To Live Is to Die

free counters

Sabtu, 21 April 2012

Siapakah Lelaki Ini Di dalam Kumpulan Occupier Dataran Merdeka?

Siapakah mamat ini? Dia telah bersama sama dengan occupier dataran sejak dari hari pertama lagi. Malah dia juga telah turut serta dengan mahasiswa dalam demo anti PTPTN bermula dari Masjid Jamek hingga ke Dataran.

Benarkah dia seorang homeless?

Ada 4 orang yang di kenali sebagai homeless yang bersama2 sejak hari pertama perkhemahan.

1- Pakcik yang menjaga makanan dan barang2 dari sumbangan orang ramai.

2- Pakcik yang kurus (aku dah tak ingat nama apa)

3- Mamat yang suka bercakap sendirian.

4- Mamat dalam gambar ini.

Ketika kejadian samseng memukul para occupier pada pagi tersebut pakcik yang pertama dan kedua ada bersama sama dan sedang tidur.

Mamat yang ke 3 pun sedang tidur di khemah di raja.

Mamat yang ke 4 sudah menghilang walaupun 30 minit sebelum kejadian dia masih ada di depan aku......

Aku nampak dia datang kembali ke perkhemahan dari arah 100 meter beberapa orang polis berpakaian biasa sedang berkumpul dan terus masuk ke kumpulan occupy..

Apa yang menjadi persoalan ialah:-

1-Jika benar dia seorang homeless mengapakah dia dari awal lagi telah bersama dengan pemdemo sejak dari masjid jamek.


2-Dia tidak pernah bercakap tapi akan sentiasa merapati dengan mana2 kumpulan yang sedang bersembang.


3- Dia membawa gitar tapi sebenarnya dia tak tahu bermain gitar.


4-Kemanakah dia hilang ketika dalam suasana kalam kabut bila samseng umno yang sedang mabok arak datang memukul wanita wanita di sini.


5- Dia akan merenung seseorang dengan renungan yang tajam jika sesorang itu bercakap mengenainya adalah seorang SB...

Blackend Is The End

Dyers Eve