To Live Is to Die

free counters

Isnin, 19 Mac 2012

Janda najib Buat Pendedahan Bagaimana Rosmah Rampas Najib Darinya


Bekas isteri pertama Najib hari ini telah membuat pendedahan bagai mana suaminya di rampas oleh Rosmah Mansur..

Dalam satu temubual exkulsif bersama wartawan Abu Nawas pagi tadi beliau menceritakan kejadian yang amat tragis sewaktu saat2 berpisah dengan suaminya Najib yang meninggalkannya gara gara tergila gilakan Rosmah...




Surianani yang memegang watak bekas isteri Najib dalam video klip terbaru kumpulan Iklim berkata demikian ketika di mintak untuk menceritakan bagaimanakah beliau dapat menghayati watak isteri Najib dengan begitu baik sekali.

Beliau yang juga seorang janda berkata pengalamannya yang kehilangan suami akibat di rampas oleh cewek Indon secara rakus telah membuat beliau dapat merasakan watak janda Najib itu ada pada dirinya sendiri.

Klip Video yang di rakamkan di negeri selangor itu adalah kerana untuk menambahkan feeling lagi memandangkan negeri Selangor juga akan di rampas seperti mana Rosmah merampas najib dalam klip video ini :-Ini berita pelik.. macam mana Pak Jib tau yang Selangor comfrm akan umno rampas. tapi ini bukan berita pelik buat umno sebab umno sudah tau macam mana mau kasi menang...

Hasan Ali sudah tempah baju mau pakai time angkat sumpah jadi MB selangor... Khalid Berahim dah tak boleh jadi MB Selangor sebab dia bukan lagi pengundi Selangor...

Orang Selangor kena siap sedia untuk dapat pemerintah baru. Bersiap sedia macam orang melayu siap sedia tunggu kedatangan British sewaktu jepun lari kena halau dengan komunis dulu.

Orang melayu tak suka Dr Burhanudin jadi Perdana Menteri ketika itu sebab Presiden Umno pertama kata orang melayu nak buat jarum pun tak tau macam mana nak takbir negara..

Sebab tu Dato Onn jemput British datang balik untuk jadi raja kepada orang melayu ketika itu. Raja2 ketika itu di bayaq seribu dua sebulan untuk orang putih kaut semua hasil bumi bawa pulang ke negara depa.

Komunis berjuang susah payah halau Jepun untuk orang melayu menikmati hak mereka sendiri tapi orang melayu jemput semula British datang untuk sedekah harta benda yang ada.

Hari ini pun nak jadi perkara yang sama jugak. Bila British balik depa serah tugas rampas dan mencuri hak rakyat ni pada umno. 50 tahun umno sapu hak rakyat selangor sampai nak licin tapi belum sempat nak licin Umno dah kena terajang.

Khalid ibrahim kerja kuat untuk beri semula hak rakyat pada rakyat Selangor sebab tu Hasan ali tak puas hati. Umno pun tak puas hati sebab kerja kerja merompak terbatut sebab sudah hilang kuasa.

Macam mana pun Selangor mesti di rampas supaya saki baki yang tinggal akan dapat di habiskan segera.

Dah sebulan setengah abu Nawas melepak di Lembah kelang ni.. Abu Nawas baru jumpak 2 orang Umno saja. Maksud Abu Nawas bukan kawan2 yang abu Nawas kenal tapi dengan orang2 yang abu Nawas tak kenal dan tersembang dengan depa.

Dari anak muda sampailah orang tua yang abu Nawas jumpak semuanya anti Umno. dari ustaz sampailah kaki night club pun tak sokong Umno lagi. Depa ni kebanyakannnya tak ada parti tapi depa cuma ABU.

Itu servay yang Abu nawas buat selama menjadi orang kota ni. Jadi macam mana BN nak menang kalau tak ada sapa yang suka kat umno lagi?

Ini kerja mudah.. ini kerja senang..cap cap soi kata melayu yg cakap cina.

.................................................................................................
Jom bantu anak anak mahasiswa kita mecari dana. Bukan mahal pun. Hanya RM30.00. Tidak ada meja VIP..semuanya samarata tak kira pemimpin besar atau orang biasa... macam biasa hubungi ketua penganas si Khalid Ismath untuk tempahan tiket
013-373 4003

Blackend Is The End

Dyers Eve