Blackend Is The End

Khamis, 8 September 2011

ISU MAT INDERA : ANAK PEREMPUAN MAT SABU DI LAPORKAN HILANG PETANG TADI


Kuala Lumpur, 9 september, Anak perempuan kepada timbalan Presiden Pas telah di beritakan hilang sewaktu sedang membeli belah bersama anak saudara perempuannya di sebuah kedai runcit warga Burma berdekatan dengan rumahnya petang tadi.

Menurut tuan kedai yang beristerikan warga Indonesia itu, anak perempuan Maohamad Sabu telah hilang pertimbangan setelah membaca berita ini :
Kah kah kah..bagus bagus anjing anjing Pas yang dok kata komunis tak percaya agama dah masuk umno kah kah kah. Anjing anjing memang banyak dalam Pas. Depa main menayalak saja tapi pengecut nak mampuih. kah kah kah.

Cuba baca kenyataan pakcik yang dah 35 tahun masuk Pas tu..baru hari ni dia sedaq kata umno parti yang berada di landasan sebenaq kah kah kah. Comfirm la dia ni bodoh sebab dah nak mampuih baru nak sedaq kah kah kah.

pakcik tu kata lagi dia sedih sebab Mat sabu sokong komunis yang serang tanah melayu.. kah kah kah..bila masa komunis serang tanah melayu..yang serang tanah melayu tu Jepun tapi yang halau komunis keluaq dari tanah melayu tu la komunis kah kah kah.

Lepas jepun kena halau keluaq dari tanah melayu Tok wan Hisyam mulut luas panggil British mai balik sebab katannya orang melayu nak merdeka macam mana kalau nak buat jarum pun tak tau... ini fakta ini fakta bukan auta...

Memang patut pakcik ni masuk umno sebab umno hanya untuk orang2 yang tak reti apa kah kah kah..

CATATAN CALON BEBAS DUN KUALA NERANG - LEMAN RAJA LAWAK


Pemimpin dimalaysia ramai yg kaya raya..ada yg harta berkoyan2..tanah disana..duit masuk sana sini..bila dikaji lebih kurang 90% pemimpin yang tidak kira parti mempunyai aset yg besar..aset inilah kebanyakanya yg akan mengelabui mata rakyat..dia ambik 1 juta..yg diberi rakyat 50 ringgit..berbezakan??

dia bagi rakyat rumah pangsa,flat dan kondo..dia hentam dah projek yg dijalan kerajaan dengan harga yg 3 kali ganda..contoh projek 6 juta..claimnya nanti 10 juta..nampak?? berbezakan..jd inilah lumrah..rakyat tidak nampak..rakyat hanya melaungkan..HIDUP MELAYU!!!! DEMONTRASI!!! LAWAN TETAP LAWAN!!! JOM KALIH!!! HIDUP UMNO!!!HIDUP PAS !!!!dan berbagai lagi laungan yg mampu menggugatkan kerusi sesorang.

.tapi hakikatnya??? disebalik laungan itu ada ceritanya tersendiri..PEMIMPIN MCMNI BEGITU PANDAI MEMAINKAN PERANAN MASING!!!ada yg berdiri dengan nama MELAYU,ada yg berdiri atas perjuangan ISLAM ,ada yg berdiri dengan KEADILAN dan ada juga yg berdiri menggunakan nama DEMOKRATIK..tapi tahukah anda semua syarahan dan ceramah yg disampaikan semuanya berbunyi " MEMBANTU RAKYAT" hasilnya kemenangan dan kekalahan.

.itulah permainan politik hinggakan masyarakat tidak berfikir dengan jelas...masyarakat jadi pening nak bezakan yg mana satu betul dan yg mana satu salah.bila nak mengundi ayat paling utama " UNDI ANDA AMAT PENTING" ..ya..memang sku akui..undian memang penting untuk memerintah negara..tapi adakah mereka fikir rakyat yg mengundi tetap susah ..

aku taknak bercakap tentang ekonomi,agama,bangsa,dan perebutan kuasa..yg aku nak bercakap hanyalah mengenai nasib saudara MARHAEN kita yg jauh ketinggalan dibelakang..ada yg terkapai2,ada yg tak tahu hala tuju..ada yg pening dengan diri sendiri..golongan mcm kami selau terpinggir..bnyak yg daif dan bnyak yg memerlukan bantuan2 kerajaan bg menaikkan taraf hidup..

mereka ini kadang2 tidak tahu hala tuju bagaimana nak keluar dari kemiskinan..gaji bulanan 600-700-800..cukup ker? abis byar motor ,susu anak,pampers..dan beli barangan keperluan hidup beras ,gula dan kopi..pemimpin yg kaya goyang kaki dan tengok saja..gaji bulanan berbelas ribu..elaun lg..projek sana sini lg..rakyat nganga dan kadang2 seperti peminta sedekah menunggu bantuan rumah..dan semua jenis bantuan..bak kata aku..AKU TAK PAHAM BETOI!!! dengan segelintir pemimpin yg mcm ni..

KISAH HIDUP LEMAN BACA DI SINI

USTAZ ABU BAKAR AL BAQIR SEORANG ULAMA, NASIONALIS DAN KOMUNIS


Latar Belakang

Abu Bakar bin Mohd Said dilahirkan pada tahun 1907 di Gunung Semanggol. Al-Baqir yang bermakna "amat pintar" adalah gelaran yang diberikan oleh gurunya kerana kepintarannya dalam pelajaran sejak kecil lagi.

Sehingga kini beliau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.

