To Live Is to Die

free counters

Rabu, 7 September 2011

YANG PERLU ANDA TAHU : MUSTAFFA HUSSIN TOKOH KOMUNIS DALAM UMNO.

Mungkin ada diantara kita menyangka Mustapha Hussein adalah sayap kelima tentera Jepun. Benarkan demikian? Mengapa tokoh-tokoh kemerdekaan yang seangkatan dengannya bekerjasama dengan fasis Jepun?.

Ketika berceramah kepada para perajurit tentang gerakan kemerdekaan Malaya, Abdullah C.D. dan Rashid Maidin (Allahyarham) sentiasa menyebut peranan penting yang dimainkan KMM di bawah pimpinan Ibrahim Hj. Yaacob, Mustapha Hussein, Dr. Burhanuddin dan lain-lain.

Dalam memoir edisi pertama, Abdullah C.D. memberikan penilaian sebagai tokoh nasional yang besar kepada Mustapha Hussein. Di sini saya petik tulisan beliau yang diberi tajuk:


Mustapha Hussein – Tokoh Nasional yang Besar


Mustapha Hussein adalah tokoh pejuang kemerdekaan yang besar. Seumur hidup beliau dicurahkan untuk cita-cita yang murni - kemerdekaan nusa, bangsa dan agama. Ketika menganggotai KMM dulu, saya tidak berpeluang bertemu dengannya, hanya mendengar namanya sahaja sebagai Naib Ketua KMM. Setelah Jepun menyerah diri beliau dipenjarakan oleh penjajah British. Saya berpeluang bertemu dengannya apabila dia keluar dari penjara.


Walaupun beliau keluar penjara dengan syarat-syarat yang ketat dikenakan oleh kerajaan penjajah, tetapi semangat memperjuangkan kemerdekaan tetap berkobar-kobar. Sebaik sahaja keluar dari penjara, beliau mendapat pekerjaan dengan sebuah syarikat insurans Amerika. Di samping itu beliau selalu pergi ke pejabat PKMM. Beliau tahu gerakan PKMM sebagai lanjutan daripada KMM yang beliau sendiri ikut serta dan menubuhkannya. Beliau juga menemui kawan-kawan seperjuangan lama seperti Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestamam dan Ishak Haji Muhamad.


Disebabkan beliau baru sahaja keluar penjara dan di dalam perhatian intelijen British, maka dia tidak dapat bergerak secara bebas. Akan tetapi beliau menawarkan dirinya sebagai penasihat kepada Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan pekerjaan ini dilakukannya dengan baik. Beliau turut memberikan idea-idea yang amat bernilai bagi perjuangan kemerdekaan. Kehadiran Mustapha Hussein bersama PKMM dirahsiakan, hanya beberapa orang sahaja yang mengetahuinya.


Dalam masa ini juga saya bertemu dengan Mustapha Hussein. Walaupun inilah pertama kali saya bertemu dengannya, tetapi kami telah lama bersatu dalam cita-cita sejak dari zaman KMM dulu, walaupun cara kami terdapat perbezaan.


Kedudukan saya sebagai wakil PKM yang terbuka lebih diperhatikan oleh intelijen British. Untuk mengelakkan pertemuan kami diketahui oleh mereka, saya menyediakan satu bilik khas di belakang pejabat PKM untuk bertemu dan berbincang dengan beliau. Ini saya urus sendiri, tidak siapa pun yang mengetahuinya.


Mengambil peluang ini Mustapha Hussein membaca buku sejarah dan buku teori, lebih-lebih teori tentang revolusi antiimperialisme dan kemerdekaan tanah air. Buku-buku yang saya bawa pulang dari India habis dibacanya ditambah pula dengan buku-buku di perpustakaan kami Balai Pustaka. Hasil pembelajarannya amat memuaskan dan kesedaran mengenai revolusi dan kemerdekaan ternyata begitu cepat subur dalam dirinya.


