam kampung pun main ikut2 saja kata wahabi tu sesat. Serupalah kalau kita tanya komunis tu apa nanti depa jawab komunis tu tak percaya tuhan begitu jugalah kalau kita tanya depa wahabi tu apa? nanti depa jawab wahabi tu Dr asri kah kah kah. Kalau tak percaya cuba hangpa tanya kat ketua pemuda Pas batu Kawan,...kah kah kah.

Hari ni mai pulak cerita pasai wahabi tu pengganas. mai kot mana pulak wahabi tu penganas. Kah kah kah. Ni semua pasai ostad ostad juga lah yang keluaq fatwa wahabi tu penganas kah kah kah. ostad2 ni kebanyakannya tua2 macam ostad kat bawah ni :-
Ini ostad tua yang susah hati bila muncul pemikir2 Islam macam Dr Asri sebab tu dia tibai semua sekali termasuk dengan ostad2 umno. Dulu orang suka dengaq dia dok temberang dalam forum perdana tapi hari ni dia sudah tak laku lagi. Bila tak laku lagi macam mana orang nak panggil dia ceramah. Bila tak ada ceramah macam mana nak dapat sampul..Kah kah kah

Bila hati sudah sakit maka macam2 la dia fitnah pada Dr Asri. Yang tak reti apa benda apa wahabi pun pun pakat sorak sorai kah kah kah..

Apa pun Abu Nawas cadangkan pada polis cepat2 tangkap Dr Asri dan semua ulamak umno yang wahabi tu. Kalau boleh bukan saja tangkap malah pukul depa ni semua dalam lokap macam depa pukul Kugan sampai mati kah kah kah.

Bila Dr Asri kena tangkap lagi lamai meluat kat umno, bila ulamak umno kena tangkap lagi ramai orang umno keluaq umno kah kah kah. bagus bagus jom kita kata wahabi penganas.. Jom kita kempen mintak polis tangkap Dr Asri dan kalau boleh suruh siasat kat bangunan SPRM lepas tu kita pi kutip mayat Dr Asri kat gelanggang babminton kah kah kah. lagi ramai orang mati lagi cepat umno kalah kah kah kah

PSM6 didera?


Parti Sosialis Malaysia melahirkan kebimbangannya mengenai kemungkinan beberapa pemimpinnya yang ditahan mengikut Odinan Darurat (EO) sejak 2 Julai lalu didera oleh polis.

NONESehubungan dengan itu, setiausaha agung PSM S Arutchelvan yang juga bimbang kerana sejak 10 hari lalu keluarga tahanan dinafikan hak melawat mereka, membuat laporan polis di balai polis Dang Wangi, Ahad lalu..

Keenam-enam yang ditahan itu adalah ahli parlimen Dr D Jeyakumar, M Sarasvathy, Choo Chon Kai, M Sugumaran, A Letchumanan dan R Saras Babu.

Menurut afidavit balas yang difailkan polis semasa permohonan habeas corpus bagi membebaskan tahanan berkenaan, keenam-enam mereka ditahan kerana disyaki sebagai 'penggerak utama' perhimpunan BESIH 2.0 dan penahanan mereka adalah penting bagi menjamin ketenteraman awam.

“Keluarga mereka dinafikan hak melawat sejak 15 Julai. Pertama, mereka (polis) menangguhkan lawatan yang dijadualkan pada Jumaat hingga Sabtu tetapi kemudian ia dibatalkan dan ditunda hingga semalam,” kata Arutchelvan sambil menambah lawatan itu juga dibatalkan pada minit terakhir.

NONEBeliau berkata kebimbangannya memang berasa kerana keadaan yang sama berlaku apabila Suruhanjaya Hak Asasai Manusia (Suhakam) mahu melawat Sarasvathy awal minggu ini.

“Polis tidak memberikan akses kepada Suhakam kerana Saras dimasukkan ke dalam hospital kerana sakit dada,” kata Arutchelvan, sambil menambah keluarganya tidak diberitahu mengenai perkembangan itu.

“Kami syaki sesuatu berlaku ke atas keenam-enam mereka dan ini sebab mengapa keluarga mereka tidak dibenarkan melawat mereka,” katanya.

KENALI 6 ORANG MANGSA FITNAH KERAJAAN BN

Dr.Michael Jeyakumar Devaraj

  • Aktif dalam kerja sosial untuk membantu kaum miskin dari Universiti
  • Seorang doktor yang pakar dalam perubatan paru-paru
  • Pengasas kumpulan “Kalvikkuzhu” yang memberi pendidikan percuma kepada murid-murid miskin di Ipoh pada tahun 1986
  • Pada tahun 2007, Beliau mewakili “The Coalition against Healthcare Privatisation” memenangi anugerah Hak Asasi Manusia oleh Suaram
  • Telah menulis 7 buah buku yang memberi analisa sosialis seperti Indian Poor, Malaysian at crossroad, dll
  • Dipilih antara tiga ahli Parlimen terbaik oleh Speaker Dewan kerana mengutamakan perbincangan yang sihat dan fokus kepada kepentingan masyarakat

Sukumaran A/L Munisamy

  • Aktif dalam perjuangan pekerja ladang

Anak kepada seorang penoreh getah

  • Menjadi salah seorang cikgu dalam “Kalvikkuzhu” (kelas pendidikan percuma) pada tahun 1978

Letchumanan A/L Aseerpatham

  • Aktivis di peringkat akar umbi
  • Anak kepada seorang pekerja ladang


Choo Chon Kai

Terlibat aktif dalam activism dari Universiti pernah digantung pengajian kerana lencana ISA

Seorang aktivis hak asasi manusia

Penyelaras & Bekas kakitangan SUARAM







Sarasvathy Muthu

  • Mula melibatkan diri dalam perjuangan dari 17 tahun
  • Semasa berumur 19, organise pekerja textile dan industri makanan di peringkat kilang Jelapang dan Tasek dan juga peringkat negeri, tubuh union, terlibat dalam piket dan mogok
  • Terlibat secara aktif dalam Jaringan Kumpulan Wanita seperti AWAM, WDC, WCC , membincangkan cabaran kaum pekerja wanita.

Saratbabu Raman

  • Anak pejuang Kg.Chepor,Perak
  • Aktif dalam kerja-kerja akar umbi di kawasan Bercham
  • Misi : berjuang untuk mencapai pendidikan percuma di Malaysia


Nampaknya kerja- kerja kemanusian yang mereka buat menggangu gugat ketenteraman negara! Ya Betul! Percayalah! Itulah yang cuba ditunjukkan oleh kerajaan Barisan Nasional. Mereka tidak dibenarkan untuk membela diri dan terus dicengakam menggunakan Akta Darurat. Mereka tidak akan dibawa kemuka pengadilan! Hak fundemantal insan untuk bersuara disenyapkan!

Blackend Is The End

Dyers Eve