To Live Is to Die

free counters

Isnin, 8 Oktober 2012

NIK ABDUH DAN KERAJAAN PERPADUAN PAS UMNO


Setelah kejatuhan kerajaan melayu melaka orang orang melayu mula bersatu dan melancarkan perperangan terhadap penjajah Portugis, Belanda, Jepun dan British dan kemudiannya Jepun.

Setelah Parti Komunis Malaya berjaya mengalahkan Jepun dan kemudiannya menghalau Jepun dari Malaya kesatuan orang orang melayu telah menjadi begitu kuat.

Penyatuan orang orang melayu ini telah menyebabkan pegawai tertinggi British iaitu Dato Onn merasa amat bimbang negara ini akan merdeka dan akhirnya beliau telah menjemput meminta British datang semula ke Malaya dengan alasan orang melayu hendak buat jarum pun tak tahu ini kan pula mahu memerintah sendiri.

Setelah British tiba Dato Onn dan rakan2nya telah menghantar laporan dan nama nama mereka yang membawa ancaman selama pemergian British dari Malaya kepada pihak British untuk di tangkap dan di penjara malah ada yang di bunuh.

Namun begitu orang orang melayu terus bersatu di bawah Kesatuan kesatuan melayu yang di terajui oleh PKMM. British pula telah menubuhkan umno agar orang orang melayu berpecah belah dan tidak menyokong perjuangan kemerdekaan yang di terajui oleh PKMM tetapi malangnya umno di bawah Dato Onn tidak mendapat sambutan orang melayu kerana perjuangan umno bukan untuk kemerdekaan tetapi untuk menyokong British terus menjadi tuan di negara ini dengan slogan Hidup Melayu.

Dato Onn yang bimbang reputasinya hilang di mata tuannya British akhirnya meminta British mengharamkan parti parti dan kesatuan kesatuan melayu yang bergiat cergas menyatukan orang melayu menuntut kemerdekaan.

Maka di sinilah bermulanya perpecahan orang melayu sehingga ke hari ini. Inilah tujuan asal Umno di tubuhkan iaitu untuk memecah belahkan orang melayu dan ianya telah berjaya sehingga ke hari ini.

Penyatuan dan kesatuan melayu hanya akan tercapai jika umno di lenyapkan. Untuk melenyapkan umno tidaklah sepayah mana, ianya cuma memerlukan kita tidak mengundi BN yang di wakili oleh UMNO. Kita boleh undi BN yg di wakili oleh MCA, Gerakan, MIC atau apa saja parti kompenan BN tapi jangan undi calon BN dari UMNO.

Musuh utama kepada perpaduan ialah umno. tanpa Umno MCA, Mic, Gerakan dan lain2 parti akan bersama sama dalam pakatan Rakyat untuk satu penyatuan yang lebih besar.

Kita rakyat Malaysia akan hidup berkasih sayang seperti satu keluarga yang amat besar tanpa Umno.

Biarlah Nasorudin Mat Isa, Nik Abduh dan majlis Syura pas mahu bersama sama dengan UMNO tapi tidak bagi kita rakyat yang bermaruah kerana kita percayakan Tuhan tetapi Nasorudin Mat Isa, Nik Abduh dan majlis Syura Pas lebih percayakan Umno.

ABU NAWAS

Blackend Is The End

Dyers Eve