PENYOKONG

RAONG (RADIO ORANG PENANG)

PELAWAT DARI SELURUH DUNIA

free counters

JUMLAH PELAWAT BLOG INI

IKLAN - 1

Isnin, 8 Oktober 2012

USTAZ SHAMSURI HAJI AHMAD BARUA RESTORAN PELITA NASI KANDAR PART 2


Isu boikot Restoran Nasi Kandar Pelita adalah bukan kerana Restoran tersebut adalah restoran bukan Islam atau lebih terus terang restorang tersebut adalah restoran India Hindu tetapi orang Islam wajib memboikot restoran tersebut kerana restoran tersebut telah menipu orang islam sudah lebih berbelas tahun dengan mengatakan restoran tersebut adalah restoran India Muslim.

Lalu berhujahlah di kalangan penyokong Ustad Shamsuri bahawa McD, Old Town, Starbuck dan lain lainnya juga bukan restoran bukan Islam dan mengapa pulak tidak di hebohkan. Soalnya adakah restoran seperti tersebut di atas menipu orang islam dengan nama Islam?

Mengapa pula Restoran Nasi Kandar Pelita perlu menipu dengan mengantung kalimah Allah dan Muhammad serta ayat ayat quran.  Kalau bukan kerana mahu menipu orang Islam agar masuk ke restoran itu tak ada sebab seorang tokeh restoran yang berugama hindu mahu mengantung ayat ayat quran di Restorannya.

Baguslah kalau ustaz Shamsuri yang menjadi penasihat syariahnya kerana orang Islam yang menjaga halal haram pasti tidak was was hendak makan di restoran tersebut tetapi mengapa perlu menipu dengan nama Restoran India Muslim malah meletakan logo 396 iaitu lambang atau logo yang membawa restoran India Muslim.

Cukuplah mendapat sijil halal dari Jakim sebagaimana restoran restoran bukan Islam yang lain yang terut sama mendapat sijil halal dari Jakim setelah segala faktor untuk mendapat sijil tersebut di penuhi oleh restoran tersebut.

Orang Islam tetap penuh di restoran restoran hi-class seperti ini malah Ulamak Muda Pas Nik Abduh juga di khabarkan adalah pelangan setia Pavilion. Yang pastinya restoran ini tidak menjadikan ugama sebagai alat untuk menarik pelangan Islam masuk ke restoran mereka.

Yang paling celaka dan laknat ialah bila ustaz Shamsuri sanggup menjadi barua kepada restoran ini untuk menambahkan lagi kepercayaan orang islam terhadap Restoran ini. Demi ringgit malaysia Ustaz Shamsuri sanggup mengkhianati orang Islam.

Jika perkara yang besar dan terang terang seperti menjual makanan kepada orang islam di bulan ramadhan pun beliau sanggup halalkan apatah lagi dengan perkara yang kita tidak tahu. Siapa yang masak di dapur, siapa yang membekal bahan mentah?

Jika dulu ustaz shamsuri marah jika orang hisap rokok tapi kini beliau menjadi penjual rokok, kalau dulu ustaz shamsuri marah orang berniaga di bulan ramadhan walaupun secara sorok sorok kini beliau meniaga makanan di bulan ramadhan secara terang terangan, jika dulu ustaz shamsuri marah orang tak pergi solat jumaat tapi kini pekerjanya pula tidak di benarkan solat jumaat.

Inilah manusia yang berbicara soal halal dan haram tetapi bila mulut di sumbat denga ringgit malaysia yang haram sudah menjadi halal dan yang halal sudah emnajdi haram.

Maka dengan itu orang Islam bukan saja wajib memboikot Restoran Nasi Kandar Pelita malah orang Islam juga patut memboikot kuliah serta ceramah ustaz Shamsuri yang telah bersubahat untuk meniput orang islam selama ini.

ABU NAWAS