Blackend Is The End

Jumaat, 27 Julai 2012

TUKAR TIUB MATI MASUK NERAKA

Seorang teman bertanyakan aku tentang sosialisme. Dia bertanyakan apakah maksud sosialis? Mengapa Sosialis tak percayakan agama? Tukar Tiub tidak percayakan Tuhan! Bolehkah sosialis menegakkan Islam? Dan lain lain lagi. 


Aku tidak mahu menjawab persoalan itu kerana daripada soalannya itu aku tahu bahwa betapa pemikirannya tak lebih daripada apa yang ada di dalam kepala otak kebanyakan orang. Aku menjawab persoalannya dengan soalan kepada persoalan itu.

Aku bertanyakannya dari mankah yang dia dengar bahawa socialisme itu anti agama? Aku tanyakan dia pernahkah dia bertemu atau berkawan dengan Tukar Tiub bila mengatakan Tukar Tiub tidak percayakan Tuhan? Aku bertanyakan dia sudahkah tertegak Islam di dalam diri dan keluarganya sedangkan dia adalah ketua kepada keluargannya.

Dari persoalan itu teman ini menjawab bahawa sudah terbukti bahwa pengamal sosialisme atau komunisme itu tidak percayakan Tuhan. Sebagai contoh Marx, Lenin, Mao Tze Dong dan lain lain nama besar yang menjadi pemimpin komunis. Menurutnya lagi ramai yang tahu bawaha Tukar Tiub sememangnya tidak percayakan Tuhan. Dia tidak menjawab soalan aku sudahkan Islam tertegak di dalam diri dan keluarganya.

Sebenarnya aku tidak marah pun kepadanya bila anggapannya terhadap nama nama yang di sebut di atas itu kerana aku tahu dia adalah salah seorang mangsa kepada propaganda golongan anti rakyat yang telah sekian lama menyebarkan fahaman ini.

Aku Cuma berkata padanya agar bersangka baiklah kepada orang lain dan janganlah membuat penilaian kepada seseorang itu tanpa kita mengenalinya terlebih dahulu. Setidak-tidaknya ziarahlah blognya untuk agar anda boleh membaca pemikirannya yang anda katakan tidak percayakan tuhan itu.

Aku katakan kepadanya jangan terlalu merasa angkuh bahawa hanya parti anda sahaja yang berada di jalan benar dan orang lain semuanya sesat. Kemukakanlah faktanya bukan autanya jika mahu menuduh orang lain itu tidak betul. Di mana parti anda di saat parti-parti yang anda katakan sesat itu berada di barisan hadapan ketika menghadapi penjajah di zaman pra kemerdekaan dulu?

Selesaikan pemahaman anda terhadap istilah sosialisme dahulu sebelum membuat kesimpulan terhadap idiologisme ini. Selesaikan buruk sangka anda terhadap komunisme sebelum membuat pertimbangan mengatakan pejuang pejuang kemerdekaan yang bersama Parti Komunis Malaya(PKM) itu adalah tidak percayakan Tuhan. Islam tidak hanya terdapat pada parti anda tetapi Islam itu berada di mana sahaja anda berada. Seorang muslim yang tidak hipokrik boleh berada di mana sahaja tanpa meninggalkan cara hidup Islamnya.

Aku katakan padanya berapa ramai ahli parti islam yang tidak hidup cara Islam. Berapa ramai ahli parti Islam tidak bersembahyang. Berapa ramai ahli parti Islam yang anak isterinya tidak menutup aurat. Berapa ramai ahli parti islam yang berfikiran perkauman melayu seperti Umno?
Anda persoalkan apakah Islam boleh di tegakkan oleh sosialisme sedangkan ahli parti anda yang menjadi pemerintah kepada keluarganya pun tidak boleh berbuat demikian. Anak isteri yang di bawah jagaannya pun tidak solat dan menutup aurat.

Inilah kejahilan manusia yang masih berbaki di abad milinium ini. Aku ingatkanya tentang ketika Ir Nizar di asak oleh wartawan ketika baru menjadi MB Perak dahulu. Seorang wartawan bertanyakan kepadanya apakah Pas akan menegakkan Islam di dalam pentadbiran negeri Perak? Nizar menjawab dengan bertanyakan wartawan itu kembali. Katanya apakah menjalankan pemerintah dan pentadbiran yang adil itu bukan menegakkan Islam? Soalan dari persoalan itu sudah tidak mampu untuk wartawan itu meneruskan soalannya.

Jika pemerintahan yang adil kepada rakyat di negeri Perak yang di katakan Nizar itu pun sudah menjadi sebahagian daripada menegakan Islam, bagaimana anda boleh bertanyakan apakah sosialisme itu boleh menegakan Islam? Jelaslah anda tidak pernah membaca atau mengambil tahu apa itu sosialisme dan hanya mendengar momokan daripada lidah-lidah pro penjajah. Apakah prinsip-prinsip sosialisme itu bertentangan dengan Islam sehinggakan anda mengatakan sosialisme itu sesat. Bukankah Islam itu memeragi kapitalisme? Bukankah Islam itu menegakan sosialisme dan bukankan Islam itu adalah perjuangan kaum tertindas?

