Blackend Is The End

Jumaat, 9 Disember 2011

JAIK SERBU AJARAN SOLAT BERBOGEL LELAKI DAN WANITA DI PASIR MAS KELANTAN


Sekumpulan ajaran sesat telah di kesan di Kelantan yang di katakan bersolat sambil bertelanjang lelaki dan perempuan.

Menurut salah seorang pengikut ajaran ini iaitu Ustaz Zulkifli bin Nordin dari Bandar Baharu Kulim, pengasas ajaran sesat ini yang bernama Tuan Guru Haji Ibrahim Bin Ali berkata kaedah solat sambil bertelanjang ini telah pun mendapat perkenan dari SPR iaitu satu badan bukan kerajaan yang boleh mengesahkan sama ada boleh atau tidak sembahyang sambil telanjang.

Di satu kejadian yang lain pula seorang lagi Ibrahim bin Ali juga telah meminta penjelasan daripada SPR sama ada solat sambil memakai dakwat sah atau tidak.
Kah kah kah... apa pasai pi tanya SPR bab sah sembahyang. SPR ni benda apa? Pejabat kadi atau pejabat mufti. Apa pasal tak tanya di pejabat tanah kah kah kah.

Bila masa pula Berhim Ali ni kalut bab sembahyang. Berapa banyak orang tak pakai dakwat tapi tak sembahyang tak ada sapa pun yang kalut.

Apa yang Berahim Ali nak susah, orang pakai dakwat atau orang tak pakai dakwat dia mesti kalah besaq di pasir Mas nanti.

Yang ada di Pasir Mas hanya Pas dan Umno tak ada parti cap kunci. Umno tak mau sama Berahim Ali Pas pun sudah banyak kali kena tipu sama Berahim Ali.

ADENGAN RANJANG MAYA KARIM DAN AERON AZIZ DALAM OMBAK RINDU KINI DI YOUTUBE



Pelakon seksi dan cun Maya Karim telah mencetuskan kontervasi apabila telah melakonkan adengan ranjang bersama pelakon warga Singapura Aeron Aziz..

Berhubung dengan kontervasi ini, adalah berkemungkinan besar Maya Karim tidak akan di senaraikan sebagai calon pelakon terbaik pada tahun hadapan.

Ini adalah kerana Maya Karim kurang mendapat percalonan dari cawangan cawangan Pas. Bukan tak ada lansung tapi kurang saja...

Opss macam mana boleh pi melalut percalonan dari pas cawangan pulak dah... Ni semua pasai cerita kat atas tu sama dengan berita kat bawah ni la :-Jangan percaya berita ini. Ini berita orang politik yang sedang mahu menipu orang Selangor. Majoriti orang Selangor tak mahu pada pakcik ni tapi majoriti pemimpin Pas yang pro Umno mahukan pakcik ni.

Pakcik ni pasti akan bertanding juga. Kalau bukan di Selangor mungkin di negeri lain. Pakcik ni amat di perlukan oleh pemimpin Pas yang anti cina. Pakcik ini adalah jambatan pemimpin pas yang takut negara ini cina yang perintah.

Apa yang boleh Saari Sungip buat kalau nama Pakcik di calonkan dalamPRU ni? Apa yang boleh Mat Sabu buat kalau Pakcik Hassan ni nak bertanding jugak dalam PRU ni.

Pakcik Hassan akan mencari tempat yang selamat untuk dia terus menang dalam PRU akan datang. Tempat yang selamat ialah di tempat pengundi cina paling minima jumlahnya.

Copy cerita yang Abu Nawas tulis ni dan percayalah aapa yang Abu Nawas kata bahawa Hassan Ali akan terus bertanding dalam PRU ini.

Berita di atas hanyalah sekadar mahu menyedapkan hati penyokong PR saja.

HAJI HAMID PARIT BUNTAR BERCERITA TENTANG UMMI HALFIDA


Kisah bekas teman lelaki Ummi Halfida yang mati pucuk telah mengegarkan sembang di kedai kopi sejak seminggu yang lalu..

Menurut Haji Hamid seorang pengemar kopi di kedai kopi ah Seng di Pekan Parit Buntar, beliau sebenarnya adalah bekas teman lelaki Ummi Halfida seaktu zaman persekolah dulu namun hubungan mereka terputus setelah Ummi Halfida yang juga anak tukang kebun sekolahnya dulu itu taju yang Haji Hamid mengalami kematian pucuk.

Haji Hamid mengimbau kembali kenangannya bersama bekas kekasihnya itu setelah membaca berita tentang Ummi Halfida di bawah ini :-Yo Yo Yo..Ini bukan marka Haji Hamid tapi ini adalah ustazah adik Azmin Ali dan azwan Ali. Ustazah ni mengamuk sakan sebab marahkan Anwar yang menolak cintanya dulu.Ustazah sudah tak tunggu lelaki yang tak mati pucuk lagi tapi sekarang al ustazah sedang menunggu keputusan pucuk pimpinan.