Dia pernah menyatakan pendapatnya tentang melancarkan revolusi untuk kemerdekaan Malaya. Menurutnya, dia akan pergi ke India untuk mendapatkan bantuan dan mencadangkan pula saya cari hubungan dengan Tiongkok untuk tujuan yang sama. Di India dia boleh berhubung dengan kerajaan India dan dengan INA kerana dia mempunyai hubungan rapat dengan tokoh INA. Mustapha Hussein berpendapat menjalin hubungan internasional adalah penting untuk kemenangan revolusi.


Apabila diisytiharkan Undang-undang Darurat, beliau tidak ditangkap oleh penjajah. Dari Rejimen Ke-10 saya menghantar orang bawah tanah menghubungi beliau. Saya mencadangkan supaya beliau menyertai UMNO kerana UMNO juga satu kekuatan untuk perjuangan menuntut kemerdekaan di mana ramai orang yang cintakan kemerdekaan tanah air bergabung di dalamnya. Setelah itu ramai kawan PKMM masuk UMNO, dan wajah UMNO mulai dilanda perubahan mendadak ke arah perjuangan untuk kemerdekaan. Mustapha Hussein pernah bertanding melawan Tunku Abdul Rahman merebut jawatan pucuk pimpinan UMNO untuk menggantikan tempat Dato’ Onn Jaafar, tapi beliau dikalahkan

KENAPA RAKYAT PALASTINE SOKONG KOMUNIS DI MALAYA?


Jentera kolonial British sesudah perang dunia kedua telah menggunakan pelbagai teknik untuk menundukkan rakyat Palestine agar menerima kewujudan Zionist Isreal untuk menduduki tanah Palestin pada tahun 1948. Penjajah British telah mengumpulkan pengalaman menjajah Arab di Palestine kemudian membawa teknik menjajah ini ke Tanah Melayu..

Dalam tahun 1948 yang sama , kolonial British telah melancarkan Perang Kolonial di Tanah Melayu. Lihat bagaimana pegawai kolonial British yang telah pernah bertugas di Palestine telah membawa pengalaman mereka menindas warga Arab untuk menindas orang Melayu. Kerana itu apabila Henry Gurney di bunuh di Bukit Frazer, warga Palestine bersyukur gembira.

Kini siapa pula yang berani ulangi kejayaan yang sama terhadap yahudi zionis di bawah ini iaitu manusia yg bertangungjawab membunuh sukarelawan ke gaza tempoh hari? Komunis bersenjata sudah tiada..

Laksamana Eliezer Maron.

KISAH GHAFFAR BABA DAN KOMUNIS

Saya mengenali Ghafar Baba ketika kami sama-sama bergerak dalam PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya). Beliau bergerak aktif dalam PKMM bahagian Melaka. Ketika saya menghadiri kongres KMM di Melaka pada tahun 1946, Ghafar Baba dan kawan-kawan PKMM Melaka menghadiahkan saya satu tongkat sebagai kenang-kenangan. Setelah PKMM diharamkan oleh penjajah, Ghafar Baba dan ramai kawan dalam PKMM memasuki UMNO untuk meneruskan perjuangan. Pada tahun 1981, Ghafar Baba dipilih menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Sejak itu saya sebagai rakan seperjuangan lama selalu menghantar siaran-siaran terbitan PKMRM kepada beliau sebagai tatapan..

Pada tahun 1985, Haji Mokhtar datang berkunjung ke pangkalan Rejimen Ke-10 di Sukhirin untuk menemui kakak iparnya Abu Samah Mohd Kassim. Dalam pertemuan itu, Haji Mokhtar telah mengemukakan pendapatnya tentang menamatkan perang melalui cara ala-Baling, maksudnya menamatkan peperangan melalui perundingan damai. Berkenaan masalah itu, pimpinan Rejimen Ke-10 telah mengadakan pengkajian dan penelitian. Kami menyerahkan perkara itu kepada Abu Samah supaya membuat laporan dan minta petunjuk kepada Dewan Sentral Komiti Utara Malaya (DCCUM). Akan tetapi tiada perkembangan yang positif.