a. Islam memerangi kapitalisme

Mengenai Islam menentang kapitalisme ini telah dikemukakan dengan jelas oleh HOS Tjokroaminoto, melalui bukunya yang berjudul “Islam dan Sosialisme”.
Bukunya itu ditulis pada tahun 1924 di Mataram. Ini diantaranya yang dikatakan HOS Tjokroaminoto:
“Menghisap keringatnya orang-orang yang bekerja, memakan hasil pekerjaan orang lain, tidak memberikan keuntungan yang semestinya (dengan seharusnya) menjadi bahagian lain orang yang turut bekerja mengeluarkan keuntungan itu,–semua perbuatan yang serupa ini (oleh Karl Marx disebut memakan keuntungan ‘meerwaarde’ (nilai lebih) adalah dilarang sekeras-kerasnya oleh agama Islam, karena itulah perbuatan memakan ‘riba’ belaka. Dengan begitu maka nyatalah, agama Islam memerangi kapitalisme sampai pada ‘akarnya’, membunuh kapitalisme mulai darui ‘benihnya’, oleh karena pertama-tama sekali yang menjadi dasarnya kapitalisme, iaitu memakan keuntungan ‘meerwaarde’ sepanjang fahamnya Karl Marx, dan ‘memakan riba’ sepanjang fahamnya Islam” (Penerbit Bulan Bintang, Jkt, 1954, hal: 17).

b. Menegakkan Sosialisme

Ini kerana Islam hendak menegakkan keadilan sosial misalnya dalam
surat Al Qashash ayat 5-6. Di sana dengan gamblang dikemukakan janji Tuhan yang akan menjadikan kaum tertindas dan miskin (mustadafhin atau dhuafa) sebagai pemimpin di bumi dan mewarisi bumi sehingga tidak ada tempat lagi bagi kaum mustakbirin (para diktator, angkuh dan kaya) untuk melakukan penindasan dan penghisapan terhadap kaum mustadafhin.
Keadilan sosial tegak. Tentang Islam akan menegakkan sosialisme, juga telah dikemukakan H. Agus Salim dalam Kongres Nasional VI SI, bulan Oktober 1921 di Surabaia. H. Agus Salim antara lain mengatakan:
“Nabi Muhammad Saw sudah mengajarkan sosialisme, sejak 1200 tahun sebelum Karl Marx” (Sekneg: G 30-S Pemberontakan PKI”, 1994, hal: 11).

Kemudian menurut tulisan Hasan Raid ini, masyarakat yang berkeadilan sosial atau masyarakat sosialis adalah masyarakat transisi menuju masyarakat Tauhidik, “umat yang satu” seperti yang dikemukakan surat Al Mukminun ayat 52.

Mengenai masyarakat Tauhidik ini, Asghar Ali Engineer melalui bukunya “Islam dan Pembebasan” mengemukakan bahawa Tauhid tidak hanya menyatakan keesaan Allah, tetapi juga kesatuan manusia dalam semua hal. Suatu masyarakat jami’-i tawhid yang Islamik, tidak akan membenarkan diskriminasi dalam bentuk apapun, tidak kira itu didasarkan pada ras(keturunan), agama, kasta maupun kelas.

Masyarakat tauhidik yang sejati menjamin kesatuan sempurna diantara manusia dan untuk mencapai ini, perlu untuk membentuk masyarakat tanpa kelas.

Keesaan Allah mengharuskan kesatuan masyarakat dengan sempurna dan masyarakat demikian tidak menerima perbezaan dalam bentuk apapun, bahkan perbezaan kelas sekalipun. Tidak akan terjadi solidariti iman sejati, kecuali segala bentuk perbezaan ras(keturunan), bangsa, kasta, dan kelas dihilangkan. Pembahagian kelas menegaskan secara tidak langsung dominasi yang kuat atas yang lemah dan dominasi ini merupakan pengingkaran terhadap pembentukan masyarakat yang adil (hal: 94).

c. Pertentangan Kelas dan Perjuangan Kelas

Al Qur’an menyebutkan tentang pertentangan dan perjuangan kelas, misalnya surah Al Mukminun (53), Al Qashash (5-6) dan Ar Ra’du (11). Ketiga surah-surah di atas mengandungi petunjuk bahwa masyarakat manusia tidak satu lagi, tetapi telah terpecah-pecah dalam yang menindas dan yang tertindas.
Tuhan dalam hal ini terang-terangan memihak kepada kaum yang tertindas.

Itu tercermin dari janji Tuhan dalam Al Qashash (5-6). Melalui surat Ar Ra’du 11 cukup jelas dikemukakan, bahawa keadaan mereka yang tertindas dan miskin tetap akan tertindas dan miskin, bila mereka sendiri tidak bangkit melemparkan belenggu yang dililitkan kaum penindas atas leher mereka.

Usaha kaum atau perjuangan kelas dari kaum tertindas sendirilah yang menentukan terjadinya perubahan. Imbauan berperang untuk membebaskan orang-orang yang teraniaya dari surat Annisa 75 dan Al Hajj 39. Hadith Nabi Muhammad s.a.w juga mengatakan:
“Bila engkau melihat kemungkaran ubahlah dengan tangan (kekuatan, kekerasan), dan bila tidak mampu, ubahlah dengan lidah (kritik, nasehat) dan bila tidak mampu juga, ubahlah dalam hati dan itulah selemah-lemahnya iman. Bagi yang imannya kuat, kemungkaran harus diubah dengan tangan. “

Dengan mengemukakan ayat-ayat yang terdapat dalam Al Quran di atas, mereka kemudian mendakwa bahawa Islam dengan jelas memerangi kapitalisme, Islam hendak menegakkan sosialisme, dan Islam bertujuan untuk mewujudkan masyarakat tanpa kelas.

Dan untuk memenangkan perjuangan mengalahkan kapitalisme, memenangkan sosialisme dan kemudian terwujudnya masyarakat tanpa kelas, Islam memberikan petunjuk harus dengan melalui perjuangan kelas. Semuanya itu menunjukkan terdapatnya titik persamaan antara Islam dan komunisme

Maka di sini dimanakah yang anda katakan sosialisme itu sesat?

To Live Is to Die

free counters

Eye of the Beholder

Dyers Eve