Blackend Is The End

Jumaat, 31 Ogos 2012

APA ITU BENDERA SANG SAKA BERBINTANG 12

Merah Putih Berbintang 12 lambang Putera-Amcja. Ia adalah lambang Malaya Merdeka pertama yang pernah diajukan  kepada dunia - pertama kali dikibarkan sebagai lambang
Malaya merdeka oleh wakil Malaya di Sidang Serantau Asia di New Delhi tahun 1947

Pada bulan April 1948, PETA telah mengadakan kongres kebangsaan selama 3 hari 3 malam di bandar Temerloh dengan dihadiri oleh wakil-wakil berbagai negeri dari seluruh Malaya.

Di kemuncaknya, kongres telah memutuskan untuk mengadakan perarakan secara besar-besaran walaupun diharamkan oleh penjajah British. Mencium berita itu, penjajah telah mengarahkan anggota-anggota polisnya dari Betong dan Raub ke Temerloh.

 Polis-polis itu bersiap sedia dengan benet terhunus dihujung senapang masing-masing untuk menggugat para perwakilan Kongres dan rakyat ramai yang sedang menunggu perarakan dimulakan.

Akan tetapi, semangat massa rakyat bukan saja tak tergertak jatuh, sebaliknya kemarahan mereka semakin meluap-luap. Mereka berpekik dengan lantang: “Mesti berarak!” “Jangan takut pada benet!” “Keras lawan keras!” dan lain-lain slogan yang militan.

Pada pukul 10 pagi, perarakan dimulakan dengan dipelopori oleh anggota-anggota PETA, AWAS, PKMM dan Barisan Tani Malaya. Lebih dari 5,000 pemuda dan wanita revolusioner bersama massa rakyat yang luas telah mengambil bahagian dalam perarakan itu. 2 helai bendera dikibarkan dengan megah, satu helai bendera merah putih berbintang 12 (bendera PUTERA-AMCJA dan juga lambang Malaya merdeka) yang melambangkan kesatuan negara kita yang mengandungi 12 buah negeri bahagian), satu helai lagi bendera AWAS yang tersulam dengan gambar Clara Zetkin.

Peserta-peserta perarakan menjulang tinggi-tinggi beratus-ratus sepanduk, cogan kata dan slogan-slogan revolusioner yang bertuliskan kata-kata seperti

“MERDEKA!MERDEKA!”,

“SEMUA BANGSA BERSATU LAWAN PENJAJAH BRITISH!”

“PENJAJAH BRITISH NYAHLAH DARI MALAYA!”

danl ain-lain. Di samping itu sorak dan pekikan-pekikan “MERDEKA” berkumandang di angkasa raya dengan tak henti-hentinya.

ABU NAWAS DI SYAKI DALANG BENDERA SANG SAKA MERAH DI KIBARKAN DI DATARAN MERDEKA

Abu Nawas sedang melawati website lucah di khalayak ramai.

Riuh rendah Mat mat benggap bila anak muda kibarkan bendera Sang saka di dataran Merdeka semalam. Kalau mat mat umno mmg dah benggap tapi ada jugak mat mat PR yang teramatlah benggapnya.

Sampai bila nak jadi benggap...sampai bila nak takut fakta di jadikan isu oleh umno. Lu ma cibai la teruutamanya FB Kami Benci saiful Bukhari.

Kalau bodoh jangan kongsi dengan orang. kalau asyik bukak website lucah tak payah berbicara tentang sejarah....

APA ITU SANG SAKA MERAH?

Artikel berikut di ambil dari surat pembaca yang disiarkan dalam majalah Kenchana bilangan 6, keluaran bulan Jun 1947.

Dizaman ini dimana kapal pergerakan bangsa kita sedang mengharongi lautan perjuangan, sudah tentu sekali kapal itu berhajat kepada suatu chogan yang akan mengenalkan kepada dunia, kapal siapakah yang sedang berlayar dilautan perjuangan? Selainnya Sang Saka Merah Puteh menjadi lambang sesuatu bangsa. Sesuatu bangsa yang akan mempertahankan ketinggian saka-nya biar batang tuboh-nya rebah kebumi.

Dunia kapal pergerakan bangsa kita yang terbesar sekali ialah kapal Pertubohan Kebangsaan Melayu (UMNO) dan kapal Party Kebangsaan Melayu (MNP), sedang bertelagah atas so’al bendera. Pekemam tidak beranjak dari pegangannya bahwa bendera kebangsaan Melayu ialah Merah Puteh. Sebaleknya pula Pekembar memakai juga Merah Puteh, tetapi ditambah bulan dan keris.

Darimanakah timbulnya Sang Saka Merah Puteh dan sejak bilakah bendera ini zahir kedunia. Kerana disini tidak akan saya terangkan bendera mana yang dipakai bangsa kita, biarlah saya kembali ketajok karangan saya untok menerangkan sedikit riwayat Merah Puteh.

Sejak beberapa abad kebelakang iaitu diabad ke 17 sewaktu kerajaan Madjapahit memegang tampok pemerentahan seluroh kepulauan Indonesia, adalah lambang Madjapahit Sang Saka Merah Puteh.

Menekala kerajaan Madjapahit lenyap dari muka yang diganti dengan kerajaan Mataram turut sama menjadikan Merah Puteh chogan pemerentahannya sehingga hari rebah kerajaan Mataram ditahun 1735.

Didalam peperangan Djawa dibawah pimpinan Pangeran Diponegoro bendera Merah Puteh tetap menjadi semboyan bangsa Djawa yang menentang penjajahan Belanda.

Tanah Melayu pula Melaka lah menggunakan Merah Puteh sebagai saka bangsa. Apabila jatoh kerajaan Melaka pada tahun 1511 Merah Puteh lenyap riwayatnya dikepulauan Indonesia.

Riwayat Merah Puteh hidop semula dengan adanya Congress Indonesia Raya yang diadakan ditahun 1939 bertempat di-Djakarta. Persidangan itu memutuskan bahwa Merah Puteh adalah bendera kebangsaan Indonesia Raya.

Baharu2 ini Persidangan Partai Kebangsaan Melayu menegaskan bendera kebangsaan Melayu ialah, Sang Saka Merah Puteh.

Sesunggohnya Merah Puteh mengandong erti yang besar bagi kita. Merah berarti darah, Puteh berma’na suchi. Apa bila kesuchian mahu dipadam-kan, darah akan tertumpah sebagai pembelaan. Kini terpulanglah kepada kita semua menentukan bendera manakah yang patut dijadikan lambang perjuangan kita.

- Hamzah

Khamis, 30 Ogos 2012

TERKINI DARI DATARAN MERDEKA


PENGUMUAM PENTING DARI GABUNGAN JANJI DEMOKRASI  DAPAT SURAT POLIS

pihak polis telah memberitahu bahawa
datang ke dataran merdeka untuk merayakan
ambang merdeka dianggap salah

jawatakuasa janji demokrasi
yang telah membincangkan hal ini kelmarin
telah sependapat:

1 - meminta semua warga yang ingin datang
akan merayakan di mana sahaja
di dalam kota kuala lumpur jika tidak dapat
masuk ke dataran merdeka

2 - jangan melanggar rintangan di dataran merdeka

3 - rayakan dimana sahaja secara bersantai

4 - rayakan dengan memakai baju kuning

5 - tidak ada slogan

6 - tidak ada kain rentang

7 - masuk ke dalam kota jam 11:00 malam

SAJAK PAK SAMAD

pak samad akan membacakan sajaknya
di mana sempat dia berada

JANJI DEMOKRASI
akan diadakan di melbourne
akan diadakan di perth
akan di adakan di london
akan diadaklan di manchester

akan ada di sabah
akan ada di johore banru
akan ada di melaka
akan ada di ipoh perak

SILA IKUTI RADIO BANGASAR UTAMA

maklumat terkini
rabu akan memberi laporan
selari tentang ambang merdeka malam ini

JANJI DEMOKRASI - TUKAR TIUB DI TAHAN PAGI TADI


TOLONG SEBARKAN INFO INI.

Salam Demokrasi,

Kami dari pihak seketariat #janji demokrasi ingin memaklumkan kepada semua penyokong/peserta bahawa Pn. Maria Chin Abdullah baru saja menerima notis dari pihak polis. Antara kandungan surat ini adalah:

a)Gagal memberi pemberitahuan di bawah Sek 9(1),Akta Perhimpunan Aman,2012 ( Akta 736) kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi.
b)Gagal memperoleh persetujuan daripada pemunya perhimpunana iaitu Dataran Merdeka di bawah Sek 11 Akta Perhimpunan Aman,2012 (Akta 736)
c)Akan menggugat persiapan yang dibuat untuk menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 2012.

Justeru,sekali lagi kami ingin memperingati rakan2 sekalian untuk TIDAK:

1) membawa sebarang banner/playcard
2) jangan melakukan sebarang provokasi
3) ikut arahan daripada Penganjur
4) jangan berada berhampiran dengan kawasan 'siaraya RTM' ( kabel & PA System )
5) jangan bawa sebarang alat pembesar suara.