Pada bulan Jun 1985, saya mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Parti Rejimen Ke-10. Dalam mesyuarat itu, saya telah membentangkan masalah mencari cara menyelesaikan peperangan seperti cadangan yang telah dikemukakan oleh Haji Mokhtar. Saya ada cara sendiri kalau perkara itu dipersetujui iaitu menghubungi Ghafar Baba sebagai rakan seperjuangan lama. Mesyuarat sebulat suara menyetujui pandangan saya tersebut. Dengan itu, atas nama peribadi dan Rejimen Ke-10, saya mulai membuka hubungan dengan Ghafar Baba.

Surat pertama saya bertarikh 25 Jun 1986 telah dihantar kepada Ghafar Baba melalui Haji Mokhtar. Isinya agak panjang, hampir 3 muka huruf mesin taip roman di atas kertas bersaiz legal. Isi kandungannya hanyalah menyampaikan tahniah dan harapan kepada beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri atas nama rakan seperjuangan yang telah lama berpisah.

Ghafar Baba telah membalas surat itu dengan suratnya yang bertarikh 7 September 1987. Dalam suratnya Ghafar telah maju selangkah mengusulkan menghantar wakil mengadakan perjumpaan bagi mencari jalan menamatkan peperangan.

Setelah mendapat jawapan dari Ghafar Baba, saya segera membuat laporan dan memperolehi restu dari DCCUM. Lepas itu saya menghantar Majid menghubungi pegawai tentera Thai yang selalu mengadakan hubungan dengan kami. Apabila Majid memberitahu mereka bahawa kami akan mengadakan perundingan dengan pihak Malaysia, pegawai tentera Thai merasa terkejut, lantas mereka mengemukakan berbagai soalan. Majid menjelaskan satu persatu kepada mereka. Pada masa itu juga, mereka menelefon atasannya. Kesimpulannya pihak tentera Thai sudi memberikan sebesar-besar dukungan dan bantuan dan berharap perundingan itu berjaya menamatkan peperangan.

Mereka berkata, pihak tentera Ketumbukan Ke-4 sudah lama berusaha memujuk kami berunding dengan mereka secara baik-baik dan mendengar polisi pihak Ketumbukan Ke-4, akan tetapi semuanya ditolak dengan berbagai alasan. Sekarang kami bersetuju mengadakan perundingan dengan pihak Malaysia, mereka sangat gembira dan berharap akan berjaya menamatkan peperangan. Setelah itu, pihak tentera Ketumbukan Ke-4 telah mengeluarkan surat kebenaran untuk wakil kami keluar dari hutan.

Dengan kerjasama yang baik dari pihak tentera Thai, saya yakin kami boleh mengadakan perundingan dengan Ghafar Baba dan menjamin masalah keselamatan wakil-wakil saya.

Melalui perhubungan surat menyurat antara saya dan Ghafar Baba, akhirnya kami bersetuju menghantar wakil mengadakan perundingan. Ingin saya terangkan di sini bahawa perundingan ini adalah titik permulaan perundingan damai. Perundingan ini hanya mewakili saya dan Rejimen Ke-10 dengan Ghafar Baba yang mewakili kerajaan Malaysia. Selain itu juga pihak wakil tentera Thailand ikut serta dalam perundingan. Saudara Haji Mokhtar menjadi orang tengah yang mempertemukan wakil saya dan wakil Encik Ghafar.

Abdulah CD

KISAH KOMUNIS BUNUH ORANG MELAYU YANG BERSOLAT JUMAAT

Apa yang di sumbatkaan di dalam pemikiran rakyat terhadap komunis adalah, komunis anti agama dan tidak percayakan Tuhan. benarkah komunis tidak percayakan Tuhan?

