Blackend Is The End

Selasa, 31 Julai 2012

GAMBAR-GAMBAR LAMA MAJALAH MANGGA ABBY ABADY SEKSI



Agama adalakalanya bagai sebuah produk jualan yang dijaja oleh ramai penjaja di sebuah pasar.  Masing-masing mendakwa produk merekalah terbaik, selamat dan dirahmati.  Sebagai orang Islam yang bergiat di dalam kerja seni, saya selalu menghadapi masalah tentang definisi "Seni Islamik".  Saya sering tertanya-tanya apakah bendanya Seni Islamik?  Apa takrifan dan cakupannya dan bagaimanakah bentuknya?  Pelakon Abby Abadi yang baharu menyertai PAS di dalam komentarnya di sebuah laman portal berita online mengeluarkan kenyataan bahawa seni Islamik hanya akan wujud selepas PAS mengambil tampuk pemerintahan dari kerajaan Barisan Nasional.

Saya terpanggil untuk membuka lebih panjang persoalan menarik ini.  Saya tidak mempedulikan kenyataan beliau yang mengatakan akan mula berkarya selepas Barisan Nasional tumbang kerana itu adalah hak peribadinya sedangkan ramai rakan seniman saya terus konsisten berkarya di dalam apa jua keadaan pun tidak kira zaman gelap, dan susah atau zaman terang dan senang.  Saya inginkan agar sebuah konklusi dicari dalam mendefinisikan Seni Islamik ini.  Perkara paling asas yang perlu difahami pada awalnya ialah apa sebenarnya seni dan apakah dia Islam.  Itu kuncinya.  Islam adalah cara hidup (ad-din) yang mana di dalam kehidupan mestilah ada pengisiannya.  Islam menyarankan agar berbuat kebaikan dan menjauhi kejahatan (amar makruf nahi munkar).  Itu asas perjuangan seorang muslim sementara ia masih hidup dan muslim itu percaya akan ada pembalasan di hari kemudian atas apa yang mereka kerjakan selama mereka hidup.


Barangkali pemahaman seni Islam kita terbawa-bawa kepada cara berpakaian ala Arab dengan lagu-lagu, persembahan nyanyian, tarian dan lakonan yang mestilah lebih banyak memuji dan menyebut kalimah-kalimah suci sahaja.  Di Malaysia kita tahu semuanya dikawal oleh orang politik termasuklah kerja-kerja seni.  Kerajaan Pakatan Rakyat hari ini kita dapat lihat terus juga mengamalkan definisi "seni Islamik" ala Barisan Nasional.
Seni Islamik akan jadi terbatas jika kita fahami ia adalah persembahan daripada kumpulan-kumpulan nasyid sahaja.  Tidaklah saya menafikan sumbangann mereka tetapi kebanyakan kumpulan nasyid di Malaysia hanya lebih menekankan tentang berbuat ibadah rukun Islam sahaja seperti bersembahyang, berpuasa, bersedekah dan seumpamanya yang dilihat agak selamat dari diganggu pemerintah tetapi mereka tidak mengambil kesempatan mendidik khalayak  menentang kezaliman dan kemungkaran.  Kalau sentuh pun hanya sikit-sikit sahaja.  Mereka lebih berminat "amar makruf" tetapi tidak "nahi munkar" dan hanya menyampaikan perkara-perkara ringan sahaja.  Kerana itulah kumpulan nasyid lebih diminati oleh golongan kanak-kanak.  Bagaimana pula pengisian untuk orang-orang dewasa yang sudah pandai berselawat, berzikir munajat?  Sudah habiskah kalimah-kalimah suci yang perlu dipelajari?  Apakah persembahan rakan-rakan seniman saya seperti Pyanhabib, Hishamuddin Rais, Amin Iskandar atau Nikji dan yang jarang melaungkan kalimah pujian khusus menyebut nama Tuhan bukan karya Islamik sedangkan mereka giat menentang kebobrokan pemerintah?  Mendidik khalayak mencintai negara adalah tanggungjawab seniman.  Dalam Islam ia dianggap sebahagian daripada iman (Hubbul watan minal iman).  Tarian pedang dipersembahkan pada hari raya ketika zaman Rasulullah untuk membangkitkan semangat cintakan negara yang dituntut oleh Islam.  Puisi-puisi penyair sufi terkenal seperti Jalaluddin Ar Rumi, Fariduddin Attar atau Rabiatul Adawiyah jarang mengungkapkan nama "Allah" kerana bagi pemahaman kerohanian mereka nama hanya sekadar nama yang diwujudkan melalui huruf dan suara tetapi rasa kasih dan cinta terhadap pencipta tidak mampu terlafazkan malah berpendapat bahawa huruf-huruf itu adakalanya tidak layak didirikan untuk membentuk nama Tuhan yang Maha Agung.


Untuk saya, apa sahaja perkara yang baik dan berkarya mengajak ke arah kebaikan dan menentang kejahatan itu adalah "Islamik".  Ia bukan sekadar pakaian dan menyebut kalimah-kalimah khusus.  Islamik adalah untuk semua perbuatan kerana ia adalah ad-din di mana apa sahaja yang dilakukan (termasuk kerja-kerja seni) adalah kerana Allah.  Di dalam solat ada dibaca "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah Taala".  Tetapi sudah tentu pula timbul hujah yang ia mestilah dibataskan dengan syarak, bersopan dan tidak boleh keterlaluan.  Benar dan saya sangat bersetuju tetapi memahami "syariat" yang digariskan di dalam hukum feqah itu mestilah disandarkan juga dengan ilmu Hakikat (Tasawuf) kerana ia ada pertalian di dalam menentukan apa yang boleh dan apa yang tidak.  Melabelkan sesuatu itu haram dari sudut Feqah tetapi tidak mengimbangi dari sudut Tasawuf akan jadi salah dan caca-merba.  Begitu juga ketika menilai dari sudut Tasawuf harus merujuk kepada Feqah juga.


Seni Islamik adalah kehidupan dan ia boleh menyerap di mana juga cabang tidak kira apa bangsa dan amalan sesuatu masyarakat.  Nusrat Fateh Ali Khan di tanah India menerapkan Islam dalam lagu-lagu bersumberkan "Qawalli" yang dirasakan beliau dekat dengan kehidupan komuniti di sana.  Beliau berdakwah dengan menyentuh "jiwa" insan.  Inilah yang dilakukan oleh Sunan Kalijaga dan anak beliau Sunan Muria di era Majapahit di tanah Jawa.  Berbeza dengan kaedah kawan-kawan seangkatan mereka dari sidang wali (Wali Songo), mereka berdakwah melalui seni.  Diterapkan kisah-kisah Nabi di dalam persembahan wayang kulit, nyanyian dan tarian yang pekat dengan budaya Jawa-Hindu.  Disampaikan dengan lembut kerana seni itu halus.  Untuk kanak-kanak, mereka menciptakan sebuah permainan "helang dengan ayam" di mana helang (diibaratkan anasir jahat) cuba menyerang anak-anak ayam (generasi) sementara ibu ayam (pejuang Islam) harus mengawasi anasir jahat ini dan melindungi anak-anak ayam tersebut dari dimakan helang.


Dalam kemelut politik dan serabut kehidupan hari ini, seniman harus bangkit membetulkan saf dan wajib terus berkarya menyampaikan keluh-kesah rakyat untuk didengar sang pemerintah.  Di samping itu seniman harus juga berperanan membantu pemerintah yang berminat dengan aktiviti seni dan budaya memperbetulkan persepsi dan definisi Seni Islamik itu sendiri agar kekeliruan tidak terjadi sehinggalah kerja-kerja seni yang mengangkat kebenaran dan membuang kezaliman dapat ditanamkan benih pemahamannya di dalam setiap sanubari rakyat.  Wallahua'lam.

