Blackend Is The End

Rabu, 11 April 2012

Kisah Terkini Anak Raja Bahrin Yg Di Larikan

Isu ini pernah Abu Nawas nukilkan di dlam blog ini lebih kurang setahun lebih yang lalu...

Sebagai seorang kawan Abu Nawas sekali lagu menyiarkan artikal ini untuk tatapan mereka yang msih belum tahu dengan kisah Ismail Lepat ini >

Masih ingatkah lagi isu raja Bahrin membawa pulang anaknya yang di larikan oleh bekas isterinya. Isu ini cukup panas satu ketika dahulu tetapi tahukah anda sebuah kejadian yang serupa juga berlaku kepada seorang lagi bapa yang anaknya turut juga di larikan oleh bekas isterinya keluar negara?

Ismail Ariffin atau lebih di kenali sebagai ismail Lepat turut menghadapi situasi yang sama seperti Raja Bahrin tetapi mengapa tidak ada siapa pun yang mahu bersamanya? Apakah kerana namanya bukan bermula dengan nama Raja? Di mana orang politik tak kira dari BN atau PR dalam isu ini.?

Politik hari ini ialah mencari keuntungan, sekiranya sesuatu isu itu mendatangkan keuntungan maka ramailah yang mahu menjadi hero kepada isu isu tersebut. Keuntungan yang Abu nawas maksudkan ialah dari segi politiknya.

Sebagai contoh apabila isu Interlok menjadi panas ada orang politik Pas yang aku rasa belum pernah pun membaca buku tersebut telah turut sama membantah dan membakar buku tersebut. ini adalah kerana orang politik ini merasakan kan mendapat keuntungan daripada isu tersebut dari masyarakat India.

Tanpa mengira parti politik di Malaysia ini, semuanya adalah selari dari segi mencari populariti. jJika hendak di kecualikan daripada mencari modal keuntungan politik hanyalah PSM atau Parti Sosialis Malaysia. PSM bekerja tanpa ada hasrat mencari keuntungan politik sebab itu mereka membantu rakyat tak kira di mana walaupun sudah pasti kawasan itu bukanlah tempat untuk mereka bertanding.

Hari ini Abu Nawas mahu membawa satu isu yang kini sudah berlarutan sehingga 13 tahun lamanya. Kisah perjuangan seorang ayah yang mencari anaknya yang di larikan ke luar negara oleh isterinya. Sehingga kini masih belum mendapat pembelaan.

Untuk asal usul cerita silalah menonton video ini terlebih dahulu tetapi Video ini memakan masa selama 1jam oleh itu sambil mendengar pembaca boleh terus kebawah video ini untuk membaca luahan hati seorang ayah yang bernama Ismail ariffin ataupun lebih di kenali sebagai Ismail Lepat.

Di dalam video ini beliau menceritakan bagaimana anaknya hilang di dalam pejabat agama dan di dalam kawalan pihak polis.. Apakah orang pejabat agama makan rasuah sehinggakan anak yang di amanahkan boleh hilang di dalam jagaan mereka? saksikan sendiri.


Part 1.

01. Pada 12 March 1996, Aisyah Jane telah membawa lari Sunni Sazali ke

England dari Malaysia pada hal pada waktu itu Passport perjalanan Sunni

Sazali ada bersama Ismail Ariffin, dengan itu Ismail Ariffin telah membuat

satu laporan polis (Report No: B/B 377/96) berkenaan hal tersebut.

On March 12, 1996, Aisyah Jane took Sazali Sunni with her and left Malaysia

for England even though Sunni Sazali’s travelling documents were with Ismail

Ariffin at the time. Subsequently, Ismail Ariffin made a police report

(Report No: B / B 377/96) on the incident.

02. Setelah 5 bulan Aisyah Jane dan Sunni Sazali berada di England, Ismail

Ariffin telah pergi ke England untuk mengambil semula Sunni Sazali pulang ke Malaysia.

Five months after Aisyah Jane and Sunni Sazali arrived in England, Ariffin Ismail

flew to England to bring Sunni Sazali to Malaysia.

03. Setelah sebulan kemudiannya Aisyah Jane telah kembali semula ke Malaysia

dan memfailkan satu kes di Mahkamah Syariah Pulau Pinang berkenaan tuntutan

untuk mendapatkan hak penjagaan terhadap Sunni Sazali.

A month later, Aisyah Jane returned to Malaysia and filed for custody of Sunni

Sazali at the Penang Syariah Court.