Pucuk pimpinan parti mana? Betulkah Ustazah nak masuk pilihanraya? nak lawan dengan sapa? Nak lawan kat mana?

Ada ka orang umno yang dah lama dok pulun nak masuk bertanding nak bagi kerusi depa senang2 kat ustazah ni?

kah kah kah.... kesian kat al ustazah ni, dah la sampai tua tak dapat pucuk tiba2 mengharapkan pucuk pimpinan la pulak kah kah kah

Tak dapat pucuk kembalilah kepangkal ya ustazah kah kah kah....

BERITA BARU DI TERIMA: PENDEDAHAN DIARY PERIBADI ZAMRI ABDUL KADER OLEH BEKAS ISTERINYA


Siapa sangka dan mungkin tak ada siapa yang tahu sebenarnya Zamri abdul Kadir telah pun beristeri sebelum berkahwin dengan isterinya yang hari ini..

Kisah perkahwinan dan perceraian Zamri Kadiaq iaitu pengusaha retoran mamak di pekan Ipoh itu hanya dapat anda baca di blog Abu nawas sahaja. Namun sebelum baca ceritanya baca dulu cerita kat bawah ni:-


Ugama itu candu masyarakat. Kata2 ini cukup untuk membuat orang melayu menjadi gila babi. Tapi apa yang sebenarnya di maksudkan oleh Marx dengan ucapan termahshornya itu.

Berbagai tafsiran boleh di buat dengan ucapan ini. Itu hak masing masing.

Apa yang Abu Nawas nak bawa hari ini ialah bila agama di jadikan tempat manusia mencari kesenangan. Ugama di gunakan untuk menghalalkan perbuatan jahat mereka. Agama juga di gunakan untuk perniagaan.

Sebagai contoh setiap kedai mamak sama ada mamak itu beragama Islam atau bukan akan pasti ada tergantung ayat2 Al Quran walaupun kedai tersebut bukan kedai mamak Islam.

Mengapa? sebab mahu menarik pelangan Islam ataupun nak beritahu kepada pelangan bahawa mereka itu adalah Islam.

Jika Zamri Kadiaq menjual roti canai di sebuah gerai di sekitar Ipoh, sudah pasti orang Islam ragu2 untuk makan di kedainya kerana Zamri Kadiaq adalah seorang India yang sinonim dengan agama hindu.

Untuk memberitahu kepada pelangan yang beliau adalah seorang India muslim maka Zamri Kadiaq akan memakai lebai ataupun meletakan ayat quran di kedainya.

Maka akan masuklah pelangan Islam ke kedainya kerana mereka yakin Zamri Kadiaq bukan India Hindu tetapi Zamri kadiaq adalah India muslim.

Kesimpulannya lebai dan ayaq quran di gantung untuk melariskan perniagaan. Setealah pulang dari berniaga belum tentu Zamri Kadiaq akan memakai lebai lagi.

Pakaian yang melambangkan ugama juga adalah sesuatu yang di gunakan untuk menarik simpati orang. Tak kralah pakaiannya itu adalah jubah Tok sami atau jubah Tok Imam.

Namun kelakuan sebenar si pemakainya hanya Tuhan dan dirinya sahaja yang mengetahuinya.

Seperti Melaun AJK pasti Pulau Pinang ini, jika di lihat dari luaran dan pakaiannya sudah pasti orang menyangkakan dia adalah seorang zuhud dan tak suka buat perkara2 yang di tegah agama. namun hakukat sebenarnya dia dalah seorang pelucah yang amat kritikal tak kira anak orang, bini orang, guru Pasti semuanya dia kira nak berlucah sahaja.
Baca dan lihat pulak gambaq2 di bawah ini yang Abu nawas ambil dari blog Mazidul Akmal bagaimana pakaian ugama juga di gunakan untuk menarik simpati dan menipu orang ramai :-.
........................................................................................................................................................

Biarpun hanya menggunakan bahasa isyarat, dia mendakwa kakinya kudung akibat terkena jerangkap samar di negara asal.


Sewaktu saya mula merakamkan gambar, dia kelihatan kurang selesa. Apabila ditanya berhubung tempat tinggal dan usianya, dia gagal berkongsi informasi terbabit berikutan kekangan bahasa.

Beberapa minit kemudian, dia mula bergerak, rentetan gambarnya saya rekodkan berikutan desakan hati kecil.


Pasti ramai berasa simpati melihat pengemis terbabit ketika dia cuba menyeberangi longkang kecil. Papan gelungsur buatan tangan terpaksa diangkat terlebih dahulu sebelum dia mengesut perlahan.

Ketika itu saya yakin, dia tidak menyedari setiap pergerakannya saya rakamkan dari jarak jauh.


Sewaktu beredar dari bazar, dia sempat berhenti di hadapan deretan kedai untuk mengira hasil kutipannya sejak awal petang. Perlahan tetapi berhati-hati, dia kemudian bergerak ke arah belakang kedai.