*Ronasina dengan nama asalnya, Mohd Affandi Ramli adalah penulis, kartunis dan aktivis.

Jumaat, 27 Julai 2012

TUKAR TIUB MATI MASUK NERAKA

Seorang teman bertanyakan aku tentang sosialisme. Dia bertanyakan apakah maksud sosialis? Mengapa Sosialis tak percayakan agama? Tukar Tiub tidak percayakan Tuhan! Bolehkah sosialis menegakkan Islam? Dan lain lain lagi. 


Aku tidak mahu menjawab persoalan itu kerana daripada soalannya itu aku tahu bahwa betapa pemikirannya tak lebih daripada apa yang ada di dalam kepala otak kebanyakan orang. Aku menjawab persoalannya dengan soalan kepada persoalan itu.

Aku bertanyakannya dari mankah yang dia dengar bahawa socialisme itu anti agama? Aku tanyakan dia pernahkah dia bertemu atau berkawan dengan Tukar Tiub bila mengatakan Tukar Tiub tidak percayakan Tuhan? Aku bertanyakan dia sudahkah tertegak Islam di dalam diri dan keluarganya sedangkan dia adalah ketua kepada keluargannya.

Dari persoalan itu teman ini menjawab bahawa sudah terbukti bahwa pengamal sosialisme atau komunisme itu tidak percayakan Tuhan. Sebagai contoh Marx, Lenin, Mao Tze Dong dan lain lain nama besar yang menjadi pemimpin komunis. Menurutnya lagi ramai yang tahu bawaha Tukar Tiub sememangnya tidak percayakan Tuhan. Dia tidak menjawab soalan aku sudahkan Islam tertegak di dalam diri dan keluarganya.

Sebenarnya aku tidak marah pun kepadanya bila anggapannya terhadap nama nama yang di sebut di atas itu kerana aku tahu dia adalah salah seorang mangsa kepada propaganda golongan anti rakyat yang telah sekian lama menyebarkan fahaman ini.

Aku Cuma berkata padanya agar bersangka baiklah kepada orang lain dan janganlah membuat penilaian kepada seseorang itu tanpa kita mengenalinya terlebih dahulu. Setidak-tidaknya ziarahlah blognya untuk agar anda boleh membaca pemikirannya yang anda katakan tidak percayakan tuhan itu.

Aku katakan kepadanya jangan terlalu merasa angkuh bahawa hanya parti anda sahaja yang berada di jalan benar dan orang lain semuanya sesat. Kemukakanlah faktanya bukan autanya jika mahu menuduh orang lain itu tidak betul. Di mana parti anda di saat parti-parti yang anda katakan sesat itu berada di barisan hadapan ketika menghadapi penjajah di zaman pra kemerdekaan dulu?

Selesaikan pemahaman anda terhadap istilah sosialisme dahulu sebelum membuat kesimpulan terhadap idiologisme ini. Selesaikan buruk sangka anda terhadap komunisme sebelum membuat pertimbangan mengatakan pejuang pejuang kemerdekaan yang bersama Parti Komunis Malaya(PKM) itu adalah tidak percayakan Tuhan. Islam tidak hanya terdapat pada parti anda tetapi Islam itu berada di mana sahaja anda berada. Seorang muslim yang tidak hipokrik boleh berada di mana sahaja tanpa meninggalkan cara hidup Islamnya.

Aku katakan padanya berapa ramai ahli parti islam yang tidak hidup cara Islam. Berapa ramai ahli parti Islam tidak bersembahyang. Berapa ramai ahli parti Islam yang anak isterinya tidak menutup aurat. Berapa ramai ahli parti islam yang berfikiran perkauman melayu seperti Umno?
Anda persoalkan apakah Islam boleh di tegakkan oleh sosialisme sedangkan ahli parti anda yang menjadi pemerintah kepada keluarganya pun tidak boleh berbuat demikian. Anak isteri yang di bawah jagaannya pun tidak solat dan menutup aurat.

Inilah kejahilan manusia yang masih berbaki di abad milinium ini. Aku ingatkanya tentang ketika Ir Nizar di asak oleh wartawan ketika baru menjadi MB Perak dahulu. Seorang wartawan bertanyakan kepadanya apakah Pas akan menegakkan Islam di dalam pentadbiran negeri Perak? Nizar menjawab dengan bertanyakan wartawan itu kembali. Katanya apakah menjalankan pemerintah dan pentadbiran yang adil itu bukan menegakkan Islam? Soalan dari persoalan itu sudah tidak mampu untuk wartawan itu meneruskan soalannya.

Jika pemerintahan yang adil kepada rakyat di negeri Perak yang di katakan Nizar itu pun sudah menjadi sebahagian daripada menegakan Islam, bagaimana anda boleh bertanyakan apakah sosialisme itu boleh menegakan Islam? Jelaslah anda tidak pernah membaca atau mengambil tahu apa itu sosialisme dan hanya mendengar momokan daripada lidah-lidah pro penjajah. Apakah prinsip-prinsip sosialisme itu bertentangan dengan Islam sehinggakan anda mengatakan sosialisme itu sesat. Bukankah Islam itu memeragi kapitalisme? Bukankah Islam itu menegakan sosialisme dan bukankan Islam itu adalah perjuangan kaum tertindas?

a. Islam memerangi kapitalisme

Mengenai Islam menentang kapitalisme ini telah dikemukakan dengan jelas oleh HOS Tjokroaminoto, melalui bukunya yang berjudul “Islam dan Sosialisme”.
Bukunya itu ditulis pada tahun 1924 di Mataram. Ini diantaranya yang dikatakan HOS Tjokroaminoto:
“Menghisap keringatnya orang-orang yang bekerja, memakan hasil pekerjaan orang lain, tidak memberikan keuntungan yang semestinya (dengan seharusnya) menjadi bahagian lain orang yang turut bekerja mengeluarkan keuntungan itu,–semua perbuatan yang serupa ini (oleh Karl Marx disebut memakan keuntungan ‘meerwaarde’ (nilai lebih) adalah dilarang sekeras-kerasnya oleh agama Islam, karena itulah perbuatan memakan ‘riba’ belaka. Dengan begitu maka nyatalah, agama Islam memerangi kapitalisme sampai pada ‘akarnya’, membunuh kapitalisme mulai darui ‘benihnya’, oleh karena pertama-tama sekali yang menjadi dasarnya kapitalisme, iaitu memakan keuntungan ‘meerwaarde’ sepanjang fahamnya Karl Marx, dan ‘memakan riba’ sepanjang fahamnya Islam” (Penerbit Bulan Bintang, Jkt, 1954, hal: 17).

b. Menegakkan Sosialisme

Ini kerana Islam hendak menegakkan keadilan sosial misalnya dalam
surat Al Qashash ayat 5-6. Di sana dengan gamblang dikemukakan janji Tuhan yang akan menjadikan kaum tertindas dan miskin (mustadafhin atau dhuafa) sebagai pemimpin di bumi dan mewarisi bumi sehingga tidak ada tempat lagi bagi kaum mustakbirin (para diktator, angkuh dan kaya) untuk melakukan penindasan dan penghisapan terhadap kaum mustadafhin.
Keadilan sosial tegak. Tentang Islam akan menegakkan sosialisme, juga telah dikemukakan H. Agus Salim dalam Kongres Nasional VI SI, bulan Oktober 1921 di Surabaia. H. Agus Salim antara lain mengatakan:
“Nabi Muhammad Saw sudah mengajarkan sosialisme, sejak 1200 tahun sebelum Karl Marx” (Sekneg: G 30-S Pemberontakan PKI”, 1994, hal: 11).

