To Live Is to Die

free counters

Sabtu, 3 Mac 2012

Leman Raja Lawak Akhirnya Gila

Sejak kebelakangan ini Abu Nawas tengok status Facebook Leman Raja Lawak atau Abu Nawas panggil Man Belacak banyak menyerang DAP dan Berahim Ali. Abu Nawas pernah tulis ketika di penjara pasai Leman dan Berahim Ali...

Apa sangatlah Berahim Ali kalau nak banding dengan Leman.. jadi menentang Berahim Ali seolah2 menentang budak2.. kita menang pun orang gelak kalau kita kalah lagi orang gelak.

Bagi Abu Nawas yang kenai sangat leman dan pernah sama2 susah di uptown Bandar Perda rasa pelik dengannya bila baca status Leman yang kadang2 turut menyerang Anwar Berahim sedangkan Abu Nawas ingat lagi Leman pernah mempertahankan Anwar Berahim dengan fakta fakta ilmu guaman yang ada padanya.

Malaslah Abu Nawas nak cerita kat sini mengapa Leman jadi macam ni dan Leman sendiri pernah talipon Abu Nawas berceritakan bagaimana dilemanya untuk berkata kata di pentas Umno sedangkan bila berada di pentas Pas atau Pkr Leman cukup petah berkata kata.

Hari ini Abu Nawas terbaca cerita Leman dalam Tukar Tiub... Sebagai seorang kawan Abu Nawas turut berasa bangga bila Hisham Rais menulis tentang Leman.

Oleh itu Abu Nawas nak katakan di sini kepada Leman...usahlah tertipu dengan tipu daya Umno. Kita perlu hidup dengan diri kita sendiri, Pas kah Umno kah atau parti apa saja adalah musuh kita... Kita sokong Pas, PKR atau lain2 parti kerana 1 perkara saja iaitu kerana depa menentang Umno... itu saja..maka ayuh kita jatuhkan Umno terlebih dahulu sebelum kita jatuhkan Pas, PKR dan DAP pulak bila depa pun jadi macam Umno nanti...

Di bawah adalah tulisan Tukar Tiub tentang Leman....

Ikan Belacak dalam belanga



Warga Jantan Malaysia tak mungkin tidak nampak ini. Mustahil. Dalam kota besar hingga ke pekan kecil di kampung-kampung, kita akan ternampak. Mata kita nampak tetapi tapi mulut tidak berani berkata. Hati kita ingin tahu tapi agak segan dan silu.
Hakikatnya kejantanan kita telah digoda.

Yang menggoda kita ialah iklan-iklan tanpa lesen. Iklan-iklan ini tersadai ditepi jalan. Iklan ini tergantung ditiang-tiang lampu jalan. Iklan ini tertampal-tampal di tembok-tembok tepi jalan. Si Penggoda ini bukan memberi khidmat urut Volcano atau urut kampong atau khidmat urut China Doll tetapi memberi khidmat memperkuat tenaga batin.

Hairan dan pelik. Kenapa begitu banyak sekali iklan genre tenaga batin ini? Bersepah merata-rata. Ada yang besar terpampang. Ada yang kecil terselit. Apakah ini satu tanda yang sahih bahawa ramai lelaki di Malaysia ini menghadapi masalah kejantanan? Persoalan telah lama bermain dalam kepala aku.

Aku juga terfikir mungkin juga iklan-iklan jenis ini sama seperti ceramah-ceramah yang aku dengar ketika aku anak sekolah dahulu. Ceramah yang cuba menakut-nakutkan anak-anak kecil tentang api neraka dengan harapan anak-anak kecil ini akan berkelakuan baik. Aku merasakan iklan-iklan ini juga beniat untuk menakut-nakutkan semua lelaki.

Aku membayangkan satu keluarga yang aman damai. Sang Ayah yang sedang memandu. Sang Isteri duduk disebelah dan dua anak di belakang. Kereta Mercedes mereka berhenti di persimpangan lampu isyarat. Di tiang lampu kelihatan jelas tergantung iklan yang bertulis: 'Maajun Lalat Mengembalikan Tenaga Batin'. Si suami ternampak iklan ini. Sang Isteri juga ternampak. Mereka tidak bercakap.