Banyak hujah boleh menyangkal dakwaan ini. Golongan kapitalis telah mengunakan orang2 agama untuk menjauhkan rakyat dari menyokong komunis.

Cuba baca satu kisah yang terjadi di dalam kisah2 komunis di negara ini. Kisah bagaimana orang Islam telah di hukum oleh orang komunis yang bukan beragama Islam kera tidak pergi sembahyang jumaat. :-

Dalam masa Perang Dunia Kedua, kedua belah tebing Sungai Perak merupakan pangkalan anti-Jepun. Rakyat berbagai kaum di situ menyertai persatuan anti-Jepun di bawah pimpinan PKM. Di kawasan ini, fungsi kekuasaan rakyat pernah dijalankan. Sungguhpun begitu keadaan ini berubah apabila penjajah British menjalankan hasutan dan mencetuskan rusuhan bangsa-bangsa.

Suatu kisah benar tetapi amat melucukan pernah berlaku di Mahkamah Rakyat di Lambor Kiri di mana seorang kader PKM Cina menjadi hakim mengadili kes penduduk kampung tidak hadir solat Jumaat. Kisah ini telah diceritakan oleh Abdullah C.D. dalam memoir bahagian pertamanya yang bertajuk Zaman Pergerakan Sehingga 1948. Di bawah adalah petikan tulisan beliau.

Mahkamah Rakyat

Jawatankuasa Liga Rakyat Anti-Jepun mengadakan mesyuaratnya secara berkala. Melalui mesyuarat inilah mereka mengkaji kekurangan dan kelebihan untuk menimba pengalaman pada masa hadapan. Setiap kali mesyuarat diadakan, ada-ada sahaja masalah yang dikemukakan seperti perbalahan sesama sendiri, melanggar undang-undang Pasukan Simpanan Anti-Jepun dan lain-lain yang berkaitan dengan peraturan dan keamanan kampung. Jadi untuk menyelesaikan masalah itu, kami bentuk suatu mahkamah. Pada mulanya ia merupakan mahkamah biasa sahaja. Akan tetapi perkembangannya amat menggalakkan dan akhirnya ia berfungsi sebagai mahkamah rakyat yang membicarakan masalah seluruh kampung.

Apabila mahkamah dibuka, semua orang dijemput hadir. Hakim, biasanya terdiri dari seorang kader PKM, kadang-kadang saya sendiri. Hakim akan meminta ahli jawatankuasa membacakan semua perkara yang hendak dibicarakan dan setiausaha akan mencatat semuanya. Kemudian hakim akan menyoal orang yang didakwa dan meminta penjelasan atau bela diri. Setelah itu hakim akan meminta fikiran daripada orang ramai yang hadir di situ. Pandangan orang ramai itu kemudiannya disintesiskan dan dijadikan keputusan. Setelah itu hakim akan membawanya sekali lagi kepada orang ramai dan diadakan undian secara angkat tangan. Apabila majoriti hadirin mengangkat tangan, maka keputusan itu dikira sah.

Pada suatu hari mahkamah dibuka di Lambor Kiri. Kerana saya ada urusan mustahak, maka saya tidak dapat hadir. Jadi seorang kader parti Tionghua yang menjadi hakimnya. Perkara yang hendak dibicarakan amat lucu iaitu masalah orang-orang yang melanggar peraturan masjid. Seorang ahli keluarga saya, Zainal Abidin didapati bersalah kerana berturut-turut tidak menghadiri tiga kali sembahyang Jumaat di masjid. Apabila didakwa, dia mengaku bersalah di hadapan orang ramai dengan penuh keinsafan. Dia didenda lima ringgit dan mengangkut air dan pasir untuk tiga kali Jumaat. Apabila bertemu dengan saya kemudiannya, dia mengatakan bahawa kalau perbicaraan itu diadakan oleh British atau Jepun, sudah tentu dia tidak akan hadir, tetapi ini diadakan oleh pakatan seluruh rakyat, dia mematuhinya dengan tulus ikhlas.