Sekian,terima kasih.
Gabungan Janji

Rabu, 29 Ogos 2012

GAMBAR BERZINA DALAM MASJID


ORANG UGAMA PENGHALANG BESAR KEBANGKITAN RAKYAT

Bercerita tentang orang kaya di Malaysia tiba-tiba keluar pula cerita tentang gaji dan alaun para Menteri yang menerima puluhan ribu ringgit sebulan. Itu baru gaji dan alaun belum lagi yang di terima dari hasil sembang-sembang di kedai kopi ala orang kaya-kaya. Bila masuk kampong berpura-puralah pula para menteri ini akan kesedihan kepada penduduk kampong. Di hulurnya sekeping dua wang kertas sebagai simpati. Pulang saja ke pejabat di tuntut semula wang yang di beri tadi dengan berlipat kali ganda.

Mana mungkin seorang artis seperti Zeeze Izatee mahu menjadikan Bung Moktar sebagai suaminya jika Bung Moktar hanyalah seorang pekerja kilang yang paling banyak pendapatannya RM3,000.00 sebulan. Sehensem mana pun Bung Moktar, sealim mana pun Bung Moktar, sebaik budi pekerti macam mana pun Bung Moktar ianya tidak akan mampu untuk memikat ZeZee Izatee.

Itu cerita orang kaya raya, bagaimana pula cerita orang miskin yang hina dina. Pak pak Ustaz selalu berkata kepada kita agar jangan tengok orang di atas kita tapi tengoklah orang di bawah kita. Kalau kita naik motor jangan tengok orang nak kereta tapi tengoklah orang naik basikal. Kalau nak basikal pula kena tengok orang jalan kaki dan yang jalan kaki pula kena tengok orang tak boleh jalan.

Inilah yang di namakan kapitalisme. Kapitalisme berprinsipkan penindasan. Yang di bawah harus di tindas, Yang miskin harus di jadikan barua. Untuk menghalalkan perbuatan ini mereka gunakan orang agama untuk melemahkan golongan tertindas untuk bangkit melawan. Orang agama akan di bayar untuk mencari dalil2 agar si tertindas jangan melawan jika di tindas. Orang miskin dan tertindas akan di minta bersyukur dengan apa yang ada. Biarlah orang kaya naik kapal terbang kerana kita perlu bersyukur masih boleh naik bas tambang.

Bila ada yang bangun melawan arus dengan membawa satu system ekonomi yang di beri nama komunis dan sosialis maka sekali lagi orang agama akan di bayar upah untuk mengeluarkan fatwa yang system ini bertentangan dengan Islam. Belum cukup dengan itu orang agama dengan sukarela menjadi penyambung lidah kaum penindas dengan berkata komunis itu anti agama dan tidak percayakan Tuhan.

Pemerintah yang ada pada hari ini adalah pemerintah yang menindas rakyat. Tidak cukup dengan itu mereka bersekongkol dengan kaum penindas. Siapakah kaum penindas ini? Itulah 40 nama yang telah di anugerahkan dengan manusia paling kaya di Negara ini. Bukan saja anak tokey judi di Genting sahaja penindas tapi yang banyak memberi sumbangan melalui Yayasan Bulkhari juga adalah penindas.

40 orang terkaya di Malaysia ini di bantu oleh para menteri dan penguasa untuk menjadi penindas. Bagaimana para menteri membantu mereka untuk menjadi penindas? Sudah pasti dengan cara pengauatkuasa undang-undang yang tidak pernah menyebelahi rakyat. Bila kaum tertindas memohon gaji minima RM1,000.00 sebulan, para menteri akan bertanya terlebih dahulu kepada orang terkaya ini. Bila rakyat tertindas berhimpun menuntut hak mereka penguasa akan mengunakan polis untuk memukul dan memenjarakan rakyat.

Malangnya yang menentang perjuangan kaum tertindas adalah mereka yang juga setiap saat di tindas. Orang kampong yang memasang bendera UMNo adalah kaum tertindas, Polis yang memukul orang ramai juga adalah kaum tertindas, Namun begitu golongan ini pula menjadi penyokong dan sanggup menjadi benteng kepada pemguasa untuk terus menindas mereka. Mereka tidak percaya majikan mampu membayar mereka gaji minima kepada kerja yang mereka lakukan. Jika ada yang bangun menuntut gaji dan kemudahan kepada kaum pekerja malaon seperti buruh yang mencuci yang setiap pagi menyuci longkang taik akan berkata kita patut bersyukur dengan gaji sebagai pencuci sampah sebanyak RM500.00. Kita perlu lihat orang yang lebih miskin dari kita.

Akhirnya golongan penindas semakin hari menambah kekayaan mereka hasil dari keringat orang miskin. Para menteri juga sibuk menghimpun kekayaan hasil dari kebodohan manusia seperti umno. Maka lahirlah manusia terkaya di Malaysia. Para menteri bergaji puluhan ribu ringgit dengan segala kemudahan yang di beri percuma atas keringat rakyat.

Namun begitu kaum tertindas akan tetap dihalang oleh golongan agama untuk bangkit menentang penindasan ini. Para agamawan akan berusaha mencari dalil dan nas bahawa menentang pemerintah hukumnya haram. Tanpa kita sedar para ustaz inilah penindas yang paling kejam yang menjadi dalang kepada kebangkitan rakyat.

NASARUDIN MAT ISA MOHON MAAF


Adalah satu perkara yang amat luar biasa apabila UMMO begitu perihatin dengan isu Islam. Bila ianya menjadi satu perkara yang luar biasa maka sudah pastilah ada sesuatu yang tidak kena dengan isu ini.

Jika anda pernah melalui pilihanraya di sekirar sebelum tahun 2004 anda akan berjumpa dengan papan-papan tanda yang menhina hukum hudud yang di lukis dengan berbagai cara oleh parti MCA dan Gerakan.

Ini adalah kerana untuk menakutkan pengundi bukan Islam agar tidak memberi undi kepada DAP yang kononnya pada ketika itu DAP telah bersekongkol dengan PAS. Mesej mereka ialah mengundi DAP bererti mengundi Pas dan mengundi Pas bermakna Hukum hudud akan di kenakan keatas orang ukan Islam.

Dengan kartun yang cukup menghina Islam di letakan di tepi-tepi jalan tidak langsung mendatangkan kemarahan kepada Umno. Sedangkan umno ini menjadi juara hudud.

Hari ini tiba-tiba Umno melenting bila DAP tidak menerima hukum hudud sedangakn MCA yang terang terangan menghina hukum Islam tidak pula di katakan satu penghinaan terhadap Islam.

Perlu di ingatkan bahawa semua isu yang berlaku sejak dari kekalahan parti British Malaya sejak PRU yang lalu sentiasa berkaitan dengan bukan melayu dan bukan Islam.

Umno melalui team propaganda mereka telah cuba untuk membangkit kembali isu perkauman yang telah di runtukan pada PRU yang lalu. Walaupun yang di lihat menjadi mangsanya adalah orang bukan Islam dan bukan melayu namun sasaranya ialah untuk orang melayu.

Contohnya isu Teoh Beng Hock. Jika di lihat dari satu segi ianya di gunakan untuk membangkitkan kemarahan orang cina tetapi hakikatnya ialah untuk menimbulkan kemarahan orang melayu.

Team propaganda ini mengharapkan apabila Isu Teoh ini di bangkitkan oleh orang cina ianya kan mendatangkan kemarahan pula kepada orang melayu terhadap orang cina.
Tujuan utamanya ialah agar akan berlaku satu permusuhan anatara orang melayu dengan bukan melayu. Namun begitu tidak semua orang melayu yang berfikiran seperti orang umno. Maka Umno perlu mencari satu isu yang bagi mereka melepasi sempadan melayu iaitu Islam.

Isu pengunaan nama Allah pula dirancang dengan cukup teliti yang telah di lakukan dengan melibatkan semua pihak sama ada mereka sedar atau tidak sedar. Di dalam dunia penghakiman yang cukup menyangsikan pada hari ini segala keputusan makamah boleh di andaikan dengan berbagai anggapan. Apakah anda yakin bahawa tidak ada campurtangan orang atas di dalam keputusan yang telah di buat oleh hakim yang bukan beragama Islam itu?

Keputusan membenarkan pengunaan nama Allah kepada orang kristian ini sengaja di lakukan untuk membangkitkan perasan benci serta perkauman di kalangan rakyat. Harapannya adalah orang Islam di luar Umno akan bangkit membantah keputusan makamah ini.

Yang paling utama sasaran mereka adalah Pas yang sebelum bersama DAP dan PKR sentiasa tegas didalam isu yang melibatkan Islam. Sekurang-kurangnya akan ada perbezaan pendapat antara sesama pimpinan Pas terhadap isu ini.

Umno amat berharap agar dengan isu ini orang melayu akan melihat Pas sebah parti yang sudah tidak lagi berani menyuarakan hak Islam apabila bersama DAP dan PKR. Tuduhan Pas menajadi barua DAP akan di tiup mengunakan kipas angin berkuasa kuda.
Akhirnya harapan mereka orang-orang seperti Zulkifli Nordin dan Nasarusin Mat Isa akan bersama-sama UMNO.

