Blackend Is The End

Jumaat, 27 April 2012

TIPS KEPADA SESIAPA YANG TERKANDAS ATAU BAS YANG DI TEMPAH MENARIK DIRI SAAT AKHIR:-

INI ADALAH TIPS KEPADA SESIAPA YANG TERKANDAS ATAU BAS YANG DI TEMPAH MENARIK DIRI SAAT AKHIR:-.

Jika Anda dari Utara atau Timur Malaysia, anda boleh mengunakan keretapi untuk datang ke Kuala Lumpur. Walaupun tiket keretapi telah pun habis sejak lebih seminggu yang lalu namun anda masih boleh menaiki keretapi tersebut.

Caranya begini:
...
KTM selalunya akan menambah gerabak ektra pada hari perjalanan sekiranya semua tiket untuk perjalanan hari tersebut telah habis di jual.

Tiket extra ini hanya boleh di beli pada hari perjalanan tersebut bermula dari jam 8 pagi sehingga tiket tambahan itu habis di jual.

Jika tiket tambahan itu pun habis di jual anda masih boleh menaiki keretapi tersebut dengan tanpa membeli tiket. Anda boleh membeli tiket di atas keretapi melalui pemeriksa tiket dengan harga kelas ekonomi dari tempat anda dan di tambah RM10 untuk cas denda.

Sekiranya anda dari Bukit Mertajam tambang yang di kenakan ialah hanya RM19+10 sahaja. Ianya bergantung kepada harga tambang yang telah di tetapkan oleh KTM dari tempat anda ke KL Sentral

Namun harus di ingat anda tidak mempunyai tempat duduk di dalam keretapi tersebut sehinggalah ada penumpang yang turun.

Anda boleh duduk di antara gerabak ke gerabak sambil menghisap rokok surya.

Yang pastinya anda telah melakukan yang terbaik kerana sanggup datang juga walau dalam apa keadaan sekali pun ke perjuangan menjatuhkan umno ini.

Tahniah kepada yang datang
Takziah kepada yang tak datang

To Live Is to Die

free counters

Eye of the Beholder

Dyers Eve