Blackend Is The End

Selasa, 8 Mei 2012

Anak Perempuan Mufti Pahang Di Tangkap Khalwat

Anak perempuan Mufti Pahang Norhayati Binti Mufti telah di beritakan oleh akhbar Indonesia Post di tangkap khalwat oleh sekumpulan pencegah maksiat di sebuah hotel berdekatan Jakarta.

Bapanya Haji Mufti Bin haji Pahang ketika di hubungi telah mengesahkan berita tersebut dan kini sedang bersiap untuk ke jakarta bagi melansungkan perkahwinan anak perempuannya itu.

Ohh maaf Abu Nawas tersilap posting... sebenarnya nak cerita pasai pak pak mufti tapi pi cerita pasai anak Haji Mufti la pulak.......
....................................................................................................................................

Karl Marx seorang tokoh komunis pernah berkata Agama Itu Candu kepada masyarakat. Namun kata katanya telah di exploitasikan oleh golongan agamawan upahan pemerintah dengan mengatakan Marx adalah seorang yang anti agama.

Yang menjadi lucunya ialah agamawan dari Islam pula yang lebih lebih membantah dan menyerang Marx dengan berbagai tuduhan sedangkan pada ketika Marx mengeluarkan pendapatnya ini ianya sebenarnya di tujukan kepada paderi paderi kristian yang ketika itu menjadi baru barua pemerintah untuk menghalalkan setiap kezaliman kepada rakyat.

Pak pak ustaz yang tak pernah kenal Marx pun tak mahu ketinggalan untuk mengeluarkan fatwa bodoh mereka terhadap kata kata Marx.

Apa pun biarlah mereka yang hanya main dengar dengar itu bersama dengan teori mereka, Hari ini Abu Nawas ingin membawa satu perbincangan tentang realitinya kata kata Marx itu di zaman muktahir ini dan apa yang telah terjadi di dalam negara ini sendiri.


Apakah perlu pak pak mufti bersidang untuk mengeluarkan satu fatwa hanyalah tentang orang yang berhimpun atau lebih tepat lagi Perhimpunan Bersih 3.0?

Jawapannya adalah sememangnya perlu. Kerana pak pak lebai yang mewakili majlis fatwa ini cuma mengharapkan elaun elaun mesyurat seperti ini untuk terus hidup mewah. Golongan ugama seperti pak pak mufti ini hidup mereka penuh dengan kemewahan. Jika sekadar gaji yang tak tahu berapa puluh ribu itu adalah belum cukup untuk mereka hidup.

Sebab itulah selain daripada menjadi mufti mereka terpaksa keluar mengajar atau berceramah kerana itu adalah pendapatan sampingan. Bukan saja di bayar elaun malah orang orang melayu yang bodoh akan mengeluarkan wang wang dari tabong masjid untuk di berikan kepada pak pak mufti ini.

Sedangkan di sekeliling masjid masih ramai anak anak orang miskin tidak dapat bersekolah kerana tidak punya wang tetapi ajk masjid lansung tak pernah ambil peduli.

Pak pak mufti ini akan di layan dengan layanan VVIP selepas memberi ceramah dengan sajian makanan dan hidangan yang enak enak sedangkan orang ramai hanya di jamu dengan bihun goereng dan makan pula berlapikkan pingan kertas berbanding pak pak mufti yang makan dengan pingan yang mewah2.

Kenapa orang melayu melayan pak pak mufti sebegini tapi mereka membiarkan orang orang miskin hidup dengan kemelaratan?

Jawapannya mudah saja iaitu minda orang melayu telah di suntik sumbat dengan asap asap candu sehingga menjadikan mereka lali dan bodoh. Siapa yang menjadi tokey candu ini? Tidak lain mereka mereka itu adalah dari kalangan pak pak mufti dan orang orang agama.

Apabila orang melayu sudah lali dan ketagih dengan candu maka mereka akan terus memperbodohkan diri mereka sendiri dan dengan kebodohan mereka maka mudahlah pak pak mufti ini menipu mereka dengan ayat ayat yang di pilih pilih dari sebahagian Al quran serta hadis agar orang melayu memuliakan mereka dan tidak berani menentang kata kata mereka.

Sebenarnya pak pak mufti ini tidak punya apa apa melainkan agama sahaja sebagai modalnya untuk mencari rezeki. Abu Nawas percaya sekiranya di anjurkan debat antara pak mufti dengan Tukar Tiub, bisa saja pak pak mufti ini terkencing sambil berlari.

Ini adalah kerana pak pak mufti ini tidak perrnah hidup dalam dunia yang realiti. Mereka tak pernah merasakan kesusahan yang di rasai oleh orang miskin. Mereka tak pernah mengunakan pengangkutan awam seperti rakyat biasa. Jadi bagaimana mereka ini mampu untuk berdebat dengan Tukar Tiub yang pernah merasai kesusahan hidup rakyat selama ini.

Pak pak mufti inilah sebenarnya tidak percaya kepada Tuhan. bagi mereka rezeki bukannya datang dari Tuhan tapi rezeki itu datang dari sejauh mana mereka berjaya memperbodohkan orang melayu. Lagi bodoh orang melayu maka lebih mewah kehidupan mereka di atas muka bumi ini.

Pak pak mufti juga sebenarnya adalah golongan yang amat takut dengan rintangan hidup. Mereka tak berani untuk menempuh kehidupan yang mencabar seperti rakyat biasa maka untuk itu mereka wajib mempertahankan jawatan mereka.

Tidak lain dan tidak bukan mereka dengan sengaja menjadi barua kepada pemerintah kerana bagi mereka hanya pada pemerintah nyawa mereka bergantung. Oleh itu kita jangan hairan kalau pak pak mufti ini tak pernah mengeluarkan fatwa tentang hukum mengongkek bibik apatah lagi fatwa tentang hukum mengebom perempuan simpanan dari mongolia.

Ini adalah kerana fatwa fatwa yang sebegni bisa saja menutup periuk nasi mereka. Opss maaf bukan periuk nasik tapi hutang rumah mewah.

Tak perlulah anda semua menulis status di facebook pasai apa mufti tak haram kan itu dan kenapa mufti tak haramkan ini. Apa yang Abu Nawas jelaskan di atas sudah cukup untuk kita tahu kenapa dan mengapa.

Oleh itu maka benarlah kata kata Marx bahawa ugama itu adalah candu kepada masyarakat. Jika di bandingakan dengan realiti hari ini apakah kata kata Marx itu membawa maksud Marx iitu anti pada ugama? Segala penafsiran anda boleh buat sendiri.

To Live Is to Die

free counters

Eye of the Beholder

Dyers Eve