Beliau adalah daripada keturunan Jawa. Datuknya, Haji Abdul Jabar bin Abdul Rauf berhijrah dari Kendal, Jawa Tengah pada pertengahan abad ke-19. Pada mulanya datuknya menetap di Kelang. Kemudian berpindah ke Kuala Kurau, Perak dan akhirnya ke Gunung Semanggol.

Setiap tempat persinggahan datuk neneknya, mereka menjalankan kerja bercucuk-tanam, terutamanya bersawah padi.

Ustaz Abu Bakar Al-Baqir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Gunung Semanggol dan pada tahun 1919 di Pondok Ar-Rahmaniah. Pada tahun 1924 di Pondok Da'irat Al-Ma'arif, Kepala Batas, Seberang Perai Utara.

Ustaz Abu Bakar Al-Baqir meneruskan pelajaran agama di Pondok Idrisiah, Kuala Kangsar dan kemudian menjadi ustaz pelatih di sekolah tersebut.

Seorang Aktivis Dakwah dan Politik

Sejak muda, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah bergiat cergas dalam perbagai persatuan separa-politik dan pertubuhan politik Melayu seperti:

· Persatuan Melayu Pulau Pinang

· Persatuan Melayu Perak

· Persatuan Sunligh Taiping

· Kelab Saadat Kuala Kangsar

· Kesatuan Melayu Muda (KMM)

· Angkatan Pemuda Insaf (API)

· Barisan Tani Se-Malaya (BATAS)

· Pembantu Indonesia Merdeka (PIM)

Penglibtannya dalam persatuan-persatuan inilah yang menyebabkan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir amat rapat dengan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan pemimpin PKMM, Dr. Burhanuddin Al-Helmy.

PKMM ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di lpoh, Perak

Usaha Pembaharuan

Pada akhir tahun 1920an, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah membuka kelas pendidikan Islam bernama Kanzal Ma'arif. Berlainan dengan sistem menadah kitab yang diamalkan pada masa itu, kelas-kelas ini memperkenalkan sistem perbincangan dan perbahasan bahan-bahan pengajian ilmu pengetahuan.

Tujuan diadakan pendekatan seperti ini adalah untuk melahirkan ahli-ahli dakwah dan mubaligh Islam yang bertepatan dengan ajaran Al-Quran dan As-Sunnah. Kelas-kelas ini diadakan setiap malam Selasa dan Jumaat setiap minggu. Mereka yang menduduki kelas-kelas ini adalah terdiri daripada mereka yang dipilih sahaja. Usaha ini menghasilkan kejayaan yang menggalakkan.

Pada peringkat ini juga Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah terdedah dengan pemikiran Kaum Tua dan Kaum Muda. Disebabkan pengaruh gurunya serta pendedahan beliau di madrasah-madrasah yang digerakkan oleh gerakan Islah yang mewakili Kaum Muda, beliau lebih cenderung ke arah pendekatan pembaharuan.

Maahad Al-Ehya Al-Sharif

Pada tahun 1934, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir bersama beberapa orang pemimpin tempatan telah menubuhkan Maahad Al-Ehya Al-Sharif di Gunung Semanggol.

Nama Al-Ehya Al-Sharif memberi erti "menghidupkan kemuliaan". Dengan menghidupkan kemulian agama inilah diharapkan akan tercetusnya masyarakat yang memuliakan dunia dan Akhirat di kalangan bangsa Melayu.

Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dilantik sebagai mudir Maahad Al-Ehya Al-Sharif. Jawatan ini dipegangnya hingga ke akhir hayatnya pada tahun 1974.

Usaha pembaharuan ini diteruskan pada tahun 1940 dengan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir menubuhkan Persatuan El-Ehya Al-Sharif (Berhad). Persatuan ini berperanan sebagai badan yang mengurus dan melaksanakan hal-ehwal sekolah. Sebuah Lembaga Pengurus yang bertindak secara kolektif telah diwujudkan.

Meluaskan Pembaharuan

Kelahiran Al-Ehya pada tahun 1934 adalah seiring dengan matangnya fahaman Islah di kalangan umat Islam di Tanah Melayu. Pergerakan Islah atau Kaum Muda yang dipopularkan pada awal abad itu telah banyak mempengaruhi pelajar-pelajar madrasah.

Kemahuan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir untuk mendirikan Al-Ehya bertambah kuat apabila masih kurang madrasah yang menekankan pendidikan dunia dan Akhirat di Kawasan Kerian, Perak. Untuk tujuan tersebut, beliau melepaskan jawatannya di Pondok Idrisiah, Kuala Kangsar.

Ustaz Abu Bakar Al-Baqir mendirikan Al-Ehya di Gunung Semanggul kerana berpandangan tidak sesuai baginya untuk memajukan bangsa jika terikat dengan iklim istana. Lagipun, para ulamak di Idrisiah amat condong kepada kemahuan status quo golongan tradisional aristokrat diraja.

Dalam perkembangan inilah Al-Ehya menerima guru-guru dari Timur Tengah dan Indonesia yang berfahaman Islah dan Reformasi Islam sebagai tenaga pendidiknya.

Guru-gurui dari Indonesia ini terdiri daripada aktivis pergerakan Muhammadiah yang terkenal sebagai Kuam Muda di Indonesia.

Sejak itu, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir juga telah menjadikan Maahad El-Ehya Al-Sharif sebagai pusat gerakan sosiopolitik, sosioekonomi dan kegiatan politik berparti berdasarkan Islam dari tahun 1934 hingga Darurat diisytiharkan pada tahun 1948.
Pembaharuan melalui Ekonomi

Pada tahun 1947, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir mempengerusiakn satu jawatankuasa perhimpunan besar yang dinamakan Persidangan Ekonomi-Agama se Malaya. Persidangan ini diadakan di Maahad Al-Ehya Al-Sharif.

