To Live Is to Die

free counters

Ahad, 29 Januari 2012

WARKAH ABU NAWAS DARI PENJARA

Assalamulaikum semua pembaca Blog abu Nawas... Dah seminggui Abu Nawas tak update blog... bukan pasai apa sebenaqnya Abu Nawas kini berada dalam penjara. Dah seminggu Abu Nawas tidoq dalam penjara..

Nasib baiklah ada warden yang baik hati sanggup meminjamkan laptopnya untuk Abu Nawas menulis pada hari ini.

Menulis di dalam penjara tidaklah sama dengan menulis di dalam rumah atau di kedai mamak sambil layan gambaq blue. Namun tidaklah seteruk Zaid Zahari berkomunikasi dengan jiran selnya hanya dengan mengunakan ketukan sebagai bahasa perantara mereka berdua.

Tak usahlah bertanya di penjara manakah Abu Nawas sedang terkurung dan kesalahan apakah sehingga menyebabkan Abu Nawas tak boleh lagi nak maki memaki setiap hari di dalam blog. Kalau tahu pun siapalah yang sanggup menghulurkan tangannya untuk menyelamatkan Abu Nawas dari penyiksaan yang tidak terperi di penjara ini.

Di peluang di beri laptop untuk menulis, biarlah Abu Nawas menulis setakat mana masa yang di beri oleh seorang warden yang amat baik hati ini. Tapi ntah di mana hendak di mulakan tidaklah Abu Nawas tahu.. Ermm ikut terlintas sajalah...

ROSMAH DAN BR1M

Telah di beritakan yang isteri Perdana Menteri kesayangan kita telah berbelanja ratusan ribu ringgit hanya dalam sebuah butik sahaja di Australia. Wah itu baru sebuah butik belum lagi berbutik butik.

Untunglah jadi isteri Perdana Menteri kerana sekiranya Rosmah di takdirkan untuk jadi isteri Pak Najib yang pekerja veteran Ladang Kuala Ketil sudah pasti Rosmah tak mampu untuk berbelanja sedemikian rupa.

Bukan saja mahu berbelanja malah bagaimanakah rupa bentuk butik pun Rosmah tak dapat nak bayangkan. Yalah macam mana nak kenal butik sedangkan hutang kedai Ah Kau iaitu kedai runcit di depan jalan masuk ke Ladang Kuala Ketul pun Pak Najib suami Rosmah tak mampu bayar habis lagi.

Memanglah beruntung sangat jadi isteri atau kaum kerabat VIP ni. Bayangkanlah suami dan anak2 ketua wanita Umno di bayar gaji ratusan ribu ringgit sebulan untuk sebuah syarikat sahaja. Itu baru sebuah syarikat, ntah berapa banyak syarikat yang depa dapat secara percuma tidaklah Abu Nawas tahu.

Terasa mahu saja menyelam di dasar hati dan perasaan orang2 mewah seperti Rosmah dan kaum kerabat pemimpin negara. bagaimanakan perasaan mereka jika melihat kesusahan dan kesukaran hidup rakyat miskin yang bergelut dengan kehidupan.

Ahh...biarkanlah, yang pastinya orang miskin akan terus menerus menyokong umno kerana bagi mereka, bukan duit mereka pun yang Rosmah gunakan untuk berbelanja sakan dan bukannya salah pun kalau suami ketua wanita umno dapat gaji bulanan RM100ribu sebulan sebab syarikat itu tak ada kena mengena dengan orang miskin pun kata mereka.

Lagi pun kata mereka orang miskin dah dapat RM500.00. Mana banyak lagi antara RM500 dengan USD100ribu yang Rosmah belanjakan di sebuah butik tu. Sudah tentulah 500 lebih banyak dari seratus... tak gitu..

Leman Raja Lawak vs Ibrahim Ali

Sebelum Leman masuk Raja Lawak, Abu Nawas kena Leman sebagai seorang penjual minyak belacak di Ropewalk Taman Selat Butterworth dan Uptown Bandar Perda saja. Abu Nawas tak tahu pun yang Leman yamg kami panggil Man Belacak tu ada seorang peguam muda.

Yalah sapalah yang nak percaya kalau di katakan seorang penjual minyak kote di tepi jalan hanya berbekalkan pelita kabat adalah seorang lawyer.