Kebetulan pula Zainal Abidin masa itu sudah menunaikan fardu haji di Mekah. Maka kejadian ini menjadi cerita lucu orang ramai kerana seorang Tok Haji dihukum tidak sembahyang Jumaat oleh seorang Tionghua. Kerana mahkamah ini benar-benar bercorak rakyat, mengikut kehendak masyarakat di situ, maka ia disokong dan dipuji oleh orang ramai. Akan tetapi penjahat-penjahat seperti pencuri, perompak dan lain-lain amat takut kepadanya kerana mereka sukar menyembunyikan kejahatannya kerana semua orang akan menjadi saksi dan akan mengadili kejahatannya dengan teliti.

AL FATIHAH : USTAZ ISMAIL KAMUS MENGHEMBUSKAN NAFAS TERAKHIR JAM 2.45 PAGI TADI

Kemaskni Jam 1.33 petang .

Posting ini telah mendapat reaksi kurang senang dari pembaca dan keluarga Ustaz Ismail Kamus. Abu Nawas memohon maaf sekiranya cerita satira politik ini telah menyingung perasaan Ustaz, keluarga dan pengikut Ustaz Ismail Kamus.

Namun begitu Abu Nawas telah mengambil keputusan untuk tidak membuang ia dari blog ini kerana beranggapan ianya hanyalah satu secita tersirat di sebalik yang tersurat dan tidak ada kena mengena dengan kematian Ustaz Ismail Kamus.

Sekali lagi abu Nawas memohon maaf kepada pembaca sekiranya telah menyingung perasaan dan menimbulkan rasa kurang senang kepada mereka.

Abu Nawas



Pendakwah bebas yang terkenal dan juga bekas ADUN PAS Ustaz Ismail Bin Kamus telah menghembus nafas terakhirnya pada jam 2.45 pagi tadi di rumahnya. Menurut isterinya ustaz Ismail Kamus telah menghembus nafas terakhirnya di dalam rumah sebelum menyambung semula nafasnya di belakang rumah pada jam 2.46pagi..

Penghembusan nafas terakhir Ustaz ismail Kamus di dalam rumah adalah akibat daripada kentut anak lelakinya yang yang amat busuk sehinggakan beliau terpaksa menghentikan nafasnya dan terus berlari ke belakang rumah untuk menafas semula.

Abu Nawas yang juga Imam di masjid di tempat Ustaz Ismail Kamus yang kebetulan berada di situ telah cuba memberi tazkirah kepada anak Ismail Kamus supaya lain kali jangan ketut di dalam rumah.

Perbuatan Ustaz abu Nawas memberi tazkirah itu telah di sedari oleh pegawai Jais yang kebetulan adan jiran kepada Ustaz Ismail Kamus. Pegawai tersebut dengan tidak melengahkan masa lagi terus berlari dan menagkap Ustaz abu Nawas kerana memberi tazkirah tanpa tauliah.
Kah kah kah..pegawai JAIS memang bodoh macam Mat Sopi kah kah kah..dia tak tau ka Abu Nawas ni punya kealiman sampai tahap melampau. Abu Nawas tak main la tauliah tauliah dari orang bodoh macam pegawai Jais kah kah kah.

Khalid samad ni pun satu. Yang pandai2 pi bagi tazkirah tapi tak ada tauliah tu pasai apa. Mai la ambik tauliah kat Abu Nawas dulu baru la boleh kasi tazkirah kah kah kah.

Tapi kalau mau tauliah mesti la kena bayar..ada macam2 pekej yg Abu Nawas sediakan... lagi banyak bayar lagi banyak tempat boleh kasi tazkirah kah kah kah.... Tunggu apa lagi pada sapa2 yang nak cari makan dengan jual agama mai la ambik tauliah kat Abu Nawas... kah kah kah

Blackend Is The End

Dyers Eve