To Live Is to Die

free counters

Khamis, 15 Disember 2011

ANAK PEREMPUAN SAPA PULAK NI HAAA???

Tu dia..anak sapa ni? anak orang umno ka anak orang Pas..Ntah2 anak Pas + Umno kah kah kah.

Hebat hebat...Malaysia sudah maju, apa mau pakai baju baju lagi kah kah kah.

Lebih baik baca cerita kat bawah ni :-.

images Kenapa Pengasas Sendayu Tinggi Berpurdah?

- Mengapa Jutawan Sendayu Tinggi Pakai Purdah

Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana. Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup.

Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang.

Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil. Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain.

Nilai sepuluh sen

Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara menyuruh saya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah.

Sekembalinya saya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran. Saya mendapati antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang mendapat hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi hidayah untuknya selepas itu.

Saya memang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain sebaik sahaja usia mencecah 40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya mula melihat betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu dinikmati. Saya sedih mengenang ramai orang yang berjaya dalam perniagaan tetapi hidup tidak bahagia...

Ketika saya mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya beli sebuah kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satu tempat, saya senang melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisik kagum. Namun lama-kelamaan saya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itu menimbulkan perasaan riak dan mahu menunjuk-nunjuk.

Jika syiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahu mengutipnya semula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorang jutawan. Tetapi hari ini, saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Saya mahu buang rasa riak, sebab nilai duit sepuluh sen itu besar nilainya pada sesetengah orang dan tidak patut dibazirkan begitu sahaja.

Saya tidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi saya mengupah seorang ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untuk mengajar serta seorang ustaz untuk berkongsi ilmu agama. Sehari setiap minggu, rumah saya dibuka untuk orang ramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini.

Impian saya yang masih belum tercapai ialah membina sebuah kompleks hasil perniagaan. Di kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti dakwah di samping memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian ideologi perniagaan.

Saya tidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang saya sebagai sumber kewangan. Saya tidak memberikan mereka ‘ikan’ tetapi ‘pancing’ untuk mengubah kehidupan. Caranya saya beri mereka produk untuk dipasarkan. Saya juga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripada mereka untuk dijual.

Satu lagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumah perlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga pengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanak untuk dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmu agama di rumah tersebut.

Kini mula berpurdah

Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripada dirasuk perasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yang mengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat.

Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai status selaku pengasas produk kecantikan.

“Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang tahu produk kau bagus” – itu juga antara bisikannya yang sering menewaskan saya. Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebut dalam hadis ‘menutup aurat tetapi masih bertelanjang’ .

Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu semuanya serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia pun berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya?

Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup. Anak-anak (Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan Nurain Sufiyah) dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini.

Kini hari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat. Melayan keletah anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong, kari, limau purut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam, lampam, puyuh, puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia yang saya gelar Sorga Ammi.

Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus berlalu dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakin yakin betapa perlunya saya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasih sayangNya.

p/s : jadi pada sesape saudara muslim yang masih belum bertudung,bukalah mata.berubah untuk kebaikan.Dunia ni hanya pinjaman.semoga Allah membuka hidayah pada semua

PENGUMUMAN : HIMPUNAN ANTI KRISTIAN SABTU INI : AYOH KITA SAMA2 SERTAI


Satu himpunan anti kristian akan di adakan di Stadium Ipoh hari sabtu ini. Kepada sesiapa yang nak join himpunan ini bolehlah ke sana dengan membawa anak beranak sekali.

Himpunan kali ini akan di serikan lagi dengan kehadiran Hassan Bin Ali iaitu pelawak yang di datangkan khas dari negeri Selangor dengan tajuk lawaknya Aku Berjihad untuk Umno dan pas bersatu.

Antara pelawak pelawak yang turut serta dalam himpunan ini sudah pasti kumpulan dikir dari Kelantan yang di ketuai oleh Berahim bin Ali.Adalah di fahamkan himpunan kali ini akan di hadiri oleh berjuta juta umat Islam yang anti kristian.

Menurut seorang sektariat program tersebut ilham himpunan anti kristian ini telah di ambil dari kumpulan rock anti christ yang popular di tahun 90an dulu.

Kah kah kah... Pelawak melawak lagi. Lepas lawak di Selangor di sokong oleh berjuta juta umat islam kali ni pelawak ni mai Perak bikin show pulak.

Kali ni Pemuda Pas nak hantaq pelawak mana pulak wakil depa pi baca sajak Mat Tantawi. Pemuda Pas nak berselindung di belakang NGO mana pulak untuk join dengan Umno bikin lawak kat Ipoh?

Kita semua kena sokong himpunan ni sebab dengan berhimpun macam nilah semua masalah murtad akan selesai. Di Selangor sekarang ni semua orang Islam dah insaf sebab kejayaan gang ni bikin Himpun kah kah kah.

Orang kristian kat Ipoh jaga jaga sebab pahlawan jihad sudah mau datang Ipoh. Nanti habis orang kristian kena jihad dengan pahlawan jihad ni.