Leman yang abu Nawas kenal adalah seorang penyokong Pas dan menentang kezaliman yang di lakukan keatas Anwar Berahim. Leman sanggup berhujah dengan sapa saja yang kata Anwar liwat.

Leman berhujah dengan fakta untuk menyangah dakwaan terhadap anwar. Maklumlah orang adailmu peguam mana nak sama dengan hujah orang yang cuma ada ilmu makian hamuan macam Abu Nawas ni.

Pendekkan cerita baru2 ni Leman bergaduh pulak dengan Berahim Ali. Leman ajak Berahim Ali berdebat dengannya. Walaupun semua orang tau yang BErahim Ali ni memang tak dak teloq tapi Leman kena ingat mana mungkin Berahim Ali nak berdebat dengannya yang satu habuk haram pun tak ada kepentingan dalam politik.

Yang paling Abu Nawas terkilan dengan Leman ini ialah bila dia hanya menjadikan musuh politiknya hanyalah Berahim Ali. Apalah standard melawan orang yang tak kuat macam Berahim Ali tu Lemai oii.

Leman keluaq kenyataan kata Pas bagus, BN pun bagus..yang tak bagus hanya Berahim Ali saja... Kah kah kah..Hang jangan bikin lawak Man oii. Apa barang Berahim Ali saja tak baguih PR dgn BN baguih pulak.

Kita ni kalau nak lawan kenalah lawan dengan orang kuat. Kalau setakat Berahim Ali tu Abu Nawas anggap dia tu macam anjing kelaparan yang berkeliaran mencari sisa2 makanan saja.

HASAN ALI

Maka selesailah cerita Hasan Ali dari persada politik negara apabila di sepak dengan hinanya oleh Pas. Biarpun selepas ini Hasan Ali pusing seluruh negara sekalipun suaranya tidak lagi keramat berbanding dengan sebelum ini.

Merintih, merayu macam mana sekalipun tidak ada sapa yang nak dengar lagi melainkan segelintir yang mempunyai fikiran sepertinya.

Walau apa pun yang Hasan Ali ungkitkan ketika dia bersama Pas adalah tidak penting lagi malah jasanya di dalam Pas sebenarnya telah pun di bayar dengan nilai matawang ringgit Malaysia.

Hasan Ali tidak bersusah payah di dalam Pas kerana sebaik saja menyertai Pas beliau terus di lantik menjadi pemimpin serta wakil rakyat. Sekali gus dia sapu Adun dan MP...congak pi congak mai, sebulan lebih 20 ribu tak termasuk claim itu dan ini.

Bila dah menang di Selangor Hasan Ali sapu lagi duit puluhan ribu ringgit sebulan bila di lantik menjadi exco kerajaan.

Jadi selepas ini walaupun sudah pasti Hassan dah tak akan jadi YB lagi tapi dia akan terus terima pencen. Pencen dari kerajaan pusat dan pencen dari kerajaan negeri.

Jadi apa susahnya Hasan Ali berbanding dengan Pak Hasan ahli Pas Titi Serong Parit Buntar yang siang malam berfikir macam mana nak naikkan nama Pas walaupun hanya di peringkat kampung sahaja.

Pak Hasan Titi Serong tak pernah di bayar walupun 1 sen malah dia pun tak pernah minta untuk di bayar atas segala khimatnya kepada partinya.

Oleh itu tiada apa yang Hasan Ali mahu sedihkan walaupun telah di pecat dengan hinanya sekali kerana selama dia berada di dalam Pas, dia telah di bayar untuk segala pengorbanannya dengan nilai ringgit Malaysia.

Nampaknya setakat ini sajalah yang dapat Abu Nawas tulis kali ini. Kalau ada masa dan di beri peluang lagi oleh warden penjara, Abu Nawas tulis lagi walaupun sudah tidak ada isu panas lagi di dalam blog ini.

Bagi yang nak melawat Abu Nawas di penjara ini jangan lupa bawa buah tangan. Tak kisahlah bawak apa pun kalau tak boleh bagi ipad bagi saja laptop. Abu Nawas ok saja keh keh keh.

Ok jumpak lagi..

Abu Nawas
(Penjara Misteri Abu Sayap)

Blackend Is The End

Dyers Eve