Blackend Is The End

Sabtu, 21 Januari 2012

Surat Rahsia Untuk Allahyarham Ustaz Fadzil Noor Di Jumpai ..

Berikut adalah warkah seorang mahasiswa sila click sini untuk ke blognya..

Ustaz Fadzil Noor pasti akan menangis lihat kelaku ust Azizan

aku ni budak biasa je. budak muda yang melihat kebenaran itu bukan dari satu sumber semata-mata.

kita ni orang Islam. kita ikut acuan Quran.

tapi Allah tetap suruh kita meyakini Injil dan Taurat.

Allah tak kata bahawa segala dalam kitab yang lepas itu adalah mansuh.

dalam masa sama, Quran adalah panduan.

aku pelik dengan segelintir orang yang melihat kebenaran itu dari satu sumber semata-mata.

aku tujukan ini khas buat orang-orang PAS. kerana isu yang paling hangat kebelakangan ini ialah isu MB Kedah yang membelakangi dasar Parti Islam itu.

marah sungguh orang-orang PAS Kedah yang begitu fanatik kepada Azizan. maaf, saya tak kan panggil ustaz Azizan dengan jenama "ustaz" lagi mulai hari ni sebab dia tak pernah nak tunjukkan kelakuan dia seperti orang beragama Islam.

lihatlah tindakan dia apabila berhadapan dengan anak muda yang bergelar mahasiswa yang merupakan anak-anak orang jemaah PAS juga.

Azizan Razak langsung tidak menunjukkan sikap sebagai seorang pemimpin Islam yang mesra rakyat. malah, dibahasanya pula budak-budak itu.

tindakan pemuda PAS Kedah pula yang mungkin seakan-akan mahu membodek Azizan Razak ni, jelas adalah diluar batas islam sendiri.

mahasiswa dilayan hina di kedah. mahasiswa KUIN yang cuba menyuarakan suara mereka secara aman telah diancam dengan pelbagai ugutan oleh sebuah anak syarikat kerajaan negeri sehingga seorang pensyarah di sebuah kolej dibawah kerajaan negeri kedah itu dipecat dari jawatannya.

nasib baik pensyarah itu orang PAS, maka dia menghormati keputusan pemimpinnya azizan.(walaupun kita tahu pemimpin PAS ini ada potensi dalam kerajaan perpaduan anjuran UMNO)

tapi...5 mahasiswa yang digantung pengajian itu bukan orang PAS, cuma anak orang PAS, dan mereka berhak melawan azizan kerana azizan bukan pemimpin mereka. mereka tak perlu nak wala' membuta tuli pada azizan.

azizan seorang yang tidak terbuka. saya ingat lagi ketika karenahnya melayan wartawan. ada wartawan pernah ditengking oleh azizan kerana bertanyakan satu soalan yang mungkin tidak disenangi azizan. maknanya, azizan ini tidak profesional.

lagi satu ialah, azizan razak merupakan seorang yang pada pandangan saya "angkuh"

isunya saya tak mahu ceritakan disini, kerana mungkin akan dilihat semacam isu peribadi.

apapun, saya yakin, kalau Allahyarham Ust Fadzil Noor dapat melihat apa yang berlaku dan dilakukan oleh azizan atas nama PAS di Kedah ini..pastinya Ust Fadzil Noor akan menangis dan kecewa sangat apabila melihat kerakusan kuasa yang digunakan oleh PAS KEDAH dipimpin oleh Azizan.

saya minta maaf cakap begini. tapi benda ini sudah tidak boleh dibincang dalam peringkat dalaman parti lagi kerana pihak parti sendiri tidak mahu ambil peduli isu ini hingga menyebabkan kami anak muda yang "cinta" kepada PAS terpaksa membuat plan B menceritakannya di khalayak setelah setahun PAS Kedah melayan anak muda mahasiswa begini rupa.

jika tuan-tuan anggap saya ni dibayar oleh UMNO, maka jangan lupa apa yang kami buat pada UMNO hingga kami hidup dalam keadaan terancam selama beberapa bulan ini hingga sekarang. jangan lupa apa kami buat dalam kempen menjatuhkan UMNO dengan memimpin barisan hadapan BERSIH. jangan lupa isu kami turun bendera Najib. jangan lupa isu kami ditumbuk hingga nazak. dan jangan lupa apa yang kami akan lakukan dalam bulan ini untuk berperang dengan UMNO.

kami berjuang dalam kebenaran. dan kebenaran itu tidak semestinya datang dari PAS semata-mata. kebenaran itu boleh juga datang daripada Sosialis, Komunis, dan pelbagai latar.

lihat lah isu yang hendak diperjuangkan. bukan atas dasar assobiyyah semata-mata.

ramai orang PAS yang termakan dengan agenda assobiyyah sekalipun mereka menentang UMNO atas asbab Assobiyyah yang diguna UMNO.

kami yang menggantung replika mayat AZIZAN dipejabat agung PAS minggu lalu adalah terdiri daripada anak-anak ahli PAS dan aktivis PAS.

ekhsan anak kepada seorang P.A YB PAS.

Safwan menantu kepada pimpinan muslimat PAS negeri

aku anak kepada AJK Lajnah Kebajikan PAS peringkat kawasan

Shatry anak kepada pengasas PAS johor

dan ramai lagi kalau nak sebut. . .

atas dasar CINTA kami kepada PAS, kami melakukan sedemikian.

harap saudara paham apa itu perjuangan. ia adalah telus dan tidak mengira dasar puak.




TOK GURU NIK AZIZ dalam ceramahnya di Kedah pernah menyindir Azizan Razak. akan saya paparkan dalam posting akan datang. sekian. wabillahi, cintaku pada fadzil noor adalah cintaku kepada perjuangan. watallahi.

To Live Is to Die

free counters

Eye of the Beholder

Dyers Eve