04. Sewaktu kes sedang dibicarakan, pihak Mahkamah Syariah Pulau

Pinang telah memutuskan bahawa hak penjagaan sementara diberikan

kepada Ismail Ariffin dan juga telah mengarahkan Ismail Ariffin untuk

membawa Sunni Sazali ke perkarangan Balai Polis Lebuh Pantai Pulau

Pinang pada setiap hari sabtu dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari

untuk membenarkan Aisyah Jane melawat Sunni Sazali. Ismail Ariffin juga

telah diarahkan untuk TIDAK berada di kawasan perkarangan balai Polis

tersebut semasa lawatan diantara Aisyah Jane dan Sunni

Sazali diadakan.

During the course of the trial, the Penang Syariah Court had ruled

that temporary custody be given to Ismail Ariffin and instructed Ismail

Ariffin to bring Sunni Sazali to the compounds of Lebuh Pantai Police Station,

Penang, on every Saturday from 9:00 am to 12:00 noon to allow Aisyah

Jane to visit Sunni Sazali. Ismail Ariffin was also instructed to leave the

compound of the police station during Aisyah Jane’s visitation with

Sunni Sazali.

05. Arahan ini harus dipatuhi sepanjang proses perbicaraan sedang

berlangsung sementara menanti pihak Mahkamah Syariah menjatuhkan

hukuman seterusnya .

Part 2.

01. Ismail Ariffin telah mematuhi semua arahan tersebut dan telah

menjalankan kewajipannya dengan membawa Sunni Sazali berjumpa

dengan Aisyah Jane pada tiap-tiap hari Sabtu dari jam 9.00 pagi sehingga

jam 12.00 tengahari walaupun beliau kurang bersetuju dengan arahan

dari pihak mahkamah yang tidak membenarkanya berada di perkarangan

kawasan perjumpaan. Ini kerana Aisyah Jane pernah melanggar undang-

undang Malaysia dengan membawa Sunni Sazali keluar dari Malaysia

walaupun dokumen perjalanan yang sah tidak ada pada Sunni Sazali pada

waktu itu. Oleh sebab itu beliau khuatir bahawa Aisyah Jane akan melakukannya

sekali lagi.

03. Setelah beberapa perjumpaan, Sunni Sazali sekali lagi telah dilarikan

oleh Aisyah Jane untuk kali keduanya sewaktu kes mahkamah sedang

berjalan dan yang lebih menghampakan beliau kejadian itu berlaku di

perkarangan Balai Polis Lebuh Pantai dan hak penjagaan pada waktu

perjumpaan itu adalah di bawah hak penjagaan pihak Mahkamah

Syariah Pulau Pinang.

04. Ismail Ariffin telah membuat laporan Polis (Report No: 1401/97) di atas

kejadian itu dengan harapan Aisyah Jane dapat ditahan oleh pihak berkuasa

kerana telah melanggar arahan pihak Mahkamah Syariah Pulau Pinang dan

juga sewaktu kejadian tersebut Passport perjalanan Sunni Sazali masih ada

dengan tangan beliau. Justeru itu, tidak mungkin Aisyah Jane dapat membawa

Sunni Sazali keluar dari Malaysia dengan sewenang-wenangnya tanpa

mempunyai dokumen perjalanan Sunni Sazali yang sah.

05. Seperti yang sedia maklum, Aisyah Jane akhirnya telah berjaya juga

melarikan Sunni Sazali dari Malaysia walaupun tanpa dokuman perjalanan

yang sah serta melanggar arahan dari pihak mahkamah Syariah Pulau Pinang.

Part 3.

01. Setelah sebulan kemudiannya pihak Mahkamah Syariah Pulau Pinang

telah menjatuhkan hukuman bahawa hak penjagaan Sunni Sazali telah

diberikan kepada Ismail Ariffin. Walaupun pada waktu itu Sunni Sazali

telahpun berada di England bersama Aisyah Jane.

02. Setelah kehilangan Sunni Sazali untuk kali keduanya, Ismail Ariffin

telah mengalami gangguan emosi yang amat teruk kerana beliau merasakan

dirinya telah teraniaya serta tidak mendapat pembelaan yang sepatutnya

daripada pihak-pihak yang terlibat yang pada pendapat beliau seolah-olah

lepas tangan. Ini ditambahkan lagi dengan keputusan pihak Mahkamah

Syariah Pulau Pinang yang memberikan hak penjaagan kepadanya,

walaupun pada waktu itu Sunni Sazali telah dilarikan dan berada di England.

Ini menambahkan lagi satu tamparan emosi yang amat dahsyat pada beliau.