Tujuan persidangan tersebut dinyatakan sebagai untuk "berusaha meluaskan penyiaran agama dan berusaha mempertinggikan ekonomi bangsa dan negara yang sudah hampir lenyap ke tangan asing".

Persidangan tersebut dihadiri oleh 2,000 orang alim ulamak dan cerdik pandai dari seluruh Tanah Melayu yang berkelulusan dari sekolah-sekolah tinggi Mesir, Arab Saudi, India dan Indonesia. Wakil-wakil dari Singapura juga turut hadir.

Persidangan tersebut berjaya menubuhkan Pusat Perekonomian Melayu seMalaya atau ringkasnya PEPERMAS. Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah dipilih sebagai Yang Di Pertua (YDP) bagi PEPERMAS.

Sejurus penubuhannya, PEPERMAS telah menyusun kerja-kerja ekonomi, melantik badan-badan ekonomi serta menggariskan kerja-kerja derma pelajaran bagi pelajar-pelajar di madrasah-madrasah seluruh Tanah Melayu.

Pembaharuan dalam Pentadbiran Agama

Majlis Agama Tinggi atau MATA juga ditubuhkan pada tahun 1947, iaitu sehari selepas PEPERMAS. MATA juga ditubuhkan di Al-Ehya Al-Sharif, Gunung Semanggol.

Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah dilantik sebagai penasihat kanan.

MATA ditubuhkan dengan tujuan untuk membetulkan pengurusan dan pentadbiran hal-ehwal agama Islam yang ditadbir oleh ulamak tradisional dan raja Melayu.

MATA adalah satu tamparan yang hebat kepada golongan yang bekerja dalam pertubuhan ulamak negeri dan pejabat agama negeri-negeri. Ini kerana MATA bertujuan menjadi badan agung untuk mengelolakan soal agama. MATA juga secara langsung berhasrat menggantikan badan-badan agama yang telah wujud di setiap negeri.

Pembaharuan melalui Pendidikan

Pada tahun 1947 juga, sebuah badan yang dinamakan LEPIR atau Lembaga Pendidikan Rakyat telah ditubuhkan. Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah dipilih menjadi pengerusi LEPIR.

LEPIR adalah hasil usaha daripada Jawatankuasa badan Kebajikan Pelajaran MATA yang telah mengadakan pemerhatian di seruh Tanah Melayu dan Singapura perihal kurangnya umat Melayu-Islam dalam bidang pendidikan.

Melalui LEPIR, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah diberi tanggungjawab untuk memajukan sekolah agama di seluruh Tanah Melayu.

Melalui LEPIR juga Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah menggabungkan semua sekolah rakyat di Tanah Melayu, melahirkan satu sistem persekolahan serta membentuk satu sukatan pelajaran yang seragam bagi semua sekolah rakyat.

LEPIR di bawah pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah mengusahakan penerbitan buku pelajaran agama dan bahasa Arab bagi seluruh Tanah Melayu.

Dengan menerajui LEPIR, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir juga telah menjuruskan usaha ke arah penubuhan sebuah universiti Islam dengan menubuhkan sebuah tabung mengumpul dana daripada rakyat.
Pembaharuan melalui Politik Islam

Pada 14 Mac 1948, dalam Persidangan MATA, sebuah "Parti Orang-Orang Islam Malaya" atau dikenal dengan nama Hizbul Muslimin telah ditubuhkan. Nama Hizbul Muslimin telah dicadangkan oleh Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dan disokong oleh Ustaz Abrab Tamimi dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy.

Hizbul Muslimin mengambil semangat penubuhannya daripada Masjumi di Indonesia dan Ikhwan Muslimin di Timur Tengah.

Hizbul Muslimin ditubuhkan bagi memperjuangkan kemerdekaan tanahair berasaskan Islam.

Dasar parti ini adalah atas "Islam semata-mata bagi mencapai kemerdekaan bangsa Melayu yang berdaulat, menciptakan masyarakat berdasarkan Islam dan mencapai Tanah Melayu Darul-Islam".

Dalam persidangan tersebut Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah dipilih menjadi Ketua Umum Hizbul Muslimin.

Tamparan kepada UMNO

Dalam persidangan penubuhan MATA di Maahad Al-Ehya Al-Sharif, pemimpin-pemimpin UMNO berasa sangat ragu-ragu dan berusaha mengelakkan diri daripada menyertainya. Tidak ramai di kalangan tokoh UMNO yang hadir dalam persidangan tersebut.

Sebaliknya pemimpin-pemimpin PKMM ramai yang hadir. Bahkan ramai anggota PKMM yang mengambil bahagian penting dalam menggerakkan beberapa jawatankuasa di bawah MATA. Keadaan ini merupakan satu tamparan yang hebat kepada UMNO yang baru saja ditubuhkan itu.

Satu lagi tamparan terhadap UMNO adalah apabila PEPERMAS ditubuhkan. Dengan penubuhan PEPERMAS ia menjadi saingan hebat kepada bahagian iktisad UMNO. Bahagian ini sedang giat merangka perancangan ekonomi lima tahunnya yang pertama dan mahukan sokongan ramai orang Melayu.

Sejak itu lagi pihak UMNO telah membuat ancaman dengan menggunakan ungkapan "bahaya dari gunung" terhadap tuntutan dan usaha yang dilakukan oleh aktivis Islam daripada MATA.

