Blackend Is The End

Jumaat, 29 Julai 2011

TERKINI PEMBEBASAN 6 TAHANAN PSM

Maklumat lanjut untuk berita terkini pembebasan EO6 sila lawat Twitter tag #EO6.(click).

KEBEBASAN 6 ORANG PEJUANG RAKYAT MARHAEN HASIL DESAKKAN SELURUH RAKYAT


Desakan rakyat akhirnya berhasil, apabila enam orang tahanan di bawah Ordinan Darurat (EO) dibebaskan, pada jam 5.30 petang tadi. Enam orang tahanan EO termasuklah Micheal Jeyakumar Deveraj, Sarasvathy Muthu, Choo Chon Kai, Sukumaran Munisamy, A.Letchumanan dan Saratbabu..

Setiausaha Agung PSM, Arutchelvan mengesahkan kepada bahawa keenam-enam tahanan telah dibebaskan tadi, dan beliau kini berada bersama mereka.

Jeyakumar Devaraj mula melancarkan mogok laparnya sejak semalam, mendesak agar kerajaan membebaskan diri dan rakan seperjuangannya. Malah, 36 orang warga Malaysia menyatakan kesediaan untuk mencukur rambutnya pada pagi esok sebagai bantahan terhadap penahanan EO6.

Bagaimanapun, satu candle light vigil yang dijadualkan untuk berlangsung pada jam 9 malam ini akan diteruskan di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor.

Sempurnalah satu kezaliman - Yusof Rawa


Saya begitu simpati dengan dengan penahanan enam anggota PSM yang ditahan di bawah Ordinan Darurat atau Emergency Ordinance (EO) di atas kesalahan “menentang Yang di-Pertuan Agung” kononnya menghidupkan fahaman Komunis! Saya yakin saya tidak keseorangan menyatakan simpati terhadap mereka dan keluarga mereka yang ditahan, seluroh rakyat yang cintakan keadilan pasti “meluat” dengan lagak regim yang sedang nazak sekarang terkial-kial cuba mempertahankan keabsahannya dengan cara yang menjijikkan. Apatah lagi dalam suasana simpati ini, saya mengenali YB Jeyakumar, seorang komrade yang gigih memperjuangkan hak rakyat marhaein. YB Sungei Siput ini terkenal sebagai seorang sosialis dalam makna yang positif dan memperjuangkan suaranya melalui saluran resmi PSM dan dirinya sebagai Ahli Parlimen. Penangkapan mereka di ambang 9 July di Pulau Pinang adalah satu yang malang bagi hak kebebasan rakyat untuk berkumpul dan menyatakan pendirian mereka. Penangkapan mereka memutarkan jam ke belakang untuk rakyat Malaysia yang sudah 59 tahun merdeka.

Sikap PAS

Tidak syak lagi PAS sebagai sebuah parti Islam menentang akta dan ordinan ini, alasannya terlalu mudah untuk difahami kerana prinsip “Tidak bersalah sehingga terbukti bersalah” Prinsip ini dijulang sebagai mercu tanda keadilan dalam Islam yang disebut oleh Fuqaha Islam sebagai “Baraatuz Zimmah” Tanda keadilan itu dihormati ialah memberikan peluang kepada yang tertuduh hak untuk dibicara dan hak untuk mempertahankan dirinya. Islam juga mewajibkan bebanan bukti ialah di atas bahu orang yang menuduh dan bukan ke atas orang yang kena tuduh. Ini tidak termasuk konsep awal segala perundangan ialah sesuatu pertuduhan itu mestilah mempunyai merit dakwaan yang ada nilai-nilai perundangan. Sesuatu dakwaan tidak boleh mempunyai merit lain seperti politik ataupun bertujuan “mala fide” bertujuan jahat.

Berlatarbelakangkan prinsip-prinsip perundangan di atas saya berani mengatakan bahawa penahanan ke atas 6 orang komrade PSM bercanggah dengan semua nilai-nilai perundangan yang matlamatnya ialah untuk menegakkan keadilan. Penahanan mereka di bawah EO adalah satu bentuk pengadilan yang memualkan dalam masyarakat yang sudah maju pemikirannya dan lebih buruk daripada itu EO dan ISA adalah satu pembudayaan yang buruk dan tidak sesuai dengan pencapaian negara kita yang bangga dengan kemajuannya. Ketidak seimbangan antara kemajuan materil dan pemikiran tentang “justice” adalah episode malang buat rakyat di negara ini.