Apabila berlaku perkara begini ajen-ajen propaganda UMNo seperti YDP Pas Batu kawan akan memainkan peranannya di dalam menghasut ahli Pas agar menentang orang cina atau bukan Islam yang selama ini telah pun berjalan namun secara senyap-senyap.

Agen-agen propaganda ini yang berada dari pimpinan Pas Pusat sehinggalah ke peringkat kawasan akan berusaha agar Pas bepecah kepada yang pro UMNO dan yang pro PR.

Peristiwa 13 may telah membuktikan betapa licik dan terancangnya usaha UMNo untuk mengembalikan kekuasaan kepada parti hasil didikan British ini.

Melayu mana tidak termakan dengan isu perkauman sehingga terjadinya peristiwa 13 May. Hasilnya akibat darah perkauman Umno yang mengalir di dalam darah Pas pada ketika itu maka Pas menyertai BN yang sebelum itu mereka fatwakan sebagai kapir.

Selasa, 28 Ogos 2012

BENARKAH USTAZ AZAHR IDRUS MEMINANG ARTIS FARAH ASHIKIN

Abu Nawas dapat mesej dari seseorang yang mengatakan Ustaz Azhar Idrus telah meminang seorang artis.
wah wah wah.... betui ka ni? Katanya artis tersebut adalah anak seorang tahanan politik yang pernah bersama sama dengan Syed Husin Ali sewaktu dalam ISA dulu..

Apa kata kita tanya sendiri dengan ustaz Idrus pasai ni betui ka tak? kalau betui pun baguih la bukan salah pun. Lagi pun ustaz azhar ni ada kemampuan, duit banyak nak kira apa hayun saja la...

Lainlah orang miskin mana la mampu nak menikah ramai ramai, harap keras saja tapi tak dak beras nak buat apa.

Selidik punya selidik artis tersebut adalah farah ashikin zulkifli. Abu Nawas tak kenai sangat dengan artis melayu ni... bukan saja tak kenai malah sikit pun tak minat... cuma ustad ustad saja yang minat dengan artis ni.

Okelah sama ada berita ni betui ka tak kena la tanya tuan punya diri si farah Ashikin dengan Ustaz Azahar Idrus sendiri....

JANGAN LU PA JANJI KITA DI DATARAN MERDEKA.

STATUS DI UGUT DI BUANG KERJA JIKA TAK HADIR KE BUKIT JALIL


UTUSAN DEDAH SURAT WASIAT MAT SABU KEPADA ISTERINYA


Berikut adalah wasiat Timbalan Presiden Pas yang telah di dedahkan oleh media. Wasiat ini di tujukan kepada ahli2 Pas yang selama ini dok bikin bising dengan depa punya wala"

Oleh itu kepada ahli Pas jangan tak wala' dengan wasiat ini.. Jom pakat turun di dataran atau di lokasi negeri masing masing.

Timbalan presiden PAS Haji Mohamad Sabu menyeru ahli PAS - Parti Islam Se-Malaysia (فاس) supaya hadir pada himpunan Janji Demokrasi.

"Kita galak ahli PAS hadir pada santai merdeka (Janji Demokrasi) pada 30 Ogos sehingga malam masuk 31 haribulan bersama 44 NGO lain yang akan berkumpul bagi merayakan hari kemerdekaan. Kita galak supaya semua yang hadir memakai warna kuning kerana tuntutan BERSIH kita masih berterusan," - Mat Sabu.

SEBARKAN! Lokasi Himpunan JANJI DEMOKRASI yang akan berlangsung serentak, kemaskini di:-

(1) Kuala Lumpur - Dataran Merdeka.
- https://www.facebook.com/events/374765835930326/

(2) Perak - Dataran MBI, Ipoh.
- https://www.facebook.com/events/349743978440982/

(3) Melaka - Clock Tower Rumah Merah
- https://www.facebook.com/events/456220747745966

(4) Johor - Dataran Bandaraya, Johor Bahru.

(5) Sabah - Padang Merdeka Kota Kinabalu

- https://www.facebook.com/events/128914397254281

(6) Australia - The Grosvenor Hotel, Perth.
- https://www.facebook.com/events/455853691112343

“Tidak ada slogan, tidak ada sepanduk atau tunjuk perasaan. Cuma bezanya kami memakai baju kuning,”





Isnin, 27 Ogos 2012

SB AJAK MAT SABU BERGAMBAR


Oleh: MSK

Semalam aku janji untuk menceritakan macam mana modus operandi SB dalam parti. Sebelum tu aku nak lepas geram dulu sebab ramai yang kata aku ejen Umno atau SB setiap kali aku belasah hangpa.

Pertama sekali, kalau hangpa tau aku ejen perisik ..tak kira la ejen Umno atau SB polis, maka aku adalah ejen yang paling tak guna. Ejen yang paling baik ialah bila dia berjaya bergerak tanpa dikesan. Dan perkara paling utama yang ejen perlu jaga ialah glamer dan populariti. Sebab bila dah glamer, macam-macam cerita kita orang mula bongkar. Kalau ikut style KGB, the minute your identity is exposed..you’ll be shot dead.

So, the best agent is still in the party. Orang macam aku kalau jadi ejen..tak boleh cari makan sebab mulut capui dan gatai tangan.

Kedua, hangpa ingat lagi semasa krisis Raja-Raja Melayu zaman Mahathir dengan Anwar dulu? Bila berlaku krisis, Mahathir mengarahkan dibuat satu siri penerangan secara besar-besaran kepada rakyat. Lantas dicipta satu program yang dinamakan “SEMARAK bersama rakyat.” Hangpa tau sapa yang menguruskan program tersebut?

Dia adalah salah seorang Pengarah BTN… dan program SEMARAK telah berjaya menewaskan Raja-Raja Melayu.

Sebaik selesai krisis tersebut, Pengarah BTN yang bertanggungjawab untuk menganjurkan program tersebut telah dihantar untuk berkursus dengan CIA selama setahun.Sekarang…orang itu merupakan salah seorang pemimpin dan ahli Parlimen PKR.

Hangpa dok jaja aku ni SB la..ejen Umno la..tapi yang jadi ejen CIA jadi pemimpin.

Ok..ada empat jenis SB atau perisik yang biasa kita dengar.

1. SB PDRM.
2. Informer
3. MIO
4.Ejen BN

Aku tak takut dengan SB PDRM…sebab yang ni depa buat kerja secara terang-terang. Depa datang bila ada ceramah atau bila ada perhimpunan.  Depa ni selalunya bersikap baik dengan kita..terutamanya yang ada jawatan dalam parti. Depa ni pun bukannya cerdik sangat..sebab bila dikenali, susah la nak dapat info. Tak kan hangpa nak pi cerita kat dia hal parti atau nak jemput depa mai mesyuarat?

Bila depa datang untuk merakam ceramah…hangpa nak takut apa? Kalau kita nak bagi tau tentang kebenaran..tak perlu takut kat depa.

Yang aku risau sikit ialah informer sebab depa ni tak dikenali. Dan informer ini adalah orang-orang parti sendiri. Ada yang bangang dan ada yang pandai.

Yang pandai adalah mereka yang pandai demand kat SB. SB PDRM ada bajet untuk informer dan dibayar mengikut jawatan mereka. Sebabnya, lebih tinggi jawatan seseorang itu, lebih banyak info yang diperolehi.

Kalau setakat AJK Cawangan, maklumat yang boleh dia bagi ialah maklumat cawangan. Informer macam ni boleh dapat elaun sekitar RM150.00 sebulan.

Kalau dia AJK Kawasan atau Cabang, boleh dapat sekitar RM200-250 sebulan, bergantung kepada seaktif mana Kawasan tersebut. Kalau ada jawatan Setiausaha, boleh dapat sekitar RM300 sebulan.

Bila seseorang itu ada jawatan peringkat negeri, harga dia pun naik lagi. Kalau dia boleh supply info tentang mesyuarat negeri, boleh dapat sekitar RM500-700 sebulan.

Kalau dia boleh jadi ahli MPT dan hadir mesyuarat MPT, dia boleh claim sekitar RM1500-2000 sebulan. Lumayan kan?

Itu cuma elaun “bersih”. Belum campur bonus dari Umno atau mana-mana parti dalam BN. Cuma Umno tak bagi cash la..sebaliknya depa bagi kontrak atau balak. Hei..aku tau sapa Ketua Cabang yang masih dapat kontrak atau balak dari Umno!

Ada juga orang parti yang bangang dan depa bagi info free saja. Yang ni cuma perlu bodek atau provoke saja.

Nak provoke tak susah. ..cuma cerita kat dia ada orang tak suka kat dia dan kita sebut sapa orang tu. Gerenti dia melompat dan mula la cerita pasai “lawan”nya. Habis sampai cerita dalam kain pun depa cerita. Lepas tu kita pi cerita kat “lawan” dia. Buta saja kita dapat tau tentang kes orang yang mula tadi.

Nak bodek pun tak susah. Sebelah sini kita provoke, sebelah sana kita bodek. Lepas tu provoke belah sana, mai bodek belah sini balik. ada pemimpin parti peringkat cabang yang bangga bila depa dapat info direct dari SB…padahal depa tak tau SB dok pekena depa.