03. Ganguan emosi serta trauma yang dihadapi oleh Ismail Ariffin

menyebabkan beliau tidak dapat menumpukan perhatian terhadap diri

sendiri dan juga kariernya sebagai seorang pelukis kerana beliau tidak

dapat menerima kenyataan bahawa anaknya Sunni Sazali telah dilarikan

dari Malaysia tanpa alasan yang logik yang pada pendapatnya adalah

satu penganiayaan terhadapnya sebagai rakyat Malaysia dengan sikap

sambil lewa dan lepas tangan pihak-pihak yang bertanggungjawab.

04. Kes kehilangan anaknya telah menjadi isu yang hangat dan menjadi

perbualan orang ramai di Pulau Pinang. Ramai yang menganggap kehilangan

Sunni Sazali bak kali kedua itu adalah disebabkan oleh kelalaian Ismail

Ariffin sendiri kerana beliau gagal menjaga anaknya dengan baik walaupun

pada ketika kejadian itu berlaku, Sunni Sazali berada bawah penjagaan

Mahkamah Syariah Pulau Pinang. Dalam keadaan yang begitu tertekan,

Ismail Ariffin mendapati sukar untuk membendung tekanan emosi yang

dialaminya dan dengan perasaan kecewa beliau akhirnya membawa diri

ke Eropah untuk cuba menenangkan jiwanya.

05. Pada May 2009, sewaktu berada di Jerman, Ismail Ariffin telah

didapati mengidap ketumbuhan di bahagian perut dan terpaksa menjalani

satu pembedahan pembuangan Pankreas dan terpaksa dirawat dihospital

selama 6 bulan (Rujuk laporan perubatan yang dilampirkan) dan sehingga

kehari ini masih dibawah pemeriksaan dan rawatan dari pihak hospital disana.

Menurut pendapat doktor yang merawatnya disana, ini adalah disebabkan

oleh ganguan tekanan emosi dan trauma yang dihadapi oleh beliau selama ini,

kerana setelah diperiksa, beliau bukanlah seorang perokok ataupun seorang

pengambil alkohol seperti kebiasaanya penyakit ini berpunca dan ini telah

disah kan oleh doktor yang merawat dan memeriksanya di Breman Germany..

06. Dalam satu laporan akhbar pada 8 Mac 2010 (rujuk laporan keratan

akhbar yang dilampirkan) Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan telah

membuat kenyataan bahawa kes siasatan terhadap Aisyah Jane kerana

melarikan Sunni Sazali tidak pernah ditutup oleh pihak Polis.

08. Dengan itu beliau ingin menuntut dan mencari keadilan terhadap

haknya yang tidak diendahkan setelah sekian lama bersabar dan

mengalami gangguan emosi dan trauma yang teruk yang akhirnya

telah turut sama menjejaskan keadaan fizikal dan kesihatan beliau

disebabkan oleh kecuaian, kelalaian serta sikap tidak bertanggungjawab

oleh pihak pihak yang terlibat di atas kehilangan anaknya dari Malaysia

yang suatu ketika dahulu berwarganegarakan Malaysia.


"Ahli ahli UMNO/BARISAN NASIONAL dan para Parti PEMBANGKANG"..

Benarkah kalian BERSAMA RAKYAT?"

13 TAHUN AKU TERBIAR.....

"Di manakah KEADILAN dan buktinya RAKYAT DI DAHULUKAN??"

Ismail Bin Ariffin
(Lepat / Pelukis Jalanan)

"SUMBANG"

..............

"Kuatnya belenggu besi, Mengikat kedua kaki,

Tajamnya ujung belati menujam di ulu hati,

Sanggupkah tak akan lari walau akhirnya Pasti mati :-)

Di kepala tanpa baja di tangan tanpa senjata,

Ah! itu soal biasa yang, Singgah di depan mata kita...

Lusuhnya kain bendera di Halaman rumah kita,

Bukan satu alasan untuk kita tinggalkan

Banyaknya persoalan yang datang tak

Kenal kasian menyerang dalam gelap

Memburu kala haru dengan

Cara main kayu Tinggalkan bekas biru lalu

Pergi tanpa ragu

"Setan-setan politik kan datang mencekik

Walau dimasa pacekik tetap mencekik"...

"Apakah slamanya politik itu kejam?

Apakah selamanya dia datang

'Tuk menghantam?"

Ataukah memang itu yang sudah

Digariskan? "Menjilat, menghasut, menindas

Memperkosa hak-hak sewajarnya" :-)..

To Live Is to Die

free counters

Eye of the Beholder

Dyers Eve