Penubuhan Hizbul Muslimin seterusnya memberi tamparan yang sangat hebat kepada UMNO. UMNO menolak penubuhan Hizbul Muslimin.

Sebaliknya, sebagai parti yang memperjuangkan kemerdekaan, PKMM menjadi parti yang sangat berdamping rapat dengan Hizbul Muslimin.

Pusat Memperjuangkan Kemerdekaan

Pada masa itu Maahad Al-Ehya Al-Sharif menjadi pusat, sedangkan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir menjadi ikon bagi perjuangan kemerdekaan.

Ketika itu UMNO di bawah Dato Onn Jaafar tidak memperjuangkan kemerdekaan. Bahkan aktivis kemerdekaan sering diejek dengan kata-kata "nak buat sebatang jarum pun tak pandai, inikan mahu merdeka".


Di bawah kepemimpinann Ustaz Abu Bakar Al-Baqir beberapa persidangan bagi menyemarakkan tuntutan kemerdekaan telah diadakan.

Hubungan peribadi yang baik di antara Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dengan pemimpin PKMM seperti Dr. Burhanuddin Al-Helmi, pemimpin Melayu Parti Komunis Malaya (PKM) seperti Abdullah C.D dan juga pemimpin-pemimpin kiri seperti Ahmad Boestamam dan lain-lain menjadikan semua persidangan yang dipanggil di atas nama Ustaz Abu Bakar Al-Baqir mendapat sambutan yang amat luar biasa.

Suasana keterbukatan dan perkongsian yang diwujudkan oleh Ustaz Abu Bakar Al-Baqir menjadikan semua pihak yang mahukan Tanah Melayu merdeka, merasakan sumbangan mereka masing-masing dihargai.

Tidak hairan kenapa beberapa pendukung PKMM dan PKM beranggapan bahawa Hizbul Muslimin adalah sayap politik Islam bagi PKMM sebagaimana API adalah sayap pemuda dan AWAS adalah sayap wanita bagi PKMM.

Pada masa itu terdapat ramai anggota-anggota Melayu daripada PKM yang pada masa yang sama juga merupakan anggota dan penggerak utama bagi PKMM.

Bagi sebahagian orang Melayu, PKM pada masa itu adalah satu saluran perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan. Tambahan lagi semasa pendudukan Jepun mereka turut serta dalam Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya atau MPAJA. MPAJA adalah front utama PKM dalam perang gerila menentang penjajah Jepun.

Selepas berakhir Perang Dunia Kedua, pelbagai kumpulan politik Melayu kecuali UMNO, berkongsi satu cita-cita yang sama, iaitu untuk membebaskan Tanah Melayu daripada belenggu penjajahan British.

Demikian juga bagi aktivis Islam, dengan tertubuhnya Hizbul Muslimin mereka mahu menjadikan MATA sebagai jabatan agama, LEPIR sebagai jabatan pendidikan dan PEPERMAS sebagai jabatan ekonomi di bahawa Hizbul Muslimin.

Apapun, Al-Ehya dibawah pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dalam persidangan-persidangan ini telah menaik dan mengibarkan bendera merah putih berbintas duabelas yang melambangkan bendera Malaya Merdeka.

Bendera ini telah diluluskan oleh pakatan politik berbilang kaum PUTERA-AMCJA yang dipengerusikan oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmi pada tahun 1947.

Tamparan berubah Menjadi Hasutan

Penubuhan Hizbul Muslimin menambah lagi tamparan kepada UMNO. Tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh Dato Onn Jaafar terhadap Hizbul Muslimin menyebabkan pentadbiran penjajah British melakukan pengawasan yang ketat dan tekanan yang hebat terhadap Hizbul Muslimin.

Dato Onn mengulang ancamannya dengan mengatakan: "Bahaya dari Gunung itu masih ada lagi dan ditambah pula satu merbahaya lagi yang tumbuh dari tanah dan menjalar akarnya supaya orang-orang Melayu terhapus dan terjatuh kerana sebenar-benarnya parti Islam itu 'merah"."

Keterbukan pemimpin-pemimpin Islam seperti Ustaz Abu Bakar Al-Baqir untuk bergabung tenaga dengan semua pergerakan rakyat yang menentang British dan memperjuangkan kemerdekaan dilihat sebagai ancaman oleh Dato Onn dan UMNO pada masa itu.

Lantaran itu Hizbul Muslimin dilabel oleh Dato Onn sebagai "merah" dan dengan itu Dato Onn telah berjaya menghasut penjajah British untuk menganggap parti Islam itu sebagai pro-komunis.

Pengintipan dan Penangkapan

Dengan tuduhan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO, pengintipan berterusan dilakukan terhadap Hizbul Muslimin.

Banyak pengintipan dan laporan kepada pihak polis dilakukan oleh Penghulu Muda yang baru sahaja didatangkan ke Gunung Semanggol pada awal tahun 1948. Beliau adalah saudara kepada Datuk Zainal Abidin Abas, iaitu orang kuat UMNO yang juga merupakan kawan baik kepada Dato' Onn.

Sebenarnya penghantaran Penghulu Muda itu adalah kehendak UMNO untuk mengintip pergerakan Al-Ehya dan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.

Akhirnya Penghulu Muda itu mati dalam keadaan yang tidak baik iaitu selepas meminum arak. Kepercayaan seperti ini amat berpengaruh kepada umat Islam di Gunung Semanggol pada masa itu. Peristiwa seperti inilah yang menjadikan orang-orang Melayu di Gunung Semanggol terus menolak UMNO.