Tinggi sikit dari SB, ialah MIO. (Millitary Dntelligent Officer). Dalam PKR ada ramai MIO terutamanya yang dah pencen. Apa yang ramai orang tak tau ialah MIO akan terus berhubung walaupun depa dah pencen dari askar. Semasa PRK Permatang Pauh, aku berjalan dengan seorang bekas MIO berpangkat Mejar. Nak tunjuk kat aku dia ada banyak info, dia call kawan dia yang masih lagi dalam askar.

Masa PRK Permatang Pauh, MIO berpengkalan di Hotel Equatorial, Penang. Kat situ base depa untuk mengumpul semua maklumat. Tapi kalau hangpa ada akai,penyaluran maklumat ni bukan satu hala. Kalau aku saja yang bagi hangpa info, sedangkan hangpa tak bagi aku apa-apa..mana ada jalan!! So, pertukaran maklumat perlukan dua hala. Hang bagi aku…aku bagi kat hang.

Yang paling leceh ialah ejen Umno/BN. Yang ni la yang ramai menghancurkan parti.

Ejen UBN akan melakukan apa saja untuk kekal berada dalam parti sebab kalau dia keluar parti, dia tak dapat apa-apa.

Semasa reformasi dulu, dan kemudiannya PRU 1999, ramai orang Umno ingat depa akan kalah. Sebelum kalah, depa dah pasang kaki dalam Keadilan. Ada yang sponsor calon, ada yang sponsor tubuh cawangan dan Bahagian. Dan akhirnya, itu pasai kebanyakan Ketua Cabang terdiri dari bekas Umno.

Geng-geng reformis tak minat dengan parti. Nak bertanding jawatan pun depa tak mau. Lagipun, nak urus parti peringkat Cabang bukan murah..kena banyak duit. Reformis mana ada duit..yang banyak duit ialah ex-Umno yang dah buat duit masa dalam Umno dulu.

Bila pegang jawatan, depa mengekalkan budaya Umno. Sapa yang dianggap cerdik..cantas. Sapa yang boleh buat kerja..pancung. Akhirnya, Cabang tinggallah ahli-ahli yang hanya mengikut arahan. Depa juga tak mau ahli yang ramai sebab lebih ramai ahli..lagi susah nak tanggung.

Bila nak pilihanraya, baru la nak cari orang. Masa tu la baru nak tubuh Jawatankuasa Pilihanraya. Masa tu la baru nak pi masjid.

Bagi aku.ini lah ejen Umno…sebab dia mengamalkan budaya Umno.

Dan budaya Umno ini masih kuat dalam PKR. Tu pasai macam-macam kes yang timbul. Kes liwat la..gambar Eli telanjang la…video kat pejabat MB la..video jilat aiskrim la.  Pengkhianat parti macam Zaid Ibrahim dan orang-orang yang sewaktu dengannya semua dah hilang. Ejen-ejen Umno yang menentang Azmin dulu pun dah hanyut. Tapi skandal dan isu masih juga berlaku Sapa punya kerja?

Tu pasai aku kata..your greatest enemy is your best friend. Semua yang terlibat dalam kes Anwar melibatkan orang-orang yang paling dipercayai oleh Anwar.

Tapi depa ni pandai..sebab dah lama belajar dari Umno. Bila ada orang bongkar cerita depa..cepat-cepat depa tuduh orang tu ejen Umno.

Macam pencuri menjerit “pencuri!!”. Akhirnya orang yang kena curi kena maki…orang yang mencuri gelak sakan..



***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/08/27/sb-dalam-parti-2/

MAT SABU BOTAKKAN KEPALA JIKA KALAH LAGI DALAM PILIHANRAYA


Orang kiri tak pernah kecewa dalam perjuangan walau berkali kali kalah tapi orang ugama baru sekali kalah terus bikin onar....

Ini adalah kerana orang kiri tidak di ajar menuju ke puncak dengan jalan pintas tanpa pengorbanan...


Itulah Mat Sabu, antara tokoh kiri dalam Pas yang bukan saja kalah dalam pilihanraya malah berkali kali kalah dalam pemilihan dari bertanding Ketua Pemuda sehinggalah timbalan presiden Pas.


Tapi beliau tidak pernah sesekali untuk merajuk dan menyalahkan orang lain berbanding dengan Nasarudin yang kononnya orang ugama tapi baru sekali kalah sanggup menjadi lidah parti lawan.


Walau di tohmah dengan berbagai tuduhan oleh ahli Pas sendiri Mat Sabu terus memacu gerak kerja parti walaupun tidak berjawatan. 


Baca tulis bapak Subky Abdul Latif tentang bekas Timbalan Presiden Pas...






Nasihat saya kepada PAS di semua peringkat, termasuk di Bachok ialah diam saja terhadap kenyataan Nasharudin Mat Isa yang menyeru PAS keluar dari Pakatan Rakyat kerana DAP menentang hudud.

PAS banyak kerja di semua peringkat untuk menghadapi pilihan raya dan banyak isu penting yang perlu dijelaskan. Jangan buang masa untuk melayan seruan MP Bchoknya dan bekas Timbalan Presidennya itu.

Saya tidak fikir DAP susah hati atas kenyataan Nasharudin yang meminggirkan dirinya dari PAS sejak dia dikalahkan oleh Mohamad Sabu dalam pemilihan parti itu setahun lalu. Karana DAP pun tahu kedudukannya dalam PAS dan keupayaan politiknya.

Jika PAS diam diri dan tidak mengambil tindakan disiplin terhadapnya pun tidak mendatangkan kudis kepada  PAS dan Pakatan Rakyat.

Tetapi kalau PAS bertindak terhadapnya, PAS boleh dilihat menyamakan busut dengan gunung. Busut itu pula bukan busut jantan.

Semua orang tahu dia sudah tiada apa-apa sejak dikalahkan oleh Mohamad Sabu dalam pemilihan yang lalu. Mat Sabu berkali-kali kalah untuk menjadi Naib Presidean PAS dan dia pernah kalah kepada Nasharudin untuk jadi Timbalan Presiden. Tetapi dia tidak jatuh dan  tidak hilang, sebaliknya dia naik.

Walaupun baru sekali dia kalah, dia letakkan diri dalam PAS lebih rendah daripada ahli jawatankuasa cawangan dan ramai ahli biasa pun lebih cerdik daripadanya. Tidak seorang yang pernah menjadi Timbalan Presiden jadi begitu jika ia berwibawa.


MOHON PEMBACA UNTUK VOTE PADA GAMBAR ANAK SAHABAT KITA DENGAN KLICK LINK INI 
:https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151417013644572&set=a.10151412467179572.577083.331481044571&type=3

TEKAN BUTANG LIKE DAN BERI SEDIKIT KOMEN......

Apapun dia adalah ahli PAS dan bekas pemimpin penting PAS. Setiap ahli PAS ada hak untuk bersuara. Perlembagaan PAS menjamin hak itu. Sama ada suaranya itu betul atau merepak, ia bukan hujah. Hujahnya dia bersuara dan menyatakan pandangannya.

Jika PAS bertindak terhadapnya, ia seolah-olah PAS tidak membenarkan ahlinya bersuara. Dia menyuarakan apa yang perlembagaan parti benarkan. PAS bukan seperti parti komunis yang melarang ahlinya memberi pandangan bebas. Jika PAS bertindak, ia akan dilihat tidak demokratik dan parti yang tidak terbuka.

Biarkan dia bercakap, tidak kira dia diupah atau disuruh oleh budak-budak Najib. Soalnya dia bersuara tentang partinya. Dan saya fikir tiada siapa yang tertarik dengannya selain satu dua kerat pemimpin Jati, yang semuanya akan habis sebaik saja pathul Putrajaya berjaya dibebaskan nanti.

Jika PAS melenting dan bertindak terhadapnya, PAS tiada kerja lain terpaksa melayannya pula. Itulah menyeronokkan Umno yang sentiasa mencari peluang untuk menyakat PAS.

Jika PAS tidak melayannya, dia pun mati kutu dan dia akan hilang dari alam politik, apa lagilah kalau Umno dan Najib pun hilang sama  selepas pembebasan Putrajaya nanti.

Soal DAP tidak menerima hudud itu bukan benda baru. Nasharudin sendiri ada penolong bidan yang menyambut kelahiran Pakatan Rakyat. Dia tahu dan sama membincangkan apa yang PAS mahu dan ia tidak mahu. Dia tahu apa yang DAP mahu dan tidak mahu. Setelah semua tahu apa yang semua mahu dan yang mereka tidak mahu barulah PAS dan DAP bersetuju membentuk Pakatan Rakyat.

Bukan semua pemimpin PAS jadi bidan untuk melahirkan Pakatan. Sebagai Timbalan Presiden dia sama memasukkan PAS dalam Pakatan. Jika ia satu keputusan yang  silap, maka dia ikut sama melakukan kesilapan itu.

Tetapi PAS secara ijmak tidak mengira tindakan secara siasah syariyah yang disambil untuk bersama DAP dan PKR itu suatu yang silap.

