To Live Is to Die

free counters

Rabu, 18 Januari 2012

Ustaz dan Ustazah sexy, lebih sexy dari artis yang sexy....


Ini bukan tulisan Abu Nawas tapi ini tulisan budak Khalid (yang dok tanggung orang dalam gambaq ni). Kalau hangpa nak tangkap, hangpa pi cari dia kah kah kah...

Klik tajuk kat bawah ni untuk ke blog Mat Khalid ni ha ha....

Golongan yang Islamik itu lebih KAFIR dari yang kafir harbi

Ustaz Wan Ji, semua orang kenal. search nama dia di Internet pun keluar berlambak. seorang pimpinan Parti Islam yang gah namanya di kalangan para aktivis. Dia seorang ustaz yang tidak jumud mengikut pandangan mata saya. dia seorang yang cool. dan hot.

bila ramai aktivis memaki dan mencarut akan kezaliman dilakukan BN, ramai(ustaz bajet hot) yang menegur, kononnya atas dasar Islam, tindakan sebahagian blogger anti-kerajaan BN, yang mengeluarkan kata-kata kesat keatas pemerintah zalim dan jahil lahabau seperti najib dan rosmah adalah tidak wajar dan malah ada yang kata HARAM menuduh mereka sedemikian. golongan yang "sound" ini kadang-kadang datang dari kalangan PAS sendiri. lebih kecewa, dari kalangan mulut-mulut golongan yang nampak Islamik bertudung labuh dan berkopiah, memimpin persatuan2 dan jemaah2 islam di kampus mahupun luar kampus.

puak-puak yang bajet warak dan alim ini cuba menunjukkan bahawa Islam agama yang sentiasa "sabar"...

sudah ditembak Aminul Rasyid(budak 15 tahun) pun kena sabar...

sudah dibelasah Safwan(presiden PMI) hingga nazak pun mesti bersabar...

sudah dibunuh ustaz Ibrahim Libya(peristiwa memali) pun kena bersabar...

dan banyak lagi pembunuhan yang mesti islam sambut dengan sabar...

ya..sabar...sabar lah...

jangan melawan...

kalau melawan..Islam akan jadi agama fitnah...

oh tidak.

apa ini punya sangkaan?

teruknya. . .

Islam takkan nampak cool dengan SABAR-nya

Islam perlu nampak HOT dengan keradikalannya

Islam akan terus cool sekalipun perjuangan bukan dipimpin oleh orang berserban.

Islam akan juga terus hot sekalipun perjuangan dipimpin srikandi bertudung pendek.

Islam boleh bangkit tanpa penyertaan golongan yang sibuk nak jaga sirr wa hazarr

Islam boleh terus bangkit tanpa penglibatan golongan ustaz-ustazah yang penakut

Islam boleh terus maju tanpa bantuan orang-orang yang sibuk bertazkirah di masjid hari-hari tapi tak mau turun ke demontrasi.

Islam mampu berdiri kukuh dan gah dengan nama REVOLUSI tanpa pertolongan golongan Islam rasis.

saya tertarik mendengar penjelasan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang(Presiden PAS) walaupun saya bukan penyokong dia. tapi dalam bab ini, dia membawa hujjah surah al-an'am ayat 35-36 yang dipetik bagi menjelaskan maksud ayat surah al-a'raf ayat 179.

tahukah saudara semua bahawa...

ALLAH MENYURUH KITA MENGUMPAMAKAN MEREKA YANG ZALIM ITU LEBIH DARIPADA HAIWAN?

tindakan ABU NAWAS(www.wasiatpejuang.blogspot.com) dan juga HISHAMUDIN RAIS(www.tukartiub.blogspot.com) dan juga team REVOLUSI HABIB(www.khalid-ismath.blogspot.com) jelas...adalah seperti yang telah dimaktub oleh Rabbul Izzati dalam ayat 179 surah al-an'am.

biar saya petik ayat tersebut:

"“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam itu kebanyakannya terdiri daripada jin dan manusia, mereka mempunyai hati (tetapi) tidak digunakan untuk memahami , mereka mempunyai mata (tetapi) tidak digunakan untuk melihat dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak digunakan untuk mendengar . Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai”. [TMQ Al A'raaf (7) : 179].


SAUDARA KU SEKALIAN,

saya tak kisah kalau mereka nak sound sangat.

tapi saya kisah bila mereka sound, mereka sendiri tidak berani untuk ke lapangan menyatakan penentangan.

mereka keluar fatwa mengharamkan tindakan itu dan ini, tapi mereka sendiri tidak ada usaha untuk menumbangkan kezaliman.

PAS dan PEMUDA PAS khususnya perlu menyusun semula silibus usrah bagi jemaah-jemaah yang dibawah tarbiahnya di kampus khususnya di UINIVERSITI yang datuk VC nya mengaku semua orang adalah anak dia. walaupun budak2 universiti itu tak pernah nak mengaku VC itu bapak mereka. siapa makan cili, hero filem tamil rasa pedas.

dari dulu sampai sekarang, asik hero filem tamil jugak lah yang jadi VC kat universiti yang konon nak membela nasib melayu itu.


masih nak bersabar..hatta wanita ini dibelasah rakus

masih nak bersabar..

aminurrashid 15 tahun dibunuh kejam. masih bersabar..

amar dan safwan cedera parah, masih bersabar..

USTAZ-USTAZAH yang masih suruh dengan SABAR dan HIKMAH itu adalah golongan yang penakut dan barua.

Blackend Is The End

Dyers Eve