Pada pukul 12:00 tengahari, 29 Julai 1948, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir ditangkap di bawah Undang-Undang Darurat.

Lima Tahun Merengkok dalam Penjara

Ustaz Abu Bakar Al-Baqir ditahan tanpa bicara di atas alasan "bahaya kepada keselamatan Tanah Melayu".

Beliau bersama-sama lebih 300 tokoh politik agama dan pemimpin Melayu ditahan kerana dituduh menentang British.

Tuduhan sampingan yang dikenakan sebagai alasan menahan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir adalah beliau ada berkempen menyeru orang ramai supaya jangan membeli susu dan sabun dari kedai kaum Cina di Gunung Semanggul!

Ustaz Abu Bakar Al-Baqir ditahan selama enam bulan di penjara Taiping, kemudian dipindahkan sebagai tahanan politik di Pulau Jerjak. Beliau ditahan di Pulau Jerjak selama setahun setengah.

Semasa beramai-ramai di penjara Pulau Jerjak, mereka telah membuat pakatan iaitu apabila keluar nanti ada di kalangan mereka secara langsung atau tidak langsung hendaklah menjalankan jarum ke dalam UMNO untuk menukar UMNO dari slogan "Hidup Melayu" kepada slogan "Merdeka".

Kemudian Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dipindahkan ke penjara di Tanjung Beruas Melaka dan akhirnya ke penjara Ipoh.

Selepas dipenjarakan selama empat tahun tiga bulan, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dibebaskan pada bulan Oktober 1952.

Walaupun penjajah British tidak secara rasmi mengeluarkan perintah mengharamkan Hizbul Muslimin, namun tindakan British menahan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir bersama-sama 300 orang pemimpin dan para aktivis, telah menjadikan Hizbul Muslimin lumpuh sama sekali.

Terus Berjuang

Sebagai pengasas parti lslam pertama di negara ini, Ustaz Abu Bakar al-Baqir mempunyai matlamat untuk mencapai kemerdekaan negara yang berdaulat bagi membentuk sebuah masyarakat yang berasaskan kepada kefahaman lslam serta mewujudkan Darul lslam.

Dalam pendiriannya, ia menyokong PKMM tetapi sekeras-kerasnya menolak perjuangan UMNO.

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di lpoh, Perak dan beberapa bulan selepas itu barulah UMNO ditubuhkan.

Semasa Darurat semua kegiatan politik telah diharamkan oleh British. Namun UMNO dibenarkan bergerak cergas oleh penjajah British bagi mengatur jentera ke arah pilihanraya 1955.

Dalam pilihanraya tahun 1955, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir bertanding sebagai calon Perikatan Melayu Perak menentang calon UMNO, tetapi gagal.

Ustaz Abu Bakar Al-Bakir tidak menjadi calon PAS yang telah pun ditubuhkan pada tahun 1951. Sebaliknya satu pakatan politik dan kerjasama telah diwujudkan di antara PAS dengan Perikatan Melayu Perak. Pendekatan ini adalah satu strategi yang dirasakan perlu bagi melindungi Maahad Al-Ehya Al-Sharif.

Sumbangan kepada Gerakan Islam

Walaupun aktiviti di atas nama Hizbul Muslimin berakhir disebabkan perintah Darurat, namun keghairahan sokongan rakyat khususnya dari alim ulamak terhadap perjuangan politiknya amatlah memberangsangkan.

Semangat dan sokongan kental inilah yang akhirnya merintis jalan ke arah penubuhan PAS pada tahun 1951.

Dalam hal ini, ramai ahli sejarah berpendapat penghargaan dan pengiktirafan perlulah diberikan kepada Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, pengasas Maahad Al-Ehya Al-Sharif, pemimpin MATA, PEPERMAS, LEPIR dan seterusnya Hizbul Muslimin yang telah meletakkan asas utama bagi penubuhan PAS.

Anugerah

Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah meneruskan usaha baktinya memajukan Maahad El-Ehya Al-Sharif hingga ke akhir hayatnya pada bulan Julai, 1974.

Pada tahun 1960an, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah dilantik menjadi anggota Majlis Agama Perak.

Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah dianugerahkan pingat Jasa Perdana (J.P) dan Pingat Jasa Kebaktian ( P.J.K)

Setelah pemergiannya, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir juga telah dianugerahkan sebagai Tokoh Guru Perak 1975.

ISU MAT INDERA : KENAPA UMNO SEMBUNYIKAN MEREKA INI DARI PENGETAHUAN KITA


Yahya Nassim, 88 tahun, berasal dari Ulu Langat, Selangor. Sebelum perang, beliau telah menganggotai Kesatuan Melayu Muda (KMM), parti politik Melayu pertama di Malaya, di bawah pimpinan Ibrahim Yaakob. Menyertai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) selepas perang, beliau merupakan Ketua PKMM negeri Selangor dan telah dilantik sebagai Timbalan Bendahari dalam Kongres PKMM yang kedua pada bulan Disember 1946 di Melaka.
Zainuddin Andika, 84 tahun, berasal dari Sayong, Kuala Kangsar, Perak. Menyertai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) sejak penubuhannya pada 17 Oktober 1945 dan kemudian memasuki barisan Angkatan Pemuda Insaf (API) bahagian Padang Rengas, Perak. API telah diasaskan oleh Ahmad Boestamam, Abdul Rahman Rahim dan Bakar Thareek pada 17 Februari 1946 di Ipoh, Perak. Menurut Ahmad Boestamam dalam bukunya Testamen Politik API, tujuan-tujuan API ditubuhkan ialah:

1. Menyatukan pemuda2 yang insaf dalam satu BARISAN.
2. Mengokohkan barisan perjuangan untok bangsa dan tanahair.
3. Memberi latehan siasat, ROHANI dan JASMANI kepada pemuda2-nya supaya bersedia menjadi pemimpin bila di-kehendaki.
4. Membena sa-mula Malaya mengikut faham Democracy yang sejati yang berdasarkan kedaulatan ra'ayat.
5. Menuntut perwakilan dalam pemerintahan Malaya.