Tiba-tiba anak kecil bersuara: "Emak, apa itu Maajun Lalat? "Abah, apa tenaga batin?

Aduh! Aku tidak mungkin dapat meneka reaksi Sang Ibu. Tetapi aku tahu Sang Ayah akan gelabah. Sang Ayah akan pura-pura tidak mendengar suara anak dari belakang. Sang Ayah berharap lampu akan menjadi hijau dan kereta mereka beredar dari diserang oleh iklan ini.

Aku anggap lelaki yang melihat iklan tenaga batin ini akan merasakan seperti 'Scud Missiles' sedang menyerang kejantanan mereka. Si Lelaki akan merasa mereka tidak memiliki kubu pertahanan yang kukuh, merasa kecil dan 'kekurangan'.

Spesis yang bernama lelaki wajib mengakui apa yang amat-amat ditakuti oleh mereka ialah kekurangan tenaga batin untuk 'tunggang-langgang' diatas katil. Tidak ada tenaga batin amat-amat menggerunkan semua lelaki diatas muka bumi ini. Hidup tidak bermakna jika pedang tidak diasah.

'Banyak yang malu untuk datang membeli," kata Leman atau Sulaiman Ibrahim penjaja 'Minyak Ikan Belacak'. Sebenarnya aku sendiri pun sama malu untuk menelefon nombor-nombor yang terpampang diklan-iklan tenaga batin ini. Aku ada keinginan untuk tahu, tetapi segan untuk bertanya.

Aku bernasib baik - secara tidak sengaja satu malam sedang aku meleser di 'kawasan merah' Brickfields, aku terserempak dengan Leman. Anak kelahiran Kuala Nerang yang berumur 30 tahun ini sedang 'berceramah' menjual minyak ikan belacak.
Sekumpulan anak-anak muda Melayu sedang berkumpul mengelilingi Leman yang amat petah 'berceramah'. Leman sedang mempromosikan 'Minyak Ikan Belacak''.

Dia membuka meja kecil yang hanya diterangi oleh lampu karbaid. Di atas meja ada beberapa buah botol kecil yang penuh berisi Minyak Ikan Belacak.
"Ikan belacak dalam belanga,
Kxxe terpacak bxxxt ternganga"

Ini pantun dua kerat yang terkeluar dari mulut Leman. Aku kagum dengan keupayaan anak muda ini. Aku memasang telinga. Apa yang aku dengar cukup menyenangkan hati aku. Leman, berpantun dan berseloka. Dengan loghat Kedah yang pekat menjadikan aku amat-amat tertarik untuk terus mendengar.

"Minyak Belacak ini datangnya dari keluarga kami. Datuk kami yang memulakan. Semua ini ori. Saya belajar buat minyak ni dari ayah..." Leman dengan bangganya menerangkan sejarah minyak ikan belacak.

Ayah Leman ketika muda menjadi seorang penarik beca di kota Alor Star. Setelah bosan di Alor Star si ayah kembali ke kampung untuk mula mengeluarkan minyak ikan belacak. Menurut Leman keluarga mereka berasal dari Banjarmasin, justeru ilmu ikan belacak ini adalah ilmu Orang Banjar.

Ikan belacak ini banyak ditemui di tepi pantai berlumpur atau dikawasan pantai kayu bakau. Ketika air pasang, perangkap yang berumpankan nasi basi akan dipasang. Apabila air surut - jika nasib baik akan didapati banyak belacak terperangkap. Kenapa ikan belacak ini tertarik dengan nasi basi tidak pula diterangkan oleh Leman.

Antara 20 ke 30 kilo belacak diperlukan. Ikan ini akan dimasak dalam minyak yang bercampur dengan 80 jenis akar kayu. Akar sireh, akar keman duri, buah keras, buah pelaga, akar Haji Samad, akar teras memerang adalah diantara akar-akar kayu yang memainkan peranan untuk melahirkan Minyak Ikan Belacak.
"Biar negara kita kecik, jangan kxxe kita kecik. Akan jadi huru hara jika negara kecik dan kxxe juga kecik," ucapan Leman kepada anak-anak muda yang sedang melopong taksub mendegar promosi Minyak Ikan Belacak.