Kemudian menurut tulisan Hasan Raid ini, masyarakat yang berkeadilan sosial atau masyarakat sosialis adalah masyarakat transisi menuju masyarakat Tauhidik, “umat yang satu” seperti yang dikemukakan surat Al Mukminun ayat 52.

Mengenai masyarakat Tauhidik ini, Asghar Ali Engineer melalui bukunya “Islam dan Pembebasan” mengemukakan bahawa Tauhid tidak hanya menyatakan keesaan Allah, tetapi juga kesatuan manusia dalam semua hal. Suatu masyarakat jami’-i tawhid yang Islamik, tidak akan membenarkan diskriminasi dalam bentuk apapun, tidak kira itu didasarkan pada ras(keturunan), agama, kasta maupun kelas.

Masyarakat tauhidik yang sejati menjamin kesatuan sempurna diantara manusia dan untuk mencapai ini, perlu untuk membentuk masyarakat tanpa kelas.

Keesaan Allah mengharuskan kesatuan masyarakat dengan sempurna dan masyarakat demikian tidak menerima perbezaan dalam bentuk apapun, bahkan perbezaan kelas sekalipun. Tidak akan terjadi solidariti iman sejati, kecuali segala bentuk perbezaan ras(keturunan), bangsa, kasta, dan kelas dihilangkan. Pembahagian kelas menegaskan secara tidak langsung dominasi yang kuat atas yang lemah dan dominasi ini merupakan pengingkaran terhadap pembentukan masyarakat yang adil (hal: 94).

c. Pertentangan Kelas dan Perjuangan Kelas

Al Qur’an menyebutkan tentang pertentangan dan perjuangan kelas, misalnya surah Al Mukminun (53), Al Qashash (5-6) dan Ar Ra’du (11). Ketiga surah-surah di atas mengandungi petunjuk bahwa masyarakat manusia tidak satu lagi, tetapi telah terpecah-pecah dalam yang menindas dan yang tertindas.
Tuhan dalam hal ini terang-terangan memihak kepada kaum yang tertindas.

Itu tercermin dari janji Tuhan dalam Al Qashash (5-6). Melalui surat Ar Ra’du 11 cukup jelas dikemukakan, bahawa keadaan mereka yang tertindas dan miskin tetap akan tertindas dan miskin, bila mereka sendiri tidak bangkit melemparkan belenggu yang dililitkan kaum penindas atas leher mereka.

Usaha kaum atau perjuangan kelas dari kaum tertindas sendirilah yang menentukan terjadinya perubahan. Imbauan berperang untuk membebaskan orang-orang yang teraniaya dari surat Annisa 75 dan Al Hajj 39. Hadith Nabi Muhammad s.a.w juga mengatakan:
“Bila engkau melihat kemungkaran ubahlah dengan tangan (kekuatan, kekerasan), dan bila tidak mampu, ubahlah dengan lidah (kritik, nasehat) dan bila tidak mampu juga, ubahlah dalam hati dan itulah selemah-lemahnya iman. Bagi yang imannya kuat, kemungkaran harus diubah dengan tangan. “

Dengan mengemukakan ayat-ayat yang terdapat dalam Al Quran di atas, mereka kemudian mendakwa bahawa Islam dengan jelas memerangi kapitalisme, Islam hendak menegakkan sosialisme, dan Islam bertujuan untuk mewujudkan masyarakat tanpa kelas.

Dan untuk memenangkan perjuangan mengalahkan kapitalisme, memenangkan sosialisme dan kemudian terwujudnya masyarakat tanpa kelas, Islam memberikan petunjuk harus dengan melalui perjuangan kelas. Semuanya itu menunjukkan terdapatnya titik persamaan antara Islam dan komunisme

Maka di sini dimanakah yang anda katakan sosialisme itu sesat?

JOM MENGUMPAT DI BULAN PUASA

Sekarang kita berada di bulan Ramadhan, bulan yang menjanjikan limpahan pahala dengan ibadah yang kita lakukan. Selain dari menahan diri dari lapar dan dahaga kita juga adalah di larang untuk membuat perkara-perkara yang diharamkan. 


Bukan bererti di bulan yang bukan ramadhan kita boleh berbuat perkara itu tetapi jika ianya di buat di dalam bulan puasa bukan sahaja ianya mendatangkan dosa malah ianya juga akan mengurangkan pahala puasa kita. Akhirnya yang tinggal hanyalah lapar dan dahaga tanpa sebarang imbuhan pahala.

Antara perkara yang di larang untuk kita lakukan ialah mengumpat. Mengumpat atau mencari cacat cela orang adalah satu perkara yang tidak terlepas dari kita manuasia yang lemah ini. Namun begitu sedarkah anda siapakah yang paling banyak mengumpat? Orang yang paling banyak mengumpat adalah orang yang selalu melarang orang lain mengumpat. Mereka ini akan megeluarkan nas dan dalil larangan mengumpat dan balasan neraka kepada orang yang suka mencari keburukan orang. 


Mengapa aku kata begitu? Ianya adalah kerana golongan yang selalu menegah orang mengumpat ini adalah orang yang takut akan keburukannya di dedahkan orang. Maka dengan itu meeka ini akan mengunakan agama bagi menutup segala kebusukan hati mereka itu. 


Mereka takut perbuatan mereka seperti mengantarSMS dan surat lucah kepada isteri dan tunang orang akan di ketahui orang. Mereka ini takut perbuatan meraba budak budak yang belajar Quran di rumahnya di dedahkan. Maka mereka ini mengharamkan mengumpat kepada orang lain tetapi menghalalkannya kepada diri mereka atau kumpulan mereka.

Inilah yang di sifatkan sebagai perangai Zionis. Zionis mengharamkan riba di kenakan sesama mereka tetapi menghalalkannya jika ianya di kenakan terhadap orang lain. Anda adalah salah seorang yang mengumpat bila mengulas tulisan ini tetapi anda boleh halalkan perbuatan mengumpat anda itu jika anda ianya datang dari anda..


ABU NAWAS

Khamis, 26 Julai 2012

WAJAH EJEN PERIKSIK DI DALAM PAS YG PATUT ANDA KENAL


Dalam satu perasmian mesyuarat agung PAS di satu kawasan di era reformasi Mahfuz Omar yang ketika itu Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat menyatakan betapa ahli PAS akan mudah kagum kepada sesorang yang petah berkata dan bertitle seperti ustaz, haji dan bermacam macam title lagi.

Katanya lagi nasib baik keADILan di tubuhkan, jika tidak sudah tentu Marina Yusof yang ketika itu menjadi Naib Presiden keADILan akan menjadi ketua muslimat Pas kerana sifat mudah kagum ahli Pas.

Sememangnya kata2 Mahfuz itu ada kebenarannya. Ianya bukan saja berlaku kepada Pas tapi di kalangan orang melayu tanpa mengira apa parti dan organisasi pun. Kiranya anda seorang yang petah bercakap walaupun tanpa fakta bersiap sedialah anda akan di lantik sebagai ajk parti, PIBG, masjid dan apa saja mesyuarat yang anda hadiri...

Kelemahan atau sifat sebegini telah di ambil kesempatan oleh mereka2 yang mempunyai cita cita untuk memegang jawatan dalam parti. Kelemahan ini juga telah memberi peluang kepada perisik perisik UMNO @ pihak keselamatan untuk menyusup masuk ke dalam organisasi parti.

Sejarah telah membuktikan segalanya yang telah terjadi terhadap mereka2 atau parti2 yang menjadi penentang BN/Perikatan. Perisik periksik ini adalah mereka2 yang berjawatan penting dalam organisasi dan parti. Tugas mereka adalah mengeluarkan maklumat parti dan yang keduanya memporak perandakan parti.