Ahad, 26 Ogos 2012

BONGKAR SIAPA SEBENAR TUNGKU ABDUL RAHMAN


Bagaimanakah laungan ‘Merdeka’ oleh Ibrahim Yaakob? Dan apa kaitannya dengan gerakkan merdeka yang diperjuangkan oleh PKMM, KMM, API dan AWAS sebelum diharamkan penjajah?

Ikuti pandangan YDP PAS BATU, CIKGU ISHAK SURIN yang juga antara aktivis yang terlibat diperingkat awal gerakan kemerdekaan, ketika aktif bersama API bersama Pengarang Berita, TARMIZI MOHD JAM.

Harakah: Saban tahun, menjelang Ogos nampaknya kerajaan giat berkempen melalui media cetak dan televisyen sambutan hari kemerdekaan. Tujuannya untuk tanamkan kepercayaan bahawa Umnolah yang mempelopori kemerdekaan. Walhal faktanya palsu…

CIKGU ISHAK SURIN: Memanglah itu yang sedang berlaku. Usaha ini giat dijalankan untuk menafikan gerakkan awal kemerdekaan negara. Pada masa yang sama, kerajaan cuba menonjolkan Umnolah yang mempelopori kemerdekaan.

Bagi saya, usaha terancang begini amat dayus dilakukan oleh kerajaan semata-mata untuk mempengaruhi genarasi muda kini akur bahawa Umno dan pemimpin hari ini adalah kesinambungan pejuang kemerdekaan. Umno cuba menafikan fakta sejarah yang sebenar. Siapa Tunku pada waktu merdeka dulu? Siapa Umno? Macam mana Umno itu ditubuhkan?

Semuanya ini perlu dikaji semula oleh kita supaya fakta sejarah yang sebenar dapat diketahui oleh genarasi akan datang dan seterusya. Pada saya, Umno begitu takut untuk membongkar rahsia sejarah sebenar berhubung gerakan kemerdekaan ini. Pejuang-pejuang terdahulu seperti Ibrahim Yaakob, Ahmad Boestamam, Dr. Burhanuddin Helmy dan lain-lain cuba dihapuskan dalam buku-buku dan dokumentasi sejarah.

Gerakan KMM, PKMM, API dan AWAS juga tidak disebut sebagai pelopor kemerdekaan sedangkan hakikatnya, kumpulan inilah yang mula-mula melaung dan membakar api kemerdekaan.



Harakah: Maknanya kita ada pandangan kedua dalam isu ini. Umno bukan pelopor kemerdekaan. Tunku Abdul Rahman bukan Bapa Kemerdekaan. Begitu…

Cikgu Ishak Surin: Ya. Ini patut di ketengahkan. Ia bukan idea atau sanggahan membabi buta tetapi ia adalah fakta sejarah. Ia tak boleh ditipu. Sejarah tetap sejarah. Dengan adanya kempen-kempen media cetak dan televisyen ini, kita amat bimbang genarasi muda sekarang dibohongi kerajaan dan Umno khususnya. Mereka mahu fakta sejarah dipesongkan, diseleweng! Dalam hal ini, saya amat bertegas bahawa Umno bukan pelopor kemerdekaan. Umno ditubuhkan untuk menentang pembentukan Malayan Union. Tidak langsung disebut pada masa itu soal kemerdekaan.

Tunku Abdul Rahman

Sebelum itu, telah ada kumpulan tertentu yang bergerak secara tersusun, selepas sahaja tamat Perang Dunia Kedua. Umpamanya penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang dipimpin oleh Ibrahim Yaakob. Diikuti penubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan Ishak Haji Muhamad. Angkatan Pemuda Insaf (API) dipimpin oleh Ahmad Boestamam.

Merekalah yang memulakan gerakan tersusun untuk menentang penjajahan Inggeris di tanahair kita. Inilah golongan yang sebenarnya patut diketahui oleh rakyat dan genarasi kini.

Bukannya seperti yag diwar-warkan, Umno atau Tunku Abdul Rahman. Sebaliknya, orang-orang ini dilupakan langsung. Akibat laungan kemerdekaan mereka dan keberanian mereka menentang penjajah, maka mereka akhirnya disumbat dalam penjara dan KMM, PKMM, API dan AWAS diharamkan oleh penjajah.

Harakah: Jadi, bila Umno muncul dalam catatan sejarah sebagai pejuang kemerdekaan?

Cikgu Ishak Surin: Selepas pejuang kemerdekaan tulin macam Ibrahim Yaakob, Dr. Burhanuddin, Ishak Haji Muhamad, Ahmad Boestaman dan lain-lain dipenjarakan. Selepas KMM, PKMM, API dan AWAS diharamkan. Barulah mereka muncul. Seolah-olah pemimpin-pemimpin Umno inilah yang beriya-iya mahukan kemerdekaan setelah ruang kosong yang ditinggalkan oleh KMM, PKMM, API dan AWAS. Kita kena tahu, Umno ketika itu adalah anak didik penjajah dan bukan penentang penjajah.

Harakah: Tadi disebut kumpulan awal macam KMM, PKMM, API dan AWAS adalah pejuang tulin kemerdekaan. Kemudian ditahan dan pertubuhan mereka diharamkan. Penjajah pula mengetengahkan Umno hasil kekosongan ini sebab hanya Umno yang boleh meneruskan dasar-dasar penjajah. Soalnya, mengapa penjajah menentang atau tidak bersengkongkol dengan kumpulan pejuang gerakan kemerdekaan tulin yang awal?

Cikgu Ishak Surin: Inggeris tahu, mereka yang menggerakkan KMM, PKMM, API dan AWAS terdiri dari pejuang kemerdekaan tulin yag tidak mahu bersengkongkol dengan penjajah. Mereka ini tidak dapat diperkotak-katikkan oleh Inggeris.

Jika ditakdirkan mereka ini berjaya memerdekakan tanahair kita, tentu sekali lanskap politik negara kita tidak seperti hari ini. Selepas diberikan kemerdekaan pada 1957, kita masih dibelenggu dengan pemikiran penjajah, dasar-dasar penjajah diteruskan, pendidikan penjajah dijalankan, ekonomi penjajah diperkenalkan dan macam-macam lagi.

Kita diikat oleh penjajah. Dan yang sanggup menjalankan dasar-dasar penjajah ini ialah Umno. Inggeris percaya, jika kemerdekaan diberi kepada pejuang tulin macam Ibrahim Yaakob, dasar-dasar Inggeris tak dapat berjalan.

Harakah: Sekarang jelas, sejarah dipalsukan dari segi gerakan menuntut kemerdekaan. Ini kerana Umno yang diberi kemerdekaan oleh Inggeris telah menggunakan kesempatannya sebagai kerajaan untuk memalsukan sejarah dalam semua aspek. Dokumentasi, buku sejarah dan seumpamanya. Bagaimana Cikgu melihat, ‘jenayah’ ini boleh dibetulkan?

Cikgu Ishak Surin: Perkara ini harus ditangani secara serius. Lihat balik pemalsuan sejarah dan sejarah sebenar. Betulkan fakta dalam buku sejarah yang jadi rujukan sebagai teks bacaan pelajar kita di sekolah-sekolah. Ini penting.

Kerana melalui paparan dari buku-buku sejarah inilah,pemalsuan berjalan secara rasmi dan terancang. Pelajar-pelajar kita adalah genarasi akan datang yang bakal mentadbir negara.

Tetapi, fakta sejarah yang melekat dalam kepala mereka hanyalah fakta palsu. Mereka tak kenal siapa itu Ibrahim Yaakob, iaitu orang yang mula-mula melaungkan kalimah merdeka kepada rakyat untuk mengenyahkan penjajah ketika itu.

Harakah: Mengapa Cikgu kata Ibrahim Yaakob yang mempelopori kemerdekaan bukan Tunku Abdul Rahman?

Cikgu Ishak Surin: Saya setuju dengan satu kajian yang dibukukan oleh Umno Johor. Buku itu dakwa orang yang mula mempelopori gerakan kemerdekaan tanahair ialah Ibrahim Yaakob. Berpusat gerakanya di Maktab Perguruan Idris, Tanjung Malim.

Ibrahim Yaakob

Bagaimana kita lihat, dia membentuk jaringan dari sini hingga idea kemerdekaan bertaburan ke seluruh tanahair hingga ke Brunei, Singapura, Sabah dan Sarawak. Ibrahim aktif menanamkan api kemerdekaan dalam kesatuan pelajar di Maktab.

Dari sini, pelajar Brunei, Singapura, Sabah dan Sarawak yang tamat pengajian mereka, bawa balik idea dan perjuangan kemerdekaan ini. Jadi menyeluruh. Di sinilah mula bibit kemerdekaan tercetus. Fakta ini dinafikan oleh Umno yang cuba meletakkan Tunku sebagai Bapa Kemerdekaan. Bagi saya, Ibrahim Yaakoblah patut dinobatkan Bapa Kemerdekaan sebenar bukan Tunku yang tak tahu apa-apa.

Harakah: Jika begitu realitinya, apakah terdapat usaha dari pihak PAS untuk membetulkan senario ini atau menggerakkan suatu penulisan semula sejarah kemerdekaan Malaysia?