Orang kristian Ipoh kena ingat bukan calang calang panglima yang berada di belakang gang Himpun ni. Depa patut tau di belakang Himpun ada pahlawan Jihad berahim Ali dan Lebai Zul Din kah kah kah.

Tapi Abu Nawas nak bagi amaran pada Ostad Redzuan Tee supaya jangan hadir ke Himpunan ni sebab nanti depa ingat Reduan Tee ni cina kapir, tak pasai pasai kena jihad dengan depa. Nana Merican ketua penerangan pemuda Umno pun jangan dok tebiang mai Himpun ni takut nanti depa ingat Nana Merican tu hindu kah kah kah.Yang amat dan paling Abu Nawas bimbangi ialah takut takut nanti sekali dengan Zamri Kadiaaq pun depa jihad sebab Zamri Kadiaq hitam macam hindu kah kah kah...

SUAMI PELIK CERITA HUBUNGAN INTIM PELIK BERSAMA ISTERI SENDIRI


Pelik!! Itulah yang boleh di katakan kepada sepasang suami isteri yang di cekup oleh sekumpulan anak muda di sebuah perumahan terbengkalai berdekatan Parit Panjang Baling..

Apa yang pelik? Peliknya ialah kerana mereka di tangkap oleh anak muda yang sedang menunggu orang hendak merendek di kawasan rumah tersebut namun apabila suami isteri itu tahu yang mereka sedang di sekodeng maka mereka pun telah menagguhkan dulu rancangan Malaysia ke 3 mereka itu.

Peliknya lagi ialah pasangan tersebut sudah menikah tapi masih nak merendek kat dalam semak lagi.

Maka amat peliklah bila yang menangkap tu pun kaki maksiat dan yang depa tangkap pulak adalah laki bini yang nak mereton dalam hutan.

Walaupun begitu masih ada lagi yang teramat pelik dari segala yang pelik, sesungguhnya yang pelik dari yang pelik itu teramatlah pelik sehingga pelik membacanya seperti berita pelik yang bertajuk pelik oleh oarng pelik di bawah ini :-
Kah kah kah... baru dia nak tau ka yang Pas ni pelik.. sebelum ni dia tak tau ka parti yang dia pernah jadi pemimpin no 2 tu pelik kah kah kah.

Awat dia tak kata Pas ni pelik bila letak dia bertanding kat Bachok? Bukankah pelik dok Kuala Lumpur tapi nak jadi wakil orang Bachok? Masa tu kata la kat Pas"Oi Pas awatnya hangpa pelik sangat suruh aku bertandng kat negeri orang lain".Katanya Pas demokrasi tapi apa pasai pulak tak boleh nak cakap. Kalau tak boleh cakap bikin la parti orang bisu. Kenapa pulak orang lain tak layak cakap. kalau orang lain tak layak cakap sapa yang layak bercakap?

Atau mungkin yang layak cakap hanya depa kat bawah ni saja:-
.
Wahh..control hensem la pulak mamat ni...maklumlah ajen ketuanan melayu dalam Pas kenalah senyum simpul tanda sopan santun orang melayu kah kah kah

Haa...ini dia abang besar ketuanan melayu dalam Pas. Kalau sapa2 nak sajak pi la mintak kat dia tapi abang besar ni bikin sajak ketuanan saja, sajak lain tak layan bro.
Tu dia..ini baru orang yang paling layak bercakap dalam Pas, peduli apa kalau Tok Guru Musyidul Am Pas kata Pas kena kawan dengan DAP tapi kalau Musyidul Param ni kata tak boleh kawan dengan DAP maka orang Pas kena dengaq dan patuh kah kah kah.

Apa pasai Nasaruddin ni tak kata 3 ekoq makluk dalam Pas ni pelik? Orang lain pakat dok kempen ABU tapi 3 ekoq makluk ni sanggup jadi pecacai join dengan NGO umno untuk maki hamun kristian kat stadium.

Atau Nasa tak merasa pelik dengan tingkah jahat 3 orang kuat Pas ni kerana beliau adalah orang yang ke 4.

Kalau Pas dah pelik dok tugggu apa lagi dalam parti pelik ni. Keluaq la Pas join parti yang tak pelik atau pun joinlah dengan Lebai Zul Nordin yang telah lama menurut Pahlawan Jihad Berahim Ali.

Apa yang Nasa nak pelik lagi kalau dah tak boleh nak bertanding dalam PRU ini sebab Nasa sudah ada pencen sebagai ahli parlimen. Bukan ratus ratus pencennya tapi ribu ribu wa kasitau sama lu bro.

Tapi Nasa jangan risau anta sudah ada penyokong yang bersarang dalam Pas. Lepas ni para penyokong Nasa dan Hassan Ali mesti cantas sama itu Tok guru dan Mat Sabu sebab suka kacau Pas sama Umno nak bersatu kah kah kah.

Zahirnya tajuk iniTapi hakikat sebnarnya ialah

Blackend Is The End

Dyers Eve