Lihat saja setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) Le Tek adalah seorang perisik kepada Perancis. Siapakah antara ahli PKM akan terlintas di hatinya seorang yang berjawatan tertinggi dalam PKM adalah seorang ajen kuasa luar. Akibatnya hampir kesemua Jawatankuasa PKM Pusat mati akibat di serang hendap oleh pihak British yang askar2nya adalah orang melayu yang kononnya pejuang kemerdekaan. Segala maklumat PKM berjaya di tembusi oleh pihak British.

Bagaimana pula dengan cerita Zaid Zahari 2 jam sebelum beliau diISAkan selama 23 tahun. Bukankan perisik itu adalah di kalangan AJK tertinggi parti. Bukalah sejarah Memali. Siapakah yang menjadi dalang dalam memberi maklumat kepada pihak polis?

Begitu juga dengan cerita Lee Kuan Yew bekas Perdana Menteri Singapura dalam bukunya The Singapore Story : Memoir Of Lee Kuan Yew menceritakan bagaimana beliau turut menjadi sasaran pihak polis cawangan khas sebelum beliau menjadi perdana menteri Singapura.

Baca juga kisah2 tahanan ISA apakah antara tawaran yang mereka terima sekiranya mahu diri mereka di bebas dengan segera. Bukankah tawaran itu ialah kesanggupan tahanan ISA menjadi ajen kepada pihak polis sama ada di dalam masyarakat mahu parti politik yang telah di tentukan oleh pihak polis selepas mereka di bebaskan.

Kekalutan yang berlaku kebelakangan ini di kalangan Pakatan rakyat khususnya di dalam PAS sendiri tidak lari dari peranan perisik perisik yang berada di dalam parti itu sendiri. Mungkin jika di sebutkan di sini siapakah perisik perisik polis yang boleh di syaki di dalam Pas sudah tentu ianya akan menjadi satu perdebatan yang tidak ada nohtahnya kerana orang Pas tak mungkin dapat di terima jika yang di syaki itu bertitlrkan USTAZ.

Teorinya :

Sekiranya ajen tersebut kita andaikan seorang bekas tahanan ISA.

Setiap tahanan ISA akan di tawarkan beberapa pilihan jika mereka mahu segera di bebaskan selain ugutan. Antara tawaran itu ialah :

1. Mengaku atas segala tuduhan yang di lemparkan kepadanya.

2. Mengaku dan menyesal di atas penglibatan di dalam parti pembangkang.

3. Memilih mana mana parti kompenan BN sebagai wadah perjuangan jika di bebaskan.

4. Membuat tuduhan segala kerja yang bertentangan dengan undang2 adalah arahan dari parti atau pun pimpinan parti.

5. Bersetuju untuk menjadi mata dan telinga serta agen propaganda polis di dalam parti, organisasi dan masyarakat.

Kita ambil perkara yang ke 5.

Bagi tahanan yang sudah tidak tertahan lagi dengan segala deraan mental dan memilih untuk menjadi ajen kepada pihak polis ianya akan terbahagi kepada 2 kerja iaitu ;

1. Menjadi seorang yang mengeluarkan maklumat dan rahsia parti.
2. Menjadi seorang yang membuat propaganda untuk memecah belahkan parti.

Bagaimana bekas tahanan ISA ini melolos diri di dalam parti pembangkang terutamanya PAS?

1. Tahanan ini akan memuncak namanya bila beliau di tahan dalam ISA lebih2 lagi beliau adalah seorang bekas aktivis parti sebelum dia di tahan dan mendapat liputan media seperti harakah.

2. Apabila di bebaskan beliau akan di sambut sebagai seorang wira yang berjaya mengharungi dugaan di dalam tahanan dan mula berjinak dengan ahli2 Pas di tempat beliau di arahkan untuk menyusup masuk ke dalam jawatankuasa parti

3. Selepas tamat tempoh edah tahanan di rumah beliau akan terus menjadi seorang ahli yang aktif di dalam parti sambil menjadi tenaga pengajar di markas2 pas untuk menarik sokongan ahli bila ada mesyuarat agung parti.

4. Ahli pas yang sudah sinonim dengan kekaguman mereka dengan title ustaz tidak teragak agak untuk mencalonkan Ajen propaganda ini sebagai seorang yang penting di dalam organisasi di peringkat kawasan. Selalunya ini akan terus ke kepuncak iaitu jawatan Yang Di Pertua Pas kawasan.

5. Ajen propaganda ini akan sentiasa mendapat nasihat dan panduan daripada pihak polis di dalam semua urusan perancangan parti.

6. Perkara yang pertama yang Ajen propaganda ini akan lakukan setelah menjadi pemimpin tertinggi PAS di peringkat kawasan ialah

a. mencantas semua aktivis parti yang lebih pandai daripadanya atau yang dia rasa tidak boleh mengikut kehendaknya.

b. Melantik ajk kawasan mengikut kehendak hatinya di kalangan orang2 yang bodoh dan angguk2 tapi tidak boleh geleng2.

c. Memonopoli pentadbiran kawasan, pemuda dan muslimat dengan meletakan keluarganya sebagai ketua dan ajk

d. Menawarkan dirinya sebagai orang2 penting dalam organisasi di bawah Pas seperti Pemuda, muslimat dan Unit amal seperti menjadi Naqib dan sebagainya.

e. Ajen propaganda ini akan terus menjadikan dirinya sebagai seorang yang mempunyai kuasa veto dalam membuat keputusan dalam segala segala hal.

f. Seterusnya melobi dirinya dan orang bawahannya untuk terus melolos diri di dalam jawatankuasa perhubungan negeri dan akhirnya ke pusat.

7. Kejayaan Ajen propaganda ini dalam mendapat tempat di dalam organisasi parti akan terus di pecah2kan kerjanya kepada beberapa tindakan seperi membuat propaganda di dalam parti. Antaranya ialah :

a. Memecah belah perpaduan PAS di peringkat cawangan dengan mewujudkan klip2 tertentu iaitu pro beliau dan sebaliknya.

b. Menghasut ajk kawasan dan cawangan serta dewan2 untuk membenci pakatan rakyat iaitu DAP dan PKR serta Dato’ Seri Anwar.

c. Menimbulkan isu perkaumanan yang sempit.

d. Melarang ahli PAS membantu parti2 lain di dalam
Rakyat.

e. Melaga lagakan ahli Pas dengan ahli PKR dengan mencipta berbagai isu di dalam usrah dan mesyuarat.

f. Meminta berbagai jawatan di dalam pentadbiran kerajaan negeri seperti JKKK dan ahli majlis di berikan kepada Pas terutamanya kroninya.

g. Merancang segala konspirasi senyap untuk terus membuat rakyat membenci Pas dan Pakatan Rakyat.

8. Hasilnya ialah

a. Berlakulah perpecahan di dalam Pas. PKR dan DAP menjadi musuh dengan alasan Pas tidak mendapat tempat di dalam pentadbiran kerajaan negeri.

b. Boikot Pemuda Pas Pulau Pinang dan beberapa kawasan2 dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.

c. Keluarlah kenyataan senada dengan UMNO dari perwakilan pemuda di dalam muktamar bahawa dato’ Seri Anwar adalah ajen USA.

d. Suara ahli tidak sampai lagi di telinga Pimpinan tertinggi kerana si perisik durjana ini akan menapis segala keluhan daripada ahli dari sampai keatas.

e. Segala keputusan dan maklumat parti sentiasa bocor.