Pendek-nya API mahu berjuang untok menchapai kemerdekaan bangsa dan tanahair dengan segala jalan yang terbuka, dengan lembut jika boleh, dengan keras jika terpaksa.
Majid Salleh, 84 tahun, berasal dari Ipoh, Perak. Selepas Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) ditubuhkan di Ipoh pada 17 Oktober 1945, beliau telah menubuhkan cawangan pertama PKMM di Simpang Ampat, Kampar, Perak sebagai ahli jawatankuasa. Selepas menjadi ketua seksyen buruh PKMM negeri Johor, beliau telah dilantik menjadi ketua Johore State Federation of Trade Unions (JSFTU) yang bergabung di bawah Pan-Malayan Federation of Trade Unions (PMFTU). PMFTU mempunyai keahlian seramai 300,000 orang buruh seluruh Malaya.
Hashim Said, 85 tahun, berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Beliau bertugas sebagai cikgu di Sekolah Melayu Padang Gajah sebelum mula menganggotai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada akhir tahun 1945. Beliau kemudian menganggotai barisan Angkatan Pemuda Insaf (API) di bawah pimpinan Ahmad Boestamam. Beliau merupakan Ketua API ranting Padang Gajah, Perak, memimpin 400 orang pemuda.
Lim Kean Chye, 88 tahun, dilahirkan di Penang pada bulan Disember 1919. Mendapat pendidikan di Cambridge University dalam bidang guaman. Beliau merupakan ahli pengasas Malayan Democratic Union (MDU) di Singapura bersama-sama dengan pakciknya, Philip Hoalim Sr., sahabatnya Lim Hong Bee dan John Eber pada 21 Disember 1945. MDU merupakan pertubuhan politik golongan berpendidikan Inggeris yang menuntut hak demokrasi dan hak berkerajaan sendiri dari penjajah British.


Shamsiah Fakeh (AWAS)


Ibrahim Haji Yaakub
Ahmad Boestamam (API)



Dr. Burhanuddin Al-Helmy (PKMM)


Taha Kalu (PKMM)




Ishak Haji Muhammad (PKMM)


Keris Mas (PKMM)



Ahmad Baiki (API)


Abdullah Zawawi (PKMM)


Abdul Hamid Haji Abdul (PKMM)


Majid Salleh (PMFTU)



YANG PERLU ANDA TAHU : SOKONGAN ASKAR MELAYU TERHADAP PERJUANGAN RAKYAT YANG DI PIMPIN PARTI KOMUNIS MALAYA

Lt. Ariffin


Pada tahun 1946, saya, Dr. Burhanuddin dan Lt. Ariffin membentuk Persatuan Askar dan Polis Patriotik dalam Kesatuan Buruh di pejabat PKMM di No.2 Batu Road (sekarang Jalan Tunku Abdul Rahman). Ramai askar dan polis yang berjiwa patriotik menyertai persatuan tersebut secara rahasia termasuklah seorang pegawai askar Melayu lulusan Clifford School Kuala Kangsar dan anak Makcik Ani, tuan rumah sewaan kami yang dikenali sebagai Rumah Merdeka.

Pasukan Askar Melayu didirikan pada tahun 1936 atas usulan Raja Chulan, suatu usaha ke arah kemerdekaan. Dalam tahun 1930-an, Raja Chulan pernah mengorganais gerakan penentangan terhadap penjajah British dalam bentuk kongsi gelap yang terdiri dari orang Melayu dan orang Tionghua di kawasan sekitar Sungai Perak. Mereka menyerang pegawai-pegawai Inggeris secara rahasia. Akan tetapi gerakan mereka terbongkar. Orang-orang Melayu dari kumpulan anti-British itu datang menghadap Baginda Sultan Perak dan mendapat pengampunan. Akan tetapi orang-orang Tionghua tidak begitu jelas ceritanya. Mereka dipercayai bergerak secara rahasia di kalangan buruh lombong bijih di Kinta dan tempat-tempat lain.

Anggota askar Melayu yang pertama kebanyakannya pelajar sekolah Inggeris. Mereka juga adalah anggota atau mempunyai hubungan dengan KMM di bawah pimpinan Ibrahim Yaacob, Mustapha Hussein dan Dr. Burhanuddin.

Lt. Ariffin Hj. Sulaiman adalah seorang anggota pengasas pasukan askar Melayu. Beliau berkahwin dengan ahli keluarga saya di Lambor. Lt. Ariffin adalah anggota KMM dan banyak memberikan pengaruh yang progresif kepada saya.

Dalam masa Perang Dunia Kedua, askar Melayu memberikan sokongan yang kuat kepada rancangan kemerdekaan KMM. Dalam pertempuran mempertahankan Singapura di Bukit Timah, pasukan askar Melayu dengan kerjasama Pasukan Sukarela yang disusun dan dibentuk oleh PKM telah memberikan pukulan yang berat ke atas tentera fasis Jepun. Dan boleh juga dikatakan di sinilah fasis Jepun menerima perlawanan balas yang gagah berani semenjak mereka melancarkan serangan ke atas Malaya.

