Blackend Is The End

Isnin, 7 Mei 2012

Bapa Ku Seorang YB - Pyanhabib

Kemarin Abu Nawas ke Majlis Pelancaran buku Pyanhabib di Markas Besar Umno PWTC. Buku ini adalah hasil koleksi sebahagian daripada puisi puisi Pyan telah di lancarkan oleh dato Lat di samping kehadiran rakan baik Pyan, Ramli Sarip..

Yang paling menariknya bila Pyan membaca puisi yang selau dia baca di dalam markas besar umno ni. Puisi yang bertajuk Bapa ku seorang YB mungkin sesuai untuk Anak Nazri Aziz ni :

Bapaku  seorang YB di negara demokrasi
joget dan zapin dia tahu menari
hari-hari meeting
hari-hari outstation
sampai pagi konon menghargai
kesetiaan para pengundi yang memilihnya di pilihanraya

Di atas podium di hadapan rakyat
orang-orang kampung jauh terpencil
lidah bapaku petah bersilat
uratnya tegang mata terjegil

Bapakku pakar pintar teori mulut berbuih mata
melilau bersembur serapah segala jampi
orang-orang kampung batuknya hijau
Kitab sejarah dan hadis Nabi jadi hafalan bapaku
bestari rakyat maehaen ditaburi janji

Tidak siapa tahu bapakku gergaji bermata dua
sondol sana - sondol sini
dia main tutup mata
orang-orang kampung terlopong dengan mata terbuka

Bapakku seorang YB di negara demokrasi
anak aku bertuah tidak pernah mengundi
diajarnya aku berotak pintar
untuk hidup mesti terlebih ajar

Oh alangkan bertuah aku anak bapak
Bapakku YB , aku jadi penyangak
masing-masing putar belit
masing-masing pintar teori
masing-masing isi perut dan tembolok sendiri

Bapakku seorang YB di negara demokrasi
di parlimen tak habis-habis berkelahi
jadi Yb tak habis-habis kena maki

Pyanhabib

Dari kiri Ahli Majlis MPSP Tarmizi Abdullah, Bekas Exco Pemuda Pas Kedah Fadzil Baharom, Pyanhabib dan yang kanan sekali Penyanyi Metallica James Helfeld...

To Live Is to Die

free counters

Eye of the Beholder

Dyers Eve