To Live Is to Die

free counters

Rabu, 31 Oktober 2012

MENGAPA TAK CIUM KAKI SAYA - AFNAN TAIB AZAMUDIN HINA WARGA EMAS DI DALAM MAJLIS RASMI

"Kenapa cium tangan, cium kaki la" Itulah kata kata yang terkeluar dari mulut Ahli Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang juga Setiausaha Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang serta exco Dewan pemuda Pas Pulau Pinang Afnan Taib Azamudin.

Beginilah biadapnya seorang yang kononnya ustaz terhadap orang yang lebih tua darinya. Bukan saja biadap malah kurang ajaq bila tutur kata yang tidak sepatutnya keluar dari orang yang bertitle ustaz. Lebih celaka lagi bila kata kata penghinaan ini di terbitkan di khalayak ramai malah di dalam majlis rasmi kerajaan..

Sebelum ini Abu Nawas dedahkan kisah ustaz ini menuduh orang yang menghisap rokok ada penyokong yahudi sedangkan dia adalah penjual rokok tidak pula mengelarkan dirinya seorang penyokong Yahudi.

Baca SINI

Di bawah pula gambar Kaunter rokok yang ustaz ini jual, berkotak kotak bertingkat tingkat tapi halal sebab katanya hasilnya untuk perjuangan Islam tapi kalau orang lain jual hasilnya akan membantu yahudi membunuh orang Islam.

Itu belum lagi Abu Nawas cerita berapa ratus gaji pekerjanya yang di paksa bekerja 8 jam. Semuanya telah di rakam video oleh team terjah Abu Nawas.



Berbalik kepada cerita Ustaz ni yang cukup biadap bila menghina seorang tua yang sungguh hormat padanya dan amat berbesar hati bertemu dengannya lalu mahu mencium tangan tanda hormat pada ustaz ini tetapi di balas dengan kata kata yang amat menghinakan.

Baca status pakcik yang di perlakukan begitu di bawah ini: 



Kejadian ini berlaku di dalam majlis perasmian Wakaf Seetee Aisah yang turut dihadiri oleh TYT Negri Pulau Pinang serta beberapa orang Exco serta Adun dan tetamu VIP.

Inilah contoh aklak seorang ahli majlis agama Islam Pulau Pinang yang di sebelum ini memandang rendah malah menghina YDP majlis agama islam yang lama iaitu Abdul Malik Kassin kerana kononnya orang PKR tak tahu agama dan tak layak pegang jawatan yang melibatkan agama Islam.

Inilah hakikatnya yang ada pada dirinya, bukan saja seorang hipokrik malah dia juga punya perancagan jahat dengan menjadikan orang lain sebagai boneka untuk dia naik ke atas.

YDP Majlis Agama Ustaz Salleh Man hanyalah boneka kepadanya untuk meneruskan langkahnya yg seterusnya. KP Pulau Pinag Yusni Mat Nikah juga telah di pijaknya untuk melangkah masuk ke dalam Exco Pemuda Pas Pusat.

Beberapa orang ketua pemuda pas kawasan yang cuba membangkangnya juga telah di bubarkan lujnah yang di pengerusikan mereka agar ketua2 pemuda pas kawasan ini tidak lagi berfungsi di dalam exco pemuda negeri.

Dia juga adalah proksi kepada kerajaan perpaduab pas umno di Pulau Pinang yang memainkan peranan yang aktif dengan kumpulan UG di dalam Pas.

Cita cita jangka pendeknya ialah mahu menjadi calon di Parlimen Kepala Batas. Apakah cita citanya ini akan tercapai dan seterusnya merampas tempat Yuni Mat Nikah sebagai ketua pemuda pas negeri/

Tunggu ada banyak lagi yang akan di dedahkan.....

Blackend Is The End

Dyers Eve