Nota: dipetik dari Memoir Abdullah C.D. Bahagian Kedua: Penaja dan Pemimpin Rejimen Ke-10, ms 182 -184

ISU BUKIT KEPONG : RUMAH MAT SABU DI SERBU TENGAH MALAM SEMALAM



Bukit Mertajam, 8 september. Pihak berkuasa telah melakukan serbuan ke rumah timbalan presiden Pas, Mohammad Sabu di Guar petai Jam 3 pagi tadi untuk mencari bahan bukti sebagai langkah untuk mendakwa beliau yang telah mengistiharkan Mat Indera sebagai Hero Malaya..

Menurut ketua penyiasat bahagian nyamuk tiruk Encik Mahmud Iskandar Bin Iskandar Mahmud, serbuan itu telah di lakukan setelah mendapat maklumat dari orang ramai bahawa beliau tidak membuang bekas tin susu cap junjung ke tempat yang betul.

Dalam serbuan tersebut beberapa tin susu telah di rampas sebagai bahan bukti yang Mohd Sabu mempunyai niat untuk menentang yang di pertuan agung.

jurucakap bahagian siasat jenayah nyamuk iruk pula berkata kesalahan Mohd Sabu di pandang sirius dan lebih merbahaya daripada anggota PSM yang mahu memerangi yang di pertuan agung dengan baju T.

Lebih memeranjatkan lagi dalam serbuan itu mereka telah menjumpai satu poster yang di percayai akan di gunakan MohdSabu sewaktu bertanding dalam PRU nanti.
Kah kah kah... Ini poster apa ni? kah kah kah. abu Nawas jumpak poster ni dalam satu blog umno. Bukan ada yang istimewa pun tentang poster ni tapi bila tengok poster ni Abu Nawas tergelak sampai nak mampuih kah kah kah.

Menantang apa JENDRAL tu?? kah kah kah. bahasa apa pulak JENDRAL tu kah kah kah. Jenderal Manager atau Genderal wookerkah kah kah

Pasai apa pulak Mat Sabu jadi komunis tapi misai dia Hitler? kah kah kah

Bodoh bodoh bodoh kah kah kah. Blogger Umno memang bodoh dan lawak. Dia buat benda yang tat tau kah kah kah. Ni kalau aku tanya dia komunis tu benda apa comfirm dia jawab macam orang Pas kampung aku jawab. Komunis tu cina.kah kah kah kah.

Itu belum aku tanya benda apa Bintang 3 lagi..satgi dia jawab bintang tiga tu komunis la...kah kah kah....

LEMAN RAJA LAWAK TAWAR DIRI SEBAGAI CALON BEBAS DI DUN KUALA NERANG


DUN Kuala nerang adalah salah satu Dun yang telah di menangi oleh Umno/Bn dalam PRU yang lalu. Dun ini juga pernah menimbulkan kontravasi apabila di ura2kan Adunnya akan beralih atau melompat ke dalam Pas. Namun begitu sehingga kini kerusi ini terus di miliki Umno..

Leman raja lawak adalah pengundi di Dun ini telah beberapa kali di pancing oleh pihak tertentu untuk bersama berkempen untuk parti mereka. Apa yang di maklumkan kepada Abu Nawas oleh Leman sendiri, krisis dalam umno di Bahagian ini telah membawa kepada tawaran kepada beliau untuk menjadi ketua pemuda bahagian.

Sebagai seorang teman Abu Nawas cuma tanyakan pada Leman apakah dia punya kontena yang berisi Ringgit Malaysia untuk bertanding kerusi itu.

3 hari lepas Abu Nawas menerima mesej leman di Facebook bahawa beliau akan bertanding di kerusi Kuala Nerang sebagai calon Bebas. Sila baca mesejnya di bawah..




Baca pula catatan Leman di bawah ini :-

ANDA MUNGKIN TERTANYA TANYA KENAPA LEMAN INGIN BERTANDING TIKET BEBAS,Mungkin anda ingin tahu mengapa aku ingin menjadi pemimpin masyarakat, ya..sememangnya cita2 ku dari kecil ingin menjadi seorang pemimpin ,mengikut jejak langkah dari arwah nendaku yaitu WAK JIRUNG yg dahulunya seorang pemimpin yg disegani oleh masyarakat kedah..jalan menuju ke KUALA KETIL TEMPATNYA DISIMPAN..mengapa aku ingin menjadi pemimpin?

mengapa aku tidak meneruskan karierku dalam bidang kesenian sebagai penghibur,pelawak adan pelakon....kerana..kita belajar dari pengalaman, hidup kami semuanya merupakan insan yg paling daif di dalam kg bukit nyamuk..ikan tamban seekor berkongsi lima beradik..emak hanya melihat dari jauh..bila terkenangkannya..berlinag airmata..sambil aku menaip juga linangan air mataku sapu dengan perlahan supaya tidak membasahi keyboard pc ini..bertemankan minyak tanah tanpa elektrik disebbkan tidak berkemampuan.