Selamat tinggal zaman kuno

Lagak regim yang terdesak memang sama di mana-mana, kerana gagal mempertahankan kedudukannya secara berperinsip dan bermaruah mereka akan mencari jalan lain untuk terus berkuasa walaupun ianya bercanggah dengan prinsip-prinsip moral dan perundangan. Akta yang digubal menjadi alat mudah untuk dieksploitasikan dengan mengekalkan kewujudannya walaupun ia sudah tidak releven lagi dalam konteks masakini. Pihak penguatkuasa yang memelihara undang-undang hanya menjadi “Pak Angguk” kepada “Tuan-tuan Politik” mereka dan bukan menjadi benteng menegakkan keadilan unuk rakyat. Zaman perhubungan tuan-hamba ini adalah zaman kuno ketika pendidikan dan kesedaran hak dan kebebasan masih dipenjara dalam bilik-bilik gelap penguasa. Islam telah mengeluarkan hak dan kebebasan dari kegelapan bilik-bilik ini dengan memberikan makna hak dan keadilan dengan cahayanya. Pada ketika makna Keadilan dan Hak ini disimbah cahaya, tertumpulah orang ramai kepadanya, lalu mereka mendapatkan cahaya itu dan meninggalkan penguasa-penguasa yang zalim dan pendokongnya terkapa-kapa. Seperti halnya hari ini perbuatan penguasa yang zalim sudah tidak laku dan tidak dipedulikan oleh rakyat, lalu mereka memaksa dengan ugutan dan ancaman supaya hubungan Tuan-Hamba dikembalikan , dengan itu mereka terus menerus menindas!

Perjuangan diteruskan

Saki baki daki zaman feudal ini harus dikikis supaya kita aman dari ancaman mereka. Sememangnya bukan mudah untuk konsisten dalam satu sikap kerana kita akan diuji, namun kita tidak ada pilihan melainkan mempunyai azam dan jiwa yang kental. Hari ini 6 orang komrade kita dizalimi, esok siapa lagi? Selagi pemimpin zaman feudal kekal menguasai kehidupan rakyat Malaysia selagi itu tiada jaminan peristiwa tidak akan berulang. Kita yang masih bebas bersuara di luar ini mesti meneruskan suara yang dipenjarakan di dalam sana. Rintihan anak isteri dan suami mereka mesti dibela, kita tidak boleh berdiam diri dan mengambil sikap “selamat”. Kita mesti menyuarakan tentang kezaliman ini dengan apa cara sekalipun supaya suara kita memperjuangkan keadilan sampai dipelusok desa dan Bandar. PAS akan terus komited dalam kumpulan GMI (Gerakan Mansuhkan ISA dan EO), kita telah membuktikan dalam satu perhimpunan besar tahun 2009, saya telah ditahan kerana perhimpunan itu tetapi kecil dan malu saya di atas nama mereka yang menjadi mangsa ISA dan EO kerana penderitaan mereka lebih hebat. Teruskan perjalanan kita demi keadilan!

Sempurnalah sudah kezaliman

Sesuatu yang sempurna memang dinanti-nantikan kerana ia lambang satu kejayaan, tapi awas! bukan perkara yang baik sahaja yang sempurna, perkara yang jahat juga menuju kesempurnaan. Kini di saat negara menuju kepada lanskap politik baru dengan terjahan Bersih dan kebobrokan regim yang nazak, rakyat menaruh harapan kepada politik berperinsip dan berkebajikan. Sebelum saat itu tiba rakyat terpaksa menunggu satu “pencapaian” regim Umno/BN dan ia menandakan waktu untuk mereka tunduk dan berundur, rakyat marhaein akan berkata: “…sempurnalahlah sudah kezaliman..”

To Live Is to Die

free counters

Eye of the Beholder

Dyers Eve