Cikgu Ishak Surin: Kita kena betulkan fakta palsu Umno itu. Gembelingkan tenaga. Kumpulkan pejuang-pejuang yang terlibat diawal gerakan kemerdekaan tulin. Kumpulkan kajian-kajian ilmiah yang dilakukan oleh universiti-universiti.

Bagi saya, penulisan semula sejarah kemerdekaan wajib dibuat. Kita jangan asyik menyanggah soal kemerdekaan ini dalam tulisan-tulisan picisan ketika menjelang setiap kali sambutan hari kemerdekaan. Kita mesti sedarkan rakyat bahawa Umno bukan parti yang mempelopori gerakan kemerdekaan di tanahair kita. Tunku bukan Bapa Kemerdekaan.

Semuanya ini kita mesti persoalkan semula secara serius. Bukan main-main. Kita kena buat satu jawatankuasa khusus untuk tujuan ini. Saya percaya, semua tokoh-tokoh sejarah dalam negara kita akan bersama dengan kita jika usaha terancang dibuat untuk membetulkan fakta sejarah ini.

Tidak mengikut acuan sejarah yang disediakan oleh Inggeris dan dipekik-pekikkan oleh Umno. Saya yakin,fakta yang ada adalah fakta orientalis Barat yang mahu dilihat sebagai tiadanya penentangan serius dari rakyat terhadap penjajahan mereka.

Pemerintahan diberi secara aman kepada Umno bagi menunjukkan baik dan bijaknya Inggeris pada mata dunia. Saya setuju, PAS mesti mempelopori usaha ini kerana ia penting untuk genarasi akan datang. Ia tak boleh tunggu lebih lama lagi. Kalau lebih lama, maka banyaklah penyelewengan sejarah akan dilakukan oleh Umno.- (TMJ)

PS :Bukan tujuan kami untuk berpolitik melalui petikan dari Harakah ini, akan tetapi kami merasakan banyak perkara yang bersangkutan dengan sejarah Semenanjong Melaka, kemudiannya ditukar kepada Semenanjong Tanah Melayu, yang terdiri dari pelbagai rumpun dan telah di’melayu’kan oleh penjajah Inggeris perlu dilihat dan dikaji semula, bukan setakat zaman kemerdekaan sahaja malah jauh lebih awal dari it

SIAPA LELAKI INI?


IKUTI CATATAN PENGERUSI PARTI KOMUNIS MALAYA BAPA ABDULLAH CD TENTANG PERJUANGAN KEMERDEKAAN YANG TELAH DI LENYAPKAN OLEH UMNO..


Tidak lama setelah saya balik ke Kuala Lumpur selepas menghadiri persidangan Asia, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir menjemput Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Mustapha Hussein dan saya untuk menghadiri pula suatu kongres di Gunung Semanggol, Perak. Beliau mengirim keretanya untuk membawa kami ke sana.

Perjalanan kami diatur oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmy dengan bantuan penasihatnya, Mustapha Hussein. Sebelum tiba di Gunung Semanggol, kami singgah di beberapa tempat bersejarah yang juga kubu kuat PKMM iaitu Beruas, Air Tawar dan Lumut.

Mengikut sejarah, di Beruas pernah muncul sebuah kerajaan Melayu Islam yang awal. Kerana sejarah nasionalisme inilah, kami singgah di sana. PKMM bahagian Beruas mengadakan rapat umum untuk menyambut kami. Dr. Burhanuddin Al-Helmy dihadiahkan kalungan bunga. Kemudian atas usulan Mustapha Hussein, kalungan bunga itu dilelongkan sebagai cara mengutip derma untuk PKMM. Kami masing-masing membuat ucapan dalam rapat umum itu. Dr. Burhanuddin Al-Helmy menyampaikan laporannya berkenaan persidangan di New Delhi dan keadaan di Burma. Saya juga memberikan ucapan atas semangat kemerdekaan dan anti-kolonialisme. Satu destinasi lagi yang kami singgah ialah Air Tawar. Di sini tidak jauh dari Bota. Ayah saya pernah mendirikan sebuah rumah dan kami pernah tinggal di situ ketika permulaan Perang Dunia Kedua untuk mengelakkan tangkapan penjajah British. Masa itu sesiapa yang disyaki menjadi anggota KMM akan ditangkap. Dalam masa Perang Dunia Kedua, kawasan Air Tawar, dan kawasan lain di sepanjang Sungai Perak terkenal sebagai kubu kuat gerakan anti-Jepun. Dari Air Tawar kami bermalam di Lumut yang juga mempunyai sejarah nasionalisme Melayu. Bersetentangan dengan Lumut adalah Pulau Pangkor yang pernah mencatat sejarah permulaan penaklukan Inggeris ke atas Perak sehingga membawa kepada Perang Perak kemudiannya. Esoknya barulah kami meneruskan perjalanan ke Gunung Semanggol.

Di Gunung Semanggol, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dan para wakil yang berada di situ menyambut ketibaan kami. Kami nampak bendera Merah Putih berbintang 12 – lambang Malaya merdeka – dikibarkan dengan megahnya.

Dr. Burhanuddin Al-Helmy memberikan ucapan di majlis sambutan itu. Saya juga dijemput memberikan ucapan. Saya menyeru perpaduan di kalangan berbilang kaum berjuang untuk kemerdekaan di atas prinsip PKMM iaitu perpaduan nasionalisme, agama dan sosialisme. Saya sebutkan juga pengalaman India yang dipecahbelahkan oleh penjajah British.

Esoknya barulah diadakan kongres untuk merasmikan penubuhan Hizbul Muslimin. Wakil-wakil dari beberapa tempat memberikan ucapan berapi-api. Isi ucapan adalah mengenai memperjuangkan kemerdekaan tanah air dan menentang kolonialisme dengan mempersatukan tenaga nasionalis, agama dan sosialis. Ustaz Abu Bakar Al-Baqir seorang ulama, guru agama dan sekali gus seorang nasionalis yang besar dipilih menjadi Ketua Hizbul Muslimin.

Pada kongres itu, saya dicadangkan sebagai Bendahari, tetapi kerana tugas ini amat rumit, maka saya tidak dapat menerimanya. Saya memberitahu bahawa kalau tugas lain saya boleh lakukan, kalau Bendahari kerjanya rumit, saya sudah banyak tugas. Mengikut taksiran saya, cadangan ini datang dari Mustapha Hussein. Beliau ada menyebut bahawa setiap bahagian dalam PKMM semuanya beres soal kewangannya di bawah kelolaan saya. Sebenarnya, kewangan yang kami gunakan untuk perjuangan ialah kewangan dari bahagian buruh. Kesatuan buruh paling banyak membuat sumbangan kewangan untuk perjuangan kemerdekaan.

Walaupun tidak lama masanya (kerana beberapa bulan lepas itu diisytiharkan Undang-undang Darurat), akan tetapi Hizbul Muslimin merupakan sayap bahagian Islam PKMM yang berjaya mempersatukan tenaga dari berbagai-bagai aliran untuk kemerdekaan di atas dasar yang diajukan Dr. Burhanuddin Al-Helmy iaitu nasionalis-agama-sosialis.

Satu hal yang menarik dalam ingatan saya dari kongres itu ialah pertemuan saya dengan wakil dari Pattani, Hj. Mohd. Amin. Beliau banyak berbincang dengan Ahmad Boestamam, Dr. Burhanuddin, saya dan lain-lain berkenaan masalah perjuangan kemerdekaan Pattani. Dalam ucapannya pada kongres, Mohd. Amin selain mengucapkan tahniah atas kejayaan kongres, juga menyampaikan laporan berkenaan masalah perjuangan kemerdekaan orang Melayu Pattani.

Dalam ucapan pada kongres itu, saya atas nama Parti Komunis Malaya menyokong sepenuhnya kongres tersebut, menyeru berbagai-bagai aliran dan golongan yang patriotik-demokratik bersatu untuk cita-cita bersama – kemerdekaan tanah air. Selain itu, atas nama PKM saya juga menyokong perjuangan kemerdekaan rakyat Pattani, tetapi atas dasar kemampuan mereka sendiri, bukan secara masuk ke dalam rancangan kolonial British.

Dalam sejarah perjuangan kemerdekaan, institusi pengajian Islam dan institusi pengajian Inggeris pernah memainkan peranan penting. Daripada dua aliran ini telah lahir ramai tokoh pejuang kemerdekaan yang cemerlang. Dalam masa Perang Dunia Kedua, sejumlah pelajar dari aliran Islam seperti Taharuddin dari Perak, Mat Indra dan Kadir Murei’ih dari Johor, Ibrahim Chik dan Abu Samah dari Pahang, Musa Ahmad dari Pulau Pinang, Asri Hj. Muda dari Kelantan dan banyak lagi telah menyertai perjuangan anti-Jepun ataupun perjuangan anti-British untuk kemerdekaan selepas Perang Dunia Kedua.

Gunung Semanggol merupakan pusat pengajian Islam yang progresif di bawah pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir. Di situ telah lahir ramai tokoh politik Islam yang membawa kepada penubuhan PAS kemudiannya pada tahun 1951.