Dibawah kawasan landasan Monorel yang agak gelap ini anak-anak muda Melayu sedang melayan kejantanan mereka dengan melanggan anak-anak gadis yang sedang menunggu dalam bilik-bilik merah. Diatas meja kecil, Leman ada menyediakan surat selebaran untuk diambil oleh bakal pelanggan. Kertas A4 ini dimuatkan dengan gambar rajah-rajah tentang cara yang betul untuk menggunakan Minyak Ikan Belacak.

Minyak ini bukan untuk dimakan, tetapi untuk disapu dan diurutkan ke b****g kemaluan lelaki. Menurut iklan promosi, minyak ini boleh membantu memanjangkan, membesarkan dan memastikan p***r akan keras tegang dan tidak terpancut awal ketika berompi-pompi.

Selebaran ini juga memaparkan cara dan teknik yang betul untuk mengurut, mengasak dan mengasah kemaluan. Menurut Leman, amalan ini perlu dilakukan pagi dan petang.

"Saya jamin dalam satu minngu setelah diamalkan pasti ada perubahan. Bila semua sudah elok, hentikan menggunakan minyak ini".

Empat abang dan adik Leman semuanya menjalankan peniagaan minyak ini. Keluarga Banjar ini memang dikenali di Kuala Nerang sebagai pengeluar minyak belacak yang tulen. Malah dengan bangganya Leman menerangkan yang dia juga ada memasang ejen di Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura.

Kedudukan meja Leman yang memperagakan Minyak Ikan Belacak ini cukup strategik. Ianya terletak tidak berapa jauh dari bilik bilik merah. Mungkin ada anak-anak muda atau para pelanggan bilik merah ini yang gagal - terpancut awal. Belum bertempur sudah basah kuyup.

Maka, Minyak Ikan Belacak Leman ini akan dilihat sebagai pendinding dan pengeras yang berupaya untuk membantu menaikkan saham kejantanan mereka. Sebelum bertempur sekali lagi minyak ini akan digunakan.

"Ayam bulu balik,
makan padi raja.
Duit dapat balik,
bxxxt dapat sahaja"

Inilah pantun seloka yang menjamin keaslian dan keupayaan Minyak Ikan Belacak dari Kuala Nerang. Bila aku minta terangkan apa makna pantun ini Leman berkata - "kerana b****g kita kuat, maka 'Amoi' yang kita sewa itu cukup senang hati.. Dia tak nak ambil duit.. Dia bagi kita m**n free.."

Aku tersenyum apabila mendengar keterangan ini. Memang betul di kawasan merah di Brickfeild ini memang ramai Amoi-amoi yang cun dan bergetah. Kawasan ini adalah 'port' anak-anak muda Melayu belasan tahun yang baru ingin mencuba mengasah kejantanan mereka.

Sebelum aku beredar aku bertanya berapa harga sebotol minyak ini. Aduh! Bukan murah. Botol kecil - sekecil botol minyak wangi harganya 20 ringgit. Botol yang besar sedikit harganya 50 ringgit. Botol yang minyaknya agak hitam harganya 100 ringgit. Botol yang minyaknya hitam ini adalah pati terbaik dari ikan belacak.

Belek punya belek aku tidak jadi membeli. Ini kerana aku takut jika rahsia sulit aku menjadi panjang dan besar maka aku terpaksa membeli seluar dalam yang baru. Kalau ianya membesar mungkin aku juga wajib membeli pantalon baru. Jika ianya menjadi besar dan panjang, mungkin aku terpaksa bertongkat untuk berjalan.

Leman di pentas lakonan sebagai seorang miskin...

Leman di pentas politik pernah sepentas dengan tok Guru Nik Aziz

Leman di pentas dunia sebagai seorang penjual minyak belacak di kaki lima

Leman di Pentas Raja Lawak juga sebagai seorang kampung yang miskin.

Leman juga adalah seorang graduan yang bisa menjadikan dia seorang peguam jika dia mahu.

Namun apakah mampu untuk Leman menjadi seorang ahli politik bergelar YB yang meneruskan cita2nya untuk membantu orang miskin terutamanya di Kuala Nerang?

Jawapannya tidak jika Leman memilih Umno sebagai wadah perjuangannya.

Blackend Is The End

Dyers Eve