Saya mengekorinya dari jauh sambil terus merakamkan gambar.


Islam pada dasarnya tidak menggalakkan penganutnya hidup secara meminta-minta. Bagaimanapun melihatkan kecacatan lelaki itu, ramai pengunjung bazar tanpa teragak-agak menghulurkan derma seikhlas hati kepadanya. Ramadhan, sesungguhnya bulan untuk kita bersedekah.

Ops! Terlebih dahulu, mari bersama kita perhatikan gambar di bawah secara teliti.


Menarik? Pelanduk dua serupa?

Tumpukan perhatian kepada lelaki berbaju belang kelihatan berjalan laju ketika gambarnya saya rakamkan.

Ya, kejadian pelik.

Perangai manusia kekadang lebih mengelirukan berbanding perlakuan entiti paranormal pernah saya rakamkan sebelum ini.

Saya difahamkan, dia datang mengemis di bazar terbabit menaiki teksi tetapi ketika gambar direkodkan, dia tidak menuju ke arah jalan utama atau perhentian kenderaan.


Sewaktu dia menghampiri van rosak diparkir, saya tercegat berdiri di hadapannya. Biarpun tersentak, dia tetap menguntumkan senyuman.


Papan gelungsur sebelum itu digunakannya dimasukkan ke dalam beg di capai dari bawah van.

Tadaaaaaaaaaa!


Dia kemudian saya 'jemput' untuk kembali semula ke bazar tetapi kali ini lengkap berkaki. Melihat senyumannya sambil berdiri seperti manusia lain, beberapa peniaga kelihatan terpaksa menahan perasaan geram mereka.


Jam 6.28 petang, tiba-tiba dia mengeluarkan telefon bimbitnya sekaligus menghubungi seseorang. Malangnya, bahasa komunikasi mereka tidak langsung saya fahami.


Saya kemudian meminta pengemis itu menunjukkan kepada orang ramai, wang hasil kutipan di antara jam 4 dan 5.30 petang. Tanpa membantah, dia mengeluarkan beg kain selempang dari dalam bajunya.


Dia memerhatikan 2 remaja terbabit mengira wang terbabit, hasil simpati pengunjung melihat kaki kudungnya.

"Enam puluh ringgit, kalau campur duit syiling lebih lagi," ujar remaja berbaju merah.


Itu jumlah 'gajinya', diraih kira-kira dalam tempoh 90 minit sahaja. Jumlah mungkin tidak mampu diraih peniaga tempatan dalam tempoh sama.


Melihat kopiah disumbatkan di poket lelaki itu, saya kemudian membacakan keretan terawal Al-Fatihah dan menyuruh dia menyambungnya. Namun dia tidak menunjukkan sebarang reaksi terhadap bacaan Ummul Kitab itu.

Terlintas di fikiran saya, adakah dia beragama Islam?

Mendengar saya membacakan Al-Fatihah, kenalan saya berkebetulan berdiri di kawasan berhampiran tersenyum lebar sambil merakamkan gambar saya dan pengemis terbabit.


Dia kemudian dinasihatkan agar tidak lagi mengulangi perbuatannya, memperdaya orang ramai.


Pengemis itu kemudian dibenarkan beredar.


Kali ini dia berjalan pantas menuju perhentian bas di kawasan berhampiran. Saya terus mengekorinya sambil merakamkan gambar.


Sebaik teksi ditahannya berhenti, dia terus melambaikan tangan kepada saya. Barangkali dia berasa lega terlepas begitu sahaja.


Melihat senyuman bak mengejek lelaki itu, hati tiba-tiba berasa geram, kesabaran saya tercabar. Lalu tanpa henti saya merakamkan gambar warga Kemboja itu.

Saya percaya tindakan itu sekaligus membuatkan pemandu teksi dinaikinya tidak berasa selesa.

"Saya pun tahu dia nak pergi kemana. Dia kata sepuluh, sepuluh," kata pemandu.

Akhirnya, kami difahamkan, pengemis itu menetap di Damansara Damai.

"Saya tak nak bawa dialah," ujar pemandu.

Lantas lelaki itu diarahkan keluar dari teksi.



Sebaik teksi beredar, saya mendekatinya buat kali terakhir. Dia masih tersenyum. Beberapa saat kemudian warna pipi kiri kelihatan berubah merah.


Barangkali akibat dia berasa malu atau kerana terkena tiupan kencang 'bayu senja' bulan Ramadhan.

Untuk rekod, suatu ketika dahulu, warga Kemboja berhijrah ke Malaysia akibat bahana menimpa negara mereka. Sebilangan warga sama, kini kaya raya, hidup aman dan tenteram berkongsi negara ini bersama kita.

Kita akur, majoriti rakyat Malaysia pemurah tetapi usah sampai kita diperkotak-katik dan diperbodohkan di hadapan mata.

Bertindaklah apabila difikirkan wajar, bukan sepi membisu seribu bahasa.

To Live Is to Die

free counters

Eye of the Beholder

Dyers Eve