Menjelang Rejimen Ke-10 berangkat ke kawasan sempadan, saya mengatur hubungan dengan gerakan Islam di Gunung Semanggol melalui seorang pekerja bawah tanah bernama Harun Ibrahim. Sayangnya, dia meninggal dunia tak lama selepas kami bertolak. Pemergian Harun, menyebabkan hubungan saya dengan gerakan Islam di Gunung Semanggol dan dengan Dr. Burhanuddin terputus.

Pada 10 Zulhijah 1384 bersamaan dengan 20 April 1965, saya menubuhkan Parti Persaudaraan Islam Malaya (PAPERI). Penubuhan PAPERI ini juga disebabkan oleh kemajuan perjuangan golongan pelajar Islam di beberapa pusat pengajian Islam di tanah air.

Ada dua ilham yang membawa kepada pembentukan PAPERI iaitu:

Pertama, ilham dari Kongres Persatuan Islam Sedunia yang dilangsungkan di New Delhi, India pada tahun 1947. Dalam kongres itu saya dilantik sebagai Pesuruhjaya untuk Malaya.

Kedua, ilham daripada gerakan Islam yang gigih memperjuangkan kemerdekaan seperti yang dilancarkan oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dan lain-lain.

PAPERI bertujuan meneruskan semangat perjuangan golongan Islam progresif tersebut. Mereka berhubung langsung dengan Markas Besar Rejimen Ke-10 di kawasan sempadan. Beberapa cawangan kemudian ditubuhkan di Kelantan, Terengganu, Kedah dan lain-lain.

Syarat-syarat pembentukan PAPERI pula bukanlah dirancang daripada awal. Selepas gagalnya perundingan Baling pada tahun 1955, bahagian intelijen penjajah British telah memupuk anasir-anasirnya dari kalangan orang Melayu masuk ke tapak-tapak organisasi Rejimen Ke-10 di kawasan sempadan.

Pernah suatu kali tak berapa lama selepas perundingan Baling, ada beberapa orang datang menemui regu penyusun massa Rejimen Ke-10 di kawasan sempadan. Mereka mengakui diri mereka sebagai “utusan” bagi pihak kerajaan untuk mengadakan perundingan dengan Rejimen Ke-10. Saya memberi jawapan bahawa kalau pihak kerajaan benar-benar mahu berunding, cari sahaja Chen Ping.

Hal itu berlaku berkali-kali, walaupun dijelaskan bahawa perundingan haruslah melalui Chen Ping sendiri sebagai Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat. Akhirnya saya merasa ini bukan lagi ‘wakil,’ tetapi adalah muslihat intelijen British. Oleh itu saya memutuskan supaya dia ditahan dan diperiksa.

Hasil dari pemeriksaan didapati bahawa dia benar-benar dihantar oleh pihak Special Branch untuk memujuk kami menyerah diri. Mengambil peluang ini, unit penyusun massa Rejimen Ke-10 yang dipimpin oleh Suti memberikan penerangan terperinci berkenaan matlamat perjuangan Rejimen Ke-10.

Akhirnya ‘wakil’ tersebut memahami perjuangan Rejimen Ke-10 untuk kemerdekaan tanah air. Dia menyatakan perasaan akan membantu perjuangan untuk kemerdekaan tanah air. Kami memberi tugas supaya mengembangkan revolusi di kawasan Kelantan yang bersempadan dengan Thailand.

Di luar sangkaan kami, beberapa tahun kemudian, di Kelantan mulai berkembang dan terbentuk satu asas regu bawah tanah Rejimen Ke-10. Dari sinilah kami beransur-ansur menyebarkan semula semangat perjuangan PKMM, Hizbul Muslimin dan lain-lain di kalangan orang ramai dan pelajar-pelajar di pusat pengajian Islam di Kelantan.

Perkembangan gerakan di kalangan pelajar pusat pengajian Islam amat menggalakkan sehingga terbentuk syarat menubuhkan PAPERI seperti yang saya sebutkan di atas.

Seorang pengasas PAPERI ialah anggota KMM yang berasal dari Selangor. Beliau ikut serta dalam front persatuan anti-Jepun di bawah anjuran PKM. Dalam masa aman selepas Jepun kalah, dia menyokong gerakan kemerdekaan. Di samping itu, dia juga mengajar di sekolah agama di kawasan Ulu Langat.

LAGU PAPERI PAPERI, PAPERI, PAPERI Kitalah patriot Islam yang jaya lagi mulia Siapa bela rakyat dialah sahabat kita Siapa musuhi rakyat dialah musuh kita Oh, bangkit Bangkitlah umat Islam Di gunung ganang panji merah berkibar Di hutan rimba gerila bertapak Susun barisan maju tak gentar Maju, maju, Majulah rebut kemenangan!
---
dipetik dari Memoir Abdullah C.D. Bahagian Pertama: ZAMAN PERGERAKAN SEHINGGA 1948, terbitan SIRD, 2005

PERJUANG KEMERDEKAAN DARI KALANGAN ORANG ASLI YANG PATUT KITA TAHU


Dalam perjuangan besar untuk kemerdekaan tanah air yang kita nikmati hari ini turut disulami dengan keringat dan darah massa Orang Asli. Dalam berbagai tahab perjuangan kemerdekaan, ternyata Orang Asli telah memberikan sumbangan yang besar. Dalam Memoirnya, Abdullah C.D. telah mendedahkan sebahagian fakta tentang sumbangan Orang Asli kepada perjuangan kemerdekaan – sejak dari Perang Perak sehingga Perang Bahaman dan dari perjuangan menentang fasis Jepun sehingga perjuangan bersenjata menentang penjajah British di bawah pimpinan PKM. Di Rejimen Ke-10 terdapat 3 orang perajurit Orang Asli. (Gambar kiri: Mek Poh, kakak kepada 2 beradik Orang Asli di Kompeni Ke-23, Rejimen Ke-10 TRM) Mereka hidup bersama perajurit-perajurit Rejimen Ke-10 di dalam satu keluarga besar revolusioner, tanpa diskriminasi, menikmati sama derajat, penuh rasa kasih sayang sebagai rakan seperjuangan. Berikut adalah sedutan dari Memoir Abdullah C.D. Bahagian Kedua yang bertajuk PENAJA DAN PEMIMPIN REJIMEN KE-10: 

Bergaul dengan Massa Orang Asli 

Sementara itu, saya dan beberapa orang kawan pengawal tinggal bersama Orang Asli di gua batu untuk melakukan penyelidikan. Mengambil peluang inilah saya menyelami perasaan Orang Asli serta membuat penyelidikan tentang masyarakat Orang Asli di situ. 

Orang Asli di situ terdiri dari suku Senoi. Mengikut angka yang disiarkan akhbar, dalam tahun 1950-an, suku Senoi di Semenanjung berjumlah 12,500 orang. 
Chen Ping bergambar dengan 3 beradik Orang Asli ketika melawat Rejimen Ke-10 pada tahun 1989
Orang Asli adalah satu komponen penting masyarakat Malaya. Di masa silam, Orang Asli dan Orang Melayu pernah bekerjasama menentang penjajah asing khasnya British dan Jepun yang termanifestasi dalam Perang Bahaman di Pahang serta Perang Perak dipimpin Maharajalela dan Datok Sagor. Dalam Perang Perak, Si Puntum dan Si Gondah yang membunuh Birch adalah Orang Asli. Dalam 2 kali perjuangan besar menentang pencerobohan fasis Jepun (1941-1945) dan Perang Anti-British (1948) yang kedua-duanya dipimpin PKM juga mendapat sokongan kuat dari Orang Asli. Ini menunjukkan peranan penting masyarakat Orang Asli ke atas kemerdekaan dan pembangunan Malaya. Sebab itulah saya sangat berminat untuk mengetahui keadaan mereka. Dalam tahun 1940, ketika belajar di Kuala Kangsar, saya juga pernah membuat pengkajian tentang Orang Asli. Di kawasan Lambor ketika itu terdapat ramai Orang Asli. Ada di antara mereka telah bersemenda dengan orang Melayu. 

Orang Asli telah menetap di Semenanjung Tanah Melayu ribuan tahun dahulu. Mereka adalah penduduk pribumi sebenar rantau ini. Mengikut catatan ahli sejarah, Negeri Perak dibuka oleh Orang Asli yang mendirikan Kerajaan Gangga Negara pada masa kegemilangan pemerin- tahan Melayu Buddha Kerajaan Sriwijaya (600 - 1294 Masehi). Kemudian didirikan pula Kerajaan Beruas bertempat di Beruas dalam masa kegemilangan Kerajaan Majapahit, sebuah kerajaan Melayu Hindu sehingga kepada Kerajaan Melaka, sebuah kerajaan Melayu Islam. 

Beruas juga mempunyai sejarah patriotik menentang penjajahan. Pada masa Perang Anti-Jepun, Beruas menjadi basis Perang Anti-Jepun. Rakyat berbagai kaum menyokong PKM melancarkan Perang Anti-Jepun. Selepas Jepun kalah, perjuangan untuk kemerdekaan yang dipelopori PKMM, PKM, API, AWAS, BTM dan lain-lain berkobar di Beruas. Ketika saya datang ke Beruas bersama Pasukan Propaganda PKM pada tahun 1945, tokoh-tokoh nasionalis Beruas beramai-ramai menyambut kami. 