Dengan itu berhati hatilah dengan manusia yang kamu sangka seorang yang hebat berjuang dan petah ayat qurannya. Mereka ini berada di sekeliling anda.

Mereka ini mungkin pemimpin anda. Jangan mudah kagum dengan orang yang keluar dari ISA kerana ada antara bekas tahanan ISA ini telah mementerai satu perjanjian dengan pihak polis. Berhati hatilah dengan mereka yang meminta jawatan.

Terpulanglah kepada penilaian pembaca sekalian di atas tulisan ini. InsayaAllah segalanya akan terbongkar. Hanya masa yang akan menentukan bila ianya akan berlaku.

Apa yang ditakutkan oleh si perisik durjana ini ialah jika kerajaan yang ada sekarang berubah kerana apabila semua pentadbiran keselamatan Negara bertukar tangan segala rahsianya akan bocor.

Perisik ini tidak mungkin akan dapat berlindung lagi bila segala fail pihak keselamatan akan di buka semula oleh Menteri Dalam negeri yang baru. Ketika itu rakyat akan tahu siapakah dalang di atas segala yang terjadi pada hari ini.

Oleh kerana itu perisik ini akan sentiasa memastikan BN akan terus berkuasa agar rahsianya akan terus tersimpan, tetapi di mungkin lupa di sebelahnya juga punya perisik yang tidak pernah tidur.

ABU NAWAS.....

BENARKAH CINA INI KOMUNIS

Aku juga seperti mereka yang menafikan jasa Parti Komunis pada suatu ketika dulu mempunyai pandangan negetif kepada komunis. Masih segar di ingatan sewaktu di darjah 2 aku telah menonton tayangan perdana Bukit Kepong . 


Itulah pertama kali minda aku di masukkan dengan keganasan komunis di Bukit Kepong menyerang dan membunuh anggota polis. Minda kanak2 aku ketika itu telah di tanam dengan keganasan komunis. 


Yang pastinya filem arahan senator Jins Samsudin telah meningalkan kesan perkauman kepada penonton bahawa peperangan antara komunis dan British itu adalah satu perperangan antara melayu dan cina. 


Walaupun pelakon utama ahli komunis itu di pegang oleh A.Rahim tetapi wataknya adalah seorang cina komunis. Cerita berakhir dengan kejayaan anggota komunis menawan balai polis Bukit Kepong. Kesemua anggota polis telah mati di dalam pertempuran itu.

Kesimpulan dari cerita Bukit Kepong itu ialah mengambarkan kekejaman pihak komunis dan kesungguhan pihak polis mempertahankan balai polis itu sehingga ke titisan darah terakhir.


 Aku tidak mahu membuat persoalan daripada peristiwa ini kerana tulisan ini bukan bermaksud untuk mengulas tentang cerita yang sentiasa di tayang di TV Malaysia bila menjelang hari kemerdekaan (tahun ni kalau tak tayang gambar Bukit Kepong, aku berani potong rambut).

Buku pertama yang aku baca tentang komunis bertajuk Pergerakan Komunis Di Malaysia yang sudah aku lupa nama penulisnya tetapi seorang bekas anggota polis cawangan khas kemudiannya buku Baling Jalan Menuju Damai iaitu buku yang berkisarkan tentang rundingan Baling. 


Dialoq rundingan antara PKM dengan wakil kerajaan Malaya dan Singapura itu sudah cukup membuat aku terpegun dengan keiklasan Chin Peng yang mengetuai wakil PKM di dalam hasrat mereka untuk menjadikan Malaya bebas sepenuhnya daripada pengaruh kuasa colonial British itu. 


Kegagalan rundingan di Baling itu adalah kerana Tengku Abdul Rahman yang pada ketika adalah Ketua Menteri di Malaya enggan untuk bertolak ansur dengan permintaan PKM dan terus mahu menjadikan British sebagai mentor kepada UMNO. 

Perlu diingatkan bahawa Parti Komunis Malaya yang di tubuhkan pada 20 April 1930 bukanlah bertujuan untuk mengangkat senjata sebagai cara perjuangan mereka di tanah Melayu ketika itu. 


Jika tidak silap saya PKM juga adalah parti politik pertama yang di tubuhkan di Persekutuan Tanah Melayu. 


PKM yang pada asalnya bergerak seperti lain2 parti politik seperti hari ini. Tujuan penubuhan PKM adalah untuk menghalau British keluar dari Tanah Melayu dan menubuhkan Republik Komunis. 


Setelah kedatangan Jepun ke tanah Melayu pihak British telah bekerjasama dengan PKM dengan menubuhkan MPAJA (Tentera Anti Jepun Tanah Melayu). Menerusi MPAJA, bantuan senjata, latihan, kewangan, bekalan lojistik dan perubatan telah diperolehi dari British. Dalam tempoh 3 tahun kekuatan tentera MPAJA dianggarkan sebanyak 7,000 anggota.

Setelah Jepun menyerah kalah, MPAJA mengambil peluang untuk membalas dendam terhadap sesiapa yang dianggap bersubahat dengan Jepun. 


British yang kembali ke Tanah Melayu selepas tamatnya perang Dunia Ke 2 telah memungkiri janjinya kepada MPAJA. 


Persekutuan tanah Melayu telak di bentuk oleh pihak British dan PKM di ketepikan malah pihak british telah megharamkan parti komunis ini. 


Maka dengan peristiwa inilah Parti Komunis Malaya telah melancarkan peperangan besenjata secara terbuka terhadap British. Sehinggalah pada pada tahun 1948 darurat telah di istiharkan di tanah Melayu.

Kembali kepada rundingan Baling yang di adakan pada tahun 1955. Jika anda membaca temu bual bersama bekas Perdana menteri Malaysia yang pertama anda akan dapat lihat bahawa British amat membantah rancangan Tengku Abdul Rahman untuk membuat pertemuan dengan pihak PKM. 


Di sini saya dapat merasakan keiklasan Tengku yang mewakili persekutuan Tanah Melayu di dalam pertemuan ini. Bagi pihak British pula mereka sangat takut pertemuan ini akan membuka jalan perdamaian antara pihak PKM dan Tengku. 


Setelah Tengku beberapa kali mendesak pihak british untuk pertemuan itu akhirnya British telah bersetuju dengan syarat utama Tengku tidak di benarkan membuat apa-apa keputusan hasil dari pertemuan itu.

Akhirnya Rundingan Baling ini yang diadakan pada 28-29 Disember 1955 tidak membawa apa-apa keputusan. Keenganan pihak kerajaan ketika itu untuk tidak mahu membenarkan PKM bergerak sebagai sebuah pari yang sah adalah antara sebab mengapa rundingan ini hanyalah menjadi satu pertemuan tanpa sebarang keputusan. 


Campurtangan pihak British serta perdana Menteri Singapura ketika itu di dalam rundingan ini juga memaksa Tengku menamatkan pertemuan tanpa sebarang persetujuan. Namun harus di ingat perkara yang penting yang telah di tuntut oleh PKM ialah meminta kerajaan perikatan yang akan mengabil alih pentadbiran Negara itu haruslah bebas sepenuhnya daripada pengaruh pihak British. 


Hal hal keselamatan di dalam negeri mestilah di takbir urus sendiri oleh rakyat Malaysia tanpa pengaruh dari British. Tengku yang ketika itu menjadi ketua menteri persekutuan tanah Melayu dan bakal perdana Menteri Malaysia yang pertama sebenarnya hanyalah pak turut penjajah. UMNO bukanlah perjuang kemerdekaan tetapi hanyalah menyambung penjajahan British di tanah melayu dengan undang-undang yang telah di gubal oleh penjajah.