.aku bersekolah seperti insan yg lain..masa tu kami menggosok baju menggunakan seterika arang yg dipinjam dari rumah jiran..umurku 5 tahun semasa itu..aku masih ingat leteran emakku supaya menjadi seorang yg berguna pada masyarakat kelak..pergi sekolah membawa bekal dengan nasi beras merah...( beras yg paling murah masa itu) dengan secubit ikan masin dan seulas ulam petai serta pucuk ubi kami membawa bekal pergi kesekolah..aku bersekolah seperti biasa..jarak aku ke sekolah dengan berjalan kaki sejauh 16 kilometer ..tiba masanya aku mendapat pencapaian cemerlang dan aku mendapat bantuan dari kerajaan baju,kasut sekolah dan seluar sekolah....pemerintahan masa tu ialah UMNO..alhamdulilah..terima kasih kpd yg memberi..tp yg aku terkilan org yg rumah dekat dengan sekolah diberi bantuan basikal yg jarak rumahnya hnya 3 kilometer..jarak aku kesekolah 16 kilometer..ADAKAH ADIL?
TIDAKKAN?


baik..bila difikirkan kembali apala sangat basikal dengan baju..cuma kepincangan yg berlaku dimasa itu dirasai oleh emakku..walaupon dia tak tahu membaca dan menulis..tp dia bnyak memberi seribu harapan kepada ank bongsunya yaitu aku..apabila dah habis sekolah mengah aku merantu ke kuala lumpur dan menyambung pengajianku..dalam diriku hnyalah memikirkan masa depan dan membantu saudara2ku yg susah termasuk emakku yg hnya seorang penoreh getah ..itu pon pokok getah org bukan sendiri..kami tiada tanah,tanah yg ada hanyalah simpati dari bapa saudara dan kami menumpang mendudukinya..keluargaku tiap2 tahun memohon tanah ,baik rancangan atau tanah yg diberi oleh kerajaan tapi sampai sekarang tiada jawapan..alasanya cuma satu..masuk parti kami..kami akan beri segala yg dipinta..tapi smpai skarang hnyalah dusta semata2..sbb tu aku tak percayakan mana2 parti baik PAS ataupon UMNO..KAMI HIDUP TANPA BERGANTUNG MANA2 PARTI.

.aku berniaga dikaki lima,pernah dihalau oleh dewan bandaraya kerana berniaga tanpa lesen,begitu susah nak cari rezeki dinegara sendiri,org memandang hina berniaga dikaki lima sbb menjual barangan ubat tradisional,sambil berniaga aku belajar hingga aku mendapat kerja pembantu guaman..selang 1 bulan aku kerja dengan gaji pertama naku pergi ujibakat raja lawak ..hinggalah aku dapat memasuki raja lawak musim ke5..namaku disebut dalam tv ,radio,dan surat khabar..aku bukanlah berniat untuk menang ..tapi kalau menang rezeki aku kalau tak menang rezeki org lain..alhamdulilah..aku berjaya hingga minggu kelapan..jd yg ada astro mengenaliku..yg takdak astro ..memang tak kenailah.

.aku dah lali dengan pujian..makian org ramai ,kutukan dan mcm2 lg..tp bg aku itu dalah satu lumrah hidup ,biarlah aku belajar menahan diri dari semua cemuhan itu..tp aku tak pernah lari dari cita2 ku ingin menjadi seorang pemimpin...aku berkawan dengan semua org..kawan2 baikku yg bnyak memberi bantuan dan dorongan seperti nama TOKDIN,TOK PANJANG,MAT TARIQ,ARSHAD,PAKYA KASUT,LI KOMUNIS,MIE BUNDLE,HALIM,CHOP PERDA,PAKYEH dan ramai lagi aku terlupa nama mereka..mereka ni adalah peniaga yg susah sama susah..senang sama senang..merekalah yg bnyak memberi cetusan hidup supaya aku menjadi seorang yg kuat dan tabah dalam erti hidup...bukannya ahli2 politik pas atau pon umno..tapi bila aku bergelar artis pemimpin politik ini pon menjadi kawan taik2 ayam...dalam erti kata berkawan tidak ihklas..

tapi aku berhati2 dalam berkawan..aku mempercayai pada perjuangan aku sendiri yg tak bergantung pada politik mereka..aku ada masa depan sendiri..umur aku sekarang dah memasuki alam 30an..bnyak kepincangan dan kecacatan yg berliku dalam politik sekarang..apabila aku bersedia berlawan untuk mengharmonikan perjuangan masrakat yg senasib denganku..aku akan cuba sdaya upaya bg membaik pulih kepincangan yg berlaku..adalah tidak adil apabila bantuan dan pertolongan diberikan pada ahli parti sahaja..sbb itu lah aku memilih BEBAS ..sbb aku akan bertanding sebagai tiket BEBAS..INSYAALAH..TAWAKAL..,TIADA RIAK,DENGKI,KHIANAT DAN TAMAK HALOBA dalam diriku,,yg ingin aku perjuangkan hnyalah masyarakat yg masih mencari cara jalan keluar dari belenggunya kemiskinan.

.aku tidak menjanjikan wang berjuta pada anda..aku tidak menjanjikan kemewahan..sbb aku golongan yg bukan berharta ..tapi aku berani tampil kedepan untuk membawa pembaharuan dalam politik DUN N7 KUALA NERANG...aku hnya inginkan iringan DOA dan kepercayaan padaku untuk membuat perubahan dikawasan kuala nerang..jika nasib tidak menebelahiku..akan ku bertanding sampai mati!!!!!!itu lah perjuangan murni bg masyarakat

sebagai seorang kawan yang pernah bersama hidup susah dan miskin bersamanya, abu Nawas ucapkan selamat maju jaya kepada Leman. Cuma pesan Abu Nawas kepada Leman jangan ada sesuatu yang di sembunyikan di sebalik tawaran awal menajadi calon Bebas di KualaNerang dalam erti kata lain jangan ada pakatan sulit dengan umno untuk memperdaya rakyat..

To Live Is to Die

free counters

Eye of the Beholder

Dyers Eve