Kerana sejarah inilah, saya, Dr. Burhanuddin, Mustapha Hussein dan lain-lain datang ke Beruas mengadakan rapat umum untuk mempertebal semangat kebangsaan di kalangan massa rakyat di sana. Selepas itu, baru kami pergi ke Gunung Semanggol. 

Selesai membuat pengkajian tentang Orang Asli, saya meninggalkan gua batu bergabung semula dengan Rashid Maidin dan Musa. Masa itu perbekalan kami bergantung seratus peratus pada bantuan Orang Asli. Terdapat 2 kumpulan Orang Asli, satu Orang Asli di Perak dan satu lagi Orang Asli di Ulu Kelantan. 

Untuk menjalin perpaduan yang lebih erat dengan Orang Asli, saya menghantar Sukur memimpin satu regu kecil menemui Orang Asli di Ulu Kelantan. Orang Asli di situ menyokong Tentera Pembebasan dengan sepenuh hati. Ladang-ladang mereka diserahkan kepada kami untuk diambil bahan makanannya. Pernah terjadi suatu peristiwa di mana dua orang datuk mengikat tali persahabatan. Satu pihak ialah Rashid Maidin, bergelar Datok, mewakili kami semua dan satu pihak lagi ialah Datok Angoi yang mewakili kumpulan Orang Asli. Kedua-dua Datuk ini mengikat perjanjian persahabatan yang ikhlas di bawah cahaya unggun api mengikut adat istiadat Orang Asli. 

Selepas upacara mengikat perjanjian persahabatan, diadakan majlis bergabak iaitu majlismenari tarian Orang Asli dengan iringan irama hentakan buluh. Ketika bergabak, Orang Asli membaca mantera dan sebagainya mengikut kepercayaan mereka. Cara begini juga diadakan untuk mengubati anggotanya yang sakit demam. Kawan-kawan dari Pasukan Hang Jebat bersama Orang Asli menyertai majlis yang hangat itu dari petang hingga ke pagi. Seorang perajurit bernama Agus (gambar kiri) terjatuh ke dalam unggun api kerana terlalu bersemangat bergabak. 

Selepas itu, hubungan kami dengan massa Orang Asli lebih rapat lagi. Orang Asli di bawah riayah Datok Angoi dengan kami ibarat satu keluarga. Massa Orang Asli membantu kami memunggah ubi dari ladang mereka yang jauh dan dekat untuk kami.

Jumaat, 24 Ogos 2012

LOKASI SAMBUTAN MERDEKA VERSI JANJI BERSIH DI SELURUH NEGARA



6 hari lagi, Sebarkan! JANJI DEMOKRASI di seluruh dunia 30 Ogos 2012, 10.00pm:-

(a) Kuala Lumpur - Dataran Merdeka.


(b) Perak - Dataran MBI, Ipoh.


(c) Melaka - Clock Tower Rumah Merah.


(d) Johor - Dataran Bandaraya, Johor Bahru.


(e) Australia - The Grosvenor Hotel, Perth.


*Lokasi lain akan dikemaskini. Disarankan anak semua bangsa di seluruh pelusuk dunia, tua dan muda berpakaian kuning pada masa dan hari yang sama serta mengadakan himpunan di tempat masing-masing.


Selasa, 21 Ogos 2012

FILEM HANTU GANGSTER YANG PENUH DENGAN SINDIRAN TERHADAP UMNO


Semalam aku tonton gambaq "Hantu Gangster" arahan Namawee. Filem ini cuba membawa penonton kepada isu perkauman yang di paparkan dalam bentuk kumpulan kongsi gelap dari 3 kaum.

Dari peristiwa 13May , Teoh Beng Hock mati di buang dari atas bangunan dan berbagai lagi isu peristiwa isu politik semasa sehinggalah bom C4 beliau cuba membawa sindiran yang tidak tercapai oleh penonton sekiranya penonton tersebut tidak mengambil kisah hal hal politik semasa.


Farid Kamil yang membawa watak Iwan sebenarnya adalah bayangan Umno dalam filem ini di mana Namawee mahu penonton tahu siapakah dalang di sebalik permusuhan kaum di negara ini.


Orang melayu yang di gambarkan kepada watak "Parut" yang sering di tipu oleh Iwan (umno) untuk berlagak sebagai seorang ketua kepada semua orang melayu. Iwan mahu Parut bukan saja menguasai gangster melayu malah beliau juga mahu Parut mengetuai gangster cina dan india melalui cara pecah dah perintah.


Iwan atau umno terus menerus menjalankan propaganda agar rasa tidak puas hati dan berperasangka sentiasa tidak hilang di antara 3 kaum utama.


Namun aku tidak pasti apakah yang cuba di bawa oleh Namwee bila askar Jepun memakai topi komunis.

Walaupun filem ini adalah separa merapu ala ala Steffen Chow namun ia cukup untuk membawa penonton ketawa dalam sinis yang cuba di bawa oleh Namewee.

Namewee akhirnya mengambarkan riwayat hidup umno berakhir dengan slogan yang bertukar tukar setelah tembelang umno mula pecah pada akhir filem tersebut

Kesimpulan dari apa yang mahu di bawa oleh Namwee ialah penyatuan kaum di negara ini akan terjadi sekiranya rakyat tahu siapakah dalang yang memecah belahkan kaum kaum di negara ini.


Sama ada rakyat bersatu untuk tumbangkan umno atau umno tumbang baru rakyat bersatu adalah satu persoalan yang belum terjawab kerana rakyat akan terus berpecah sekiranya umno masih berkuasa dan umno akan terus berkuasa sekiranya rakyat tidak bersatu.


Namewee anak muda berbakat yang mencipta nama dengan penuh kontravensi telah berjaya membawa filem melayu malaysia di tonton oleh berbagai kaum di dalam satu panggung.


Beliau telah berjaya melangkah pengarah muda Syamsul Yusof dalam bikin filem apatah lagi pengarah filem yang memualkan seperti Nur Kasih yang mengajak rakyat berkhayal dengan cinta..

Jumaat, 17 Ogos 2012

ISU NASORUDIN MAT ISA: ARTIS WANITA PULA TAMPIL BUAT PENGAKUAN


Isu bekas Timbalan Presiden Pas kini semakin hangat apabila seorang artis yang baru berhijrah pula tampil membuat pengakuan di media bahawa belia berhijrah kerana terpegun dengan gaya kepimpinan Ostad Naso itu...

Nak tahu cerita lanjut datang jumpak Abu Nawas malam ni di UpTown Bandar Perda Permatang Pauh jam 12.00 malam sampai 3 pagi.

Bukan suruh datang dengaq cerita tapi datang beli sampul raya  Bersih. Macam biasa Abu Nawas curi dan jual untuk untung 100%.

Okey kalau sapa nak raya yang extreme maka berilah duit raya kepada mak mertua dan sapa2 saja dengan bersampulkan Bersih.

Jumpak Abu Nawas malam ni di Uptown Perda. Cari kat sebelah dalam dekat meja makan restoran Nasmir yang paling hujung. 

Datang jangan tak datang..datang bawak duit banyak banyak.

Jangan skemakan raya anda dengan sampul skema cap muka pemimpin politik...

Isnin, 13 Ogos 2012

JAMAL IKAN BAKAR UGUT PUKUL SIAPA YANG SAMBUT MERDEKA PAKAI BAJU KUNING

iN


Di atas  adalah keratan akhbar ugutan kepada sesiapa yang menyambut hari kemerdekaan yang memakai baju kuning dan di bawah pula adalah komen dari facebooker dalam masa 5 minit Abu Nawas post di FB. Semuanya telah menjadi takut yang amat sangat terhadap mamat tokey ikan bakar yang dan bankrap ni..

Eee takutnya,,,,








MAHASISWA DI TAHAN SEDANG BERCUMBU DI DATARAN MERDEKA

Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kemarin telah cuba menghalang sekumpulan mahasiswa yang mahu berbuka puasa dan bersolat terawikh di Dataran Merdeka kerana perbuatan sekumpulan mahasiswa ini telah  menganggu beberapa pasang kekasih yang mahu beromen di kawasan tersebut.

Menurut Sulaiman bin Shaari, beliau terkejut apabila tiba di Dataran bersama kekasihnya Suriani Bt Haji Talib apabila melihat beberapa orang pelajar sedang bersolat maghrib berjemaah di tempat selalu dia beromen dengan kekasihnya.

Mujurlah katanya tindakan pantas pihak DBKL menghalau kumpulan yang mahu solat itu tidak membantutkan usahanya untuk merosakan anak gadis seorang haji yang baru datang dari kampung.

Perhimpunan untuk solat terawikh itu akhirnya berjaya di halang dan DBKL mula menbuat kawalan agar tidak ada sesiapa lagi yang berani menganggu pasangan pasangan ini beromen.

Di bawah adalah video2 yang menunjukkan tindakan pantas DBKL membenteras tindakan mahasiswa yang menganggu orang nak beromen di dataran Merdeka..






To Live Is to Die

free counters

Eye of the Beholder

Dyers Eve