Di dalam buku Kisah Singapura “memoir Lee Kuan Yew” beliau telah menulis “pada 6 january 1946 pihak British telah mengadakan upacara di depan dewan bandaraya, di mana satu kontijen kecil MPAJA berbaris lalu di depan Lord Louis Mountrbatten, yang menyemat pinggat 16 daripada mereka. Chin Peng yang di gambarkan sebagai seorang komander gerila komunis, menerima bintangBurma(1939/45) dan bintang perang. Selepas itu dia telah memberi tabik hormat dengan menunjukan penumbuknya”

Jelaslah dari catatan bekas Perdana menteri Singapura itu menunjukan bahawa pihak British sendiri telah mengitiraf perjuangan PKM atau MPAJA di dalam menentang pihak Jepun selepas daripada perang dunia pertama. 

Bagi pembaca yang belum pernah melihat kelakuan dan sifat-sifat penjajah British boleh saja membandingkannya pada UMNO yang ada di waktu dulu, kini dan selamanya. Apabila kehadiran tentera jepun British mula melarikan diri. Maka ketika itu tinggalah Leftenan Adnan dan sarja hassan menentang pihak jepun sehingga meletupkan dirinya sendiri. Apakah sama penentangan leftenan Adnan dengan penentangan PKM terhadap tentera Jepun? Tidak!!! Leftenan Adnan adalah seorang tentera yang bekerja dengan kerajaan penjajah, menerima gaji dari penjajah dan menurut arahan dari penjajah. Sedangkan kewujudan MPAJA adalah hasil dari perjanjian antara pihak PKM dengan pihak British. Setelah kekalahan Jepun British telah memungkiri janjinya terhadap PKM. Akibat daripada itu PKM enggan memulangkan semula senjata2 yang telah di bekalkan kepada mereka oleh pihak British. 

Maka bermula dari sini PKM telah memulakan pemberontakan bersenjata menentang penjajahan British di tanah melayu. Bermula dari sini juga British telah menjalankan propaganda terhadap PKM dengan mewujudkan perasaan benci terhadap perjuangan komunis di tanah Melayu. Komunis telah di gambarkan sebagai anti agama, ganas, kejam dan segala keburukan telah di letakan ke atas bahu komunis itu. 
GAMBAQ INI TAK ADA KENA MENGENA DENGAN ARTIKAL INI TAPI CUMA NAK BAGI TAU MAKLUK INI ADALAH CINA YG MENYESAL TAK BOLEH JADI MELAYU ....ITU SAJA
ABU NAWAS

Isnin, 23 Julai 2012

PENCERAHAN TERHADAP KOMUNISME

REJIMEN KE 10 PERJUANG NEGARA









KHUSUS UNTUK YANG MASIH BEBAL
Sampai bila orang Melayu nak sensitif pasal komunis ni? Komunisme hanyalah satu ideologi. Kalaulah aku seorang komunis, aku tak boleh buat apa2 tentang kekejaman yang Parti Komunis Malaya pernah lakukan kat orang Melayu dulu. Benda ni samalah kalau ada orang Melayu pergi mencuri kedai Lebai Samad, takkan lebai Samad sendiri nak tampar anak dia, semata- mata kerana anak dia seorang Melayu?


Jadi tak perlulah juga Lebai Samad marah pada diri sendiri kerana dia juga seorang Melayu. Ini satu lagi cubaan untuk mengekalkan kebodohan dalam otak pemikiran rakyat, terutamanya Melayu.


PIMPINAN PKM - ANGKAT SENJATA LAWAN BRITISH



Aku sampai hari ni tak paham, kenapa pasal Komunis ni orang Melayu sensitif, tapi tak dengan penjajah kita orang Inggeris? Semua benda dari Inggeris masih lagi kita agungkan, sampai ke tengah malam duk melangut tengok bola Inggeris, beli barangan Inggeris, bercakap Inggeris.. kenapa tak sensitif dengan benda ni, kenapa tak ungkitkan betapa menderita kita dijajah Inggeris dulu, betapa kejam pmerintahan penjajah dulu , berapa billion juta hasil tanah bumi kita telah diangkut dijual oleh mereka?


Kesimpualnnya mudah, jika kita masih sensitif pasal Komunis lebih dari penjajah Inggeris, tahap pemikiran kita masih dijajah. Berhenti sambut Hari Merdeka, kita sambut Hari Nakba Malaya 31 Ogos ini.


*** PEMBACA TUKAR TIUB

Ahad, 22 Julai 2012

BUAH DADA DADA IFA RAZIAH MELETUP DI BULAN RAMADHAN



Ifa Raziah pelakon komidi seksi telah di minta menunjukan buah dadanya sekiranya benar buah dadanya kini di serang virus.

Ini adalah kerana laporan muka depa website MYLAUNCHPAD seperti di bawah ini :-Wauuu...apa itu payu dara? Abu Nawas tak berapa nak paham bahasa lapik lapik ni. Betulkah payu dara itu maknanya buah dada atau dalam bahasa sainstifiknya di sebut tetek? kah kah kah.

Oiss ini sudah lucah. Abu Nawas tak suka bahasa lucah. Ini telah melanggar etika Abu Nawas sebagai seorang blogger yang baik budi bahasanya.

Baca kisah Ifa Raziah dan Dato K di sini : http://t.co/wn8AycOk

Tapi virus apa yang telah menyerang payudara Ifa raziah ni? Virus Trojan atau virus Lebai Zan si kaki pelucah kah kah kah.

Ifa Raziah jangan sembang kosong saja. Jangan main main dengan penyakin virus payu dara nanti hilang payu dara, peminat akan lari sebab Ifa Raziah sudah tak boleh nak seksi seksi lagi.

Kalau betul payu dara dah kena virus sila tunjukan bukti. Abu Nawas tak puas hati kalau dia tak tunjuk bukti yang payu dara dia kini bervirus. Kalau tak pun Ifa Raziah kena bersumpah laknat dengan segera sebagai membenarkan kata2nya bahawasanya payu daranya telah di serang virus.

Abu Nawas bukannya nak tengok payu dara Ifa Raziah tapi Abu Nawas berpegang kepada teladan yang ditunjukan oleh pemimpin besaq Abu Nawas Duli Yang Maha Mulia Tuanku Mahader kat bawah ni :-Kah kah kah...ini macam filem Do Re Mi. Si Mi pi mintak kerja sebagai tukang kebun lepas tu si tuan rumah mintak tunjuk surat.

"Kau ada surat" kata tuan rumah yang menginterview Mi. Lalu Mi bertanya balik"Surat!! Oooo ada"..Mi pun mengeluarkan surat pajak gadai tunjuk pada tuan rumah. "Kau fikir aku kedai pajak gadai" Lalu Mi pun berkata "surat ini saja yang saya ada"Kah kah kah.... Dr mahader mintak surat apa kat Anwar? Surat kes polis bunuh orang kampung memali ka? Atau surat tender yang di sedekahkan kepada anak beranaknya masa dia jadi PM dulu? kah kah kah.

Ini mesti masa kena terajang dari UMNO dulu Anwar sudah bawak lari surat dari pejabat TPM. Ini Anwar memang tarak guna punya orang. Mahader suruh simpan surat dia pi bawak lari surat.

Perangai Anwar ni la yang Ezam ikutt sebab Ezam ada 6 kotak surat kah kah kah. Itu la pasai kalau tak boleh kerja posmen jangan la kerja, bila dah kerja posmen surat tak mau hantaq tapi dok pi sempan la pulak. Bukan sikit, sampai 6 kotak banyaknya kah kah kah.

Oii Anwar, hang dok tunggu apa lagi, tunjuk la surat.. kalau tak mau tunjuk surat lebih baik hang sumpah cepat. Kalau tak mesti orang ingat hang tak ada surat...kah kah kah.

Kalau tak ada surat macam mana nak buktikan Mahader bersubahat bunuh orang kampung memali. Kalau tak ada surat macam mana nak kasitau rakyat yang Mahader sudah kasi kaya sama itu Vincebt Tan dan Ananda Krisnan. Kah kah kah kah...

Sabtu, 21 Julai 2012

RINNGIT MALAYSIA SAMA DENGAN DUIT NERAKA


Parti PAS dan rock n’ roll - Hisham Rais


Beberapa bulan kebelakangan ini dunia siber heboh dengan berita penyanyi pop dan rock star berkalih tempat mencari makan. Heboh-heboh ini menjadi labon anak muda. Ada yang berkisah tentang penyanyi pop yang slim dan cun sekarang, sudah tembam dan gemuk. Maka telah sampai masa untuk memakai baju kurung agar dapat menyorokkan saiz badan.

Ada berita tentang rocker yang kacak dan ranggi kini kepala lutut sudah lembik. Ada kisah 'pop star'yang muncul mendadak menjadi 'top' dari realiti TV, kini sudah gemok dan tak laku lagi. Lalu menjadi Pak Lebai. Tetapi bukan ini yang ingin saya tuliskan. Bukan tentang peralihan padang untuk mencari makan. Atau kenapa yang vogue hari ini menjadi passe dan lemau dua bulan kemudian. Penyanyi rock masuk menjadi ahli Pas bukan perkara yang ingin saya kupas. Untuk saya hal ini tidak penting.

Apa yang saya anggap amat penting ialah peralihan dasar dalam parti Islam Pas. Ini kerana parti Islam ini adalah salah satu parti massa yang memiliki pengaruh yang amat kuat. Parti yang membawa agama sebagai lambang perjuangan ini bukan satu parti politik yang baru. Parti ini lahir dari perjuangan menentang penjajah British. Parti ini memiliki sejarah anti kolonial yang gagah berani.

Dalam politik kontemperori Malaysia, Pas sedang memainkan peranan yang amat penting. Pas bersama Parti Keadilan Rakyat dan Parti Tindakan Demokratik sedang merencana satu ombak perubahan ke atas Malaysia. Tetapi untuk memahami Pas yang wujud hari ini, para pembaca wajib juga mengenal sejarah Pas yang lalu.

Sepuluh tahun dahulu - di era demonstrasi jalan raya - ketika anak muda berdemonstrasi untuk menyingkirkan Mahathir Mohamad, saya telah memperkenalkan teater jalanan atau 'street theatre'.Teater jalanan ini adalah satu genre seni melawan yang telah dikembangkan oleh anak-anak muda di zaman menentang perang Vietnam tahun 60'an dahulu. Bersama dengan teater jalanan, saya juga telah memperkenalkan apa yang dipanggil budaya 'agit-prop' - agitasi propaganda. Dua bentuk seni ini saya anggap adalah senjata tajam untuk memperluaskan ruang demokrasi di Malaysia.

Untuk memperkukuhkan bentuk seni melawan ini, saya telah mementas teater Tok Ampoo sebagai pemecah ruyung. Di era Reformasi - di zaman Mahathir Mohamad - bukanlah satu yang senang untuk mementaskan teater agitprop. Skrip dan lakonan tidak menjadi masalah. Puluhan anak muda dari kampus sekitar Kuala Lumpur telah bersedia untuk mengambil bahagian. Apa yang jadi masalah kami ialah dewan pementasan.

Adalah mustahil pada ketika itu untuk menyewa Dewan Serbaguna walau pun sepanjang tahun dewan-dewan ini kosong. Dewan-dewan hotel telah menutup pintu mereka. Akhirnya Tok Ampoo telah mendapat kebenaran untuk membuka tirai di Dewan Markaz Tarbiyah Pas di Taman Melewar. Kami telah dibenarkan untuk mementaskan Tok Ampoo selama 3 malam di Markaz Tarbiyah.

Malam pembukaan menjadi sejarah kerana inilah kali pertama Dewan Markaz Tarbiyah Pas menjadi pentas teater. Pementasan ini juga bersejarah, kerana saya telah difahamkan satu kumpulan 'orang buta' telah juga membeli tiket untuk mendengar pementasan ini. Pada malam itu sambutan untuk Tok Ampoo cukup mengegarkan. Tiket-tiket untuk malam seterusya telah dijual laris.

Petang esoknya, ketika team Tok Ampoo sedang bersiap untuk pementasan malam kedua - satu 'letupan bom' sampai. Markaz Tarbiah tidak membenarkan Tok Ampoo dipentaskan lagi di Dewan Tarbiyah. Saya terperanjat. Apakah kesilapan Tok Ampoo? Apakah kerana kami menyanyikan laguInternationale? Tidak. Tidak ada sesiapa yang sedar bahawa ada terselit irama Internationaledalam Tok Ampoo.

Kami dilarang kerana ada pelakon wanita beraksi sama dalam teater cult klasik Tok Ampoo. Khalas. Pihak Markaz Tarbiyah tidak mahu berbincang lagi. Keputusan telah dibuat. No woman diatas pentas. Ini kata putus. Maka kami pun terpaksa memulangkan kembali duit tiket yang telah terjual.

Beberapa bulan kemudian, kumpulan Teater Bukan Teater telah dijemput sekali lagi untuk membuat persembahan seni di Dewan Markaz Tarbiyah. Kali ini 'fatwa' telah disampaikan lebih awal kepada kami. Fatwa mengatakan : Hanya lelaki sahaja dibenarkan naik ke pentas. Tidak ada gitar. Tidak ada alat muzik bertali yang boleh digunakan. Saya tidak menolak jemputan itu. Untuk terus bekerjasama dengan Malam Budaya Pas, kumpulan Teater Bukan Teater telah menggunakan gunakan baldi, tong drum, tin kosong, kayu penyapu untuk menjadi alatan musik. Persembahan kami tidak gagal pada malam itu. Pas telah mula membuka mata dengan budaya.

Naratif diatas adalah sejarah pandangan kolot Pas apabila berhadapan dengan seni dan budaya. Sebenarnya, bukan hanya Pas yang rabun seni dan buta budaya, ramai pemimpin dan ahli Parti Keadilan Rakyat juga rabun apabila berhadapan dengan bentuk bentuk seni. Malah ada ahli Exco dalam kerajaan Pakatan Selangor yang amat cetek pemahaman terhadap seni dan budaya. Untuk ahli Exco yang seorang ini, seni dan budaya hanya "rabbani dan rabbabni" - yang lainnya dia buta.

Kejulingan pandangan terhadap seni dan budaya ini adalah kerana sikap malas membaca dan malas mengkaji. Bebal budaya ini berlarutan dan terus mendalam apabila ada sikap menolak diri dari merayakan kehidupan dalam dunia yang wujud hari ini dan berharap akan dapat merayakan kehidupan dengan wanita bermata jeli sesudah mati.

Ramai yang tidak tahu bahawa gitar itu berasal usul dari bumi Arab. Ramai juga yang tidak tahu bahawa al-Kindi (800-873). ahli falsafah terulung yang dinobatkan sebagai Bapa Falsafah Arab dari Baitul Hikmah itu telah menulis 241 buah buku dalam bidang astronomi, ilmu hisab, geometri, perubatan, fizik, falsafah termasuk 7 buah buku mengenai teori dan penggunaan alatan muzik.

Kebebalan memahami seni budaya ini menjadi lebih meriah apabila seni budaya ini dikaitkan dengan maksiat. Seni dan budaya ini dilihat sebagai punca maksiat. Jalur yang menganuti mazhab bahawa seni budaya adalah maksiat tidak penah sedar bahawa Rock n Roll itu ialah pekikan perjuangan hamba abdi di Amerika. Suara laungan dalam Rock n Roll itu adalah suara penentangan hamba abdi terhadap Tuan Kulit Putih yang mengurung mereka. Rock n roll ialah budaya melawan kaum tertindas.

Mari kita kembali melihat apa yang telah berlaku didalam Pas kebelakangan ini. Saya merasakan lima atau enam tahun dahulu ada beberapa pemimpin Pas yang merasakan bahawa sokongan anak muda terhadap parti mereka semakin berkurangan. Untuk anak muda, parti ini diasosiasi dengan kolot dan jumud. Hanya anak muda yang poyo dan skema sahaja yang berdampingan dengan Pas. Anak muda yang cool akan melarikan diri dari Pas.

Pasti para pemimpin Pas ini berpendapat bahawa di era pasca moden, dengan wujudnya internet ini, janji syurga dan bidadari sahaja tidak dapat lagi menarik anak-anak muda. Anak muda memerlukan lebih dari janji-janji di syurga. Anak-anak muda perlu Rock n Roll. Justeru berlaku pencerahan dasar budaya yang kita lihat hari ini dalam Pas.

Pencerahan budaya dalam Pas ini amat penting. Jika Pas meneruskan dasar kolot vis a vis budaya, ianya amat bahaya untuk negara ini. Telah terbukti selama ini, parti politik yang kolot budaya, yang tidak memiliki dasar budaya yang segar akhirnya akan ditolak oleh rakyat. Tetapi, lebih dari ini akan berlaku di Malaysia. Jika tidak ada pencerahan budaya dalam Pas, jika Pas terus rabun seni budaya, maka ianya juga akan mempengaruhi United Malays National Organisation.

Sila rujuk apa yang berlaku pada tahun 80'an di Pakistan. Ini dizaman pertabiran Presiden Zia-Ul-Haq. Sang Jeneral yang jadi Presiden dengan merampas kuasa telah bertopengkan Islam. Justeru, dalam usaha untuk membuktikan ke-Islaman rejim militernya, Zia-Ul-Haq telah membunuh segala bentuk seni milik rakyat Pakistan. Qawali telah diharamkan, pemain gitar ditangkap, gitar dimusnahkan dan pelbagai bentuk kerja bodoh menumpaskan seni budaya telah dilakukan atas nama Islam.

Bayangkan, jika sinar pencerahan budaya tidak sampai ke dalam parti Pas, maka akan berlaku persaiangan hebat antara dua buah parti Melayu-Islam ini. Parti Islam SeMalaysia dan United Malays National Organsiation akan bersaing untuk menunjukkan parti mana yang lebih Islam. Dalam usaha parti-parti politik untuk membuktikan mereka lebih Islam, yang akan menjadi mangsa ialah tamadun dan bentuk-bentuk seni budaya bangsa. Sebagai contoh, kita melihat Mak Yong, Menora, Dikir, Konsert Rock, Musik, Bangsawan, Filem, Seni Pahat, Seni Tampak - akan menjadi mangsa.

Dengan ini apa yang kita baca atau kita dengar tentang penerimaan Pas terhadap penyanyi-penyanyi pop dan bintang rock ini, walaupun ada yang telah malap bintangnya adalah satu yang amat positif. Percerahan yang sedang berlaku didalam Pas pada tahap ini masih lagi budaya 'ceramah'. Justeru, cahaya percerahan ini wajib dibesarkan. Hidup bukan hanya untuk mendengar ceramah yang membosankan. Hidup ini adalah simpang siur yang memberahikan seperti petikan gitar XPDC.

Khamis, 19 Julai 2012

CINA DAP SELESAIKAN MASALAH UMAT ISLAM JELUTONG


MASALAH umat Islam di Jelutong yang gagal diselesaikan oleh Kerajaan Negeri era Barisan Nasional sejak 13 tahun lepas berjaya diselesaikan oleh pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng.
Beliau berkata, proses pengambil alihan tanah seluas 3.208 ekar milik bukan Islam yang bernilai RM20 juta bagi menangani masalah kepadatan tanah perkuburan Islam di Jelutong dilakukan sungguhpun Kerajaan Pusat sebelum ini berjanji untuk membeli tanah bernilai tinggi itu.
“Tanah yang diambil untuk tujuan perkuburan kini dimiliki oleh orang bukan Islam. 
"Ia merupakan kes yang jarang berlaku di mana tanah bukan Islam diambil untuk tujuan perkuburan Islam di Pulau Pinang," ujar beliau pada satu sidang media di Komtar baru-baru ini.
Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Haji Othman, Abdul Malik Abul Kassim (Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna), Datuk Mohd Salleh Man (Adun Permatang Pasir merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri) turut hadir pada sidang akhbar tersebut.
Justeru katanya, isu tersebut tidak wajar dipolitikkan oleh mana-mana pihak khususnya pihak pembangkang memandangkan inisiatif Kerajaan Negeri nyata demi kepentingan rakyat terbanyak di Jelutong.
Sumber Pejabat Tanah Daerah Timur Laut (DTL) mendedahkan, pihaknya telahpun meluluskan proses perbincangan dan pengambilan balik tanah Lot 12, 13, 14, 15, 16, 17, 18 dan 19 Seksyen 4 Bandar Jelutong, Daerah Barat Daya untuk tujuan tanah perkuburan Islam dan perumahan am sejak 1999 lagi.
Nilai pasaran tanah berkenaan semasa itu adalah sekitar RM5 juta hingga RM6 juta sahaja.
Namun, Kerajaan Negeri di bawah Umno serta Barisan Nasional gagal menyelesaikan masalah itu sungguhpun mendapat sokongan langsung daripada Kerajaan Pusat ketika itu.
Apabila masalah ini dibangkitkan semula, kerajaan pusat enggan membantu sungguhpun Kerajaan Negeri era Pakatan Rakyat membuat permohonan demikian demi kepentingan umat Islam di negeri berkenaan.
“Tetapi malangnya, kerajaan pusat  tidak mempertimbangkannya  atas faktor kepentingan umat Islam di negeri ini, apabila memutuskan untuk tidak akan menyalurkan peruntukan untuk proses pengambilalihan tanah perkuburan tersebut,” ujar Guan Eng.
Dari 3.208 ekar tanah yang terlibat, 1.55 ekar akan dijadikan tanah wakaf perkuburan manakala baki 1.657 ekar akan dijadikan perumahan am rakyat setempat yang menelan belanja RM60 juta lagi.
Proses pengambilan lot-lot tanah berkenaan mula diwartakan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat pada 9 Disember 2010.
Difahamkan, Kerajaan Negeri menggunakan  Akta Pengambilan Tanah, 1990 bagi mengeluar perintah pada 30 Disember tahun lepas dengan kesemua 14 tuan tanah masing-masing diberi pampasan yang munasabah.
Kerajaan Negeri turut memberi pampasan yang munasabah kepada empat pemilik bangunan yang hadir dalam satu proses siasatan.
Manakala 25 pemilik bangunan yang tidak hadir pada proses siasatan itu turut boleh menuntut pampasan masing-masing seperti yang didipositkan oleh Kerajaan Negeri di bank sebelum ini.
Perkembangan terbaru ini sekaligus membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang mampu memartabatkan umat Islam dan rakyat yang berbilang kaum sungguhpun seakan dipinggirkan dari segi kewangan oleh Kerajaan Pusat yang diteraju oleh Umno serta Barisan Nasional - 

To Live Is to Die

free counters

Eye of the Beholder

Dyers Eve